Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Mei 2011

Najib : PAS perlu keluar pakatan!


Hari neh aku beli paper mingguan malaysia. Tak silap aku mingguan malaysia neh ialah utusan harian betul tak? Sebenarnya aku pun dah lupa. Hahahah.. aku tengok kaler depan dia warna merah. Selalunya kaler merah neh berita harian punya. Baca punya baca aku sampai naik confused apsal pula ada artikel awang selamat terselit kat paper neh. Rupa2nya aku beli paper utusan. Kalau hari minggu nama dia ditukar kepada mingguan. Hahahaha.. sengal aku. Dah jangkit deman kpop versi malaysia iaitu mpop. Kah kah kah.. pecah perut aku lagi hari neh.

Tajuk akhbar atas isu neh memang cantik. Korang nak tahu apa? Baca bawah ;

PAS PERLU KELUAR PAKATAN.
Jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama islam - najib

Isi kandungan berita itu pula ;

- PAS perlu keluar pakatan kalau mereka benar2 memperjuangkan untuk kepentingan agama islam.

- PAS tidak akan memperolehi apa2 yang dicita2kan dan hanya akan memberikan keuntungan kepada dap.

- Najib : "Tak kesahlah samada pas bersendirian ataupun bergabung dengan umno [nak muntah aku] yang penting pas tidak boleh bergabung dengan dap kerana usaha pas dalam memperjuangkan islam akan dihalang" 

- Usaha gigih pas dalam kempen prn sarawak baru2 ini hanya memberikan kejayaan kepada dap.

- PAS perlu terima kenyataan bahawa idelogi politik mereka berlainan [pas dan dap]

- Dalam pakatan, PAS tak boleh buat apa2 sebab ada kekangan dari DAP.

- Najib berkata pas perlu memikirkan kepentingan untuk bangsa, agama dan negara.

- Najib juga mengajak hadi berusaha ke arah kerajaan perpaduan.

- Najib "kenapa buat baik dengan dap? adakah dap boleh memperjuangkan islam? saya nak cakap sini kepada haji hadi cukup cukuplah berkerjasama dengan dap. Ini merugikan kita"

- BN menjanjikan realiti dalam aspek pembangunan manakala pembangkang pula tiada hasil dan manfaat buat rakyat.

- Najib "janganlah bermain politik jalanan, pkr lahir di jalanan sedangkan umno lahir di istana, dan sebab itulah parti kita keramat untuk membela nasib bangsa, agama dan juga negara".

Satu yang najib dan ramai org islam taktahu. Kita bukan memperjuangkan utk kepentingan agama islam. Islam itu sendiri sebenarnya memperjuangkan kepentingan kita. Kita sendiri jika mahu berjuang untuk kepentingan kita, keadilan dan kesejahteraan dalam hidup ini perlu menerima islam. Jika ada yang menolak islam, itu adalah kerana mereka tidak mahu kan keadilan untuk semua manusia. Sedangkan islam itu adil untuk semua bangsa, semua agama, semua jantina apatah lagi untuk semua negara kerana islam itu bukan ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah swt. 

Apakah Allah swt hanya mencipta keadilan untuk orang islam? Tidak. Keadilan ada untuk semua manusia tanpa kira agama dan status mereka. Jadi kata2 najib bahawa kita [manusia] memperjuangkan islam untuk kepentingan agama islam adalah bebal. Islam bukan agama yang mementingkan diri sendiri ataupun mempunyai apa2 kepentingan. Kita memperjuangkan islam kerana mahukan hidup dengan adil dan saksama. Kalau ini org islam sendiri tak faham, maka usah bicara pasal islam.

Bila persepsi ini sudah hadir oleh org islam sendiri [najib] bagaimanakah pula reaksi bukan islam? Sudah tentu bukan islam akan merasa kecewa. Apa neh bhaii.. untuk kepentingan agama islam pula neh bhai.. kami yang tak islam neh lue nak campak mana bhaii? Pas sendiri juga gagal terangkan kepada bukan islam bahawa islam itu semua. Jangan ingat bila berkopiah lengkap, tak pernah buat jahat dan zalim, bersolat wajib dan sunat 24 jam boleh memahamkan manusia bahawa islam itu untuk semua. Langkah2 penerangan pas tidak meluas dan kelihatan kepentingan politik itu mendahului kepentingan islam. Sedangkan bila pas berdakwah islam sekaligus pas akan menaikkan imej politiknya juga. Ini berlaku kerana pas terheret dan terseret dengan permainan politik kotor dan jijik umno.

