Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 September 2013

68,000 Orang Benci Bini Matyo.

Tahu kah anda ketika ini terdapat 68k orang tengah membenci bini Matyo? Macam tak percaya aku dibuatnya bila melihat kes neh menjadi kontroversi selama berhari2 sehingga laporan mengenai kes neh menjadi front page bagi sesetengah akhbar arus perdana di negara ini.

Lihat bawah ;

Kes ini bukan saja hangat di laman2 sosial bahkan juga telah menjadi bahan jenaka dalam satu program terbitan astro.

Rujuk sini ==>  https://www.facebook.com/photo.php?v=10151725825418510

Pendek kata bini Matyo memang tiba2 menjadi sasaran kebencian dan top di laman maya. 5 hari lepas fan page Kami Benci Bini Matyo hanya ada 5k ribu likers, tapi pada hari neh likers nya menjadi ;

68, 801 ribu facebookers, yang sama2 LIKE fanpage itu sebab NOT-LIKE bini Matyo.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/KamiBenciBiniMatYo?filter=1

Sokongan apa seme memang jangan cakap le. Majoriti nya menyokong Pak Guard kerana memahami golongan pertengahan dan miskin [kasta rakyat] selalu dipandang rendah + hina oleh golongan2 bangsawan + bajet good2.

MAZA pun sampai mengulas isu tersebut dengan memihak kepada Pak Guard tersebut. Yang tak tahan tue, beria2 pula ada orang nak p bantai Matyo. Sampai kes tue menjadi cabar mencabar di laman sosial. Itu sebab cabaran pukul dibuat secara terbuka. Jika berani nak bantai Matyo hadap mereka dulu.

Lihat ;



Fanpage yang sokong pakcik tue pun dah wujud weh. Setakat neh ada 22k likers.

Rujuk sini ==> https://www.facebook.com/pages/Kami-Support-Pakcik-Guard-AzmanBini-matyo-sila-minta-maaf/259469260760817

Woahh

Setelah melihat pelbagai respon demi respon, aku dapat membuat kesimpulan mengenai isu neh ;

1. Bini Matyo memang kurang ajar pada pandangan majoriti rakyat Malaysia.

2. Rakyat Malaysia tak suka golongan2 kaya neh berlagak tak tentu tempat. Oke ko kaya sekalipun, relax sudah la. 

3. Rakyat Malaysia berharap semua orang dapat belajar mematuhi undang2. Kalau dah tak boleh tue, buat la cara tak boleh. Jangan la nak juga dipaksa2 supaya benda tue jadi boleh disebabkan nak kena tunduk pada status ko.

4. Ini juga satu pengajaran bahawa kita tak patut mempersendakan dan memperkecilkan mana2 pihak tak kisah la mereka kerja apa pun.

5. Jangan biadap sekalipun terlibat dengan pergaduhan di kawasan awam. Cuba cakap baik2. Dan jangan rakam orang sebarangan. 

Memang menarik melihat rakyat Malaysia bersatu sokong kezaliman yang berlaku ke atas bini Matyo. Pun begitu biar kes diselesaikan ikut saluran undang2. Bini Matyo juga menafikan sebagai pihak yang terbabit, yang menyebarkan video tersebut. Macam pelik pula. Dah tentu ko yang rakam. Kalau bukan ko yang sebar, sapa lagi?

Hehe.

Apa pun satu benda tertanya2 pada kotak pemikiran aku neh. Kes bini Matyo oke la tak dapat dinafikan ia menyakitkan ahti sesiapa saja untuk melihat seseorang mengasari seseorang yang lebih tua kerana semata2 dia kaya dan berstatus tinggi dari seseorang yang dia kasari tue..

Tapi kan untuk melihat kes neh diperkatakan secara keterlaluan agak tidak kena. Kita patut belajar untuk menyusun kes mengikut tingkat kepentingan. Maka dari situ kita akan tahu kes apa yang patut diperkatakan secara meluas. Ketika ini sepatutnya yang menjadi tanda tanya dan kebisingan masyarakat umum bukan kes bini matyo yang diletakkan pada anak tangga yang pertama beb.

