Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Disember 2015

Tiba-Tiba Kerajaan Nafi Rekod Kemasukan Altantuya Dipadamkan - Mari Lihat Reaksi Menteri Dalam Parlimen Tahun 2012 Tentang Isu Altantuya.

Lamanya nak tunggu dorang jawab kan. Punya la dah bertahun-tahun pembangkang persoalkan, baru sekarang nak menafikan?

Ada apa-apa ke neh?

KAH KAH KAH

Oke.

Semakan berita di MSTAR tahun 2007.



Sumber : Arkib MSTAR.

Kronologi.

1. Kes perbicaraan pembunuhan Altantutya merekodkan keterangan saksi.

2. Saksi tampil di kandang menyatakan rekod Altantuya yang masuk ke Malaysia telah dipadamkan.

3. Bapa Altantuya membuat laporan polis.

4. Peguam pemerhati mempersoalkan kenapa rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia hilang.

5. Sejak dari itu pelbagai jenis media membuat laporan tentang rekod kemasukan Altantuya di Malaysia telah dipadamkan/hilang dari database imigresen.

6. Pada tahun 2012, di dalam sidang parlimen, Azmin Ali sekali lagi membangkitkan persoalan yang sama kepada menteri Hishamuddin Hussien yang jaga KDN ketika itu, yang mana juga adalah sepupu kepada Najib Razak.

7. Azmin Ali bertanya, apakah benar rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam database imigresen? 

- Jika benar, apakah kerajaan telah mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana individu yang memadamkan rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia?

- Apakah menteri menafikan bahawa rekod kemasukan (perjalanan) Altantuya telah hilang?

Lihat video ;

Menteri enggan jawab mengenai persoalan rekod kemasukan Altantuya dipadamkan di dewan parlimen pada tahun 2012 ketika...
Posted by Ameno World on Wednesday, December 30, 2015

Dan apakah tindakan Hishamuddin?

TIDAK MENJAWAB KEPADA SOALAN!!!!!

Speaker pula yang tolong jawab. 

Jawapan Tan Sri ???? - Azmin Ali.

Ahli2 yang berhormat.. ahli2 yang berhormat.. saya tidak boleh memaksa kepada siapa untuk menjawab kepada siapa yang dikehendaki.. blablabla.. - Speaker.

What the fak!

Speaker sibuk plak nak membela Hishammudin Hussien yang enggan menjawab kepada persoalan..

Apa la yang susah sangat nak jawab. Jawab la. Orang nak tahu. Dia bertanya. Bila menuduh kena marah. Bila bertanya takmau jawab. Apa punya menteri perangai macam neh? Masyarakat pun mahu tahu kebenarannya juga.

Dipadamkan ke?

Tak dipadamkan ke?

Jika dipadamkan, dah siasat ke sapa punya kerja?

Jika tak dipadamkan, macam mana saksi boleh bagitau di mahkamah bahawa rekod kemasukan sepupu hilang dari database imigresen?

Apa kesudahan kepada persoalan ini?

Itu yang orang nak tahu. Kenapa nak buat orang berteka teki, bertanya-tanya dengan tidak menjawab kepada persoalan?

Pirahhh mabuk.


Dan, selepas bertahun2 kita dok ulang-ulang hujah dan mengutuk-kutuk imigresen bahawa rekod kemasukan Altantuya pun boleh hilang, macam mana ar sistem keselamatan negara, kucar kacir gamaknya, alih-alih menteri jaga KDN ketika ini, iaitu Zahid Hamidi baru nak menafi menjelang akhir tahun 2015? Nampak sangat ada sesuatu.. ingat orang bodoh sangat ka tak boleh fikir?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Selasa, 29 Disember 2015

DAP Perak Uturn Isu Atlet Israel, Menuduh Ada Pihak Putar Belit Kenyataan.

Hmmm.

Putar belit macam mana ek?

Ini kenyataan pertama ;


Ini kenyataan susulan ;

Oke.

Mari kita lihat satu persatu kenyataan & tindakan Chong.

