Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 15 Oktober 2018

"Saya Pengangur Lawan Menteri, Sepatutnya Masuk Kubur Lama Dah" - Rafizi.

BERNAMA | Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli beri gambaran jawatan dalam Kabinet bukan penentu kemenangan calon dalam pemilihan parti berkenaan.

Beliau berkata itu hanya sekadar tanggapan biasa kerana adalah agak sukar untuk 'membaca' perasaan sebenar anggota parti yang layak mengundi.

"Saya penganggur melawan menteri kanan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), sepatutnya dah masuk ‘kubur’ lama dah.

"Itu tanggapan biasa. Setakat ini dibuktikan tidak benar dalam pengundian (Pemilihan PKR) di enam negeri. Apa-apa tanggapan yang ada mengenai perkara itu, kita kena tunggu keputusan,"
katanya kepada pemberita selepas meninjau proses Pemilihan PKR Cabang Kapar, di Klang, hari ini.
Gambar - Edy Nor Redzuan
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persaingannya dengan Mohamed Azmin di Selangor yang disifatkan sebagai kubu kuat menteri itu.

Media sebelum ini melaporkan, keputusan undi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan memihak kepada Rafizi sementara Mohamed Azmin menguasai undi di Pulau Pinang dan Johor.

Dalam pada itu, bekas anggota parlimen Pandan itu berkata kemenangan mana-mana calon pada Pemilihan PKR di sembilan cabang di Selangor hari ini juga cukup untuk memberi 'petanda' perjalanan keputusan di cabang-cabang lain yang akan menjalankan pemilihan dalam tempoh terdekat.

Fasa pertama proses pemilihan PKR peringkat Selangor yang mempunyai keanggotaan paling ramai disahkan layak mengundi iaitu 249,850 orang, berlangsung hari ini di sembilan cabang daripada 22 cabang di negeri ini.

Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi itu berlangsung dari 9 pagi sehingga 5 petang. - 15 Oktober 2018.

Rebut Tempat Dengan Kucing, NGO Pencinta Haiwan Bidas Azmin Ali.

Kenyataan Media | ADUN BUKIT ANTARABANGSA REBUT TEMPAT DENGAN BINATANG

Apabila haiwan seperti kucing menjadi mangsa kerakusan dan permainan orang politik. Sepatutnya orang politik yang menjadi pemimpin membela dan membantu dunia haiwan. Namun sebaliknya berlaku.

Ramai rakyat pencinta haiwan - kucing telah bergembira pada asalnya mengharapkan dapat melihat hasrat terbangun dan beroperasinya Taman Rekreasi Kucing MPAJ - JKCR Animal Care namun ianya hampa.




Jika diamati kes
yang dianggap pengkhianatan terhadap haiwan dan kucing. Taman Rekreasi Kucing MPAJ - JKCR Animal Care sepatutnya telah beroperasi pada Disember 2017.




Namun ianya berkubur begitu sahaja. Menjadikan tanggapan para pencinta haiwan bahawa ahli politik di negara ini memang tiada perasaan dan hati perut terhadap nasib haiwan adalah benar.

Keputusan tersebut berubah setelah prasarana yang sepatutnya menjadi rumah dan taman yang membahagiakan kucing-kucing gelandangan bertukar menjadi pejabat peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Pada mulanya MPAJ menyatakan bahawa pembatalan menjadikan tempat ini sebagai taman kucing disebabkan bantahan orang awam dan mahukan tempat ini menjadi Dewan Masyarakat untuk kegunaan rakyat Ampang. 


Namun akhirnya tanggapan bahawa keputusan pembatalan tersebut berikutan campur tangan orang politik terbukti benar apabila papan tanda TAMAN REKREASI KUCING MPAJ - USAHASAMA JKCR ANIMAL CARE bertukar menjadi pejabat ADUN BUKIT ANTARABANGSA.

Ini bermakna bukan semua rakyat Ampang dapat menikmati tempat tersebut. Tetapi sebaliknya hanya sebagai pejabat individu bergelar ADUN BUKIT ANTARABANGSA. Adakah hanya ADUN Bukit Antarabangsa sahaja berada dalam naungan dan pentadbiran MPAJ?

Miskin sangatkah ADUN BUKIT ANTARABANGSA sehinggakan peruntukkan tempat binaan untuk kucing gelandangan pada asalnya akhirnya dirampas daripada kucing gelandangan menjadi pejabat peribadi sebagai seorang ADUN? 


Bukannya sebagai Dewan Masyarakat untuk keseluruhan rakyat Ampang? Dimana integriti sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya membantu rakyat dan membela haiwan?

Bagaimanakah nasib dunia penyelamat haiwan dan nasib haiwan nanti jika Malaysia dipimpin oleh pemimpin begini? Jika hal kecil dan perkara begini pon hendak direbut dan digunakan dan tidak mampu diselesaikan oleh seorang ADUN?

