Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 November 2016

China Tahu Najib Terdesak Sebab Itu Dia Layan Malaysia 'Baik-Baik'..

ADA penyokong kerajaan, khususnya yang taasub kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, mengherdik saya kerana meminta kerajaan membuktikan bahawa China akan benar-benar melabur di Malaysia dengan membawa masuk modal dari negara mereka.

Hatta laskar siber yang tidak dikenali sebagai penganalisis ekonomi, korporat dan perbankan pun menulis membelasah saya. Kita tahulah yang mereka menyiarkan bahan-bahan yang kilang oleh penulis-penulis hantu pemerintah.

Apa yang saya rasa kita semua perlu khuatir ialah kemungkinan syarikat-syarikat milik kerajaan China tidak akan membawa masuk modal sebaliknya meminjam dari pasaran tempatan bagi membiayai projek-projek mereka.

Bukti sudah ada. Banyak syarikat dari negara China telah mengutip modal dari pasaran tempatan dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia.

Ada kira-kira 10 buah syarikat macam itu dan sebahagiannya telah mungkir janji sehingga menyebabkan pelabur tempatan rugi besar.

Baru-baru ini pula, agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang China General Nuclear Power Corporation (CGN) bercadang membuat IPO bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.8 bilion) di Malaysia seawal tahun depan. Bila sesebuah IPO dibuat di Malaysia, logiknya majoriti yang akan membeli sahamnya adalah pelabur tempatan. 

Kita tentu masih ingat macam mana awal tahun ini, CGN telah membeli kilang-kilang penjana elektrik milik Edra Global Energy Bhd dengan harga AS$2.3 bilion. Edra adalah anak syarikat 1MDB.

1MDB terpaksa menjual Edra dengan harga murah kerana kesuntukan wang untuk membayar faedah hutangnya yang kini dianggarkan RM53 bilion. Dengan pembelian Edra, CGN kini menjadi pembekal elektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Berhad.

Jadi adalah tidak mustahil syarikat-syarikat negara China lain yang mendapat kontrak raksasa seperti Bandar Malaysia (tapak TUDM Sungai Besi) dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur akan juga meminjam modal di Malaysia.

Jadi pelaburan asing yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak wujud atau kalau wujud pun kecil dan bersifat sementara. Apabila sampai masa, mereka akan pindahkan beban hutang mereka kepada pelabur tepatan melalui IPO.

Natijahnya, syarikat-syarikat milik Kerajaan China membeli aset-aset strategik di negara kita dengan dibiayai oleh kita sendiri melalai pemberian pinjaman dan pembelian saham IPO. Kita mungkin memiliki sedikit saham tetapi kawalan dan pengurusan adalah di tangan mereka.

Hutang Mudah Bayar Susah

Sekarang Mohd Najib membebankan kita dengan RM55 bilion hutang tambahan dari China untuk projek kereta api Pantai Timur. Nilai dolarnya ialah AS$13.73 bilion.

Pinjaman mudah, kata beliau. Semudah mana pun beban tetap ada dan akan ditanggung oleh rakyat jelata dan pembayar cukai hingga tahun 2036.

Yang pasti syarikat-syarikat China itu akan membawa masuk kelengkapan, pekerja serta bahan binaan. Mereka juga akan memaksa kita membeli enjin dan gerabak kereta api dari mereka.

Adalah menjadi amalan syarikat-syarikat milik kerajaan China membawa pekerja dari negara mereka untuk melaksanakan projek di luar asing. Itulah yang berlaku di Afrika.

Kajian Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat mengenai kegiatan ekonomi China di Afrika menganggarkan ada kira-kira 250,000 pekerja China di Afrika pada 2014. Angka itu pernah mencapai 300,000 pada 2011.

Pekerja China di Ghana
Tidak kurang penting adalah kesan pergantungan kepada China ke atas keselamatan dan kedaulatan negara serta potensi untuk mencetuskan ketegangan.

Sudah ada kelompok dalam masyarakat kita yang menganggap China sebagai penyelamat dan berasa kita perlu berterima kasih kepadanya.