- Jika kita buka fb Chong disini,

Kita akan dapati bahawanya ;

1. Chong telah 3 kali paste kenyataan berita tentang atlet israel. 

2. Memetik link berita dari TMI, Malaysiakini & Malaysiakini BM untuk disebarkan di FBnya.

3. Tujuannya untuk menyebarkan dan menegaskan pendiriannya tentang atlet israel yang dinafikan penyertaan ke Langkawi.

4. Ada satu artikel ditulisnya dalam bahasa cina.

5. Ini memberikan hint atau petunjuk bahawanya dia mungkin berharap mereka2 yang tidak tahu berbahasa cina didiskriminasikan tentang apa sebenarnya yang dia cuba tanamkan menerusi artikel berkenaan.

6. Menolak diskriminasi (kononnya) dengan mengamalkan diskriminasi, ianya agak pelik.

7. Aku dapati Chong seperti sedang membetulkan penjenayah dengan menjadi penjenayah. 

8. Ayat Chong dalam Malaysiakini version ;
"Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima.

"Lebih-lebih lagi kedua-dua atlet itu adalah juara bertahan. Menafikan visa bagi kemasukan mereka sama seperti menafikan hak untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

9. Aku tak pasti kenapa atlet israel ini begitu dekat di hati Chong. Setiap hari rakyat Palestine dibunuh. Terbaru (pada semalam) seorang warga emas ditembak mati oleh askar israel.

10. Situasi di Palestine tidak sama di Malaysia. Apabila mereka berlawan dengan israel itu ialah kerana mereka sedang dalam proses menuntut kedaulatan dan kemerdekaan negara sendiri yang dirampas israel. 

11. Baling batu, bawa pisau, tikam askar, melepasi pos kawalan ialah sebahagian dari proses mini perlawanan ke arah mencapai apa yang dituntut. 

12. Boleh tunjukkan bukti bahawa atlet2 israel yang dinafikan visa itu juga bersolidariti dengan rakyat Palestine yang ditindas tak?

13. Jika tiada bukti itu, maka biarlah mereka dinafikan visa dan dinafikan kemenangan pun. Bukan mereka boleh mati dengan tidak menyertai kejuaraan tersebut.

14. Rakyat Malaysia yang kena tindas dengan polisi zalim pun atlet2 israel tersebut haram peduli. Tak payah la beria bela mereka2 yang tak heran dengan diri kita dan bertekak macam orang bengap.

15. DAP Perak pun tak banyak bincang, bahas dan ulas isu berkenaan TPPA. Kenapa? Lebih baik kau semua kaji kesan TPPA ke atas marhaen yang terang2 membabitkan diri kita semua daripada sibuk pertahankan hak atlet israel. Atlet israel tak heran dengan suara2 kita bahkan tak peduli pun hal2 dalaman Malaysia. Mereka mungkin berjaya mempergunakan pengaruh sesetengah pimpinan negara kita untuk bertekak sesama sendiri atau mendapatkan projek, wang, kedudukan serta product tapi tak perlu la kita buka jalan yang lebih luas lagi. 

16. Selepas dikritik teruk, tiba-tiba Chong mengatakan ada pihak yang memutar kenyataannya.

17. Siapa yang putar belitkan kenyataan kamu?

18. Jangan sebut 'ada pihak' sahaja. Sebutkan namanya, individu tersebut secara terang-terangan. 

19. Dari apa yang aku nampak kau sendiri putar belitkan kenyataan kau sendiri lagi la ada. Mencampakkan kesalahan kepada orang lain, apakah kita mengibaratkan diri kita ialah tuhan? Tiada dosa, tiada noda? Tiada kesalahan tiada kesilapan? Mengaku terus terang, oke saya salah, saya minta maaf, apakah ini downgradedkan nilai kemanusiaan kita? Jujur bukannya kelakar dan sukar. Menyalahkan orang lain itu barula kelakar dan bodoh namanya.

