Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Mac 2011

Hot! Kopi pun ada gelatin babi!!

Perghh macam tak percayalah yang kopi pun bercampur dengan gelatin babi bagi menghasilkan lemak agar kopi itu kelihatan lebih sedap, berkrim dan disukai ramai. Ciss..

Baca petikan bawah neh ;

Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm

Adoii.. beberapa perkara yang aku boleh simpulkan ialah ;

1. Kedai kopi dan kopi itu sendiri tiada logo halal. Dan takde logo halal pergi masuk buat orang islam oii?

2. Pihak penguatkuasa agama johor tak boleh ambik tindakan undang-undang sebab premis terbabit tidak paparkan logo halal. So, pemilik kopi tersebut lepaslah walaupun dah membabikan umat islam di johor dan selangor.

3. 80% pelanggan dia ialah orang islam. Suwei betul.. dah meniaga kat orang islam tapi meniaga benda haram lepas tue buat bodoh je sebab fikir keuntungan.

Benda camne tak boleh dibiarkan lagi. Kerajaan kena gubal undang-undang lah. Bagi kuasa lebih lagi kat jabatan agama negeri2 neh. Idea aku ;

1. Yang menjual makanan haram kepada umat islam kena dakwa. Pedulilah dia taktahu hukum ke apa, janji dia tahu babi dan arak tue haram untuk umat islam. Neh dia campur dalam kopi dan jual dengan muka senyum kan kat situ dia dah sengaja membabikan umat islam di malaysia? Kenapa nak lindungi peniaga sohai macam neh?

2. Buat logo tak halal. Bukan logo halal je. Maknanya setiap premis makanan dan minuman kena ada logo. Jika mereka mohon logo halal letak. Jika mereka tak mohon logo halal, automatik letakkan mereka premis yg ada logo tak halal. Charge lah duit. Kan dapat collect duit tue. Kerajaan suka kan? At least mereka tahu yang kedai makanan ada logo halal dan logo tak halal. Bila berlaku macam tue umat islam tahu dah kedai makan mana yang halal dan kedai makan mana yang tak halal.

3. Ambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang membiarkan premis tak halal dia dimasuki oleh orang islam. Jangan dibagi can. Mereka fikir duit je. Kerajaan pun boleh fikir duit gak. Kenakan denda tertentu. Mesti mereka lainkali akan berkira-kira mencari pasal dengan umat islam lagi.

Kopi yang dimaksudkan tidak halal itu ialah kopi railway kluang. Dipetik dari sini.


Ameno : Babi adalah lagenda di malaysia. Di mana-mana sahaja ada babi. Heh.

Share this

26 Responses to " Hot! Kopi pun ada gelatin babi!! "

  1. Aku penah minum... adush...

    BalasPadam
  2. logo halal xpayah buat..buat logo haram je dah cukup. sebab yang haram nye sikit yang halal tu banyak kalau dekat mesia ni...jimat la sikit duit.

    BalasPadam
  3. Saye sngat setuju cdangan tue.wat 2 logo,satu logo halal malaysia,satu lagi logo non halal,setel.Win win situation,penguna senang,kerajaan pun senang.

    Nini Cokolat Celup

    BalasPadam
  4. JAJ, kalau dah tau tak bole nak amik tindakan, asal tak sebarkan nama kedai tu??? adehhh, admin, ape name kedai tu?

    BalasPadam
  5. 1. Orang Melayu Islam terlalu ambil mudah pasal halal haram. Dah jelas kedai tu kedai bukan Islam dan tiada logo halal, pegi makan minum kat situ buat apa?
    Orang bukan Islam bukannya ada kepentingan untuk memastikan makanan yang mereka jual kepada kita tu halal. Kita yang nak makan kitalah yang kena pastikan ianya halal, bukan sipenjual atau pihak berkuasa.

    2. Akhbar (dan Jabatan Agama) pun satu hal. Kalau bab-bab kepenggunaan tak pernah nak siarkan nama kedai atau jenama barang. Tulis tak halal la, ada kimia berbahaya la tapi nama tak nak siar. Macamana pembaca nak tau?
    (Kalau cerita pasal mangsa rogol cepat pulak siar nama dan gambar sekali aish..)

    BalasPadam
  6. sebab tuh setengah2 melayu perangai macam babi...

