Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 19 Oktober 2017

PAS Jawab Isu Wisma Tuk Guru, Tunjuk Geran Sebagai Bukti.

Pada semalam menerusi satu rakaman video, Husam telah memperjelaskan isu tuntutan notis keluar dari tanah Wisma Tuk Guru yang menempatkan pejabat Amanah. 

Jawapan Husam itu bagaimanapun mendapat respon balas dari blogger PAS yang dikenali sebagai Lebai Hasan Omar.

Baca : Macam Ada Konspirasi Kata Husam

Dalam penjelasan yang panjang lebar itu, blogger tersebut mendakwa Husam telah melakukan beberapa manipulasi fakta mengenai pemilikan tanah. Berikut adalah penjelasan beliau;

Oleh : Lebai Hasan Omar


Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan menjadi kecoh apabila menerima notis supaya mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor yang menjadi pejabat naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa dan juga markaz Besar AMANAH (PAN) Kelantan.

Pemilik asal tanah ini adalah Pn Minah binti Musa telah didaftarkan pada tahun 1960 dan tanah ini menjadi Hak Miliknya pada tahun 1961. 
 

Kemudian berlaku pindah milik kepada pemilik kedua menggunakan nama Pn Haripah binti Dollah (Orang panggil Saripah) pada tahun 1993. Puan Haripah ini adalah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Rosli ini adalah bekas calon PAS Dun Kok Lanas, Datuk Rosli Ibrahim dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan 2008 - 2011.

Dia ni dulu UMNO, bekas setiausaha Umno Kelantan, selepas tu Semangat 46 dan banyak kali bertanding tapi kalah.

Tahun 1990 PAS menang di Kelantan dengan gabungan Semagat 46 sapu bersih semua DUN. Masa sebelum ini Rosli bertanding calon UMNO di Parlimen dan Dun Salor tapi kalah.

Wujud kesefahaman untuk membuat pejabat PAS di situ, selepas PAS menguasai Kelantan. Atas persetujuan itu maka PAS memunggut derma (BUKAN DUIT HUSAM) membina pejabat PAS DUN Salor yang kini telah dicuri dan ditukar cat oren oleh Husam and 'the geng' setelah manipulasi teknikal atau hak milik tanah. 

Setelah Dato Rosli meninggal pada 27 Julai 2017 lalu, isteri Dato Rosli menjual tanah itu kepada Mohd Yassin bin Yusof bekerja sebagai SUK Kerja Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan.



Mohd Yassin bin Yusof telah menghantar notis kepada parti AMANAH (PAN) dan Husam Musa supaya mengosongkan bangunan itu dalam masa satu bulan (30 hari).


11.20 malam semalam (17 Oktober 2017) tersebar surat penjelasan Husam Musa berkenaan isu ini yang diwakilkan atas nama Rojie Semail. Kenapa Husam tak guna nama sendiri, lebai tak pasti. Mungkin juga Husam nak perkenakan si Rojie kerana surat itu nampak sangat bodoh dalam beberapa perkara dan isu termasuk agama.

Satu : Semasa nak mencuri bangunan itu Husam Musa menjadi hero, ceramah sana sini kata bangunan itu dia punya dan mengatakan bangunan DUN itu menggunakan duitnya RM40K (macam mana dia dapat duit ini lebai tak nak pertikaikan sebagaimana si Husam mempertikaikan bagaimana Mohd Yassin ada duit untuk membeli tanah itu).

Tapi apabila mendapat surat untuk keluar daripada bangunan tersebut, Husam berdalih kenapa hantar surat notis kepada dia. Husam tak mengaku dia punya bangunan itu. Dulu beriya-iya kata dia bina bangunan itu menggunakan duit dianya RM400K. Rupanya Husam sama dengan Tun Mahathir mudah lupa apa yang dia buat jahat kepada orang lain. Yang dia ingat dia adalah manusia suci dan sempurna. Orang lain semuanya jahat, tamak, bodoh dan selalu membuat salah.