20. Punya banyak orang susah di Perak neh. Banyak nak mampos. Elok kau bawa masalah2 dorang dari bincang bab atlet dari 'negara haram' yang tak pernah peduli tentang hak dan nyawa rakyat Palestine. Mereka sendiri melakukan pelbagai siri penindasan, keganasan dan diskriminasi. Mereka melakukan diskriminasi dan mereka diskriminasikan semula, apa yang pelik sangat? Padan muka aje la.

21. Kemudiannya aku ternampak Dyana mengupdate ini ;


22. Apa yang aku nampak ialah Dyana mungkin dijadikan pemangkin untuk mendapatkan kembali kepercayaan orang-orang melayu terhadap DAP dalam isu atlet israel.

23. Aku rasa Chong tarik balik kenyataan bukan kerana dia akur bahawa atlet2 berkenaan patut dinafikan visa sebaliknya kerana isu israel telah menyebabkan umat islam marah kepada DAP. Ini merugikan DAP dari segi millage politik dan kepercayaan. Apabila orang Islam boikot DAP, tidak pelik juga jika mereka akan kehilangan sokongan melayu. Mungkin kerusi DAP secure kerana mereka banyak bertanding di kawasan cina (unsur2 diskriminasi sendiri wujud disini) tetapi jika ia menjejaskan kerusi kawan PKR dan AMANAH, apakah DAP tidak akan rugi disitu?

24. Bacaan politik di Malaysia bukan begitu sukar kawan.

25. Aku terus terang katakan, aku tidak tahu apa pendirian DAP Perak atau DAP pusat tentang israel. Aku melihat banyak juga komen2 dari rakan2 DAP yang pro israel. Mereka terang2 tulis di ruangan komen. So takan la kita tak boleh nak agak dan analisa serba sedikit kan.

26. Aku tahu BN banyak flip flop isu israel. Tetapi aku rasa antara BN dan DAP, aku rasa orang melayu lebih percaya kepada BN berbanding DAP dalam isu israel.

27. Bagi mereka, BN mungkin ada kerjasama tertentu dengan israel tetapi itu kerana BN mencari wang dan kuasa. Berbanding DAP, mereka rasa DAP dan israel boleh menjadi sahabat yang baik dan wang tidak semestinya menjadi platform kepada kerjasama tersebut. Itu ibaratnya.

28. Melihat kepada kenyataan Dyana yang akan timbul setiap kali isu yang babitkan sensitiviti muslim, aku rasa kasihan.

29. Adakah ahli politik wanita, begini kegunaannya?

30. Jika tidak dijadikan objek seks, maka dijadikan objek untuk membentuk imej, objek mencari sokongan, objek mencari pengaruh, undi dan membendung persepsi. Adakah ini ahli politik wanita yang kita mahu bentuk?

31. Aku dah lama perhati tetapi aku rasa kesian juga pada Dyana untuk bercakap terlalu terang.

32. Dia tiada apa yang perlu seorang ahli politik wanita itu perlu ada.

33. Dijadikan objek oleh parti untuk mencari pengaruh dan sokongan melayu, bagi aku ia sangat memalukan.

Jadi suri rumah, beranak, layan suami itu lebih suci daripada dipermainkan dan dipergunakan oleh parti politik, inilah pendirian aku.

Kbai.

Rabu, 23 Disember 2015

Kerjasama DGN UMNO - Siapa YG TITM, Idris & Iskandar Sindir Dalam PAS?

PAS dah berpecah dua. Yang tak ngam dengan Hadi dah keluar dan menjadi AMANAH. Angkara perpecahan & krisis dengan DAP. Apakah PAS akan berpecah sekali lagi apabila ada kumpulan tertentu cuba membawa PAS kepada UMNO? Satu kumpulan kekal membawa PAS sebagai PAS. Manakala satu kumpulan lagi membawa PAS kepada UMNO. Rasanya tak payah sebut la muka-muka pro UMNO dalam PAS. Dengan pakar-pakar strategi bagai, orang kenal kot sapa?

