Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Mei 2015

Rafizi Maki Pengawal Keselamatan Selepas Mic Dirampas Kata Lokman Nor Adam.

Sejak malam tadi viral beberapa klip rakaman yang menunjukkan aksi seorang pengawal keselamatan merampas microfon yang dipegang Rafizi ketika sedang berforum tentang GST di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Rujuk video berikut kat sini ;



Ketika berucap di UIA tentang GST, microfon Rafizi dirampas oleh pengawal keselamatan UIA.
Posted by Ameno World on Wednesday, May 13, 2015
Klik sini jika video tersebut gagal diakses.

Rentetan dari peristiwa tersebut ;

- Penyokong Rafizi mengkritik tindakan pengawal keselamatan tersebut.

- Identiti dan facebook pengawal keselamatan tersebut viral di laman sosial dengan tujuan mahu 'menyerang maya' individu tersebut.

- Mahasiswa UIA yang menganjurkan forum berkenaan juga membuat kenyataan kesal dengan sikap reaktor UIA yang membatalkan forum berkenaan pada 2 hari sebelum majlis berlangsung. Tindakan mereka yang nekad anjurkan forum menyebabkan pihak universiti campur tangan dan membatalkan majlis berkenaan ketika sedang berlangsung.

- Mahasiswa / saksi kejadian berkongsikan ;

RENTETAN PERISTIWA

SIKAP TIDAK PROFESSIONAL SECURITY UNIT UIA

Malam tadi diadakan Talk berkenaan GST yg dijadualkan berlangsung di Main Audi UIA bermula 8malam.. Program yg telah mendapat kelulusan pihak atasan uia bagaimanapun dibatalkan apabila sampai ke peringkat rektor uia atas sebab yg tidak diketahui (namun sudah jelas mengapa).

Talk ini dijadualkan disampaikan oleh Saudara Rafizi Ramli dari PKR dan Saudara Lokman mewakili Kastam Malaysia.. Pihak rektor uia sndiri telah memberi keizinan utk membawa masuk sebarang ahli politik dari luar menyampaikan talk dgn syarat beliau hendaklah mempunyai kelayakan bercakap ttg topik tersebut.
So agak pelik disitu.Mengapa dibatalkan ?

Program diadakan juga atas sokongan dan usaha SRC IIUM (tahniah utk mereka terutama presiden sahabat saya Hanif Mahpa) dan student2 uia yg dahagakan ilmu dan memperjuangkan kebebasan berakademik yg digembar gembur pihak universiti selama ini.

Sr Rafizi sampai agak lambat(faham2 la nak seludup bukan senang). Maka majlis dimulakan dulu oleh saudara lokman menerangkan serba sedikit ttg GST.Entah betul entah tidak..selama 15minit.

Guard uia kelihatan di setiap sudut namun tidak menimbulkan sbarang provokasi.

Kemudian Sr.Rafizi sampai disambut dgn sorakan semua student y hadir.Beliau mengambil tempat ahli panel.Guard uia kelihatan sedikit resah dgn kehadiran beliau.Muka masing2 telah tertulis (dah sekat sana sini..camne leh seludup masuk ni).. Kemudian akhirnya kelihatan seorang wakil security bercakap dgn wakil src di belakang.Suasana sedikit tegang.

Akhirnya seorang security datang ke saudara lokman dan meminta memberhentikan ucapan.Suasana semakin tegang.Student2 telah mula bersorak meminta security jgn masuk campur.
Akhirnya setelah didesak.wakil security tersebut telah mengumumkan telah menerima arahan atasan(?) Bahawa hanya PENCERAMAH KERAJAAN SAHAJA DIBENARKAN BERUCAP.Disambut dgn boo oleh semua y hadir.. Lalu saudara lokman (of kos la kerajaan) memberi cadangan bahawa kedua2 mereka tidak bercakap supaya adil(?) .. 

Lalu saudara rafizi mengambil mikrofon dan berkata.

"Hai.. Org kerajaan dh bercakap 15minit..xkan saya tak boleh bercakap langsung"
Disambut sorakan org ramai. Lalu pihak src meminta security membenarkan Sr. rafizi berucap sebentar.Guard kelihatan amat resah dan seorang dripadanya merakam setiap butir percakapan rafizi.

Selang 8-9minit berucap.. Kelihatan seorang y sy percaya security uia dtg ke tengah dgn wajah garang..mendekati saudara rafizi. Dan !! Beliau merampas mikrofon dipegang rafizi dgn kasar..lalu bermulalah rusuhan org ramai.. 

Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara rafizi sempat berkata dgn lantang "mana adab di depan pelajar pelajar"..

Kelihatan suasana amat tegang.. Diiringi boo dan sorakan dri hadirin y hadir.. Semua amat berang kerana majlis diganggu security uia yg menerima arahan org atas y bimbang periuk nasi terjejas.
Kata security,
"Saya hanya menyampaikan dari top management kepada ketua saya untuk sampaikan, yang wakil kerajaan boleh berucap.. tetapi saudara Rafizi tidak boleh.."

Student melaung beramai-ramai bertanya,

"ARAHAN SIAPA??"

"Ketua saya Superitendan Razali"

"SIAPA TOP MANAGEMENT?"