Kedua : Husam membuat tuduhan kepada Timbalan DO, Jajahan Tanah Kota Bharu Tuan Ibrahim Tuan Bakri kononnya bersubahat serta berkonspirasi dalam penjualan tanah tersebut. Ini lebai tak boleh komen pasal lebai tak ada maklumat yang jelas. Apabila Lebai mendapat maklumat yang sahih barulah lebai menulis nanti.

Ketiga : Pertikai wang Mohd Yassin itu datang daripada mana? Sehingga Husam menyemak gaji dan sebagainya. Ugut nak buat report kepada SPRM dll.


Husam Musa setelah menjadi oren, telah lupa bagaimana Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam beberapa isu membuat wakaf bangunan dan tanah kepada PAS menggunakan nama individu atas beberapa maslahah. Individu yang diguna nama kadang kala bukan orang yang berada (kaya). Husam Musa lupa apa yang Tok Guru buat kerana nafsunya kini mengatasi akal. 

Keempat : Husam Musa sendiri mengatakan bahawa pada Ogos 2016 Dato' Rosli mengeluarkan surat atas nama isterinya membenarkan dia menggunakan bangunan dan tanah itu sampai bila-bila.

Mari lebai tunjuk dimana bodohnya Husam Musa dalam perkara ini. Dato Rosli keluar surat atas nama isterinya. Surat ini mengikut kata Husam Musa, dia ada simpan. 

ATAS NAMA ISTERI, maknanya wahai Husam Musa dan ahli-ahli parti AMANAH (PAN) termasuk IKRAM isteri Dato Rosli HARIPAH BINTI DOLLAH yang beri kuasa untuk Husam bin Musa menggunakannya.

Tapi Hari ini, Dato' Rosli dah meninggal. Tanah itu dah dijual. Jual ni maknya dah bertukar hak milik. Surat Husam simpan tu laku tak agaknya?? Anda jawab sendiri.

Kelima : Jika sampai notis tersebut dia (Husam Musa) nak failkan ke Mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan menuntut tanah itu adalah milik bersama. Yang ini lebai tergelak, bukan lebai nak hina si Husam Musa tu. Tapi tak tahan kena nampak 'bodoh' sangat.

Apabila kita memberi orang guna tanah kita, maka tanah itu jadi hak milik bersama. Adakah tanah itu jadi milik bersama..?? Ini pelik. Ada pembaca ahli parti AMANAH (PAN) dan IKRAM boleh tolong jawab. Dalam agama kita dalam bab apa. Ada ke hadis-hadis mengesahkannya. Adakah Tok Guru Nik Aziz ada sebut perkara ini?

Mungkin Husam Musa lupa ceramah Dato Rosli dalam isu ini. Dia mengatakan Husam adalah pejuang rakyat, maka 'hambo' beri guna tanah itu sampai bila-bila (masa itu dia lupa dia akan meninggal dunia... begitu juga kita yang berhujah ini lupa bila kita mati Allah pasti akan menyoalkan kita atas apa yang kita buat dan kita tulis..) Dato' Rosli berkata "takkan ambo nak ambil RM400 sebulan atas sewa". Agaknya kenapa Dato' Rosli sebut pasal sewa? Ini anda juga anda kena jawab

Keenam : Pembicaraan harta pusaka keluarga Dato' Rosli akan diadakan pada 23 Oktober 2017 nanti. Husam Musa manipulasi isu pembicaraan pembahagian harta pusaka ini kononnya nak bicara harta tanah lot PT1039 sahaja. Husam ini ingat harta Dato Rosli yang itu aje. Banyak lagi harta Dato' Rosli yang di atas nama diri Dato' Rosli. Oleh kerana isteri Dato' Rosli tak ada anak, maka perlu ada perbicaraan harta pusaka. Jangan kelirukan rakyat atas isu ini kerana nak tegakkan benang basah.

Husam nak sebiji macam Tun Mahathir, dia bapak penyamum bila berceramah orang lain penyamum dia HERO untuk membenteras kleptokasi (penyamumlah itu.. ni main istilah nak bodoh orang aje).

