Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 November 2018

PAS, UMNO Boleh Berhimpun Bantah ICERD Tapi Kena Ikut Peraturan - Khalid Samad.

SINAR HARIAN | Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad sedia mempertimbangkan kebenaran penganjuran perhimpunan besar-besaran menolak cadangan kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD.


Menurutnya, namun ia bergantung kepada nasihat polis dan setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi yang kemukakan berhubung hasrat penganjuran himpunan yang dikatakan dijangka disertai satu juta orang itu.

"Kita tidak terima apa-apa permohonan untuk diadakan perhimpunan itu. Jadi kita tunggu untuk permohonan dikemukakan. Kita pun nak tahu siapa penganjurnya, apa tujuan membuat permohonan secara rasmi dengan segala maklumat yang diperlukan.

"Untuk beri kebenaran, kita tengok permohonan, kalau dia datang nak bakar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita tidak benarkanlah. Tapi kita tengok apa tujuan dan matlamatnya, siapa disebaliknya, semua maklumat penting untuk kita nak nilai permohonan.

"Secara dasar dan umumnya kita tidak menghalang perhimpunan aman,"
katanya ditemui media selepas Perasmian Art In The City di Kuala Lumpur City Walk di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi himpunan berkenaan, Khalid berkata, pihaknya sukar untuk membenarkannya sekiranya ia melibatkan penyertaan yang terlalu ramai.

"Kena tanya pihak polis. Mungkin polis juga akan bagi nasihat. Sebab mereka kata nak turunkan 1 juta orang. Habis melimpah rosak lah Dataran Merdeka.

"Kalau nak turunkan seribu dua orang mungkin kita boleh muatkan. Kalau sejuta orang kena hantar ke tempat lain. Bergantung kepada nasihat pihak polis,"
katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini dilaporkan menyatakan hasrat penganjur himpunan besar-besaran berkenaan membabitkan penyertaan ahli Pas dan Umno.

Himpunan itu bakal diadakan di ibu negara pada 8 Disember depan bertujuan menyatakan bantahan orang Melayu dan Islam terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu meratifikasi atau mengesahkan ICERD.

Isnin, 19 November 2018

Menteri Perpaduan Sampai Terkulai Sendirian Dikecam Kaw-Kaw, Tiada Seorang Pun MP Kerajaan Bangkit Menolongnya.

PARLIMEN | Menteri Perpaduan P. Waytha Moorthy hari ini dikecam bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen dari PAS dan Barisan Nasional apabila gagal menjawab isu mengenai ICERD dan kenyataannya di Belanda pada 10 tahun yang lepas mengenai diskriminasi kaum india.

P. Waytha ketika itu sedang menjawab kesan ICERD ke atas Perlembagaan Negara terutamanya ke atas artikel 153 apabila Ahli Parlimen Bera menjelaskan hampir kesemua peruntukan dalam ICERD telah dilaksanakan oleh Malaysia kecuali artikel 153.


 
Bagaimanapun jawapan P. Waytha bahawa kerajaan tidak akan menratifikasikan ICERD andai artikel 153 akan tergugat nampaknya tidak diterima oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berikutan kewujudan percanggahan jawapan Menteri Perpaduan itu sendiri.

Menteri Perpaduan menjelaskan langkah konsultasi akan dilaksanakan bagi menjelaskan isu sebenar berkaitan ICERD bagi mendapatkan sokongan dan respon rakyat untuk menghapuskan semua diskriminasi kaum namun dalam sesi yang sama P. Waytha turut mengatakan tiadanya diskriminasi di Malaysia.

P. Waytha juga gagal untuk menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepala Batas apabila ditanya mengenai;

👉 ada 9 instrumen;

👉 setakat ini 197 negara yang menandatanggani ICERD hanya 24 darinya bersetuju dengan semua instrumen yang dinyatakan dalam ICERD;

Selepas tidak menjawab soalan pokok, Menteri Perpaduan kemudiannya diserang bertubi-tubi dari Tanjung Karang dan Kepala Batas sebelum beberapa Ahli Parlimen dari PAS dan UMNO bangkit mempertikaikan P. Waytha Moorthy.

Speaker pula dilihat gagal untuk mengawal keadaan kerana terlalu lembut dan baik hati.

Keadaan menjadi semakin kecoh dan huru hara apabila P. Waytha kelihatan marah selepas diprovokasi oleh Tanjung Karang mengenai kenyataannya kaum india didiskriminasikan pada 10 tahun lepas ketika mendapatkan perlindungan di Belanda.

Ahli Parlimen pembangkang kemudiannya mendesak P. Waytha memberikan bukti bahawanya kaum india didiskriminasikan dan Menteri Perpaduan itu tanpa sedar telah termasuk ke dalam perangkap Ahli-Ahli Parlimen BN dengan bersedia mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya 10 tahun lepas.

