Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Oktober 2015

Senarai Lengkap Peratusan Kenaikan Tol - Kadar Baru Tol Naik Sehingga 80%.

Kalau lue jenis tinggal kat Lembah Klang atau sekitarnya, gua cadangkan lue tukar naik motor je la. Tak pun naik beskal. Or boleh juga jalan kaki. Ikut la nasihat menteri2 lue. Ataupun cari la mana2 kawan yang jual babi terbang. Lepas neh naik babi terbang je pergi kerja.

HAHAHA.

Kalau lue jenis ulang alik KL atau Selangor untuk restock barang2 perniagaan lue ataupun untuk sebarang urusan kerja, lepas neh pandai2 la cari jalan untuk menyelit sana sini asalkan sampai ke destinasi lue tanpa bebanan tol.

Untuk rekod ada undang2 baru tentang TnC.

Lihat paparan gambar ;

 
Amek kaw. Kalau memang lue jenis guna tol dengan kerap, siap sedia prepare at least rm50 dalam wallet untuk topup mendadak andai TnG lue kekurangan kredit. Depa tak layan 10,20 dah. 

Dulu syarat neh hanya terpakai untuk pengguna MYCARD macam aku. Nak topup p ATM. Paling koman nak re-topup rm50. Walaupun bengang tapi at least pengguna MYCARD-TnG macam kami tak terikat dengan undang2 bodoh TnG. TnG kan siap ada denda lagi kalau ko tak guna kad tersebut untuk beberapa bulan. Lepas tue kena ada deposit. Dan kena pula aktifkan selalu kalau tak kad ko akan dinyahaktifkan ikut undang2 depa. Tak silap aku depa bagi tempoh setahun. Lepas setahun ko tak topup2 juga maka babai la kad lama ko tue. Alasan dorang macam menteri gak. Kad yang tidak aktif = membabitkan maintainance cost. Aku masih tak dapat tangkap lagi macam mana perkara tersebut akan membabitkan maintainance memandangkan kad tue pun tak aktif. Apa2 je la ko TnG oii.

KAH KAH KAH

Dan tadi baca HARAKAH. Dorang ada review kadar peratusan kenaikan tol. Catatan yang bagus untuk rujukan kita beb.

Lihat ;

Semalam, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih dengan bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai Ringgit dan penarikan subsidi.

Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuh raya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.

Lebuhraya
Harga Lama
Harga Baru
Peratus


SILK
MYR1.00
MYR1.80
80%

Akleh
MYR1.50
MYR2.50
67%

Besraya
MYR1.30
MYR2.00
54%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (A Impian)
MYR0.60
MYR0.90
50%

SMART
MYR2.00
MYR3.00
50%

Lebuhraya Pantai Baharu
MYR1.60
MYR2.30
44%

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (Sri Muda)
MYR1.20
MYR1.70
42%

Guthrie
MYR1.40
MYR1.90
36%

MEX (Salak)
MYR1.50
MYR2.00
33%

Latar
MYR2.00
MYR2.50
25%

DUKE
MYR2.00
MYR2.50
25%

Lebuhraya Karak (Gombak)
MYR5.00
MYR6.00
20%

MEX (Putrajaya)
MYR2.50
MYR3.00
20%

 Lebuhraya Karak (Bentong)
MYR3.00
MYR3.50
17%

Kadar kenaikan tol bermula 15 Oktober 2015

Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik. Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus berlipat kali ganda?

Kini, dengan kebanyakan lebuh raya menggunakan sistem kutipan tol berelektronik, beban rakyat meningkat kerana terpaksa menanggung kos kad TouchNGo dan juga SmartTag.

Dengan kenaikan kadar tol, apa pula faedah yang diberikan kembali kepada rakyat sebagai pelanggan lebuh raya? Tidak. Malah beban bertambah kepada pengguna lebuh raya kerana TouchNGo adalah jenis perniagaan pembayaran awal ‘advance payment’. 

Bayangkan ratusan ribu diperolehi melalui pembayaran awal ini namun pelanggan tidak memperolehi sebarang manfaat dari sistem tersebut.

