Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 Januari 2015

Kita Bernasib Baik Laksanakan GST Untuk Membina Lebih Banyak Kemudahan Kata Ahmad Maslan.


Rakyat Malaysia tidak bodoh. Ini yang Ahmad Maslan perlu fahami terlebih dahulu. Jika dia dapat memahami dan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan yang bodoh2 belaka itu ialah hanya saf2 UMNO sahaja maka Ahmad Maslan sudah selangkah maju ke hadapan.

Ahmad Maslan mengatakan bahawa lebihan GST dapat digunakan untuk membantu mangsa banjir. Dengan memberikan bayangan bahawa bagusnya lahai pelaksanaan GST. Tengok, tengok. Pelaksanaan GST dapat membantu mangsa banjir tau!

Ini sebenarnya ialah satu percubaan untuk memperbodohkan minda rakyat yang tak bodoh-bodoh tapi semakin cerdik dalam mencerap permainan menteri seperti Ahmad Maslan. Nak membayangkan salah satu kebaikan GST ialah lebihan cukai yang diperolehi dan kaitkan pula ia dengan apa yang telah terjadi kepada mangsa banjir. Ini namanya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku wahai Ahmad Maslan. Seolah2 kau cuba meraih sokongan dan feedback positive dari rakyat bila kau kata kau akan bantu mereka dengan pelaksanaan GST. Maka mari la kita beramai2 menyokong GST.

Tak begitu ke Ahmad Maslan?

Ini apa yang Ahmad Maslan dilaporkan berkata. Petikan dari TMI. Untuk berita penuh klik sini.

Katanya ;

Kerajaan akan menggunakan lebihan pendapatan sebanyak RM10 bilion (1) yang dijangka diperolehi daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk membina kemudahan asas yang terjejas teruk di negeri yang dilanda banjir.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata menerusi kutipan cukai GST yang akan dikuatkuasakan 1 April ini, negara dijangka memperolehi hasil sebanyak RM23 bilion berbanding hasil cukai sebelum pelaksanaan GST iaitu hanya RM13 bilion.(2)

"Kita bernasib baik melaksanakannya (GST) untuk membolehkan kita membina lebih banyak kemudahan asas termasuk jalan, jambatan, sekolah, klinik, hospital, masjid, surau dan bangunan kerajaan, yang dijangka memerlukan peruntukan berbilion ringgit," (3) katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kampung Kerilla iaitu sebuah kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Jajahan Machang. Ahmad berkata tanpa perlaksaan sistem CBP memang sukar bagi kerajaan untuk merangka perbelanjaan luar jangkaan untuk memulihkan kemudahan asas yang rosak teruk akibat bencana alam (4) itu terutama di Kelantan.


Yang pertama. Jadi kerajaan declare mereka raih lebihan pendapatan sebanyak 10 b dari pelaksanaan GST.

Yang kedua. First year raih lebihan pendapatan sebanyak 10 b then dan2 nak gunakan keseluruhan lebihan pendapatan tersebut untuk bantu mangsa banjir di negeri2 yang terjejas angkara banjir? The whole of 10b? Kau ingat orang Malaysia neh percaya ke dengan sandiwara bangang kau? Tak percaya aku walau kerat leher sekalipun Ahmad Maslan akan gunakan total 10b untuk bantu negeri2 yang terjejas angkara banjir terutamanya di Kelantan. Royalti pun lue sekat.

Yang ketiga. Bagaimana pula boleh dianggap kita yang bernasib baik dengan pelaksanaan GST? Kau belum bina apa2 pun dengan GST yang dikutip. Tapi dah terbukti pula barang dan perkhidmatan ada yang naik disebabkan GST. Nasib baik gak ke tue pada kami? Sembang la lue.

Yang keempat. Satu lagi taktik bangang nak kata disebabkan pelaksanaan GST maka baru la kerajaan dapat merangka strategi untuk membantu mangsa banjir. Untuk menyejukkan prejudis terhadap pelaksanaan GST yang bakal bermula pada April 2015.

Aku percaya kerajaan akan bina semula kemudahan asas yang terjejas teruk di negeri2 yang dilanda banjir. Aku percaya. Aku tak la kata kerajaan neh takan baiki atau abaikan kemudahan2 awam yang dah rosak tue. Yang aku tak gemar ialah cara Ahmad Maslan menganggung2kan perlaksanaan GST neh nantinya bakal memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada rakyat sedangkan ia belum terbukti dari segi tindakan. Kutipan cukai yang banyak dan kerajaan belanjakan kutipan tersebut untuk kebaikan rakyat ialah dua perkara yang berbeza.

