Beri tekanan kpd
Ketua Pengarah JAKOA :
Telefon :: 03-2161 0577
Faks :: 03-2162 1470
Emel pro@jakoa.gov.my
JAKOA Mersing. no tel : 07-799 1636
Jabatan Perhutanan Johor
No. Telefon: 07-266 7433
SHAME ON YOU DATO HASNAN! Duduk pejabat ada air cond. Pakai sut. Duduk rumah besar. Gaji besar. Tidur katil empuk. Lagi mau sembang mahu bela orang asli?
MERSING : Sekumpulan wanita Orang Asli yang baru mahu mula memasak terkejut apabila sekumpulan pegawai penguat kuasa seramai 100 orang meruntuhkan lapan rumah kayu mereka di Hutan Simpan Gunung Arong di Kampung Batu 10 pada Selasa , menyebabkan 50 orang asli Jakun kehilangan tempat tinggal.
Tujuh keluarga kini tinggal di khemah sementara di tepi jalan selepas rumah mereka dirobohkan.
Wakil Kampung Rambai Awang , 49, berkata, operasi melibatkan lebih daripada 100 pegawai, termasuk polis dan pegawai Jabatan Perhutanan.
"Mereka memberitahu kami untuk membuang semua barang-barang kami dan berpindah ke dalam hutan, atau mereka akan merobohkan rumah kami dan menembak mati ayam dan anjing peliharaan kami ," katanya.
Awang berkata orang asli telah tinggal di sana selama enam tahun dan mendakwa mempunyai hak untuk hasil tanah dan hutan .
"Kami menulis surat kepada jabatan, pejabat Menteri Besar dan juga Perdana Menteri, tetapi kita tidak pernah mendapat jawapan yang betul, " katanya.
sumber :http://www.thestar.com.my/
Rujukan.
Kejadian di atas berlaku pada awal bulan 6. Sekarang memasuki bulan 9 hari kedua. Menerusi laman web orang asli tiada apa2 perkembangan susulan selepas mereka dihalau. Kiranya kita mungkin boleh anggap depa still 'occupy' kawasan berkenaan sehingga kini.
Ini pula laporan pada 23 Jun 2015 ;
http://www.coac.org.my/main.php?section=news&article_id=197
The head of the family group in the Batu 10 Gunong Arong settlement has been asked to relocate to the nearby Orang Asli settlement of Kampung Labong, Mersing.
The State Director of the Johor Department of Orang Asli Development, JAKOA, in a letter dated 23 June 2015, instructed Awang Rambai to vacate the forest reserve area he is occupying as it went against the National Land Code.
The Department offered him a place in his 'original settlement' as well as a house under the 'Program Bantuan Rumah' (Housing Aid Programme). But there was no mention of any offer of land or participation in any agricultural scheme. Or whether the house is already ready.
The same offer, however, was not extended to the other 6 families at the Gunong Arong settlement.
The consolation for Awang Rambai, at least, is that he and his family are no longer considered as illegal settlers from Pahang, which has been a secondary rationale for the demolition of the houses on 2 June 2015.
The families have still not agreed to comply with the order to relocate to Kampung Labong.
Halau orang asli dari penempatan mereka tanpa mengesahkan jika penempatan baru telah siap dibina atau apa. Menerusi satu artikel berita, mereka juga pernah dihalau ke Pahang.
Sumber
Senang betul jadi penguatkuasa. Apa-apa halau. Lebih senang kalau yang dihalau itu orang asli, orang india dan orang melayu. Halau, roboh, halau, roboh dan lepas tue siap bagi alasan yang mewajarkan tindakan mereka.
Dalam link berita di atas aku spot satu gambar dan pada aku ia menyedihkan.
Gambar ini dirakamkan pada 4/6/2015, ketika rumah kediaman mereka dirobohkan pada kali pertama. Terduduk, tundukkan muka dan menangis.
Sungguh pun orang asli menduduki kawasan hutan simpan, tidak pula mereka merosakkan kawasan berkenaan dengan pembalakan atau melakukan pertanian haram seperti di Cameron Highlands. Cukup sekadar bertani berternak untuk keperluan diri. Aku tak nampak juga tindakan menghalau mereka neh atas nama menjaga 'hutan simpan'.
Seperti yang kerap kali berlaku di Sarawak, ini kalau bukan dek kegiatan pembalakan, mesti ada kaitan dengan kegiatan projek. Dua neh jek yang beria2 menghalalkan penindasan ke atas rakyat. Percayalah. Itu yang rakyat difahamkan now.
Kbai.