Oleh itu, PAS mencadangkan syarikat konsesi tol memberi rebat kepada pelanggan yang terpaksa buat pembayaran awal (advance payment) melalui sistem pembayaran SmartTag dan TouchNGo.

Sebenarnya syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol. Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar? Tidak.

Kenaikan kadar tol hanya semata-mata mengikut nafsu tamak yang dimeterai di dalam perjanjian konsesi tol yang tempang. Yang lebih menyedihkan ialah fakta bahawa sebenarnya kerajaan sendiri mempunyai banyak saham pegangan di dalam syarikat konsesi ini. Dengan ‘advantage’ sebegini, kerajaan masih memilih untuk tidak memihak kepada rakyat.

Inilah hasil kerajaan BN yang sering mengingatkan rakyat sentiasa didahulukan, terutamanya apabila melihat keputusan mengambil duit daripada rakyat. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Timbalan Presiden PAS
13 Oktober 2015

TITM punya statement.

Naik sehingga 80%. Memang nampak 80sen tue sikit. Tapi tak sikit pula keuntungan yang konsesi tol terima dengan kenaikan 80sen per kenderaan kan.

Jika ;

Konsesi tol untung lebih = maka cukai lebih untuk kerajaan.

Jika ;

Kerajaan ada saham dalam konsesi tol = maka kerajaan turut meraih keuntungan berganda disitu.

Kerajaan asyik citer pasal pampasan. Konon2nya nak bagi rakyat dapat tang itu aje. Padahal macam la kita neh bodoh sangat tak nampak tang kutipan cukai & pemegang saham.

Cukai itu pun terbahagi kepada beberapa perkara. At least 2 benda dah pasti.

GST = bila kau topup la. Tak topup tak boleh. Semua dah jadi elektronik dah la neh. Melainkan kau betul2 boleh avoid tol. Silakanlah hidup macam tue. Aku memang respect kot.

Cukai syarikat/korporat = ini dah tentu punya.

So, nikmat apa lagi yang kerajaan BN kau cuba dustakan? Duit melimpah ruah kot. Tak dan habis petik jari, juta2 confirm masuk setiap hari. Dan itu pun dorang masih lagi tak bersyukur2 dengan pengorbanan rakyat terhadap mereka. Apa lagi yang BN maooooooo..

Isnin, 12 Oktober 2015

Akhirnya Cikgu Dipersalahkan Di Atas Kehilangan & Kematian Anak Orang Asli - Pengalaman Cikgu Mengajar Orang Asli.

Cikgu2 Pos Tohoi dera anak-anak orang asli. Sebab itu mereka lari. Dan seterusnya ada di antara mereka yang mati kelaparan dan lemas.

Kes nya begini ;

- Yang terkantoi mandi sungai ialah murid2 yang berusia 11 dan 12 tahun.

- Murid2 yang 7 lagi tue sebenarnya bukan la kumpulan yang terkantoi mandi sungai. Tetapi yang berusia 11 tahun (yang masih hidup) itu memang ya la.

- Murid2 yang lebih senior larikan diri dari asrama. Memandangkan cikgu nak kenakan hukuman pada hari ahad mendatang (ketika itu).

- Kemudian ditemui oleh cikgu semula sebelum dibawa pulang.

- Adik beradik kepada abang, kakak yang melarikan diri lebih awal pula menjadi risau. Lalu, mereka pun ikut sama lari kemudiannya. Lari sebab takut kena denda juga.

Oke. Sampai kat sini laporan NST.

Rujukan ==> http://www.nst.com.my/news/2015/10/%E2%80%98seven-were-not-those-caught-swimming%E2%80%99

Kemudian. The Malay Mail pula melaporkan ;

- Anak2 orang asli kena dera kaw2.

- Cikgu mengajar main2. Masa mengajar 2 jam je. Kadang2 2 hari seminggu. Kebanyakkan masa langsung tak mengajar anak murid.

- Anak murid disuruh tidur atas simen.

- Kena lempang dan selalu dipukul serta didera.