Cakap besar dia konon kerajaan nak gunakan lebihan GST sebanyak 10b untuk bantu negeri yang terjejas angkara banjir pun aku haram nak percaya. Kerajaan dah rangka plan awal2 la. Apa yang dorang nak buat dengan lebihan kutipan cukai GST tu. Kau punya penipuan orang2 UMNO jek yang percaya Ahmad Maslan woi.

Dan aku rasa fishy. Selalu komen2 di TMI ialah komen2 yang kritik kerajaan. Apsal tiba2 ramai plak yang sayangi GST kat artikel berita tersebut ek? Ada apa2 ke neh?

Kah Kah Kah

Apabila Parti-Parti Politik Di Malaysia Agihkan Bantuan Hanya Kepada Kelompok Sendiri Ini Yang Terjadi..


Masih ingat dengan doktor ini?

Seorang doktor yang berkongsikan pengalamannya yang terperangkap dan perlu bertugas di kala banjir yang mendapat liputan meluas oleh pelbagai media arus perdana?

Antara penulisannya yang VIRAL dan mendapat perhatian meluas ialah dia mengucapkan selamat bercuti kepada Najib Razak (ketika itu PM Malaysia belum pulang dari Hawaii) bagi memerli  perdana menteri itu di saat rakyat dan kakitangan awam terperangkap angkara banjir besar dan bertungkus lumus bekerja bagi membantu mereka2 yang terperangkap kini kembali dengan catatan terbaru.

Catatan terbaru itu antara lain mendedahkan bagaimana ;

- Parti2 politik di negara neh menggunakan insiden banjir bagi meraih millage politik untuk parti masing2.

- Ahli2 parti politik juga ada yang bersikap memilih bulu ketika mengagihkan bantuan.

- Disebutkan ia melibatkan KESEMUA JENIS PARTI POLITIK.

Nampak?

Nampakk?

Lue fikirlah sendiri ek. Walaupun ia mungkin bukan aspirasi atau apa yang dianjurkan oleh sesetengah pimpinan dalam parti tersebut tetapi apabila koordinasi pengagihan bantuan itu tidak dipantau dan diperhalusi, mungkin sesetengah pihak cuba dan sedang mengambil kesempatan untuk bersikap tidak amanah ketika proses pengagihan bantuan itu berlaku.

Catatan ke-14

Jam 1.30 pagi,

Skuad misi kemanusiaan PAPISMA dinahkodakan oleh Komander Dr Syed Khalid, pegawai perubatan sarjana kanak-kanak HUSM, mula mengambil tempat untuk berehat selepas seharian meredah lumpur memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar bandar Kuala Krai dan Manik Urai. Ketika baru sahaja saya hendak melelapkan mata, kami disapa seorang lelaki tidak dikenali di pusat logistik kami:

"Assalamualaikum, kami daripada syarikat Sabasun Hypermarket Terengganu tiba untuk menghantar bantuan".

Selama hampir 3 jam kami memunggah barang di awal dinihari daripada lori 3 tan ke dalam stor kami. Sungguh pemurah taukey pasaraya tersebut hinggakan bantuan yang diberikan seperti tidak akan putus. Sehingga saya membuat andaian;

"Pintu lori yang gelap ini seperti menghubungkan kita direct dengan stor mereka di Terengganu. Bekalan tak putus-putus daripada tadi ni" disambut gelak ketawa teman seperjuangan.

Syarikat tersebut menderma beras, kicap, gula, selimut, tikar dan bermacam-macam lagi. Akhirnya jam 3.30 pagi, kami selesai memunggah barang bantuan tersebut. Letih? Bukan kepalang lagi nafsu tidur kami akibat keletihan yang teramat sangat.

Jam 6.30 pagi

Selepas hanya 3 jam merehatkan diri, kami bangun dan mengerjakan solat subuh berjemaah di rumah Dr Hasmizan, pakar ENT Hosp K.Krai. Usai santapan rohani dan gastronomi, kami pulang ke pusat logistik kami untuk misi pengagihan bantuan seterusnya. Saya bergerak bersama cikgu Rosli, orang tempatan dan menjejaki penduduk kampung yang terjejas teruk di sekitar Kg Peria.

