Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Jun 2011

BARBICAN : JAKIM tidak sahkan ujian makmal UKM.

Ujian makmal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan makmal swasta yang mendakwa minuman ‘bir halal’ didapati bebas alkohol awal Jun lalu, tidak disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang hanya bersandarkan keputusan rasmi makmal Jabatan Kimia Malaysia saja.

Sumber Jakim berkata, tindakan inisiatif diambil syarikat pengedar dengan menghantar sampel botol minuman itu untuk ujian tidak diambil kira Jakim berikutan pihaknya masih menunggu laporan kedua hasil ujian dilakukan di jabatan kimia itu.

Jabatan Agama Johor (JAJ) bulan lalu mendakwa sudah menghantar sampel minuman itu ke jabatan kimia sebelum keputusan mendapati ia mengandungi 0.5 peratus jumlah alkohol menyebabkan minuman itu berstatus haram. “Tindakan diambil pihak syarikat dengan menghantar sampel minuman botol terbabit bukanlah satu halangan, namun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia kepada Jakim.

“Jakim kemudian akan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan keputusan berhubung hukum meminum minuman botol berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, Jakim sudah mengumpul sampel empat jenama minuman botol daripada empat syarikat pengedar berbeza di negara ini.

“Semua sampel produk minuman berkenaan yang mempunyai perisa buah-buahan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis dan masih menunggu keputusan terperinci,” katanya.
Sumber itu berkata, soal halal atau haram sesuatu minuman bukan hanya bergantung pada kandungan alkohol semata-mata, malah proses pembuatannya turut diambil kira.

“Tidak mustahil pegawai Jakim dihantar ke negara Timur Tengah tidak lama lagi bagi melawat sendiri kilang memproses minuman berkenaan bagi mengenal pasti kaedah pembuatannya.

“Jika minuman itu dikilangkan bersama minuman keras atau minuman lain yang mengandungi alkohol, maka hukumannya tetap haram diminum,” katanya.

Menurutnya, Jakim masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci terhadap kilang minuman itu.

“Apapun pengguna Islam dinasihatkan bersabar dan tidak cepat membuat andaian awal sehingga keputusan rasmi dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem mendakwa minuman jenama Barbican yang dihantar ke UKM didapati bebas elemen alkohol.

Laporan itu diterima pada 7 Jun lalu selepas syarikat berkenaan menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Jakim perlu melakukan pemeriksaan khusus termasuk pergi ke kilang pengeluar untuk mendapatkan pengesahan punca alkohol berkenaan sebelum ia boleh dikatakan halal.

Menurutnya, perkara perlu dilakukan ialah mengenalpasti sama ada kandungan alkohol dalam minuman itu alkohol campuran atau alkohol semula jadi daripada buah.

“Jika minuman itu dicampur alkohol, hukumnya adalah haram meminumnya tidak kira jumlah peratusan kandungannya. Tapi ia bergantung kepada punca alkohol itu.

“Hanya pengesahan daripada pihak bertanggungjawab dalam perkara ini boleh diterima pakai demi mengelak kekeliruan kalangan umat Islam mengenai statusnya,” katanya. -hm

Baiknya aku kalau aku tak ejek cara jakim buat kerja. Korang fikir enh ;

1. Jakim buat ujian makmal = kerajaan = ada kepentingan

2. UKM buat ujian makmal  = bebas = tiada kepentingan.

Agak2 aku nak percaya kat sapa? Kajian UKM neh dibuat setelah berminggu2 lamanya JAKIM senyapkan isu neh. Orang buat ujian makmal, ko pun buat ujian makmal tapi ujian makmal orang dah lama siap ujian makmal ko sampai dah berjuta2 nyamok mampos pun tak keluar2 lagi. Itu satu hal.

Bab alkohol satu hal yang lain pula. Apakah benar minuman diharamkan kerana kandungan alkohol atau jenis alkohol? Sila baca bawah jap ;

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Petikan dari blog UZAR. Baca sini. [Uzar ulas bab minyak wangi harap maklum]

Kalau aku baca dan fahamkan penerangan uzar neh aku dapati bahawa jenis2 alkohol yang berbeza membawa kepada kesan dan hukum yang berbeza juga. Jika alkohol yang terdapat dalam barbican bukan alkohol yang memabukkan sebagaimana yang biasa digunakan dalam arak adakah minuman ini kekal diharamkan? Itu yang aku nak tahu. Dan tolonglah sebagai umat islam cuba belajar untuk dengar persoalan orang lain. Apa yang aku cuba sampaikan kat sini bukan penghujahan untuk menentang segala bagai tetapi sebagai satu persoalan yang jakim harus atasi. 

Bukan aku nak suspicious sangat tapi syarikat neh ada kaitan dengan iran ka? Bayangkan enh minuman neh dah bertahun2 lamanya bertapak di malaysia dan tiba2 sahaja jakim mengeluarkan pandangan yang separuh kemudian dia g mampos.

Peh tue bila orang lain bawa bukti, dia bangkit dari kemamposan balik untuk bidas bukti orang lain. Then maybe lepas dia neh dia g sambung mampos balik. Kerja2 separuh jalan neh dilakukan oleh jakim dengan cekap.

Yang sejujurnya aku tak pernah minum air neh. Cuma aku harap kalau benda tue betul2 haram maka nyatakan bahawa ia haram. Bagi dalil + nas + hujah kenapa ia haram agar tiada persoalan yang berbangkit kelak. Tolonglah jangan bagi alasan botol sebab2 ia menjadi haram. Sejak bila bentuk botol sekian2 seperti ini membolehkan ianya menjadi haram dan segala bagai? Ada gak air tin arak. Kalau gitu semua air tin dah jadi haram kot pasal arak pun ada gak dalam bentuk tin bhai.

Lainlah kalau ;

Pembuatan botol = ada unsur2 haram seperti campuran babi dan segala bagai yang najis.

Penggunaan botol = botol yang digunakan utk arak, diletakkan air barbican.

Pengilangan air = kilang yang buat arak, buat air barbican gak. <-- ini bukan aku cakap. Aku petik balik dari statement akhbar di atas. Kalau korang tanya aku mudah je. Aku rasa jakim cuba buat persepsi seolah2 kilang arak produce barbican. Sorrylah ini persepsi aku. Korang mungkin ada persepsi yang lain pula.

Walaubagaimanapun tahniah aku ucapkan kepada jakim. Setelah bertahun2 umat islam memakan babi, jakim rileks je. Walaupun benda tue terang terangan haram. Ubat babi ada, sos cili babi, keju babi ada, makanan segera babi ada, segala2 lah babi kebabian sana sini. 

Tetapi benda yang kurang jelas haram ke harus ke, jakim menjadi juara. Itupun buat kerja dengan sangat2 lambat. Kalau suruh bertanding dengan siput, siput pun boleh menang. Heh

Dan aku nak korang baca bawah sket ;

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Dipetik dari blog uzar gak. Klik je link tadi. Aku just nak share info neh ngan korang. Luckly aku dah tak guna minyak wangi ber alkohol. Lama dah aku tinggal minyak2 wangi macam neh. Bertahun2 dah. Bayangkan enh kat minyak wangi pun diletakkan babi. Silap2 haribulan kertas yang kita selalu pegang pun ada babi. 

kah kah kah

Ameno : babican ke atau barbican. heh

Share this

0 Comment to " BARBICAN : JAKIM tidak sahkan ujian makmal UKM. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...