- Dipaksa memakai pakaian kotor ke sekolah.

- Tak tahan melihat senior kena dera.

- Seringkali berasa takut dengan guru2 yang suka menghukum murid menggunakan kaedah 'sesuka ahti'.

Rujukan ==> http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/sk-pos-tohoi-students-claim-made-to-sleep-on-cement-floors-wear-dirty-unifo

Itu laporan media. Aku no taking anyone side ye.

So, betul ke anak murid orang asli kena dera neh agak2 korang? Wo..woo.. tuduhan tanpa bukti itu berat beb. Pendapat aku, biar yang berkuasa jalankan siasatan sehabisnya dan aku juga berharap agar jangan ditutup apa2 bagi melindungi kepentingan sesiapa pun.

Hold dulu cerita bab kesalahan guru.

Sekarang kita ke fasiliti sekolah. Dalam kes neh sekolah berasrama la. Oke. Dalam laporan berita turut diceritakan bagaimana pihak sekolah cuai dalam menanggani kes 7 anak orang asli hilang.

Seperti yang dilaporkan. Mereka gagal ditemui pasukan SAR kerana menyembunyikan diri. Sungguh pun tiada pengesahan dari pihak polis namun dipercayai kesemua murid2 itu memang enggan pulang ke sekolah atas alasan takut kena dera dan dihukum.

Yang menjadi tanda tanya, bukan pasukan SAR aje yang cari, orang asli turut setup rescue team untuk jejak. Kenapa anak2 yang sorokkan diri ini tetap enggan munculkan diri hingga ke akhirnya? Aku tak faham part neh. Maybe tak bertembung? Tapi sanggup tahan diri dari diselamatkan, bukan kah pelik?

Aku ada baca. Mula2 yang mati ialah Haikal. Punca, lemas. Semasa nak minum air. Jika aku tak salah prediction, adakah anak2 orang asli ini sebenarnya dah semakin cuak dan risau apabila rakan2 mereka ada yang mati ketika nak minum air sungai kerana mereka lain pun puncanya ialah air sungai?

'AIR SUNGAI' ialah punca utama mereka lari.
'AIR SUNGAI' juga ialah punca rakan pertama mereka mati.
Dan mungkin dek insiden itu dan rasa bersalah, maka, entah. Harap2 2 yang terselamat itu akan kembali pulih dari trauma. Nak mengharapkan mereka menceritakan kejadian sebenar pun semacam ragu2. Adakah perkara itu baik untuk mereka atau lebih kepada nak menyedapkan diri kita yang ingin tahu?

Point ;

- Pasukan SAR bagai acah tak acuh aje dalam menjejaki anak2 orang asli yang hilang.

- Guru2 cuai. Mereka tidak peka kepada kehilangan anak murid.

- Pagar sekolah tidak selamat. Ada kesan potongan. Murid boleh melarikan diri.

Focus tiga isu besar neh dulu.

Pertama. Keluarga orang asli yang terjejas perlu membuat laporan polis dan biar polis jalankan siasatan ke atas kecuaian pasukan SAR dan ketidakpekaan pihak sekolah. Seseorang yang friendly dan rapat dengan orang2 asli boleh nasihatkan mereka untuk berbuat demikian.

Dengar cerita, lepas dua hari hilang baru lapor polis. Ini kementerian perlu peduli. Jika benar, kenapa selepas dua hari? Pihak sekolah mungkin ada alasan tertentu tapi kenapa selepas 2 hari?

Kedua. Bab pagar, telah dibaiki. Tetapi kecuaian ini tiada patah balik. 4 telah mati dan disahkan. Macam mana kita boleh hidupkan nyawa orang? Ganti balik anak orang? Tak mungkin tu. Jadi, perlu ada siasatan kenapa pagar rosak itu dibiarkan rosak dan tidak berganti atau dibaiki secepat yang mungkin.

Lainkali. Untuk semua sekolah berasrama. Perlu ada guard yang meronda, perlu ada CCTV di kawasan tertentu atas dasar menjaga dan mengawal keselamatan dan paling penting, pagar mesti kukuh, tebal dan tidak mudah dirosakkan.

