Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Julai 2018

Gambar-Gambar Jemaah Haji Jadi Gelandangan Kerana Penginapan Percuma Dihapuskan.

Tular beberapa gambar yang mendakwa jemaah haji Malaysia dilayan bagaikan gelandangan apabila perkhidmatan penginapan percuma untuk jemaah transit dihapuskan bermula tahun ini.







Perkara itu dibangkitkan oleh Muhammad Ridzwan yang berkongsikan beberapa gambar yang dipercayai merujuk kepada bakal haji di Facebooknya malam tadi.

Najib Razak yang diminta untuk mengulas tindakan Tabung Haji itu juga menuntut servis dan penginapan percuma untuk jemaah haji transit dikembalikan semula.


"Sepanjang pentadbiran saya tidak sama sekali saya perlakukan jemaah haji saya sebegini rupa setelah bertahun-tahun menyediakan perkhidmatan dan penginapan percuma


Perkara ini akan mengakibatkan jemaah-jemaah haji transit perlu mengeluarkan kos sendiri bagi penginapan mereka sedangkan tidak semua jemaah haji tersebut ada yang berkemampuan. 


Saya minta TH untuk mengembalikan perkhidmatan penginapan percuma kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal BNBBC pada isnin.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan kenyataan, Pengamal Undang-undang, Datuk Abu Baker Sidek. Datuk Abu Bakar Sidek dipetik sebagai berkata, ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, penginapan percuma kepada jemaah haji dihapuskan dan dikenakan bayaran yang dianggap mahal kepada jemaah.


Katanya, sedangkan bakal jemaah haji selaku pendeposit wajar mendapat layanan terutamanya dalam pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Selama bertahun-tahun, bakal jemaah haji daripada Kedah, Perak dan lain-lain negeri diberi penginapan secara percuma selama satu hari sebelum ke Tanah Suci tetapi tidak lagi bermula musim ini,” katanya yang mendapat aduan daripada jemaah haji.

Jadi beliau berkata, TH wajar memberi penjelasan berhubung ketiadaan penginapan percuma yang disediakan sebelum ini.

“Saya menggesa dan meminta pihak TH supaya mengubah keputusan berkenaan dan memberikan penginapan percuma di seluruh negara kepada bakal jemaah haji yang memerlukan untuk transit sebagaimana yang dilakukan selama 35 tahun yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, jika TH gagal berbuat demikian, beliau akan memfailkan satu permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah mandatori dan menghalang TH serta ejen-ejennya daripada mengenakan apa-apa bayaran kepada bakal jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan penginapan di bawah badan pengurusan haji berkenaan.

Abu Baker berkata, bermula musim ini, semua urusan berkaitan haji di Kompleks TH Kelana Jaya berpindah ke premis baharu iaitu di Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sinar Harian turut melaporkan bahagian perkhidmatan awam TH, mengakui sebelum ini, TH ada menyediakan tempat penginapan iaitu asrama kepada bakal jemaah haji di Kompleks TH, Kelana Jaya.

Kakitangan TH itu berkata, bermula tahun ini, bakal jemaah haji dari negeri-negeri akan melaporkan diri di cawangan TH di negeri masing-masing dan akan transit di KLIA sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.

“Tempoh menunggu untuk ke Tanah Suci tidaklah mengambil masa yang lama sehinggakan bakal jemaah perlu menginap,”
katanya.

Difahamkan, bakal jemaah dan waris yang mahu menginap, TH menyediakan bilik di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) di Sepang tetapi kos penginapan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah yang mana kebanyakan jemaah biasa tidak mampu menanggung kos tersebut. - 24 Julai 2018.

Tak Bertanding Sg. Kandis, Terima Kasih PAS - Lokman Adam.

Oleh : Sinar Harian

Calon BN bagi PRK Dun Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pas kerana tidak meletakkan calon bagi merebut kerusi berkenaan, 4 Ogos nanti.

Tindakan Pas itu, menurut Lokman, adalah tanda solidariti bersama BN dalam mencapai tujuan untuk merampas kerusi Sungai Kandis daripada PH.

"Saya secara rasminya mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana bersolidariti bersama kita dengan tidak meletakkan calon untuk membantu kita merampas kerusi Sungai Kandis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon dan Penyerahan Anak Angkat Bahagian Negeri Selangor di Pusat Gerakan PRK N49 Sungai Kandis, sebentar tadi.

Selain itu, Lokman menegaskan rakyat akan menjadikan tarikh 4 Ogos ini sebagai hukuman kepada kerajaan PH.

"Rakyat akan hukum kerajaan Harapan pada 4 Ogos ini, rakyat akan hukum kerajaan yang dibina di atas fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan mencuri duit 1MDB.

