Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 17 Disember 2012

Kempen Satu Belon Satu Suara apa tue?

Apa tue?


Sekarang neh kita tengah giat kempen pasal himpunan mega yang akan dilangsungkan di kl pada 12 januari nanti. Himpunan tue ialah himpunan all in one. Antara yang terlibat dalam himpunan itu ialah ;

1. BERSIH = Menuntut pilihanraya yang adil.

2. HIJAU = Save pahang, no LYNAS

3. OREN = Selamatkan Felda

4. KUASA = Orang2 perak yang bergabung untuk selamatkan tanah dari terus terusan dijual ke orang luar seperti kes VALE yang membabitkan DAULAT TUANKU.. isu alam sekitar, isu hutan simpan, isu kemiskinan dan isu2 berkaitan. Orang2 perak yang duduk di luar perak ataupun orang2 perak yang duduk dalam perak yang mahu suarakan masalah masing2 di tempat anda di alu2kan menyertai KUASA.

5. ROYALTI = Ini tuntutan anak2 kelantan.
 
6. Selamatkan bahasa melayu. Aku lupa pula nama shortform NGO ini apa. Yang aku tahu mereka nak selamatkan bahasa melayu dari disecondclasskan di bumi sendiri.

7. Gerakan bebaskan tahanan ISA. ISA dah mansuh tetapi tahanan ISA masih wujud. Apa cerita neh najib weh?

8. Mahasiswa tuntut pendidikan percuma. Ini perjuangan anak2 muda. Mereka yang sedang belajar, baru nak belajar mahupun yang dah tamat pembelajaran. Mereka akan hadir ke himpunan mega untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai pendidikan tinggi percuma tanpa kira kaum dan bangsa.

9. Kempen kurangkan harga kereta. Yup antara sebab yang membuatkan aku nak turun ini la dia. Aku sokong bersih dan kempen kurangkan harga kereta sama rata. Ini yang paling dekat dengan keperluan aku.

10. KASE = Kempen mahsuhkan saman AES. Ini ialah kempen yang menyeru kepada pemahsuhan AES yang jelas berat sebelah. Daripada dilayan bias elok kita hapuskan je sistem ini. 

Minta ubah taknak. Minta tambahbaik pun dorang taknak. So apa guna kita pertahankan ia lagi? HAPUSKAN je. Jangan dilayan kerajaan yang degil dan mengabaikan kehendak rakyat marhaen.

Apa pun penyokong2 BN ramai yang tak puas ahti isu neh. Mohon dorang ikut serta.

Buat masa neh ini je lah yang aku tahu. Aku berharap sangat NUBE yang piket pasal kebajikan pekerja CIMB tue boleh turut serta. Sama seperti kempen saya benci harga barang naik. Korang kena join sekali dalam himpunan ini. Isu TBH dan kematian Aminulrashid pun boleh di up sekali jalan. Pendek kata asalkan ada cause2 yang korang nak bangkitkan, meh la join himpunan di atas. 

Ia akan berlangsung di kl. Pada 12 / 1 / 2013. Lokasi tak pasti tetapi rundingan sedang dilakukan dengan PDRM. Kita sedang cuba untuk berbincang dan mematuhi semua undang2 yang PDRM gariskan. Tetapi jika PDRM cuba bermain tarik tali dan mengenakan kita seperti mana dalam BERSIH 2 dan 3 akhirnya nak taknak kita akan terheret ke jalanraya. Masa tue jangan salahkan kita oke. Yang membuatkan kita orang terheret tue puak2 korang juga.

Dari apa yang aku dapat tahu perhimpunan ini sedang diprovokasi. Dorang dah start menakutk2kan orang dengan perhimpunan mega neh. Nak tahu kenapa? Kerana perhimpunan dipercayai akan mengundang hadirin yang lebih ramai kerana ia gabungan semua cause2 yang wujud di malaysia. Jadi puak2 sebelah sana mula menyebarkan sentimen kebencian terhadap perhimpunan #kl112.

Tapi der.. aku tak boleh hadir la masa tue.

Aku mahasiswa.. aku risau kena buang...

Aku kena kerja.. camne?

Nak sokong.. tapi mak abah mungkin marah.

Nah. Selalu sangat kita dengar luahan2 seperti di atas kan. Betul tak? Takan kita nak paksa mereka hadir juga walaupun mereka sokong apa yang kita sokong? Oleh kerana keadaan kita berbeza-beza.. maka kita tak boleh nak paksa mereka hadir.. tetapi kita ada penyelesaian untuk semua itu.

Untuk korang yang sokong tetapi tak boleh hadir tiada masalah. Korang boleh nyatakan ia melalui kempen satu belon satu suara. Lepaskan belon warna kuning, hijau ataupun oren. Lepaskan dari tempat masing2. Satu belon mewakili diri ko. Kalau ko ada 5 orang maka lepaskan 5 belon. 

Nanti orang akan tertanya2 dan merasa hairan. Apsal ada je orang lepaskan belon di udara? So hal mengenai itu akan tersebar sendirinya. Dari situ pun dah membantu mengembangkan cause kita. 

Kalau boleh, masukkan sesuatu dalam belon tersebut. Kertas kecik yang menulis mengenai apa yang korang sokong. Kertas tue mungkin akan jatuh kat mana2 rumah orang ke rumah umno ke. Mungkin lepas baca pendapat korang orang2 umno mula mengubah fikiran ke.. tak cuba tatau woo..
 
kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...