Tanah itu Dato Rosli dah kata dalam ceramah milik isterinya. Lebai pun dah tunjuk geran milik di atas. Nak kata Husam tertidur semasa ceramah itu tak manasabah. TANAH TU BUKAN TANAH PUSAKA, nak faraid buat apa?? Jangan bodoh sangat dengan agama kita. Melainkan ada orang cucuk keluarga Dato' Rosli buat tuntutan supaya menjadi masalah dan isu dalam hal tanah ini.

 

Semenjak berumur ni, lebai tak boleh menulis panjang-panjang... letih. Lagi pun tak sarapan lagi. Agaknya bila bangunan itu nak tukar warna hijau semula. Warna Islam dan perjuangan Islam sejati bukan atas perjuangan diri dan nafsu semata-mata.

Rabu, 18 Oktober 2017

Dakwaan Skandal Kecurangan KP SPRM - Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

Minggu ini isu paling hangat diperkatakan ialah tularnya satu video yang dipercayai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Shazreen. Shazreen adalah isteri orang semasa rakaman tersebut diambil mengikut keterangan yang terpapar dalam video berkenaan.



Dan berikut adalah apa yang kita tahu setakat hari ini  (18 Oktober 2017) ;

1. Pada awalnya Sin Chew Daily menyiarkan satu laporan polis yang dibuat pada 12 Oktober 2017. Laporan polis itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan. Laporan itu menyebut ahli perniagaan itu mahu siasatan dijalankan terhadap tularnya satu rakaman video yang membabitkan individu berpengaruh di SPRM yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang sehingga terjadinya perceraian (isteri orang). URL yang menyiarkan rakaman itu juga disertakan dalam laporan polis tersebut untuk tujuan rujukan dan siasatan rapi.

2. Beberapa media arus perdana kemudiannya melaporkan isu berkenaan secara berleluasa dan besar-besaran namun tidak menamakan individu yang terpalit dengan skandal hubungan sulit dalam laporan mereka. 

3. Pada 12 Oktober The Malaysian Insight melaporkan, pasangan yang didakwa bercerai kerana si isteri menjalinkan hubungan sulit dengan pegawai kanan SPRM menafikan tuduhan tersebut menerusi laman facebook mereka. Penafian itu ditulis pada 10 Oktober yang lepas. Bagaimanapun portal itu tidak berkongsikan paparan screenshot penafian tersebut di laman mereka.

4. Pasangan itu mendakwa mereka bercerai atas alasan hal dalaman keluarga dan ianya tiada kaitan dengan dakwaan kecurangan seperti yang tular di laman sosial. Pasangan tersebut disahkan bercerai pada 28 September yang lalu di mahkamah rendah syariah Ulu Kelang.

"Kami memohon kepada semua pihak untuk menghormati keputusan yang kami buat kerana perkara ini adalah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Kami dengan rendah diri memohon kepada semua pihak untuk menghormati kehidupan peribadi kami, khususnya anak-anak serta seluruh ahli keluarga kami. 

"Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang tidak berperikemanusiaan yang telah sanggup mendedahkan identiti anak-anak kami melalui video tersebut. “Don't drag our children to this dirty games of yours,” kata pasangan tersebut, memetik laporan portal The Malaysian Insight.

3. Selepas beberapa hari, laporan polis pula tersebar di aplikasi WhatsApp dan tersebar dari satu group ke satu group lainnya. 


4. Dalam pada masyarakat masih berteka-teki sesama mereka (bagi yang terlepas pandang laporan polis yang viral di WhatsApp) siapakah pemimpin kanan SPRM yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, Malay Mail (fizikal) menjadi media pertama yang menamakan individu tersebut.

Malahan media itu turut menyiarkan beberapa petikan gambar yang diambilnya dari rakaman video yang mendakwa hubungan sulit di antara KP SPRM dengan isteri orang.




