Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mac 2011

Terkini : Milo peket naik harga.


Aku baru lepas pulang dari kedai runcit. Ketika pergi kedai runcit tadi, aku beli ;

Milo peket 200gram
Susu tin
Keropok cheezel.

Waktu itu ada pemborong kat kedai tue tengah deliver barang. Ketika aku nak bayar ;
Pakcik kedai : Milo 4.50, susu tin 2.50, keropok 1.80..

Aku : Milo 4.50 ke 4.20?

Pakcik : Ha yelah, harga baru ke neh? dah 4.50 neh? tak perasan pula bila naik.

Aku : Saya beli dua minggu lepas tak silap rm4.20. Saya ingat.

Uncle : Sudah naik. sudah naik.. semua sekarang naik. Nanti itu makanan ringan pun naik. Sikit jam lagi.

Aku : Bila naik? Taktahu pun..

Pakcik : Saya pun baru tahu. Stok baru neh.

Aku : Untuk semua jenis? Besar kecik pun naik juga?

Pakcik : Entahlah saya tak check lagi.. tunggu dia kira stok dulu.

Memandangkan tiap-tiap bulan barang mesti naik, sampaikan peniaga sendiri pun tak perasan yang barang niaga mereka dah naik harga. Kita sebagai pengguna kena peka sikitlah. Kita kena tahu barang apa yang naik. Kalau kita taktahu, duit kita akan hilang macam tue je. Sebab kita tak berjimat cermat.

Memang aku tahu, korang akan cakap, korang dah berjimat habis. Sampai takde ruang nak melakukan pembaziran. Ini semua masalah kerajaan yang tidak kawal kerakusan peniaga. Aku setuju point-point korang. Tetapi nak tunggu kerajaan yang sedia-ada tumbang, kita perlukan masa. 

So, sementara nak tunggu benda itu jadi hakikat, kita kenalah berjimat cermat untuk teruskan hidup kan? Kita cakap banyak pun dah takde guna nya lagi. Barang makanan memang akan naik tiap-tiap bulan sambil ismail sabri tersengih-sengih depan tv bila tengok dafi menyanyi.

Dan aku yakin ismail sabri tidak akan war-warkan isu neh dalam media. Seperti selalu. Ismail sabri hanya akan cakap barang makanan di malaysia masih rendah berbanding negara lain. Kali neh aku ada bukti. Nanti aku scan dan upload sini. Tunggu.. 

Nota : Untuk rekod aku mmg beli milo jenis neh dan aku tak boikot product neh.

Ameno : Barang naik berat turun.

Share this

10 Responses to " Terkini : Milo peket naik harga. "

  1. Milo? bknkah itu barng yg patut diboikot?

    BalasPadam
  2. makin lemak sesuka ati naik rege ye tak sampai tak sedar rege dah naik? asal boleh nak sembelih. tak paham aku.

    p/s: ads factor tu sama je mcm nuffnang, innity, adverlets. aku pasang ads factor sebab nak dapat innity tak mampo lagi. huhuhu~

    BalasPadam
  3. Yeay...saya suka barang naik.Silalah naik lagi...dan lagi...dan lagi...sampai kami jemi makan meggi,pasni tukar ngan nasik bergaram.

    BalasPadam
  4. nanti pencacai akan berkata... TAK AMMPU MINUM AIR MASAK UDAHLE..WAT LA CARA SUSAH..MILO UNTUK ORANG SENANG JE,,, NAIK 30SEN PUN KOCOHHH JE..NAK WAT PERHIMPUNAN HARAM LA TUE..

    hehehe

    18sx pakaian zaman dulu dulu

    Makna disebalik kata-kata seorang perempuan

    BalasPadam
  5. saya sokong AP dan FARISZ@AZ.Com..

    Boikot barang Nestle!!!

    Save Palestin!!!

    BalasPadam
  6. abehla milo suam lepas ni dah naik harga :p
    -comot-

    BalasPadam
  7. milo kan ramai pengemar kat Malaysia nie..wa ima anak2 kite yang da stop susu tepung pun continue gan milo plak huhu...mmg laku milo...
    ScaniaZ Hot's post... Ranking Zakar Terpanjang Mengikut Negara!

    BalasPadam
  8. saya sokong AP dan FARISZ@AZ.Com..

    Boikot barang Nestle!!!

    Save Palestin!!!

    BalasPadam
  9. kalo x tahu, buat cara x tahu, tanya pada yg tahu...barang naik bkn sebab peniaga yg suka2 hati naikkan...peniaga dpt dgn harga lebih tinggi dari pembekal/nestle sendiri...sbb tu harga runcit pon naik...kalo dulu peniaga beli dgn harga 3.80, jual 4.20...skang beli 4.00, x kn nk jual 4.20 jugak...?

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...