Tetapi kes kat bawah neh ;

1. Mahathir perli Muhyiddin, draf pendidikan apa yang sampai bayar perunding luar RM20juta. Berapa? Ya, RM20juta ko tahu.

2. Kos untuk satelit RAZAKSAT II meningkat sebanyak 71.2 juta. Ini bukan isu nak mempersoalkan kemajuan, kebaikan teknologi ataupun apa, sebaliknya menyoal pertambahan kos itu, adakah ia telus? Adakah ia benar2 perlu ataupun wujud unsur2 penyelewengan disitu? 71.2 juta bukan sikit beb. Disaat rakyat dihadapkan dengan pelbagai kempen jimat cermat, sejauh mana kerajaan kita juga menerapkan perkara yang sama dalam pentadbiran mereka.

3. Tahanan tanpa bicara diwujudkan semula. Pada sesetengah orang, alah tak buat salah nak kecoh apa der. Tapi dia tak faham apa maksud tahanan tanpa bicara. Ia adalah satu akta bahawa polis boleh menahan sesiapa saja walaupun takde bukti2 yang konkrit untuk menyabitkan bahawa dia ialah penjenayah. Ini bermaksud, polis boleh tahan orang walaupun takde bukti dalam akta ini. Jika suatu hari nanti polis beranggapan bahawa sekian2 orang neh di anggap mendatangkan bahaya walaupun takde bukti dan atas syak wasangka saja, polis boleh tahan ko. Ya, betul kadang2 kalau fikir dari sudut mangsa, mana2 penjenayah yang terlepas dari menjalani hukuman seperti Khir Toyo, kalau dihadapkan dalam akta macam neh memang best. Tapi fikirkan pula kalau akta ini menghukum mereka2 yang tak bersalah? Sebab itu dalam prinsip undang2, mereka menyatakan bahawa membebaskan seseorang penjenayah adalah lebih baik daripada menghukum seseorang yang tidak bersalah. 

Ini bermaksud biarpun disebabkan kelemahan undang2 kita gagal untuk sabitkan seseorang penjenayah dalam kes tertentu, tetapi kita masih ada harapan untuk berterus-terusan mencari bukti bahawa dia ialah penjenayah kerana seseorang penjenayah cenderung lakukan jenayah. Seseorang penjenayah juga cenderung untuk mengingati kembali perbuatan jenayah dia sehinggalah suatu masa nanti dia kantoi. Tetapi pada saat kita jatuhkan hukuman pada seseorang yang tak bersalah, masa + maruah individu tersebut jadi taruhan. Kalau dipenjarakan 10 tahun alih2 rupa2nya tak bersalah, macam mana?

Sebab itu akta ini harus ditentang dengan sekeras-kerasnya. Tapi rakyat Malaysia tahu pasal PCA? Majoriti tahu pasal bini matyo, tapi adakah majoriti juga tahu pasal PCA? Adakah kerana ia isu berat pada pandangan sesetengah pihak?

Ingat, barat adalah contoh bagi kita selagi mana ia mengamalkan apa2 benda yang tak menyalahi tuntutan agama kita.

Tetapi mereka tidak boleh dijadikan contoh jika undang2 tersebut telah melanggar etika dalam Islam. Dalam Islam kita hanya menghukum seseorang setelah disabitkan dengan bukti, saksi dan keterangan yang lengkap + asli.

Kita tak boleh penjarakan seseorang berdasarkan syak wasangka. Ataupun bukti tak lengkap. Boleh jadi bukti itu disalahtafsir oleh akal manusia yang terhad, siapa tahu? Oleh kerana kita tidak tahu, maka undang2 draconian seperti ini kita mesti tolak. Jadi adakah rakyat Malaysia yang concern pasal bini Matyo concern juga pasal perkara2 di atas? Jika ya, tahniah. Jika tidak, ini nasihat untuk anda. Perjuangan bukan la perjuangan pada saat kita tak pandai meletakkan keutamaan dalam perjuangan.

Terima Kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...