Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 2 September 2020

Selasa, 1 September 2020

10 Menteri Perikatan Nasional Yang Meraih Pendapatan Tertinggi (OGOS 2020).

 POLITIK | Kerajaan Perikatan Nasional telah membuat pengisytiharan pendapatan terkini yang diraih oleh menteri-menteri kabinet.

Dari senarai itu, terdapat 10 menteri yang mendapat gaji tertinggi dalam kabinet Muhyiddin Yassin itu.

Berikut adalah senarai 10 pendapatan tertinggi kabinet PN;



1. Menteri Sumber Manusia - M. Saravanan.

RM143,628.55

2. Perdana Menteri - TS Muhyiddin Yassin.

RM104,841.65

3. Menteri Pelancongan - Datuk Seri Nancy Shukri.

RM79,347.83 

4. Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Datuk Tian Li Ker (Senator)

RM74,547.65 

5. Timbalan Menteri Pelancongan - Datuk Dr. Jeffrey Kitinggan.

RM72,662.89 

6. Kementerian Komoditi - Dato' Khairuddin Tatkiri

RM71,505.26 

7. Menteri di JPM - DS. Mustapa Mohamed

RM69,427.20 

8. MITI - DS. Azmin Ali

RM69,186.48 

9. Menteri Perpaduan Negara - Datuk Haliman Sadique (Senator)

RM68,712.13 

10. Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato Sri Ismail Mohammed Said 

RM68,347.65

Ini Senarai Pengarah Bumi Segar Indah.

POLITIK | Syarikat Bumi Segar menjadi sensasi selepas pendedahan Kementerian Kewangan Tengku Zafrul baru-baru ini. Syarikat itu diberitakan mendapat tender secara rundingan terus dari KPKT - Kementerian Perumahan yang mana menterinya ialah Zuraidah Kamaruddin.

Syarikat Bumi Segar mendapat tender untuk membina pusat pelupusan sampah yang baru di Kepong. Kos tender itu ialah RM170 juta. Bagaimanapun syarikat tersebut telah sub tender tersebut secara kontrak kepada WIDAD GROUP. Berita mengenai penerimaan sub-contract itu turut dilaporkan oleh beberapa portal online.


Hal itu seterusnya menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat memandangkan harga tender kepada Bumi Segar bernilai RM170,294,400 namun ia kemudiannya diberikan kepada WIDAD GROUP dengan harga RM120 juta.

Jika WIDAD boleh laksanakan projek pada harga RM120j kenapa serahkan pada BUMI SEGAR pada harga RM170j? Bukankah dengan serahkan kepada WIDAD kerajaan akan dapat jimatkan RM50 juta? Itu yang menyebabkan ia menjadi tanda-tanya. 

Beberapa pimpinan UMNO dan Lokman Nor Adam turut mempertikaikan perkara yang sama.

Sehingga ke hari ini tiada penjelasan yang dibuat mengenai tender tersebut melainkan Zuraidah mempertahankan dirinya tidak terlibat dalam sekali dalam urusan penyerahan tender.

Menurut kenyataan balas Zuraidah terhadap dakwaan Lim Guan Eng, Zuraidah mengesahkan Kementerian Kewangan semasa Lim adalah menterinya pada ketika itu ada mengarahkan perjumpaan dengan KPKT bagi membincangkan isu lanjutan mengenai tender.


Semakan SSM yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Tuan Fahmi Fadzil mendapati syarikat Bumi Segar mempunyai 3 pengarah dan 2 darinya adalah berketurunan cina. 

Netizens yang mengikuti pendedahan itu beranggapan nama melayu yang berada dalam profile company itu mungkin dipinjamkan bagi tujuan mendapatkan tender kerajaan. - 1 September 2020.

Isnin, 31 Ogos 2020

Khairuddin Dianiaya, Beliau Hero Rakyat Selamatkan Malaysia, Perlu Beri Sokongan - Mursyidul Am PAS.

THE MALAYSIAN INSIGHT | MOHD Khairuddin Aman Razali umpama seekor burung dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang, kata ketua ulama PAS.


Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata demikian ketika mempertahankan menteri tersebut yang kini disiasat polis kerana melanggar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara.

Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama PAS Perak itu, Hashim berkata tindakan Khairuddin itu seperti burung hud-hud yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Nabi Sulaiman.

Hashim yang memetik kisah dalam Surah An-Naml itu berkata tindakan burung hud-hud itu bagaimanapun menyebabkan seorang raja, Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.

“Kita balik kepada hud hud tadi, yang melanggar kawalan pergerakan, dan SOP yang dikenakan ketika itu oleh Nabi Sulaiman.

“Natijah akhirnya, seorang Raja dan rakyatnya peluk agama islam. Apakah Nabi Allah Sulaiman melaksanakan SOP ke atas burung belatuk?”
soalnya dalam ucapan yang disiarkan di Facebook.

Bagaimanapun, tindakan burung itu menyebabkan keuntungan kepada agama Islam seperti tindakan Khairuddin yang juga anggota Dewan Ulama dan anggota jawatankuasa eksekutif PAS.

Katanya, Khairuddin tidak dikenakan kuarantin wajib dan beliau perlu menghadiri sidang Parlimen untuk pengundian.

“Menteri kita ini, dia pergi ke (Turki), semua proses yang patut dengan kementerian dia buat. Balik sini, sepatutnya bubuh lah gelang merah pada dia. Tidak, tak payah. Gelang merah tak payah.”

Khairuddin juga terpaksa hadir sidang Dewan Rakyat melibatkan undian belah bahagi yang genting kerana ahli Parlimen kerajaan termasuk PAS hanya berjumlah 111 orang, katanya.

“Lepas itu nak mesyuarat Parlimen pula, undi tak percaya. Waktu itu 111 dengan 109, bukan jauh. Pergi lah, dia tidak ada apa-apa sekatan, bukan salah dia,” kata Hashim.

Tambahnya, kunjungan menteri perladangan dan komoditi itu ke Turki itu meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia.

“Sebelum ini minyak kelapa sawit kita dihantar ke Turki dan melalui Turki sebanyak 700,000 tan setahun.

“Dr Khairuddin dia pergi sana empat hari berunding, dapat mengadakan perjanjian MOU, tambah lagi 300,000 tan setahun, menjadikan 1 juta tan setahun,”
kata Hashim.

Oleh itu, Khairuddin tidak patut digesa meletak jawatan atas kesalahan tersebut dan menggesa orang PAS untuk mempertahankan menteri berkenaan.

“Orang yang berjasa, hud hud ni, Dr Khairuddin tu, belatuk kepada rakyat Malaysia. Kelapa sawit naik harga bukan untuk orang melayu sahaja. Untuk semua rakyat, untuk ekonomi negara.

“Diusahakan walaupun bercanggah, sikit… tapi bukan salah dia….,”
katanya.

Beliau seterusnya menyalahkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar yang menurutnya “lalai” sehingga menyebabkan Khairuddin diserang.

“Kementerian Kesihatan ada kelalailan lah, bukan ada apa, kelalaian, begitu jugak Kementerian Luar, menyebabkan dia diserang. Lepas itu (pembangkang) pakat beramai-ramai minta dia letak jawatan.

“Maka takkanlah orang PAS duduk senyap. Hero rakyat yang menyelamatkan Malaysia ini, dianiaya. Takkan orang PAS pakat senyap saja. Biar dia seorang diri bela diri. Tak patut.


“Kita sepatutnya suarakan, beri sokongan, beri sokongan berdiri teguh di belakan YB Menteri Perusahan. Itu sepatutnya, biar dia terasa ada sokongan,” kata Hashim lagi.

Tindakan Khairuddin tidak menjalani perintah kuarantin wajib itu juga dipertahan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata ia tidak menyebabkan kluster jangkintan baharu.

Khairuddin pada Jumaat lalu hadir memberi keterangan bersama beberapa orang saksi di Bukit Aman bagi kesalahan tersebut.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengumumkan Khairuddin sudahpun dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut pada 7 Ogos.

Khairuddin pulang ke Malaysia pada 7 Julai.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lalu menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas menteri tersebut.

Tindakan Khairuddin melanggar perintah kuarantin itu mencetus cemuhan dan kritikan orang ramai yang membandingkannya dengan tindakan keras dikenakan ke atas individu lain bagi kesalahan sama. - 31 Ogos 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...