Dalam masa beberapa hari je cerita DEIG dihebahkan menerusi laporan berita, terus viral sehingga berjaya mensenyapkan skandal 1MDB. Hebat tak hebat juga la cerita DEIG Azmin kau neh.
Ramai dikalangan penyokong pembangkang sendiri menolak kewujudan DEIG. Kecuali yang memang tegar atau penyokong setia Azmin. Mungkin ini disebabkan beberapa adun dari PAS dan DAP sendiri mengkritik kewibawaan dan keupayaan DEIG yang diwujudkan untuk menguruskan aset2 bawah MBI.
DEIG dijangka mula beroperasi pada tahun 2016. Tetapi skandal DEIG dah kecoh di media sosial meskipun belum ada apa2 salahlaku lagi. Yang dipertikaikan kini ialah kewujudan DEIG mungkin jalan keluar bagi menyedut wang kerajaan negeri untuk diserahkan kepada pihak berkepentingan. Dalam erti kata lain, kaedah untuk menyeleweng cara jenayah kolar putih. Ini yang depa hebohkan sekarang. Jawapan dari kerajaan negeri tentang DEIG sebelum ini sangat tidak menyakinkan dan aku harap kerajaan negeri boleh soal jawab sikit dengan penyebaran2 di laman sosial. Lebih2 lagi isu pembayaran zakat. Isu zakat ditimbulkan oleh adun dap, Bee Yin. Katanya jika DEIG belum beroperasi, kenapa bayar zakat 5 juta? Dan satu lagi. Adun dari DAP juga, Lau Weng San mempersoalkan kenapa iklan mengenai RFP & RFI dibawah DEIG dan bukan dibawah MBI jika ;
- DEIG dibawah MBI
- DEIG belum beroperasi
Turut dipersoalkan pembayaran gaji kepada kakitangan DEIG. Sudah bermula atau belum. Untuk rekod, adun PAS, Shaari Sungip sendiri bentang usul agar pelaksanaan DEIG ditangguhkan di persidangan DUN. So, aku harap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Azmin dapat menjawab sebaik2nya persoalan yang dibangkitkan dan dibahaskan di media sosial seperti sebaran2 kat bawah neh hah. Jelas menyebabkan kami terkeliru siapa benar siapa menipu. Jujur cakap. Rakyat memang goyang bila geng2 pembangkang sendiri dok sebar, pertikai dan persoalkan isu DEIG neh tau. Bukan setakat geng2 pro pembangkang bahkan adun2 depa sendiri.
Baca key ;
Episod 1 - 'Conflict of Interest' Tahap Tertinggi
1. MBI tubuh Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sebuah syarikat yang fokus kepada pelaburan bagi memperoleh pendapatan daripada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Selangor seperti PKNS, PNSB, Kumpulan Perangsang, KDEB dan banyak lagi.
2. Dalam perkara ini, terlibat tiga peringkat dan pihak yang terlibat iaitu MBI > DEIG > GLC Selangor
3. Menurut dokumen rasmi SSM, DEIG hanya mempunyai dua orang pemilik iaitu:-
a) Raja Shahreen Raja Othman
b) Soffan Affendi Aminuddin
4. Bukti penubuhan DEIG oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ini adalah 'Conflict of Interest' tahap tertinggi adalah Raja Shahreen memegang jawatan CEO di MBI dan DEIG, manakala Soffan pula memegang jawatan COO di MBI dan DEIG.
5. Lebih parah, Raja Shahreen dan Soffan turut memegang jawatan di 4 buah GLC Selangor, KESEMUANYA sebagai AHLI LEMBAGA PENGARAH iaitu di :-
a) Kumpulan Perangsang
b) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
c) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
d) Kumpulan Hartanah Selangor
6. Adakah ini bukan 'conflict of interest' namanya? Sudah terang lagi bersuluh.
7. Soalnya, siapakah dan apakah latar belakang Raja Shahreen Raja Othman dan Soffan Affendi Aminuddin sehingga memegang banyak jawatan termasuk di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor?
8. Adakah Selangor sudah ketandusan anak jatinya dalam bidang korporat? Adakah sudah tiada anak Selangor lain sehingga anak negeri lain (Soffan) dilantik memegang pelbagai jawatan di MBI, DEIG dan 4 buah GLC Selangor? Kroni?
9. Nantikan Episod 2 pendedahan #DedahDEIG untuk mengetahui lebih lanjut.
--
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia
- BFL93**, WNT57** (Berdaftar atas nama Isteri Soffan)
Head
Fesbuk Bureau of Investigation (FBI) Malaysia
1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP Yeo Bee Yin).3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri.Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat.Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ?Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ?Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?
Contoh : Yayasan Selangor bertujuan untuk menyediakan akses kepada pendidikan bagi anak-anak Selangor. Tetapi ia juga menjalankan aktiviti bisnes pelaburan hartanah untuk menanggung kos bagi melaksanakan objektif utama untuk menyediakan pendidikan. Ini menyebabkan Yayasan Selangor telah lari daripada tujuan asal penubuhan.
Contoh : Sekiranya DEIG mempunyai 1,000 ekar tanah, ia akan direkod di Consolidated Account MBI.