Bila dah tahu diseret dan diheret.. sudah sampai masanya untuk pas berhenti diperlakukan demikian. Kuatkan kerja2 dakwah kita, Kuatkan. Sapa juga halang kita cantas. Kalau mca bising, kita cantas. Kalau umno memekak, kita cantas. Kalau dap meroyan, kita cantas. Kalau pkr melenting, kita cantas. Sudah sampai masanya untuk kita memikirkan kebaikan yang akan generasi akan datang kita raih atas perngorbanan kita kali neh.

Berkenaan kenyataan najib di atas pula, jelas najib angkuh dan riak. Angkuh dan riak itu bukan pakaian manusia. Tapi najib pakai. Heh. Dia fikir dia lebih baik dari dap. Tapi dia dan dap sama sahaja. Malahan dap lebih baik dari dia. Sebab dap mengaku terang2an mereka anti islam. Manakala umno berselindung. Mereka [umno] juga anti islam cuma takmo tunjuk macam dap. Tak berani cakap. Tapi perbuatan mereka tiada beza dengan dap pun.

Isu bergabung neh isu kecik. Samada bergabung atau tidak dap dan umno ttp akan gagalkan usaha pas. Malahan semua parti di malaysia neh akan halang kecuali pas. Inilah hakikatnya. Ini benda yang kita kena terima. Adakah jika hari neh pas keluar dap, maka esok dap akan cakap i support islamic country. No. Tidak. Telah tertulis dalam Alquran bahawa kafir akan mencari seribu satu jalan untuk gagalkan misi umat islam. Tetapi juga telah tertulis dalam Alquran manusia munafiq dan fasiq [umat islam] inilah musuh terbesar dan punca kegagalan umat islam. Ini umno. Mereka ada ciri2 ini. 

Mereka marah kita bilang begitu. Maka kita buktikan banyak kali. Sikap mereka menjurus kepada kemunafiqan. Umno tetap tidak peduli. Musuh depan2 yang kita nampak macam dap, kita boleh agak apakah pelan mereka. Musuh2 belakang yang gemar bermain wayang macam umno, adalah lebih bahaya kerana setiap langkah mereka penuh dengan muslihat dan tipu daya. Kerana itu munafiq tempatnya di neraka paling bawah, paling jahanam akibat sikap mereka yang memang jahanam.

Berhenti menyalahkan dap atas kegagalan umat islam hari neh di malaysia. Berhenti menyalahkan org bukan islam juga di atas kegagalan kita pada hari neh. Pergi duduk depan cermin. Cabut keluar semua keburukan. PAS bukanlah parti yang hebat. Islam menjadikan PAS dihormati. Umno bukanlah parti yang buruk. Tetapi mereka mencabut islam keluar dari dalam diri. Pkr bukanlah parti yang jahat. Tetapi mereka dilanda bencana fitnah. Umat islam kalau tidak berhenti menyalahkan orang lain, kita tidak akan kemana-mana. Mati dan hidup hanya sia2.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).- (Hadis riwayat Bukhari)

Ameno : Saya mencintai islam walaupun saya orang jahat.

Share this

2 Responses to " Najib : PAS perlu keluar pakatan! "

  1. aku rasa tertengok seruan najib ni di tv3 malam tadi..sudahla.. tapi tak boleh statement.. yang penting PAS keluar pakatan..tak masuk BN pun takpe.. yang penting tidak bersekutu ngan DAP.. adehh

    Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam
  2. aku rasa tertengok seruan najib ni di tv3 malam tadi..sudahla.. tapi tak boleh statement.. yang penting PAS keluar pakatan..tak masuk BN pun takpe.. yang penting tidak bersekutu ngan DAP.. adehh

    Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...