"Kamu sendiri tahu siapa top management.."

Itu sebelum tiba-tiba datang 3 orang security, seorang daripadanya memeluk rafizi dengan lengannya, kemudian merampas microfon dengan sangat kasar dan biadap di hadapan semua student.

(Bateri microfon yang tercabut masih lagi di tangan saya)

Satu soalan, "Siapa top management?"

Akhirnya setelah beberapa siri ala2 rusuhan.. Presiden src berucap meminta semua bertenang dan bersurai..nmun berjanji akan tetap memperjuangkan kebebasan berakademik di uia..

****

Habis program saya berjumpa Presiden SRC, saudara Hanif Mahpa,
"Tahniah SRC!! Jangan risau, kalau ada apa-apa lepas ni.. kami ada.."
Jawab beliau,
"Terima kasih.. Allah ada..

****
Itu belum cerita pergaduhan kecil saudara Adam menunjukkan tangannya kepada Rafizi di meja makan selepas program, dan keluar dengan penuh carutan.

Oh, itu kisah lain.

Kempunan lah nak tahu ulasan pasal GST dari kedua-dua belah pihak.
Tahniah kepada SRC dan pihak penganjur!! Selamat memperjuangkan kebebasan akademik!!!

Saya dgn ini mengutuk sekeras kerasnya sikap tidak professional admin uia yg lidah bercabang.. Sekejap bagi sekejap cancel..dan sikap security uia yg amat tidak professional.


Hidup Mahasiswa !!




Sumber : Wassap.


- Lokman Nor Adam juga tampil memberitahu bahawa Rafizi memaki pengawal keselamatan tersebut dan enggan menurut arahan ;

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu. Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.

Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir. Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir.

Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap. Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil. Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa. Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. Majlis akhirnya dihentikanboleh pihak MPP UIA.

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan. Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga. Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya. Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya". Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.

Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA. Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004. Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan. Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007.

Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti. Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama. Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak. Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita. Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatapp. Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa.

Sumber : Lokman Nor Adam.

==================

Itu hujah dari kesemua pihak. Ada otak kan masing2. Nilai sendiri la korang.
 
Kesimpulan aku.

1. Sapa maki sapa? Di pihak Rafizi kata dimaki, di pihak Lokman Nor Adam pula kata Rafizi memaki. Jangan2 dedua saling maki memaki kot. Haha

2. Apa pun isu makian neh hal kecil ke. Orang marah, maki apa ada hal.

3. Kalau pun betul Rafizi berkata kesat, aku rasa ia boleh diwajarkan atas alasan situasi.

4. Rafizi degil taknak hentikan forum selepas berucap 10 minit? Ia pun boleh diwajarkan atas alasan situasi. Sebab apa? Ini perlawanan ke arah menuntut kebebasan mahasiswa. Hello. Bukan buat forum syok sendiri. Yang pro GST dan lawan GST. Dua-dua wakil ada maa.

5. Lokman Nor Adam mungkin bagi muka sebab yang melarang pun saf-saf sokong kerajaan juga. So dia beralah la bila dah kena 'halau cara ilmiah'.

6. Tapi Rafizi kau pembangkang. Tak pembangkang la namanya kalau kita main menurut aje. So dia lawan la. 

7. Rampasan mic berlaku sebab perlawanan dari Rafizi. Bagus apa. Kat sini dah boleh nampak ketidakcerdikan pengurusan universiti kita.

8. Buat benda2 mengarut laju aje sokong dan promote bagai. Donut terbesar terkecil semua cukup. Sebab tue mahasiswa jadi malas nak berfikir. P mampos la.

9. Buat benda betul, ilmiah, mendidik mengajak ke arah berfikir kena larang, kacau apa semua. Kena tekan dengan undang2, macam mana?

Kita bercakap tentang mahasiswa yang elegan. Mahu mereka menerajui dan membentuk negara dengan wawasan-wawasan yang mencemerlangkan negara, membanggakan nama negara, membawa kemajuan dan merintis teknologi baru supaya membawa kebaikan bersama kepada negara dan rakyat tapi tengok la cara kita melayan mereka macam mana?

Mereka buat forum ilmiah kita kacau.
Mereka berdiskusi kita kacau.
Mereka berbahas kita kacau.
Mereka mengkritik kita kacau.
Mereka berfikir kita kacau.
Tapi nak mahasiswa cemerlang.
Tapi jalan-jalan untuk mencemerlangkan diri mereka, kita tutup, halang, kambus, dan kunci dengan pintu besi, ini apa sebenarnya pendirian kita? TAK KONSISTEN la tue. Kita cakap sesuatu yang lain tapi buat sesuatu yang lain.

Sepatutnya, raikan aje forum berkenaan.
Tak di situ, di tempat lain mahasiswa ini bijak juga mencari maklumat.
Tak dengan percakapan orang, mahasiswa ini belajar juga tentang GST melalui pengalaman. 

Nak halang ape kebendanya?
BODOH LA PENGURUSAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA NEH.
SATUSEN TAK BOLEH PAKAI. BAGI AKU AJE LA JAWATAN REKTOR TUE. SILAP2 UIA UNIVERSITI TOP DI DUNIA TAU. MUAHAHAHAHA. BESTNYA CAKAP BESAR.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...