5. Dan JASA pada semalam (17 Oktober) melalui kenyataan 
oleh ketuanya, Datuk Mohd Puad Zarkashi  beranggapan apa yang tersebar merupakan satu fitnah yang cuba menakutkan SPRM agar takut bertindak meneruskan siasatan.

"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan. 

"Semua itu bertujuan untuk mengugut Zulkifli Ahmad dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu. 

"Saya berharap beliau dan SPRM tidak akan berkompromi dengan taktik ugut dan fitnah berkenaan," katanya, memetik laporan BH Online

7. Sejurus selepas dinamakan, KP SPRM itu kemudiannya ditanyakan soalan mengenai skandal berkenaan oleh pihak media.

"Ini saya nak tegaskan, saya dan rakan-rakan saya di SPRM keseluruhannya pada hari ini akan melaksanakan tugas kami dengan sebaik mungkin. 

"Tindakan-tindakan kami tidak akan terjejas dengan serangan-serangan yang kotor dan jijik seperti ini," katanya kepada TV3.

8. Di laman sosial, ada pihak yang berspekulasi mengaitkan insiden serangan peribadi tersebut dengan isu penubuhan JITN.

9. Ini kerana dua minggu sebelum tersebarnya rakaman video hubungan sulit itu, boss SPRM telah menempelak penubuhan JITN atas alasan;

- Pembaziran kerana kerajaan tidak mempunyai bajet malahan kerajaan bertindak memotong bajet kesemua agensi

- Pertindihan tugas dengan SPRM dan beberapa agensi berkaitan seperti Suhakam.

- Akan mengawal bagaimana SPRM perlu menyiasat kerana SPRM perlu melapor kepada JITN

10. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendakwa SPRM tiada bajet untuk menambahkan aset malahan menghadapi masalah dengan kekurangan kakitangan dan peralatan. 

"Ini kita tiada aset, bajet untuk aset zero, untuk peningkatan aset zero, bukan dengan usul dengan menubuhkan jabatan baru. 

Sedangkan kita anggota tak cukup, peralatan tak cukup, jadi kenapa pula nak tubuh jabatan baru, ada pula duit," katanya.

Kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM itu ditujukan kepada Paul Low, menteri yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan individu yang bertanggungjawab disebalik penubuhan JITN.

11. Hasil semakan mendapati url asal tersebarnya rakaman berkenaan telah tiada di Youtube. Namun rakaman tersebut dimuatnaik semula oleh Viral Malaya Kita pada 13 Oktober 2017.

12. Dengan menggunakan tajuk yang berbaur tidak sopan, setakat ini video berkenaan telah ditonton lebih dari 84,000 kali di Youtube. 

13. Video tersebut berdurasi selama 3.08 minit memaparkan beberapa gambar termasuklah passport yang dipercayai milik individu-indivudi yang didakwa menjalinkan hubungan sulit telah berkunjung ke Bali, Indonesia pada Julai lepas.




14. Selain dari dua individu tersebut, dua individu lain turut dinamakan dalam video tersebut.


15. Blogger pro Mahathir, Shahbudin Husin pula mengulas isu tersebut dengan mendesak agar KP SPRM membuat satu kenyataan yang jelas bagi menafikan beliau adalah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. 

"Daripada satu segi, mendedahkan keaiban orang lain memanglah suatu perbuatan yang tidak baik, tetapi mempunyai hubungan terlarang dengan wanita lain, apa lagi jika benar sudah bersuami dan dalam wibawa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disanjung tinggi oleh masyarakat sehingga diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat mengenai rasuah, tentulah juga suatu tingkah laku yang kotor dan jijik. 

Oleh yang demikian, tampilnya Dzulkifli hanya dengan mengatakan serangan terhadapnya itu sebagai taktik kotor dan jijik belum lagi memadai sehinggalah beliau berterus-terang mengenai hubungannya dengan wanita berkenaan. 

Kalau "ya", katalah "ya" dan kalau "tidak", katalah "tidak" berserta dengan hujah dan bukti-buktinya sekali," katanya yang menulis di blog. 