Untuk rekod, 10 tahun lepas P. Waytha mendakwa;

👉 10,000 kuil diroboh dan 23,000 dalam proses

👉 Hindu dipaksa tukar agama jika mahu bekerja kerajaan

👉 Kaum india didiskriminasikan dan dinafikan haknya di Malaysia

P. Waytha juga tidak menarikbalik kenyataan lampaunya sebaliknya mempertahankan ia dengan bertegas mahu memberikan bukti seperti yang diminta oleh Ahli Parlimen dari kem pembangkang.

Laungan rasis, rasis, rasis kemudiannya bergema apabila P. Waytha yang dilihat hilang pertimbangan gagal menjawab kata-kata kecaman yang diberikan kepadanya.

P. Waytha kemudiannya memohon untuk menghentikan perbahasan mengenai ICERD dan perkara itu turut menimbulkan kemarahan Tanjung Karang yang akhirnya mengatakan jika Malaysia ialah diskriminasi Pengerusi Hindraf juga tidak akan berada di dalam Dewan Rakyat dan menjadi menteri.

Apa yang menariknya juga, P. Waytha yang diserang bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen pembangkang itu nampaknya tidak dibela walau seorang pun ahli parlimen dari kem kerajaan.

Mereka semuanya duduk diam di tempat masing-masing dan membiarkan sahaja Pengerusi Hindraf itu diserang bertubi-tubi sehingga hilang kawalan.

Tiada seorang pun yang bangun untuk mencelah apatah lagi tampil membela seolah-olah telah bersepakat sesama mereka untuk tidak masuk campur dalam urusan tersebut memandangkan isu ICERD menjadi semakin kontroversi sejak tersebarnya rakaman P. Waytha Moorthy yang menfitnah Malaysia. - 19 November 2018. 
 

Papan Tanda Cina, Ini Penjelasan MBSA, Beri Bayangan Cina Malaysia Tak Pandai Baca BM.

SOSMED | Isu papan tanda cina di sekitar Shah Alam mula menjadi polemik apabila perkara itu dibangkitkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Zack Rockstar di facebooknya minggu lepas.


"Cantik kan papan tanda baru di Pekan Subang? Yang terletak di kawasan Kampung Melayu Subang. Kalau dulu ada tulisan jawi mungkin tulisan jawi ni tak cantik, orang pun tak faham jadi buat apa nak letak lagi? Ini Malaysia baru semua kasi baru maaaa. Hak sama rata. Gua nak cadangkan tulisan cina tu buat sama besar dengan tulisan melayu atau lagi besar pun takpe. Ape ade hal.

Iye betul la dulu ada tulisan jawi kat papan tanda ni dulu. Tak caya? Tengokla gambar last sekali tu. Gua ni bukan nak racist. Gua tak pernah pulak marah kawan-kawan cina kita menulis tulisan cina sesama mereka, cuma nak ingatkan sebelum tulisan cina ni datang sini, tulisan jawi ni dah ada dulu kat Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malaysia.

Jadi buat apa kau nak langgar adat-adat dan sejarah? Kami tak pernah pun usik hak-hak korang. Takpelah ini sikit punya hal je. Lagi pun budak-budak melayu sekarang pun tak faham tulisan jawi.

Ape pun maaflah ye!,"
katanya dalam kenyataan itu sambil berkongsikan beberapa gambar berkaitan di post itu.


Menurut jawapan balas Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) di Twitter rasmi mereka, isu papan tanda berbahasa cina adalah tidak berbangkit sama sekali selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada.

"MBSA ingin memaklumkan keputusan Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor yang diadakan pada 13 Januari 2017 telah memutuskan penggunaan nama papan tanda jalan (dwibahasa) selain daripada tulisan rumi, penggunaan nama jalan di kawasan kampung tradisi menggunakan tulisan jawi manakala di kampung baru menggunakan tulisan bahasa cina bersesuaian dengan komuniti penduduk di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan itu.


Bagaimanapun jawapan oleh MBSA itu tidak diterima oleh kebanyakan netizens yang mengikut isu itu. Antaranya Sinar Harian yang melaporkan pandangan netizens yang mendesak mahu papan tanda berbahasa cina itu diturunkan segera.



BACA : Turunkan Papan Tanda Cina Segera.


Dan isu tu menjadi lebih tak terurus dan kelam kabut bila wujudnya percanggahan jawapan di antara MBSA dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Menurut Ng;

👉 Isu papan tanda cina/dwibahasa tidak berbangkit kerana ia dibenarkan di Kampung Baru Cina dan Kampung Baru Melayu. Penggunaannya sudah wujud selama beberapa tahun yang lalu. Tetapi MBSA sendiri mengatakan perkara itu baru diluluskan pada tahun 2017.

👉 Katanya perkara itu merupakan satu keunikan di negara ini.

👉 Namun isu ini timbul kerana papan tanda cina itu terletak di kawasan bersempadanan dengan Kampung Baru Melayu.