Akhbar The Star milik Persatuan China Malaysia (MCA) dalam rencana 10 September lalu yang bertajuk “The China Factor in Malaysia’s Growth” antara lain, berkata:

“In times of trouble, who is it that comes to support Malaysia?  (Dalam kesempitan siapa yang datang membantu Malaysia?) dan dengan bangga akhbar itu menjawab: It is the Chinese. (Ia adalah China.)

Kita bukan anti-pelaburan asing atau anti-China. Negara kita membangun hasil pinjaman luar dan pelaburan asing. Kita tidak mengamalkan dasar ekonomi anti-modal dan isolationist.

Tetapi apa yang kita khuatir sekarang ialah keutamaan yang diberikan kepada China seolah-olah tanpa China, negara kita akan hancur berkecai dan tidak ada negara lain yang bersedia melabur di negara kita kecuali China.

Bukan itu saja, kita seolah-olah memperjudikan maruah, kedaulatan dan kebebasan kita semata-mata kerana mahukan duit China. Nampak seakan-akan kita ini pengemis.

Secara tidak langsung kerajaan Mohd Najib mengakui bahawa akibat wabak 1MDB, pelabur asing tawar hati melabur di negara kita atau mereka tidak bersedia melakukan apa yang sedang dilakukan oleh negeri China.

Di pihak lain pula, China sedar keterdesakan (desperation) Mohd Najib akibat skandal 1MDB dan mengambil peluang untuk memainkan peranan penyelamat (seperti yang dilaungkan oleh The Star) maka dengan itu mendapat layanan istimewa dan sekali gus menjadikan negara kita boneka dalam mainan geopolitiknya.


A. Kadir Jasin.

Yak Yew Chee Didapati Bersalah & Kaitannya Dengan #1MDB Yang Anda Perlu Tahu.

Siapakah Yak Yew Chew?

Yak Yew Chew ialah bekas pegawai bank BSI cawangan Singapura. Pada Mei 2016, MAS (pihak kewangan berkuasa Singapura) telah menarik semula lesen bank saudagar BSI disebabkan ;

- Salahlaku teruk membabitkan sebahagian pegawai bank tersebut

- Pelanggaran serius terhadap keperluan anti-penggubahan wang haram

- Pengawasan pengurusan yang lemah terhadap operasi bank


Susulan dari tindakan berkenaan, beberapa nama pegawai kanan dan kakitangan BSI telah dikemukakan kepada pendakwaraya bagi tujuan pendakwaan atas pertuduhan jenayah.

Dan Yak Yew Chew adalah salah seorang daripada mereka yang didakwa. Pada 11 November lepas, mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Yak Yew Chew atas 7 perlakuan jenayah antaranya ;

- 2 pertuduhan atas kesalahan memalsukan surat rujukan vouching untuk keluarga Low

- 2 pertuduhan atas kegagalan melaporkan urusniaga mencurigakan yang membabitkan pengaliran wang jutaan ringgit ke BSI Bank cawangan Singapura

Yak Yew Chew mengakui bersalah atas 7 pertuduhan jenayah tersebut oleh itu mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 18 minggu penjara dan denda sebanyak 24 ribu dollar Singapura.

Pada Khamis lepas, Taek Jho Low telah dinamakan orang yang perlu bagi membantu siasatan dalam perkara membabitkan transaksi 1MDB.

Ini berlaku kerana ;

- Pada tahun 2012, Taek Jho Low telah memindahkan wang sebanyak 790.35 juta USD dengan menggunakan 9 akaun bank yang berbeza yang melibatkan 6 jenis bank, dalam dan luar negara.

- Pemindahan itu berlaku hanya dalam tempoh 2 minggu.

- Wang itu pula datangnya, dari 1MDB Energy (Langat).

- Dan, akhirnya sebanyak 110 juta USD, sebahagian dari wang tersebut masuk ke dalam akaun bank Swiss, atas nama Selune, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Taek Jho Low.

Jelas?

Perkara ini adalah terkandung dalam butiran perbicaraan kes mahkamah di Singapura yang melibatkan pertuduhan ke atas pegawai bank BSI, Yaw Yew Chee tadinya tu.

Faham?

Sambungan ;

- Perkara itu akhirnya menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa Switzerland.

- Bagi menyekat kecurigaan tersebut, dengan bantuan Yaw Yew Chee yang ketika itu bekerja di BSI, satu surat rujukan dihantar kepada bank Swiss Rothchild di Zurich untuk menjamin kesahihan urusniaga (pemindahan wang 110j ke Selune).