16. Meskipun seolahnya menafikan terbabit dalam skandal kecurangan tersebut, KP SPRM masih lagi belum membuat kenyataan tegas dengan mengatakan SAYA BUKAN ORANG DALAM VIDEO TERSEBUT, VIDEO TERSEBUT PALSU, EDIT ATAU TELAH DISUNTING, IA ADALAH TIPU DAN FITNAH ataupun ITU CERITA YANG TIDAK BETUL setakat ini.

17. Turut dimaklumkan pihak polis sedang menyiasat penyebaran video tersebut. Dalam satu kenyataan yang tersiar di Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video berkenaan. 

"Kalau perlu buat tangkapan, kita akan buat. Namun, setakat ini masih tiada sebarang tangkapan lagi. 

"Bukan mudah kita hendak mengesan individu terbabit dan kita sedang berusaha ke arah perkara itu," katanya  

18. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dilaporkan enggan mengulas dakwaan itu apabila ditanya sama ada mereka akan menyiasatnya atau tidak lapor Malaysiakini.

Rujukan;

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-sedang-siasat-video-pegawai-kanan-sprm-1.744305

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/18296/

https://www.malaysiakini.com/news/398097

https://www.youtube.com/watch?v=TfqWsd9iU7Q

https://youtube.be/ogkqRRDzBDQ

https://www.malaysiakini.com/news/398664

https://www.malaysiakini.com/news/398325

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2017/10/siapa-punya-angkara-taktik-kotor-jijik.html

Yasin Mana Ada Duit Nak Beli Tanah 700k, Macam Ada Konspirasi Kata Husam.

Tular di laman sosial kononnya Adun Salor, Datuk Husam Musa telah mendapat notis bagi mengosongkan bangunan yang menempatkan pejabat beliau dan Amanah di Wisma Tok Guru.

Mesej tular itu menyebut nama Mohd Yasin Yusoff, selaku pemilik tanah tersebut telah memberikan notis kepada Husam Musa agar mengosongkan premis berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun dalam satu penjelasan yang dibuat oleh Husam Musa menerusi halaman Facebooknya menafikan hal berkenaan.

Menurut Husam Musa beliau tidak menerima apa-apa notis mengenai tuntutan pengosongan premis setakat hari ini. Malahan beliau juga mempunyai bukti yang kukuh mengenai pemilikan tanah tersebut.



Husam Musa menjelaskan bahawanya beliau telah diberikan izin oleh pemilik tanah untuk terus menggunakan tanah dan bangunan tersebut sampai bila-bila meskipun Husam Musa bukan lagi pemimpin PAS dan telah menyertai Amanah.

"Ambo pesan pada anak buah ambo, kalau kunci, kita patahkan kunci tu dan masuk. Guna pejabat tu sehingga mahkamah perintah. Kerana tu bangunan kita, tu benar. Dan kita duduk atas tanah tu dengan izin tuan tanah, itu benar," katanya.

Husam turut membayangkan seolah wujud konspirasi oleh pihak tertentu bagi mendapatkan hak milik terhadap tanah tersebut.

"Di dalam keadaan luar biasa, ADO pergi ke rumah Datin (balu Dato Rosli), buat tanda-tangan borang 14, dipinda tanah tu. Saya dikatakan (diberitahu) begitu. Betul ke tidak ambo sendiri tidak tahu juga. 

Kalau ADO, DO pergi ke rumah orang berkenaan tentulah tuan-tuan berasa pelik. Biasa orang nak tukar tanah (nama) ni dia pergi pejabat DO. Ini DO angkat meja dia dengan setem-setem dia, cop-cop dia pergi ke rumah orang, tidakkah pelik," kata Husam Musa dalam rakaman video berkenaan.

"Mengikut sesetengah orang, lima orang pergi ke rumah Datin tadi. Ibrahim Bakri, seorang lagi pegawai pejabat tanah, dua orang peguam, seorang lagi bernama Ibrahim Bin Isa. Pergi minta Datin ini tanda-tangan hari-hari. Kalau Datin ini sebenarnya nak jual tanah kenapa tidak Datin ini pergi ke pejabat tanah,".