Kah kah kah

Ini laporan TMI. Aku tak percaya sepenuhnya laporan mereka sebenarnya. Tetapi aku just tertarik dengan petikan warna merah yang aku highlight tu ja. Yang lain-lain tu pandai2 la korang fikir kebenarannya tersendiri. Apa yang aku nampak sekarang ialah ada pihak2 tertentu dalam PAS secara halus menyindir pihak2 tertentu di dalam PAS khususnya mengenai isu kerjasama dengan UMNO. Mungkin usaha telah berjalan dan mereka melihatnya.. dan mereka tidak bersetuju dengan usaha tersebut. Secara jujurnya aku pun tak suka kerjasama PAS - UMNO. Pigidahh. Yang suruh maafkan, lupakan dan siap kata kena abaikan dosa-dosa silam UMNO itu semua mengarut kot. Tak sedar-sedar lagi UMNO jadikan PAS pelampung. Bila UMNO selesa, aku jamin UMNO akan meninggalkan PAS tanpa menoleh ke belakang apatah lagi rasa simpati. Tak percaya p la terai berkerjasama. 

KAH KAH KAH

 
Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.


Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?


Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.


Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. - TMI

Jumaat, 18 Disember 2015

Susulan Siri Penipuan Di Kompleks Kota Raya - Gerakan Merah Turun Padang, Mahu Adakan Demo Petang Ini.

Antara dua siri penipuan yang viral sejak dua hari lepas.

Rujuk sini dan sini.

Satu kes diselesaikan oleh PPIM (bawa 4 kes dan selesaikan 4 aduan) dan satu kes lagi diselesaikan oleh kumpulan bebas.

Kalau kita teliti dalam kes penipuan pertama, kita dapati KPDNKK memang perangai macam gampang sikit.

Tengok ;

 
Pengadu sendiri komplen bahawanya KPDNKK tak proses dengan tak mengambil sebarang tindakan.

So, aku tak pelik juga kenapa PPIM dan kumpulan perseorangan terpaksa ambil tindakan sendiri.

Dalam kes penipuan kedua, ketika disebarkan, ada yang bagitau aku dah bawa ke KPDNKK untuk disemak, tetapi still takde respon juga. Akhirnya kumpulan persendirian yang tampil membantu menyelesaikan masalah pakcik tersebut.

Ini kata mereka ;


Maklumat penuh baca sini.

Aku terbaca di ruangan komen, ada yang kata, geng2 neh kadang yang meniaga tu spesis samseng. So faham-faham la cara mereka meniaga. Kebanyakkan mangsa ialah warga asing tetapi orang tempatan pun ada juga yang terkena.

Aku memang meluat la dengan samseng2 neh. Dan makin meluat bila tiada tindakan diambil untuk menghukum samseng2 neh. Kena bela ke apa?

Hihi.

Petang neh, geng2 yang serang Low Yatt akan menyerang Kompleks Kota Raya.

Kedai yang aku syak bakal jadi sasaran ialah TRUE TITANS.

Ini laporan dari Malaysiakini ;

‘Gerakan Merah’ mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan di Kompleks Kota Raya di ibu negara petang ini.

Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom berkata, perhimpunan yang dijangka "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu berikutan tindakan seorang peniaga telefon bimbit berbangsa Cina yang mengurung pelanggannya.

"Perhimpunan ini pasal kedai jual telefon yang tipu dan mengunci pelanggannya. Kita nak pergi tengok apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini ibarat di Low Yat.

"Kita tak mahu peniaga ini sewenangnya menipu dan ambil tindakan undang-undang sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh Gerakan Merah petang ini, beliau berkata:

"Saya yakin dan percaya, benda ini akan jadi macam Low Yat. Jadi dengan kebijaksanaan saya sebagai ketua Gerakan Merah, saya akan selesaikan dengan cara berhemah dan tak gunakan kekerasan," katanya.

Bila agensi kerajaan gagal mainkan peranan, tak pelik juga bila NGO berkepentingan akan mengambil tindakan. Samada mereka akan mengeruhkan keadaan atau menyelesaikan masalah kita sama-sama tunggu dan lihat hasilnya selepas neh.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...