Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Januari 2014

Pemuda PAS Ancam Boikot PRK Dun Kajang.

Bagus PAS.


Cuma bab hujah kenapa nak boikot tue perlu diperkuatkan lagi. Jangan bersandarkan kepada nas nak boikot jika tak berikan penjelasan yang kukuh. PAS power di Selangor. Kerusi banyak dari PKR. Sebaliknya boikot atas sebab hak rakyat dah dipermainkan. Ini macam la baru orang respect sama pemuda PAS.

BTW, PAS kena ingat.

PAS dan DAP akan dianggap rakan subahat dalam membazirkan wang pembayar cukai.

Walaupun itu keputusan PKR, idea PKR, pelan PKR, dan kerusi PKR, tetapi jika PAS dan DAP tidak membantah, bahkan merelakan perkara ini itu bermaksud korang semua sepakat dalam membazirkan wang rakyat.

Jadi aku minta sangat2 pada Pemuda PAS. Kita boikot atas kapasiti mempertahankan hak rakyat. Itu yang lebih utama. Bukan la obligation rakyat untuk diheretkan dan dijebakkan dalam permasalahan dalaman ahli2 politik yang berparti. Obligation rakyat sudah selesai. Pada saat kami berjuang untuk kamu tanpa dibayar satusen pun, pada saat kami biarkan diri kami dicaci maki dan diserang oleh penyokong2 BN non stop, pada saat kami jadi perisai kamu bila mana orang2 BN menyerang kamu, pada saat kami bersatu berkempen untuk memenangkan kamu dengan harapan agar kamu mengutamakan hak rakyat selepas menang.

Itu saja obligation rakyat.

Ia dah kami sempurnakan dengan jaya.

Maka jangan lagi babitkan kami atas perkara2 yang tidak perlu.
 

Baca ;

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.
 
Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Pemuda PAS.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...