Bila tengok sekolah negara maju memang rasa malu banding dengan sekolah sendiri. Tak payah cerita bab sekolah pendalaman even nak banding dengan sekolah bandar pun tak terbanding. Fasiliti sekolah kita adalah MUNDUR. Cara kita 'disekolahkan' masih lagi seperti 50-60 tahun sebelum merdeka, tahu tak.

Cerita bab cikgu dera anak orang asli seperti laporan The Malay Mail. Perlu ada siasatan terperinci terhadap laporan tersebut. Yang melaporkan akhbar tetapi sumber utama ialah ibu bapa kepada anak2 orang asli tersebut.

Maka kementerian tak boleh pandang ringan. Nak menuduh cikgu pun susah. Bukti pun aku tak ada. Kalau sungguh budak2 senior dan junior kena dera, at least yang masih hidup boleh tampil menjadi saksi dan bahan bukti. Jadi, cari la bahan bukti. Jika pihak sekolah terasa dianiaya atau difitnah, boleh minta pihak kementerian lakukan siasatan untuk bersihkan diri mereka. Maka kita tahu la nanti. Siapa berkata benar dan siapa yang propa lebih.

Manakala, ini pula luahan mereka yang ada pengalaman mengajar anak2 orang asli.

Baca kejap ;

 
Ini pula dari cikgu Emmet Fayzal.


Ini pula luahan F AZ ;

 
Namun bukan semua komen2 guru berpihak kepada guru juga. Baca komen dari Muaalim pula ;


Duit RMT kena songlap. Ohoi. Sekolah mana tue. 

Oleh kerana terlalu banyak kritikan ke atas pihak sekolah dan cikgu2 yang mengajar di Pos Tohoi, ada baiknya kementerian open table buka siasatan khas.

Kita sebagai rakyat yang memerhatikan neh taknak juga bersandar dan berhujah menggunakan persepsi semata2.

Takan nak gunakan laporan akhbar sebagai bukti? Kenyataan ibu bapa sebagai fakta kes? 

Buka satu siasatan khas. Siapa bersalah, siapa tak bersalah, umumkan selepas siasatan rapi dijalankan dengan TELUS, ADIL, AMANAH & JUJUR. Jika ada kecuaian dari pihak sekolah jangan disorok atau ditutup. Harap2 kes ini menjadi pengajaran berguna buat kita semua. Tidak terhad hanya kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa serta murid2 bahkan kepada kita semua. Sudah sampai masanya kita menambahbaikan prasarana sekolah awam kita biar setanding dengan teknologi dan perkembangan semasa. Office menteri pun renovate berkali2 untuk sesuaikan dengan keperluan semasa. Eh, ada duit pula tue? Sekolah kita? Bangunan sejak sebelum merdeka sampai merdeka eh tak ubah satu pun. Tolong la.

Kbai.

Gambar Edit Sebaran MP DAP Cetus Kebencian & Penghinaan Terhadap Orang Melayu.

Jika korang penduduk Taiping. Jangan undi dia lagi. Sebelum PRU ke 13 berakhir, semasa PR sibuk berkempen, aku dah nyatakan banyak kali. Jangan undi Nga Kor Ming. Biar la undi rosak ke, protes ke, DAP kalah satu seat ke lebih baik daripada kau undi kayu mewakili kayu yang akhirnya akan menghasilkan kayu.

Contoh kayu ;

 
Gambar disediakan oleh Harris Nasril (ahli PSM).

Berikut kandungan posting berkenaan ;

FB Nga Kor Ming 倪可敏 ( MP DAP Taiping, Penolong Bendahari Kebangsaan DAP,) menyebarkan gambar yg diedit untk main isu kaum. Tapi aneh, tak ada seorang pun pimpinan dalam DAP yang berani tegur cara dia memainkan isu kaum. Sebab dia dan Ngeh payung kuat DAP Perak? Sebab tu semua menikus dgn dia?

