Baca kejap apa yang tersebar di twitter ;
Ini pula babak yang dikatakan sindir Rosmah Mansur (atau dorang yang terasa disindir) ;
Inilah adegan isteri ketua kampung pakai barang kemas dalam #PesanDariTuhan pic.twitter.com/D1zqIXLIhe
— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) June 28, 2015
Ini pula babak yang perlu dipotong kerana menyebut 'Putrajaya' ;
Dialog bakal ketua kampung yang menyebut Putrajaya juga dianggap sensitif. #PesanDariTuhan pic.twitter.com/D1YFDHHbai
— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) June 28, 2015
Ini pula babak yang di arah potong kerana kononnya Elly menyebut 'menteri' ;
Dialog pelakon Ellie Suriati juga turut diarahkan untuk dipotong. #PesanDariTuhan pic.twitter.com/BgipaH6POj
— Muzaffar Mustapa (@sultanmuzaffar) June 28, 2015
Drama neh berkisarkan tentang calon2 yang bertanding merebut jawatan ketua kampung dan sanggup lakukan apa sahaja termasuk bergaduh sesama sendiri demi memastikan mereka memenangi kerusi tersebut dan akhirnya kesemua mereka ditimpa musibah banjir.
Drama Pesan Dari Tuhan sepatutnya ditayangkan menerusi slot telefilem pada Ahad di tv3 jam 10 malam 28/6/2015 sebelum dibatalkan atas alasan tertentu. Tak pasti samada larangan tersebut bersifat selamanya ataupun sehingga Erma bersetuju dengan arahan pemotongan ke atas babak2 tertentu sebelum dibenar untuk tayangan umum.
TV3 belum keluarkan sebarang respon mengenai kritikan meluas di laman sosial tentang tindakan tersebut ketika ini. Tapi yang pasti, senario di Malaysia, kau buat drama tentang lelaki lembut tergedik2 sana tergedik2 sini kahwin jadi pak sanggup dan sebagainya itu takpe. Jangan buat drama berbaur politik. Siap la kau kena ikat kaki tangan dan mulut.
Hehe.
Kbai.