Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Disember 2016

Najib Cakap Besar, Katanya Negara Lain Tiada UTC Seperti Malaysia Tetapi Sebenarnya Ada & Ini Buktinya. #PAU2016

Ini sebenarnya "ulang siaran".

Ia bukan kali pertama Najib menyebut begitu. Pada tahun 2014, media pernah merekodkan kenyataan yang lebih kurang serupa.


(sumber)

Dengan penuh bangga, Najib menyatakan tiada mana-mana negara yang mempunyai pusat sehenti - UTC seperti di Malaysia.

Ia adalah hasil usaha BN katanya. Tanda keprihatinan terhadap rakyat.

Dalam #PAU2016 yang sedang berlangsung, Najib direkodkan turut mengulang kenyataan yang serupa.

Untuk rekod, UTC bermaksud : Urban Transformation Centre ataupun Pusat Transformasi Bandar.

Ia adalah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.  

Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. (Apa Itu UTC)

Najib begitu berbangga dengan UTC ini kerana ia mula dilaksanakan ketika di zamannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Betul ke UTC ini hanya wujud di negara kita satu-satunya?

Jawapannya tidak.

Seseorang yang mungkin meluat dengan cakap besar Najib telah membuktikan kenyataan Najib itu sekadar propaganda murahan. Agaknya telinganya juga sudah bosan mendengar kenyataan sama yang diulang-ulang kononnya macam besar sangat perkara tu.


Nah, inila bukti kononnya hanya Malaysia sahaja memiliki perkhidmatan sehenti bagi perkhidmatan kerajaan yang tertentu.





Najib, Najib. Cuba la hentikan penipuan, tingkatkan prestasi, kurangkan hutang dan jangan cakap besar.

Rakyat dah semak dengan permainan ko tu.
Sampai benda kecik gini pun dorang terpaksa screenshot bukti untuk fahamkan kau bahawanya mereka tak boleh diperbodohkan dengan kenyataan-kenyataan kau tu.

Fikir-fikirkanlah ek.

Kbai.

Secara Tiba-Tiba Saiful Bukhari Azlan Uturn Dan Kembali Menyokong UMNO. #PAU2016

Kalau tidak kenapa berada di dalam persidangan UMNO? Meniaga pula tu.
Sedangkan sebelum neh semua sedia maklum dia team Mahathir. Sudah berubah arus ke? 
Ini cerita pelik.
Bagi yang terlepas kisah ini, boleh baca sini, sini dan sini.
Laporan oleh Malaysiakini ;
Bekas pembantu politik, Saiful Bukhari Azlan dikesan menjual pakaian termasuk tudung wanita di luar Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung sehingga Sabtu ini.
Menurut The Star, Saiful dan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman kini menceburi perniagaan menjual songket, batik dan aksesori wanita.
Lapan tahun lalu, Saiful mendakwa bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa kerelaannya.
Anwar akhirnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi jenayah itu.
Saiful, kini 30, berkata beliau gembira untuk melupakan peristiwa hitam itu dan kini menjalankan perniagaan dari Terengganu.
"Keputusan untuk menjual di gerai ini dibuat pada saat akhir.
"Ada peniaga yang menarik diri, jadi kami hanya diberi notis lima hari untuk menbawa barangan kami dari Terengganu," katanya.
Nik Suryani, 36, berkata dia mula menjual beg tangan dan jaket wanita sejak 15 tahun lalu tetapi hanya berani mengembangkan perniagaannya selepas mendapat galakan dari Saiful.
Menurut The Star, Saiful dan Nik Suryani juga menguruskan sebuah firma perundingan politik dan media.
Mereka kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia dua tahun dan bakal menimang anak kedua pada bulan Mac.

Gunung Warna Warni Di Selangor Masuk Unesco World Heritage List - Tahniah!

Tahukah kita semua salah satu surah dalam Al-Quran, tepatnya dalam Surht Al Fathir [35] ayat 27 di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah lama mengungkap rahasia adanya gunung yang berwarna-warni.
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفاً أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.” [QS: Al Fathir [35]: 27]
Terlintas sahaja gunung berwarna-warni, sudah tentunya anda akan terbayangkan pergunungan Zhangye Danxia, di China bukan? Ya, itu mungkin yang paling polular. Tetapi tahukan anda ada juga negara lain yang mempunyai gunung berwarna-warni semulajadi?


Di sini kami senaraikan 6 lagi negara yang mempunyai gunung berwarna-warni. Buat yang suka berkelana, destinasi ini mungkin boleh dimasukan dalam senarai impian anda nanti. Memang cantik sungguh!.
1. Zhangye Danxia, China
 
Tidak asing lagi, gunung Zhangye Danxia yang terletak di daerah Gansu, di China ini antara yang paling tersohor di dunia. Warna-warni dipergununan ini adalah campuran pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak 24 juta tahun dahulu.
Gunung Zhangye Danxia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang unik ada di China. Tempat ini juga turut disenaraikan dalam senarai warisan dunia UNESCO.