"Walaupun ramai yang katakan peluang kita tipis, namun saya yakin jika kita berjuang atas dasar menegakkan kebenaran, maka ia tidak mustahil boleh dilakukan,"
katanya.

Kami Diugut Mengaku Bunuh Kevin Morais, Kata Tertuduh.

Oleh : Bernama

Tertuduh ke-6 dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dia dan 5 lagi tertuduh diugut mengaku membunuh timbalan pendakwa raya itu.

 
S Nimalan, 25, mendakwa ugutan itu dibuat beberapa pegawai penjara pada 10 April lepas di Penjara Sungai Buloh, di sini, sebaik dia pulang menghadiri perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini.

“Pada 10 April, saya balik dari perbicaraan dan membuat pemeriksaan, 3 pegawai penjara menyuruh saya membuang air besar.

“Semasa di tempat membuang air besar, seorang daripada mereka datang berjumpa saya dan memberitahu dia telah berjumpa dengan S Ravi Chandaran (tertuduh ke-7) beberapa kali untuk menyuruh Ravi Chandaran mengaku dalam kes ini.

“Pegawai itu memberitahu dia berbincang mengenai wang yang akan kami semua perolehi sekiranya kami semua mengaku dalam kes ini,”
katanya ketika pemeriksaan utama peguam, V Rajehgopal dalam prosiding membela diri hari ke-13.

Saksi pembelaan ke-5 itu berkata, dia kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 17 April selepas diminta Ravi Chandaran yang merupakan bapa saudaranya.

Menjawab soalan Rajehgopal sama ada tertuduh terlibat dalam kes pembunuhan itu, Nimalan berkata : “Saya tidak melakukan kesalahan ini Yang Arif.”

R Dinishwaran, A K Thinesh Kumar, M Vishwanath, Nimalan, Ravi Chandaran dan doktor tentera, Kolonel Dr R Kunaseegaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No 1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, 5 tertuduh, Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan dan Ravi Chandaran, 47, diwakili Rajehgopal, manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraan di depan Hakim, Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

Hutang Negara Rendah Masa Tahun 80 Dan 90 an? - Pemuda UMNO Jawab Mahathir.

Kenyataan Media

Oleh : Shahril Hamdan

HUTANG 1980-AN DAN 90-AN : YAB PERDANA MENTERI SALAH FAKTA ASAS.

1] Saya mengikuti sesi Dewan Rakyat sebelah pagi tadi dan berasa tertarik dengan jawapan Perdana Menteri bagi soalan jawab lisan berkenaan pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan dari Jepun.

2] Dalam jawapan yang diberikan, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa hutang kerajaan pada tahun 1980an dan 1990an adalah kurang dari RM300 bilion atau bersamaan sekitar 27% KDNK negara pada masa itu.

3] Saya telah membuat semakan dari data yang diperolehi dari laman web Kementerian Kewangan. Hasil semakan yang telah dibuat mendapati jawapan dari Perdana Menteri adalah jauh tersasar dari kebenaran sebenar.

4] Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh yang disebutkan Perdana Menteri tidak pernah melebihi RM300 bilion, namun apabila dibandingkan dengan KDNK, Perdana Menteri ternyata telah memberi jawapan yang tidak benar dan mengelirukan Dewan.

5] Sebagai rekod, sepanjang tempoh kali pertama pentadbiran Perdana Menteri selama 22 tahun bermula tahun 1981 sehingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan adalah pada tahun 1997 iaitu sebanyak 31.9%.





6] Manakala rekod tertinggi yang dicatatkan adalah pada tahun 1986 iaitu sebanyak 103.4% berbanding KDNK. Rekod 103.4% ini juga adalah yang paling tinggi dalam sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia.

7] Berkenaan hutang luar persisir pula, tahun 1986 juga telah menjadi rekod tertinggi dalam sejarah apabila peratusan hutang luar persisir berbanding KDNK yang direkodkan sebanyak 39.5%.

8] Dewan Rakyat sepatutnya dijadikan tempat untuk kerajaan menyatakan kebenaran. Namun apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri pada pagi tadi adalah sangat mengecewakan. Jumlah 27% yang disebut bukan sahaja tidak tepat malah boleh disifatkan salah secara mutlak dan terang.

9] Perdana Menteri dengan jelas telah mengelirukan Dewan. Suka saya memetik Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifat menghina Majlis Mesyuarat.

10] Rakyat telah membuat keputusan untuk memberi mandat kepada kerajaan baharu. Sementara Barisan Nasional sedang dalam proses menjadi pembangkang yang berkaliber, saya juga mengharapkan kerajaan hari ini juga dapat mengangkat slogan ketelusan yang selama ini dilaungkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...