Nga Kor Ming memenangi kerusi Taiping dgn majoriti 11,745. Komposisi pengundi mengikut kaum di Taiping : 
 
CHINESE 48% 
MALAY 37% 
INDIAN 13%

"What makes a racist relevant?

They stay relevant because you out there give so much publicity to them and you reacted as the same manner with them, the same language." - Sheikh Ah Lis At Tontowi.

Saya tak boleh nak tibai Nga sbb admin dia dah block saya, Tapi anda boleh tegur ke, tibai ke, whatever di posting asal si Nganga ni:https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.281685.52329039169/10153753173054170/?type=3&theater

----------------------

Pada mulanya aku ada terfikir begini.

- Mungkin kah malaon itu sebenarnya nak memberitahu itu ialah gambar edit?

- Then aku laju2 scroll posting berkenaan.

- Aku dapati kata2 dia tak pula menunjukkan dia berpendapat begitu.

- Nampak gayanya mereka memang berpendapat bahawa banner itu adalah benar. Ohoii.

- Yang SHARE dah 1,000 ++.

- Dan macam biasa. Dok maki hamun melayu dan UMNO. (Sudah tentu sasaran mereka MELAYU PRO UMNO).

- Then orang2 melayu pro UMNO pun masuk dah maki CINA pro DAP.

- Penyudahnya semua saling maki memaki dek gambar EDIT?

- WHAT THE FAK!

- RELAX. Gambar tue edit. Korang tak payah penat memaki hamun sesama korang.

Tengok ;

 
MP-MP kita cool. Kita pun kena la cool kawan. Yang korang bertekak, memaki hamun sesama sendiri di media sosial bagai nak pecah jari buat apa?

Itupun berdasarkan gambar EDIT?

GAMBAR EDIT?

Adoii.

Pertama. Nga Kor Ming kena buang gambar edit tue. Sebelum UMNO mengamok saman dan dakwa serta mengatakan kamu menyebarkan sentimen kebencian dan mengapi2kan semangat perkauman di kalangan kepelbagaian bangsa Malaysia, better remove gambar bodoh tue. Edit kot. Haha.

Kedua. Pada asalnya gambar itu digunakan untuk fitnah Eric Paulsen. Adoi. Macam mana ar kau Nga Kor Ming boleh tak peka. Tak faham aku. Siap reuse balik modal tersebut untuk balon UMNO.

Ketiga. Berhenti sebarkan dakyah perkauman menggunakan facebook kau. In fact aku kenal beberapa orang chinese yang 'tak boleh blah' dengan perwatakan kau kot Nga Kor Ming.

Keempat. Kau tumpu perhatian bantu orang2 Taiping, di kawasan yang kau wakili. Apa isu yang hangat sekarang? Isu nasional kau tak follow. Isu tempatan pun aku tak nampak. Aku tatau kau apa. Mungkin lepas neh secara tiba2 dia masuk media dok bahas isu penting. 

Hihi.

Untuk membentuk bangsa Malaysia, diri kita perlu berhenti menyebarkan dakyah perkauman. Apa2 sahaja tindakan kita yang cenderung ke arah itu membuktikan diri kita masih ke arah perkauman. Takpe. Kita manusia, kita boleh berubah. Persoalannya, mahu tak kita berubah dan menyedari perkara itu sebenarnya salah? Nga Kor Ming? Are you ready to change?

KAH KAH KAH

Sabtu, 10 Oktober 2015

Kenyataan Rasmi Bank Negara Malaysia Mengenai 1MDB.

Keputusan Peguam Negara berhubung dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkait dengan saranan Bank Negara Malaysia supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953, ECA). Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara.
Bank Negara Malaysia, sebagai pihak berkuasa siasatan dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara Malaysia menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA. Di pihaknya, Bank Negara Malaysia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara Malaysia semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.

Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah ECA untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai sebanyak USD1.83 bilion. Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah sebanyak USD1.83 bilion dan mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia perancangannya berkaitan dengan perkara ini.
Bank Negara Malaysia akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
Bank Negara Malaysia
09 Oktober 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...