Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 22 November 2014

Apa Itu Kaedah Pengapungan Terkawal Bagi RON 95 & Diesel Menurut Penjelasan Menteri.

Aku nampak ada geng2 pembangkang dok sebarkan satu gambar bertajuk fakta harga minyak ikut harga pasaran dunia. Mereka buat pengiraan. Dan mereka letakkan perkataan FAKTA di atas pengiraan tersebut. Tanpa hadirkan dalil, rujukan dan sumber. 

Ini salah satu contoh yang tersebar.


Biar aku jelaskan secara kasar. Harga minyak mentah dan harga minyak yang diproses ialah berbeza. Dan minyak juga berbeza kualiti berdasarkan dari mana ia diperolehi. Minyak dari laut dan minyak dari tanah berbeza. Dan minyak2 yang dari laut2 yang berbeza dan dari tanah2 yang berbeza juga berbeza tahap kualitinya.

Kenapa berbeza? Itu dah masuk bab geografi. Yang tue aku rasa pandai2 la lue fikir sendiri.

Itu bab kualiti. 

Bab penentuan harga pula dipengaruhi dengan faktor2 ;

1. Jenis minyak (sebelum & selepas pemprosesan)

2. Jarak

3. Jumlah

4. Jenis pengangkutan

5. Nilai tukaran matawang

6. Perjanjian perniagaan

7. Politik

Memang kita beli dalam nilai USD. Tapi bila convert ke Malaysia, tukaran matawang juga mempengaruhi pada harga berapa satu2 petrol itu patut dijual.

Ini gambaran kasar tentang petroleum yang sedang melalui proses pemeringkatan.



Apa itu CRUDE OIL ataupun MINYAK MENTAH?

Minyak yang baru keluar dari tanah sebelum diproses.

Penjelasan ;



Jadi. Jika korang gunakan website kat bawah neh ;




Untuk tentukan berapakah harga yang sepatutnya dijual kat negara neh sebenarnya tak tepat. Kerana harga dalam carta di atas merujuk kepada minyak yang belum diproses.

Berkaitan dengan KAEDAH PENGAPUNGAN TERKAWAL yang disebut beberapa kali oleh beberapa menteri sejak semalam. Kalau kita baca penjelasan Hasan Malek. Dia sebut kerajaan akan hapuskan subsidi secara total. Untuk selama-lamanya. Dan kerajaan akan jadikan harga minyak global sebagai penanda aras dalam menentukan harga minyak proses di negara neh.

Jika harga minyak dunia naik, maka harga minyak di negara ini juga akan naik.

Dan ya. Kerajaan akan lakukan pengiraan purata sebelum menaikkan atau menurunkan harga minyak ikut pasaran dunia. Semakan harga akan dilakukan pada setiap bulan untuk menentukan harga bagi bulan2 berikut selepas pengiraan purata dibuat.

Tapi. Kalau kau lihat berita dari Awani. Apa yang Najib cuba bayangkan ialah kerajaan akan buat satu kaedah. Yang mana. Selagi mana harga minyak berada di paras yang mampu rakyat Malaysia beli, maka subsidi untuk minyak bagi ron 95 dan diesel tiada.

Jika ia sampai ke satu peringkat yang mana orang2 miskin TIDAK LAGI boleh MEMBELI MINYAK, maka, subsidi bersasaran akan dilaksanakan bagi membantu golongan seperti ini. Kaedah yang akan digunakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada tangga gaji. Di mana mereka2 yang berpendapatan rendah akan dibenarkan membeli minyak pada harga subsidi samada membeli dengan jumlah liter yang terhad ataupun tidak terhad bagi penggunaan bulanan dan tahunan.

Perkara yang sama juga dibayangkan oleh Ahmad Maslan.

Lihat ;



Dan. Kalau ikut prediction Wahid Omar. Harga minyak akan terus turun bagi 2 tahun mendatang.

Lihat ;



Cuma yang aku ragu2 sekarang ialah harga minyak secara tak langsung mempengaruhi ;

- Sektor pengangkutan awam

- Sektor pengangkutan (perniagaan)

- Bas sekolah

Jika harga minyak terus turun untuk tahun2 mendatang, oke memang la oke. Jika naik, masak juga difikirkan. 

Actually kerajaan amek keputusan ini sebab tidak mahu turunkan harga minyak. Oleh kerana subsidi terhapus secara automatiknya, maka kerajaan mengambil peluang dengan membuat pengumuman yang subsidi dimahsuhkan. Andaikata harga minyak tidak turun, aku tak rasa kerajaan akan umumkan penghapusan subsidi untuk ron 95 & diesel. Sebaliknya mungkin kerajaan akan laju2 laksanakan skim subsidi bersasaran seperti yang mereka rancangkan sejak tahun yang lepas.

Apa2 pun selepas kerajaan umumkan subsidi untuk bahan api dihapuskan maka takde la puak2 gila sebelah sana dok buat hujah seolah2 kita terhutang budi dengan kerajaan setiap kali isi petrol ye tak? Kita tengokla. Bermula tahun depan. Penjimatan sehingga 23b banyaknya dengan penghapusan subsidi dapat dikumpulkan oleh kerajaan. Dan apa mereka nak buat dengan duit2 ini segala?

Projek demi projek untuk kroni?

Bayar hutang2 negara akibat keputusan perniagaan salah (menyebabkan kerugian) yang dibuat oleh kabinet Najib?

Atau betul2 disalurkan demi kepentingan dan kebajikan rakyat terbanyak? Takpe. Bagi mereka masa setahun untuk buktikan. Kalau terbukti macam cibai, boleh la campak fakta2 tue kat muka penyokong2 UMNO. Best kot dapat malukan depa dengan fakta.

KAH KAH KAH

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kaedah-pengapungan-terkawal-diguna-bagi-harga-ron95-diesel-kata-ahmad-masla

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ron95-mungkin-murah-3-sen-pada-rm2.27-seliter-mulai-disember-kata-wahid

http://www.oil-price.net/

http://www.ceoe.udel.edu/oilspill/crudeoil.html

http://meih.st.gov.my/

http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=91000&c=my&l=en

http://www.indexmundi.com/energy.aspx?country=my&product=oil&graph=imports

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...