    BalasPadam
  7. apa kata kita bakor aje kita bakor bakor

    BalasPadam
  8. 'Ambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang membiarkan premis tak halal dia dimasuki oleh orang islam'

    sgt la tak relevan. itu adalah pilihan kita sendiri. kalo takde tanda halal bwt pe kite masuk. org non muslim dia juz berniaga. kalo org masuk kedai dia takkan dia nak halau.

    BalasPadam
  9. Tak perlu nak ambil tindakan apa-apa ler. Dah tak de logo halal, siapa suruh masuk makan?

    Kenapa tak paparkan nama restaurant? Apa yang dirisaukan? adakah ujian gelatin babi itu sah? kenapa tiada laporan makmal bagi membuktikan aduan tersebut?

    BalasPadam
  10. Apa yang berlaku pada orang melayu @ islam di negara kita adalah akibat dari kebodohan sendiri, usahlah menyalahkan orang lain. Orang melayu ni baik dari segi ekonomi, sosial, makanan dan segalanya tidak pernah ambil kisah. di beri tanah di jual kepada cina, di beri permit di ali babakan, di beri kontrek orang cina juga yang buat, makan tak kira, asal sedap sapu, tak kira kedai cina ke kedai mamak, jadi bila berlaku perkara seperti ini, tanggunglah sendiri. usahlah berharap kepada jabatan kerajaan, mereka hanya menurut perintah saja. kita marah kepada cina kerana ekonomi mereka teguh, tapi pernahkah kita marah kepada kita sendiri...tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  11. tapi yng peliknya,, si islam masuk dan beli di kedai yg tak halal kenapa?takkan tak kenal mana kedai halal atau tak?ini dah 70 tahun tue.. lama bebeno..tentang sijil tak halal mmg stuju sangat2..

    hottest entry di blog khalis :
    Lelaki gila seks disimbah air panas

    Insan yang hebat walaupun tanpa kaki

    BalasPadam
  12. ezora ;

    saya tak setuju. bagi saya umat islam dan bukan islam harus berkompromi dan saling jaga menjaga.sampai bila kita nak pandang bahawa mereka [bkn islam]tiada tanggungjawab pada org islam? sampai bila? disebabkan pemikiran macam ezora neh lah maka ble org2 islam jejak disko, tokey wat derk je.. peduli kesah apa dia.. yg penting duit duit duit.. begitu juga dengan kes di atas.. dah bertahun2 jual kopi babi dia sikit pun takde rasa kesian kat org2 islam yg minum kopi dia tue kan? simpati takde, rasa bersalah pun takde.. pasal apa? pasal dok fikir duit je. buat salah, tp lepas.

    BalasPadam
  13. pukimak..... kopi kluang tu memang femes tu weyyyy!!!!!!!!!!!!! haramjadah lu cina pangsai!

    BalasPadam
  14. tolong la propose sijil tak halal tu... arghhh aku dah terminummmm

    BalasPadam
  15. jgn salahkan org islam, sebab kalau kedai kopi kat stesen keretapi tu dah lama buka, bapak aku pun suka minum situ, aku pun suka gak, pak aku cakap arwah sultan johor pun suka kopi kat situ. kalau tak silap aku salah sorang tauke dia org islam(mualaf). satu lagi kedai tu dah wujud sebelum logo halal diwujudkan, dari dulu lagi sebelum merdeka org islam minum kat situ jadi org islam skrang anggap takde masaalah ler kalu minum kat situ. tapi satu benda aku nak tulis kat sini, pm kita bukan main bangga bila as puji kita sebagai negara islam, tapi org islam kat malaysia pun susah nak tentukan yg mana haram dan halal. tak pelik ke bila kat negara islam kena ada logo halal.

    BalasPadam
  16. newspaper pun 1. kalau dah sah ada gelatin babi, bagitau je lah nama kedai dan produknye. ni kitorang kat rumah dah termangu2 xtw yg mana halal, mana haram. dengar cite kopi railway kluang tu eh?

    BalasPadam
  17. btol la wei kopi railway kluang tp tulis johor bahru ape ke pundek la jauh kot jb ngn kluang.. kuar majalah 3 kot kununnye tarikan la wei tp skg dibuktikan tak halal.. slahkn majalah 3 sbb promo tmpt tu.. hahaha..