Animal Malaysia menuntut agar kebijaksanaan pemimpin ini menyelesaikan kemelut pertikaian perebutan kawasan dan tempat antara ADUN dengan BINATANG. 


Mana mungkin seorang pemimpin bijaksana yang mewakili segenap lapisan masyarakat pelbagai latar belakang pendidikan berebut dan membuli binatang dan mengetepikan kebajikan haiwan.

via GIPHY

Para pencinta haiwan seluruh Malaysia bolehlah memberi pandangan dan nasihat kepada ADUN Bukit Antarabangsa agar tidak berebut kawasan serta tidak berseteru dengan BINATANG bernama kucing.

Jangan aniaya haiwan. Jangan berebut tempat dengan BINATANG.

KASIHANKAN NASIB KUCING GELANDANGAN! - 14 Oktober 2018.

Teguran Terbuka Untuk Parti Amanah Negara.

MALAYSIAKINI | Bagi pertubuhan semuda Parti Amanah Negara (AMANAH) yang meniup lilin hari lahir buat kali ketiga pada 16 Sept lalu, kejayaan yang dicapainya mungkin agak menakutkan.


Kita barangkali tidak akan terlalu terkejut melihat seorang anak berusia tiga tahun pandai membaca, mengira atau menghafal beberapa juzuk al-Quran walaupun agak sukar juga untuk ia terjadi.

Tapi jika pada usia sebegitu dia sudah pandai mencari kekasih misalnya, ia bukanlah satu perkara yang patut dibanggakan, sebaliknya jelas ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam perkembangan tumbesarannya.

AMANAH barangkali parti paling berjaya dalam PRU ke-14 lalu jika dilihat dari konteks menduduki posisi-posisi penting dalam kerajaan berbanding kerusi yang dimenanginya.

Parti serpihan PAS itu hanya menang 11 kerusi parlimen - paling rendah berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan - tetapi daripada jumlah itu sahaja, enam orang dilantik menjadi menteri manakala tiga timbalan menteri.

Tidak cukup dengan itu, seorang pemimpinnya dilantik menjadi senator untuk melayakkannya menjadi timbalan menteri pula selepas itu.

Untuk menjadikannya lebih manis dan berdiabetes, seorang demi seorang pimpinan parti itu - dengan yang terbaru di Melaka - menjadi seperti anak-anak sekolah beratur menerima hadiah peperiksaan akhir tahun daripada ketua cawangan.

Bom jangka rahsia

Bergilir-gilir mereka menyambut gelar Datuk dan Datuk Seri dari istana atas ‘jasa besar’ mereka mentadbir negara ini sejak lima bulan lalu.

Ya, kejayaan 9 Mei lalu barangkali amat manis. Seperti menang perang Badar agaknya bagi sesetengah pemimpin. Sesekali dapat pula menyindir parti lama mereka menjadikan ia lebih-lebih lagi manisnya, seperti menambah gula pada Coca-Cola.

Apa yang mungkin mereka tidak sedar - atau sengaja mahu dinafikan kerana masih dalam mood perayaan - ialah kemanisan yang berlebihan boleh membunuh secara diam-diam. Ia seperti bom jangka yang tersimpan di tempat rahsia.

Sebagai parti muda, AMANAH sebenarnya amat rapuh dan terdedah kepada kehancuran dari dalam jika tidak diperhatikan dengan cermat. Situasinya, hampir semua pemimpin utamanya memegang jawatan besar dalam kerajaan, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Sewaktu ramai orang menganggap itu satu kejayaan besar, mungkin ramai tak menyangka ia boleh jadi bumerang kepada parti jika melihat kepada cawangan dan bahagian yang mula terabai lantaran kesibukan wakil-wakil rakyatnya.

Jawatan menteri, timbalan menteri atau exco hampir pasti merebut masa mereka bersama rakyat di lapangan, walhal orang-orang itulah yang mengundi dan mengusung mereka ke kerusi-kerusi kabinet.

Agenda peribadi pun ada

Jangan cerita kekecewaan para aktivis parti yang berhempas-pulas berkempen dari tempoh parlimen bubar (malah lama sebelum itu) sehingga menang.

Kini, ramai yang sudah merajuk akibat berasa tidak dihargai pemimpin yang jarang turun padang kerana terlalu sibuk di Kuala Lumpur atau Putrajaya.

Tidak mustahil ada cawangan atau bahagian yang terbubar. Untuk menjadikannya lebih teruk, ada cawangan baru AMANAH dibina, tapi yang mendirikannya adalah bekas ahli-ahli Umno yang tujuannya kita sendiri tahu kenapa.

Mereka ‘menghimpit’ pegawai-pegawai menteri, malah sebahagiannya membawa budaya samseng, sampai ke satu tahap mengugut agar jangan dibuat cawangan baru di satu-satu kawasan itu, kerana ia bakal dibina dan diisi oleh orang-orang mereka.