"Ini sudah menunjukkan ada satu konspirasi. Samada ada orang nak report ke tidak itu tak usah kira, tapi konspirasi tu wujud. Dan Mohd Yasin ni kalau betul dia beli tanah 700,000 dia ambil duit dari mana? Jabatan hasil dalam negeri kena siasat dia ambil duit dari mana," katanya.

Husam turut menjelaskan bahawanya tanah tersebut adalah pemilikan bersama di antara beliau dan Datin Harifah, isteri kepada arwah Dato Rosli.

Malahan menurut Husam, urusan mengenai harta pusaka yang dituntut oleh adik beradik arwah Dato Rosli juga belum lagi diselesaikan dan agak pelik kerana PAS mahu mendapatkan tanah tersebut.

"Biarlah dalam keadaan apa pun kita ni sekali dengan Tuhan. Janganlah kerana kita ada pitih (duit), ambil daripada duit balak, duit diasing dan beli tanah tu kerana kita nak melepas dendam. Tuhan tu ada. Yassin tu takde pitih, ambo tahu dia takde pitih," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, turut dilaporkan pemilik tanah tersebut ialah arwah Dato Rosli Ibrahim yang telah meninggal dunia pada Julai lepas. Arwah mengatakan bahawanya tanah itu dibeli dari Munah Binti Musa dan telah didaftarkan atas nama isteri arwah iaitu Harifah Binti Dollah.

Di atas tanah tersebut ada dua bangunan iaitu bangunan lama yang menempatkan PASTI dan bangunan baru yang menempatkan pejabat DUN Salor dan pejabat Amanah.

Kesiannya PAS Terpaksa Ikut Skrip UMNO Tangguh #RUU355 Kata Khalid Samad.

Oleh : Sinar Harian

Alasan Pas mahu menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) di Parlimen sehingga selepas PRU14 disifatkan tidak masuk akal. 

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, penangguhan tersebut hanya akan menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak berkaitan pembentangan RUU tersebut. 


“Mengapa nak tangguh dan main tarik tali lagi? Apabila sudah dibentangkan ia juga perlu diberi penerangan dan penyelesaian. 

“Alasan digunakan Pas yang mahu bertanding di 100 kawasan untuk memastikan RUU355 diluluskan di Dewan Rakyat sama sekali tidak masuk akal. 

"Kalau memang itu alasannya, saya mahu cadangkan Pas bertanding di 222 kawasan kerana lagi mudah bagi mereka laksanakan RUU355 nanti,” katanya kepada Sinar Harian

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed membayangkan Pas berkemungkinan membawa RUU 355 ke Parlimen hanya selepas PRU14. 

Ini kerana katanya, Pas perlu mengambil kira beberapa aspek dalam isu RUU355 memandangkan PRU14 semakin dekat.

Mengulas lanjut mengenainya Abdullah Sani berkata, pembentangan pindaan RUU355 sepatutnya disegerakan supaya penjelasan mengenainya dapat dilakukan. 

“Sekurang-kurangnya jika pembentangan diadakan di Parlimen pada sesi Oktober ini, semua pihak akan lebih jelas mengenai pendirian dan kaedah-kaedah yang diambil untuk memartabatkan undang-undang patuh syariah ini,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam (Amanah), Khalid Samad pula menyalahkan Umno kononnya parti itu yang memberi arahan kepada Pas supaya menangguhkan pembentangan RUU itu.  

“Kita kesian dengan Pas kerana terpaksa mengikut skrip ditetapkan oleh Umno. 

Walaupun telah bersusah payah bawa RUU355 ini ke Parlimen, tapi sekarang bila Umno kata jangan bawa, mereka terpaksa akur. 

“Jika kita lihat sekarang, pembentangan RUU 355 setakat ini sudah tiga kali ditangguhkan. Pembentangan itu juga tidak dibuka untuk dibahaskan,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...