- Ini kerana 110j itu dipindah masuk ke dalam account bank syarikat Selune yang didaftar menggunakan bank Swiss Rothchild tadinya tu.

Lihat carta ini dengan teliti.
- Jho Low merupakan pelanggan terbesar BSI.

- 2 tahun selepas itu, Yak sekali lagi mengeluarkan surat rujukan kepada BNP Paribas, Switzerland kali ini mengenai aset bersih Jho Low yang bernilai 1.63b USD.

- Surat rujukan itu ditanda-tangani oleh Yak bersama rakan sekerjanya Yvonne Seah Yew Foong.

- Menurut pendakwaraya Leong Weng Tat, Yak melakukan kesalahan tersebut kerana didorong rasa tamak. Bukan kerana paksaan atau tekanan.

- Yak dilaporkan menerima faedah berbentuk kewangan dari Jho Low ketika diminta bantuan kerjasama oleh Jho Low atas beberapa urusan berkaitan perbankan.

- Dalam pada itu, menurut kenyataan peguam kepada Yak, Lee Teck Leng menyatakan yang Yak akan melepaskan hartanya yang bernilai 7.5 juta dollar Singapura kepada kerajaan bagi menunjukkan rasa kekesalan atas perlakuan tersebut.

- Peguam Lee juga menyatakan Yak Yew Chee setuju untuk membantu siasatan dengan memberi keterangan berhubung isu penggubahan wang haram yang membabitkan operasi BSI bagi pertuduhan2 ke atas rakan-rakan sekerja Yak.

- Yak juga menafikan dia mengetahui bahawanya Taek Jho Low terlibat dalam perlakuan jenayah berhubung isu pemindahan wang jutaan ringgit.

- Yak memberitahu bahawanya orang atasan (BSI) mengarahkan Yak untuk menggembirakan Jho Low memandangkan Jho Low merupakan pelanggan penting bagi bank tersebut.

Yak mengaku bersalah selepas sebulan didakwa atas 7 perlakuan jenayah, beberapa hari selepas nama Jho Low didedahkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu penting bagi membantu siasatan berkaitan penggubahan wang haram dalam BSI bank.

Selain dari Yak Yew Chee, Yeo Jiawei bekas pegawai bank BSI juga sedang didakwa di mahkamah atas 4 perlakuan jenayah. Kita akan membincangkan hal tentang Yeo untuk penulisan seterusnya.


(Video ehsan : Ibtimes)

Ahad, 13 November 2016

"BERSIH Binatang, Jumpa 19 November Nanti" - Jamal Samseng Buat Laporan Polis Kata #BERSIH5 Yang Tumbuk Hidung Dia..

BODOH WEI!

KAHKAHKAHKAH!

Ini apa yang Jamal kemaskini menerusi facebooknya ;


(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Dan ini kandungan laporan polis Jamal seperti yang dia sebarkan ;


Memetik kandungan laporan polis Jamal ;

- Tiba-tiba saya dipukul di tumbuk oleh seorang yang memakai baju BERSIH..

- Daripada sebelah kanan tepat di muka dan hidung saya..

- Akibat daripada pukulan itu saya mengalami kecederaan (baca : kegilaan) berdarah dan bengkak pada hidung..

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH

LAWAK APEKAH INI?

Celah mana nya ada geng #BERSIH5 dalam rakaman pergaduhan antara MERAH vs PDRM? Yang pakai baju kalis kuning ada la. Pakai baju bersih kuning mane ada.


Lepas tu kalau Jamal kata dia kena pukul tepat kat muka, apesal masa dia terjerit2 meronta nak keluar dia kata polis tumbuk dia banyak2 kali?

Tadi jika di rakaman video (baca : Jamal Hampir Nazak Kerana Hidung Berdarah) Jamal kata yang tumbuk dia ;

- Polis
- Budak Zuraidah
- Zuraidah

Kali ini dia sebut orang pakai baju kuning BERSIH plak yang tumbuk dia.

Dementia ke apa?
Dua kali tanya dah neh.

KAHKAHKAH!

Kejap Polis Tumbuk, Kejap Budak Zuraidah Pukul, Lepas Tu Zuraidah Pula Dikatakan Tumbuk Jamal - Yang Mana Satu Betul Neh Jamal?

KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH

Hadoi.

Hidung baru keluar darah sikit. Takan dah gila kot. Eh jap. Jamal memang bukan dah lama gila ke?

KAHKAHKAH!

Jamal dan Gerakan #Merah hari neh buat kecoh kat Ampang. Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang hari neh bersama kumpulan #BERSIH5 buat kempen tentang BERSIH di sekitar Ampang. Edar-edar risalah apa semua. Ketika sedang sibuk buat kerja-kerja kempen, si Jamal dan gengnya datang menyemak dan menimbulkan kekacauan sehingga polis yang berada disitu perlu masuk campur bagi mengawal keadaan.


Ketika sedang kelam kabut itulah hidung Jamal Yunos sedang berdarah. Puncanya tak ketahuan tetapi dipercayai ditumbuk secara tak sengaja oleh geng2 dia juga. Sebab polis hanya memegang badan dan tangan dia. Mana ada usik muka langsung kalau kita perhatikan rakaman yang tersebar di media sosial.

Dalam rakaman yang tersebar juga, Jamal yang memulakan aksi menolak anggota polis yang kemudiannya polis bertindak balas dengan memegang anggota badan Jamal.

Kemudiannya insiden meleret kepada aksi tolak menolak antara gerakan #Merah dengan pasukan polis yang terpaksa berhempas-pulas menenangkan gerakan Merah yang berkeras untuk keluar dari shopping-complex. 

Tujuan pasukan polis berbuat demikian ialah untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian yang lebih ganas ini kerana jika gerakan Merah dibiarkan keluar mereka mungkin akan berjaya mengejar kumpulan BERSIH 5 dan seterusnya mungkin berlaku insiden yang lebih buruk. Ini berdasarkan kepada tingkah laku Jamal dan ahli kumpulannya yang mengejar geng2 BERSIH 5 yang sedang giat berkempen kat situ.

Dalam kejadian tersebut juga, Jamal punya gila, sanggup biarkan darah kering melekat kat hidung dia semata-mata nak jaja kat media.


Padahal boleh je pergi tandas dan bersihkan darah tu. Bukan banyak mana pun nak dijaja2 ke orang. Sebelum ini Jamal pernah kongsikan satu aksi dia dipukul kayu. Kononnya nak tunjukkan kepada orang awam betapa dia kuat. Kuat otak kaw. Hidung berdarah sikit dah merengek-rengek macam la sakit sangat siap jaja darah kering lagi untuk raih simpati. 

KAHKAHKAH

Dalam isu hidung Jamal berdarah ini juga, pada awalnya Jamal mengatakan polis tumbuk dia. Berulang kali dia bercakap yang polis tumbuk dia, polis tumbuk dia.

Lepas seketika, tiba-tiba dia cakap kat media yang budak2 Zuraidah pula yang bantai dia. Dia kata YB Zuraidah yang arahkan budak dia untuk pukul Jamal.

Kemudian tak sampai 10 saat dari kenyataan di atas, dia kata Zuraidah tumbuk dia.

Apahal dia tu?

Dementia ke apa?

KAHKAHKAHKAH!

Kejap polis tumbuk. Kejap budak2 YB Zuraidah tumbuk. Kejap Zuraidah tumbuk. Yang mana satu betul?

Kalau ikut rakaman video jangan kata pendemo BERSIH, Zuraidah punya batang tubuh pun takde dalam kejadian tu tau. 

Yang ada geng2 Merah dan anggota polis je.

Dan kalau kita perhatikan video tu, masa awal2 Jamal diarah ke belakang (kembali kepada geng2 dia) oleh 2,3 anggota polis, tak berdarah pula hidung dia time tu.

Start berdarah masa budak2 dia tengah kecoh2 nak keluar. Dia tiba2 muncul kata polis tumbuk dia, polis tumbuk dia. 

Sebenarnya aku syak bebudak dia juga tercederakan dia semasa aksi tolak menolak tu. Dia dah malu la tu nak mengaku geng2 sendiri terbantai dia.

Tak pasal2 polis, budak2 Zuraidah dan Zuraidah yang dia tuduh2 mencederakan dia. Choiiii.



Rakaman video ;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...