👉 Oleh kerana itu dua papan tanda sudah dipadamkan tulisan cina iaitu Jalan Bukit Badak dan Jalan Besar Pekan Subang. Bukankah ini memberikan bayangan yang MBSA telah melakukan kesalahan kerana itu memadamkan papan tanda itu? Andai kata perundangan membenarkan kenapa padamkan ia? Ini bermakna MBSA telah menukarkan apa yang tidak sepatutnya dan menyedari isu yang dibangkitkan penduduk ada asasnya. 

Papan tanda cina itu menjadi pertikaikan kerana;

👉 Di kawasan perkampungan melayu

👉 Tulisan cina lebih besar dari bahasa kebangsaan dan terletak di paling atas

👉  Memberikan bayangan orang cina Malaysia tidak tahu membaca tulisan kebangsaan sendiri

Papan tanda jawi pula membawa maksud yang berbeza;

👉 Untuk mendidik masyarakat mengenai warisan sejarah

👉 Untuk memperkenalkan semula tulisan asal di Malaysia

👉 Untuk mendorong masyarakat membaca tulisan jawi yang telah pupus penggunaannya disebabkan kegagalan kerajaan dalam mengekalkan tulisan itu sebagai satu kesinambungan sejarah 

Untuk rekod polemik papan tanda bertulisan jawi ini pernah dibangkitkan oleh Teresa Kok sekitar tahun 2008.

Teresa Kok telah menghantar memorandum kepada DBKL dan mempersoalkan penggunaan tulisan jawi di beberapa papan tanda sekitar Kuala Lumpur dan memberikan cadangan papan tanda muhibah yang mana ada tulisan rumi, tulisan cina dan tulisan tamil.

Keengganan berbuat demikian maka DBKL juga dicabar untuk tidak menggunakan tulisan jawi.


Perkara itu juga akhirnya mendorong Teresa Kok ditahan secara salah dibawah ISA. Dan Teresa kemudiannya memenangi samannya ke atas kerajaan dan memperolehi RM350,000 sebagai ganti rugi. - 19 November 2018.

Selasa, 13 November 2018

MP PKR Persoalkan Kenapa Potong Subsidi Pesawah, Dan Ini Respon Salahuddin.

FREE MALAYSIA TODAY | Abdul (PH-Sungai Petani) terkejut kerajaan memotong subsidi baja untuk pesawah sehingga 50% dalam Belanjawan 2019, mengatakan pengurangan itu bakal memberi “tekanan amat ketara” kepada golongan itu.

Menurut beliau, peruntukan itu dalam belanjawan kali ini nampaknya lebih rendah berbanding belanjawan kerajaan dulu.


“Sudahlah mereka tertekan dengan kehidupan sekarang tetapi memotong subsidi baja padi sawah dan padi huma akan beri tekanan yang amat teruk,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyeru kerajaan supaya mengkaji semula pengurangan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada produktiviti pesawah.

“Kita semua tahu pesawah amat bergantung dengan subsidi kerajaan. Saya amat terkejut apabila tidak ada subsidi langsung yang diberikan kepada mereka.”

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam Belanjawan 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran, dan RM150 juta lagi untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Sebelum itu, Johari mengucapkan terima kasih kepada Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang secara berseloroh mengajuk gaya dan ucapannya seperti seorang menteri besar.

“Terima kasih, semoga kata-katamu akan menjadi suatu doa,” katanya disambut sorakan wakil-wakil rakyat yang lain.

Johari sebelum ini berkata dia tidak berniat untuk menggantikan tempat Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

-----------------------------

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub akan mengumumkan tindakan proaktif minggu depan bagi menangani pemotongan subsidi baja sehingga 50% bagi pesawah menerusi Bajet 2019.

Katanya, beliau tidak panik dan menerima kritikan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) berhubung isu pemotongan subsidi baja itu.

“Saya rasa dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan. Dia beri pandangan dan kritikan, sesuatu yang sangat kita alu-alukan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Namun begitu, saya menerima segala pandangan itu dan di pihak kementerian, kita sedang buat beberapa tindakan yang akan kita kemukakan dalam penggulungan (Dewan Rakyat) minggu depan berkaitan isu itu,” katanya kepada FMT.

Semalam, dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, Johari terkejut kerajaan memotong subsidi baja sehingga 50% dalam Bajet 2019 yang didakwa akan memberi “tekanan amat ketara” kepada pesawah.

Dalam Bajet 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion, dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran, dan RM150 juta untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Hari ini, Salahuddin berkata, kementeriannya menerima peruntukan sedikit untuk tahun depan kerana kerajaan perlu berjimat cermat susulan masalah kewangan yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, perkara itu biasa dan kementeriannya akan membuat beberapa pelarasan bersesuaian.

“Bukan Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) sahaja, tetapi ada juga kementerian lain kurang terima peruntukan berbanding belanjawan sebelum ini.” - 13 November 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...