Disibukkan oleh tugas sebagai enteri dan timbalan menteri, mereka mungkin menyerahkan sepenuhnya urusan kawasan masing-masing kepada pegawai-pegawai di lapangan, yang sesetengahnya mungkin masih baru, mudah dipengaruhi lawan, atau... entahlah.

Yang punya agenda sendiri pun mungkin ada barangkali.

Politiking berlaku dalam lapis-lapis yang pelbagai, malah sehingga ke peringkat pemandu kenderaan rasmi menteri. Jangan cerita cawangan dan bahagian semata-mata. Pejabat parlimen tidak terkecuali.

Ada stafnya yang seperti anak ayam kehilangan ibu.

Program kawasan hampir tiada rakyat kurang diziarahi
anggota parti lari orang Umno berbaju oren mari.

Biarkan situasi ini berlarutan beberapa bulan lagi, AMANAH akan punya wajah baru. Kopiah sudah lama tercabut dari kepala mereka. Selepas ini, ketua-ketua cawangan mungkin terdiri daripada selebriti setaraf Wak Doyok, atau yang berpenampilan cermin mata hitam dengan songkok hitam, bangle di pergelangan tangan, suara serak-serak halus ala YB Melaka, dan kalau bergambar depan pemberita, kalau boleh semua orang mahu masuk dalam kamera. - 15 Oktober 2018.

Ahad, 14 Oktober 2018

Konsert Artis Gay Di Muzium Negara Dibatalkan Serta-Merta.

SOSMED | Awal pagi ini tular beberapa dakwaan yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan memberikan laluan kepada artis gay untuk mengadakan konsert di Auditorium Muzium Negara.


"Pesta GAY di National Museum Auditorium pada 20 Oktober 2018.

Tahniah Malaysia baru!,"
tulis Mohamad Izzudin, salah seorang netizens yang mempertikaikan perkara itu.


Dakwaan yang tersebar itu tidak salah juga; 


Berdasarkan tinjauan di Instagram rasmi Krist & SingTo, terdapat poster yang mempromosikan acara berkenaan.

Pada 1 Julai 2018, tiket yang berstatus PLATINIUM telah pun habis dijual. Manakala tiket GOLD masih berbaki 30 keping.

Difahamkan harga tiket diantara rm300 hingga rm700 bagi sekeping tiket. 

Bagaimanapun poster promosi di atas telah pun dipadamkan selepas ianya tular di laman sosial.

Ini dipercayai ada kaitan dengan kenyataan media yang disiarkan menerusi Facebook rasmi Dr. Mujahid Rawa sebentar tadi;

 
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Muzium Negara mengesahkan dakwaan sesetengah netizens adalah fitnah.

Agensi itu juga mengatakan tidak akan sesekali berkompromi dengan acara yang melanggar nilai dan norma masyarakat setempat.

Kenyataan media seterusnya juga dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim.

Kenyataan itu mengesahkan acara yang pernah diluluskan itu kemudiannya dibatalkan oleh Kementerian Pelancongan.

Berikut kenyataan tersebut;

KENYATAAN MEDIA

ACARA TELAH DIBATALKAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA.

SESI BERTEMU PEMINAT KISSING KRIST& SIGNTO DI AUDITORIUM JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Jabatan Muzium Malaysia mengambil maklum mengenai sesi bertemu peminat Kissing Krist & Signto di Auditorium Muzium Negara pada 20 Oktober ini yang telah menjadi tular di media sosial

Untuk makluman semua Jabatan Muzium Malaysia tidak sesekali berkompromi dalam isu-isu yang melanggar nilai dan norma masyarakat. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menegaskan bahawa sesi bertemu peminat oleh Kissing Krist & Signto di Auditorium Muzium Negara sebagaimana yang sedang tular adalah TIDAK BENAR.

Pihak kami memohon kerjasama agar orang ramai tidak mudah mempercayai dan terpengaruh dengan berita dan isu yang tidak benar tanpa mendapatkan pengesahan daripada sumber sah.

YBhg Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim
Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia
Selain itu terdapat sebaran tangkaplayar yang tular di laman sosial berhubung isu yang dibangkitkan.

Menurut individu yang dikenali sebagai Sham Ahmad, Muzium Negara setelah menerima beberapa maklumat berkaitan penganjuran acara yang dimaksudkan, bersegera membuat siasatan yang akhirnya memutuskan untuk membatalkan acara berkenaan.

  
Turut dimaklumkan penganjur sebenarnya tidak memberikan maklumat khusus mengenai acara yang ingin dianjurkan pada awalnya. Ini juga membuka ruang kritikan kepada pihak Muzium Negara yang disifatkan terlalu cuai dan tidak bersikap teliti dengan setiap permohonan yang masuk. 



Bagaimanapun pihak kami ingin memaklumkan, sebaran tangkaplayar itu memerlukan pengesahan daripada pihak Muzium Negara itu sendiri. - 14 Oktober 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...