    BalasPadam
  18. Taukey orang Islam ke bukan Islam ? kalau bukan Islam, tak ada siapa boleh disalahkan melainkan orang yang datang makan. Cara paling mudah untuk menikmati makanan yang boleh diyakini halal untuk orang Islam makan, ialah makan dan minum di premis orang beragama Islam sendiri. Walaupun tak semua ada logo halal.

    Kita paham tak semua orang Islam yang meniaga makan mampu dengan mudah mendapatkan sijil halal. Kalau kat pasar malam, boleh kira agaknya dengan jari gerai yang ada logo halal.

    Tapi kalau peniaga tu muslim, insyaAllah dan tawakkal sajelah. Lagipun kalau termakan yang kita tak tahu, insyaAllah dimaafkan.

    Apapun, sebelum tuding jari kepada penjual, sebaiknya kita perbaiki dulu cara kita memilih tempat untuk makan.

    p/s - sohai tu menatang ape yer?

    BalasPadam
  19. anonimis

    er..kedai yg same ke ngan Kluang Stesyen?da rebrand kah?

    BalasPadam
  20. baghi aku yang salah org islam yg pi makan kat situ. byk2 kedai makan melayu dan islam.. kat sana dia pi. mcm kedai runcit la juga, bila gaji berpusu2 gi kedai cina. bila jdi mcm ni taukeh kedai pulak disalahkan.. diorg dh kaya kita dok masih mcm tu lagi. kena tipu pulak... org melayu yg makan dan minum kat sana semuanya bebal

    BalasPadam
  21. Kesian boss itu. Manalah dia tau ada gelatin babi dalam kopinya? Dengar kata, kopinya roasted dgn margerine and gula. Gelatin pula merupakan salah satu bahan biasa dalam margerine.

    Selain itu, barang barang kosmetik, salut pil ubat-ubatan juga dibuat drp gelatin. Pil ubat kebanyakannya dtg dr negara barat. Macam mana nak pastikan gelatin tu bukannya dari punca babi? 45% gelatin yang di pakai dlm pasaran berasal dr babi. Kosmetik takde tanda halal juga, tapi sudikah saudari-saudari menampal gelatin babi kat muka? Ubat and pil-pil dr hospital pun takde disahkan halal.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Gelatin
    air bergas pun ada gelatin ye... fikir sebelum minum!

    BalasPadam
  22. Memang confirm kan kopi Railway Kluang, sy org Kluang. hari tu blik Kluang, tgok msh ada lg org melayu yg pg, tp org yg pg dah mkin kurang..klu x b4 ni sgt2 mmbanjiri, even dah ada 3 cawangan..tetp penuh, cam kna amik no gliran tuk msuk kdai tu plak ..huhu. (cam bank plak), x pun cam wwf, huhu. men passing2 klu nk dok kat satu2 meja. tp pd esoknya sy pg, kdai tersebut tutp plak. setahu sy, kdai tu x pnh plak ditutup spnjng mrk bisnes, mgkin JAIJ dah amik lgkh terbaik tuk mgehadkn dlu bisnes diorg bt masa ni. sbb mrk sgt2 digemari oleh seluruh Malaysia la blh dikatakan. kopinya sgt sdp, tp x pnh mnum la.. sbb x suka kopi..hehe.

    2. nak ckp, knp lah jaij ni amik tindakn tuk siasast kes ni after ada repot dri org ramai? knp x siasat dr awal2 lg? maknanya, klu xde org repot, ada kmungkinn kan bnyk lg kedai di luar sna yg statusnya "haram"??? hurm... tlalu bnyk bnda hram msuk kat bdn2 kt sume, tu sbb la arahan Allah dijauhi.. larangan Allah didekati.. makan n minum kt lah yg mmbentuk dri kt, jgn amik andai pkra itu statusnya syubhah~~ sekian dri sy...:)

    BalasPadam
  23. newspaper pun 1. kalau dah sah ada gelatin babi, bagitau je lah nama kedai dan produknye. ni kitorang kat rumah dah termangu2 xtw yg mana halal, mana haram. dengar cite kopi railway kluang tu eh?

    BalasPadam
  24. tapi yng peliknya,, si islam masuk dan beli di kedai yg tak halal kenapa?takkan tak kenal mana kedai halal atau tak?ini dah 70 tahun tue.. lama bebeno..tentang sijil tak halal mmg stuju sangat2..

    hottest entry di blog khalis :
    Lelaki gila seks disimbah air panas

    Insan yang hebat walaupun tanpa kaki

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini [email protected]

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...