2. Brennisteinsalda, Iceland
 
Gunung Brennisteinsalda yang terletak Landmannalaugar ini dinobatkan sebagai gunung paling cantik yang ada di Iceland. Jika anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang melihat sendiri keindahan Brennisteinsalda.
Warna hitam dan biru yang terdapat pada gunung ini terhasil dari kesan abu dan lava, manakala warna merah pula berupa kandungan besi dan warna hijau adalah lapisan lumut yang meliputan kawasan berbatu.
3. Rainbow Mountain, Peru

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Gunung Pelangi di Peru ini, namun kecantikan gunung ini tidak terkalah hebatnya. Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca ini terletak di kawasan kawasan Pegunungan Andes.  Untuk sampai ke sini, anda terpaksa melalui trek yang mencabar dan mengambil masa selama beberapa hari.
Yang suka pengembaraan ekstrim boleh cuba jejak gunung ini jika berkunjung ke Peru.

4. Painted Hills Oregon, Amerika Syarikat
 
Dinamakan sebagai Painted Hill adalah disebabkan warna gunungnya yang kelihatan seperti dicat. Menurut Amusing Planet, kemungkinan besar Painted Hills terbentuk lebih dari 35 juta tahun yang lalu terkesan hasil dari lapisan abu vulkanik ketika daerah tersebut masih berupa dataran sungai.
Sekarang, tempat ini menjadi kebanggan buat penduduk di Wheeler County, Oregon.

5. Cerro de los Siete Colores, Argentina
 
Susah benar mahu sebut nama gunung yang satu ini. Gunung Cerro de los Siete Colores atau dalam bahasa inggeris disebut The Hill of Seven Colors. Terletak di daerah Quebrada de Purmamarca, gunung ini mempunyai 7 lapisan warna yang berbeza.




6. Seven Coloured Earths of Chamarel, Mauritius
 
Jika di Argentina ada gunung 7 warna, di Mauritius pun ada juga. Seven Coloured Earths atau dipanggil dengan nama Terres des Sept Couleurs ini terletak di daerah Chamarel, Distrik Rivire Noire, iaitu disebelah barat daya Mauritius.
Tidak hanya unik, malah pasir di sini juga sangat ajaib. Ia boleh dilihat apabila anda cuba mencampurkan pasir di Seven Coloured Earths. Secara automatik, pasir ini akan perlahan-lahan mengasingkan diri sesuai mengikut warnanya.

Setelah membaca artikel ini kita di Malaysia khususnya di Selangor tidak harus merasa kerdil kerana dengan jasa YAB Menteri Besar bijak sana sini kita sudah punya keajaiban lebih dari gunung ganang yang seolah bercat tersebut. Jika diluar negara mereka melihat gunung ganang seolah dicat walaupun tidak dicat tetapi dengan berbelanja hampir RM10 juta, rakyat disajikan sebuah pintu gerbang yang diubah suai tetapi nampak tak berubah.

Oleh : Chegubard

Duit Khairat Dipotong Kerana Saham FGV, Anak Peneroka Luah Kekecewaan - Najib & Isa Perlu Jawab, Jangan Lari!

Ia didedahkan oleh Bro Bob menerusi facebooknya.

Bro Bob menulis ;


Jumlah keseluruhan khairat kematian yang patut diterima ialah 10 ribu namun lebih dari 3 ribu telah dipotong untuk saham FGV sedangkan menurut Bro Bob, duit saham FGV telah dipotong tiap-tiap bulan selepas penggiraan hasil.

Berang kerana diperdayakan, individu tersebut kemudiannya mengamuk di dalam pejabat seperti yang dinyatakan.

Mengikut maklumat di atas, arahan memotong khairat kematian ini adalah datangnya dari pihak pengurusan tertinggi. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk menunaikan umrah namun disebabkan pemotongan tersebut ianya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Untuk mendapatkan khairat kematian ini juga, keluarga si mati perlu menunggu sehingga setahun lebih. Suatu jangka masa yang agak lama dan panjang.

Memetik penulisan dari blogger Milosuam pula, nilai saham Felda (FGV) yang dibayar setiap bulan oleh peneroka sehingga kini semakin merudum, harganya semakin jatuh.

Harga terkini Saham FGV ketika artikel ini ditulis ialah RM1.50 seunit berbanding nilai asalnya ketika mula disenaraikan ialah RM4.45 seunit — Nilainya menyusut lebih 66 peratus. Setiap peneroka diperuntukkan sebanyak 800 unit saham bernilai RM3,560 dan dijanjikan dengan keuntungan, namun kini nilainya hanya tinggal RM1,200.
 
Dalam pada itu, blogger tersebut turut mendedahkan beberapa nama individu yang mana mengalami masalah yang serupa seperti Bro Bob.

Lihat gambar ;
 
 
Untuk pembacaan lanjut sila ke sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...