Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Januari 2015

NGO Tibai Desak Passport Anwar Disekat, Untuk Halang Anwar Lari Seperti Sirul.


Mula-mula bagi idea sekat passport. Kemudian minta Anwar duduk di bawah jagaan polis pula. Masalah betul la. Anwar punya kes tak sama macam kes Sirul.

Anwar punya kes ialah kes bangang. Andai kata, just andai kata, Anwar meliwat Saiful sekalipun maka bacaan kes sepatutnya adalah SUKARELA. 

Bukan paksaan.

Mana ada orang yang kena paksa sanggup salin seluar kepada tuala, tadah belakang, sapu pelincir dan minum air kopi dan makan karipap selepas diliwat.

Tapi itu kalau peristiwa liwat benar-benar berlaku.

Kalau ianya fitnah, macam mana pula?

Sebab tue aku kata tadi. Kes Anwar dan Sirul berbeza. Anwar punya kes, masalah peribadi dan nafsu. Sirul punya kes membabitkan nyawa orang. Berat kes tue.

Apa-apa pun NGO TIBAI neh bangang juga la. Kau buat laporan polis untuk desak pihak berkuasa sekat passport Anwar pun tak guna. Polis kalau nak sekat, dorang akan sekat awal2 tanpa perlu kau suruh pun. Ini kan kes politik. Polis memang laju buat kerja demi BN. Dan kalau Anwar lari sekalipun, perkara ini lagi mengembirakan BN la bengap. Anwar lari bermaksud Anwar keluar dari Malaysia. Anwar tidak berada dalam Malaysia sapa yang untung kalau bukan BN. Kalau Anwar berada dalam penjara BN tertekan sebab akan sentiasa diprovoke terutamanya oleh penyokong2 Anwar dan PKR agar bebaskan Anwar.

Anwar lari ke luar negara impaknya lebih positif ke atas BN berbanding Anwar duduk dalam penjara. Kalau Anwar lari BN lagi suka. Bodohnya lahai kau TIBAI. Hidup lebih lama dari aku ini pun kau fail nak fikir.

KAH KAH KAH

Laporan oleh Sinar Harian ;

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak merampas pasport antarabangsa milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mendesak agar Anwar diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian termasuk kawalan polis sementara menunggu keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini.

Menurutnya, laporan polis ini dibuat kerana mahu belajar daripada kes yang melibatkan Koperal Sirul Azhar Omar dalam kes pembunuhan Al-Tantuya.

"Dia memiliki pasport, dia boleh terus terbang ke Australia, di sana tanpa perlu merayu perlindungan politik, dia tidak dikembalikan kerana kerajaan Australia sebuah kerajaan yang anti dengan hukuman mati.

“Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Naib Presiden, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendakwa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.

"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.

"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...