Penduduk meneruskan usaha pembersihan dan pembaikian tempat berteduh mereka. Selut dan lumpur sudah sebati dengan warna kulit mereka. Namun penduduk mempunyai masalah bekalan air untuk operasi tersebut dan juga mesin pump air untuk menembak lecekan lumpur yang semakin kering di dinding dan lantai rumah masing-masing. Seorang makcik tua mengadu kepada saya:

"Sudah tiga hari mokcik minum air longkang sahaja yang turun daripada jalan raya diatas" Allah sayu saya mendengarnya.

Pada sebelah petang, kami menghulurkan bantuan ke Kg Bahagia yang terletak di seberang Sg. Kelantan. Sewaktu kami menelusuri pusat bandar Kuala Krai, ternyata kemusnahan dan kerugian besar dapat dilihat kepada penduduk, peniaga dan juga pihak kerajaan. Beberapa kedai dan pasaraya terpaksa melelong atau memberi sahaja stok barangan yang rosak diselami air. Balai Bomba dan Ibu pejabat polis, juga musnah teruk termasuk aset seperti kereta dan motosikal peronda dll.

Di Tetangga Krai, manusia berpusu-pusu mengangkut dan memunggah barang ke dalam bot panjang untuk diagihkan di seberang. Penghulu Kg Bahagia memaklumkan bantuan sudah banyak dan mereka kini memerlukan pasukan perubatan untuk membuka klinik di sana.

Katanya sejak 3 hari lepas, padang rumput di sekolah sana ibarat sebuah mini lapangan terbang dengan helikopter mendarat sekurang-kurangnya 3 kali sehari menghantar bantuan. Terdapat juga ahli keluarga yang baru pulang daripada Kuala Lumpur terpaksa menunggu bot yang terhad untuk dibawa menyeberangi sungai yang masih berarus deras.

Di sana juga, mata saya tertarik dengan kehadiran NGO Taiwan Disaster Rescue yang barangkali dijemput oleh dewan perniagaan Cina di negara kita. Mereka segak berkelengkapan lengkap dengan peralatan menyelamat.

Tsunami banjir telah menjemput rezeki yang melimpah ruah kepada mangsa di sini. Namun, masalah utama di sini adalah koordinasi pengagihan bantuan kemanusiaan.

Lebih malang, saya sangat terkilan apabila segelintir ahli parti hijau,biru dan merah telah mempergunakan bantuan ikhlas rakyat Malaysia untuk memenuhkan tembolok kepartian masing-masing. Terdapat pengagihan diberikan ekslusif hanya kepada penyokong parti masing-masing menggunakan sumbangan orang awam.

Di saat mangsa banjir sangat terdesak untuk kelangsungan hidup, parti-parti politik mengambil kesempatan untuk meraih sokongan parti. Kerana itu saya sangat senang berurusan dengan NGO seperti PAPISMA, IKRAM, IMARET, 4X4 team dll yang lebih telus dari sudut pengagihannya tanpa mengira warna politik dan kulit.

Mangsa kini sangat-sangat memerlukan shelter/khemah untuk berteduh setelah kediaman mereka dihapuskan oleh ombak banjir. Kepada anak-anak Kelantan yang berasal daripada kawasan banjir, kami menyeru anda untuk pulang bertemu dengan keluarga anda yang terjejas teruk akibat musibah ini. Hulurkan sokongan moral dan tenaga untuk membersihkan rumah ibubapa anda/ jiran tetangga.

Pasca banjir, mereka sangat memerlukan kata-kata motivasi untuk trauma yang mereka hadapi dan pastinya individu yang terbaik untuk menenangkan mereka selepas kaunselor/pakar psikiatri adalah anak-anak/ahli keluarga mereka sendiri.

Barang-barang yang kini mangsa perlukan adalah shleter/khemah besar, beras, portable stove/dapur, tangki air besar untuk setiap kampung, bot-bot untuk menyeberang sungai dan peralatan sekolah. Keperluan mereka sebenarnya adalah berfasa. Contohnya, Fasa awal mereka memerlukan makanan, kedua kelengkapan membaiki/buat rumah baru, ketiga persiapan persekolahan dan begitulah seterusnya.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin dicoretkan di sini tetapi seluruh tubuh saya telah 'cramp'. Insyallah pengalaman lain akan saya kongsikan di dalam buku nanti.

Esok, Insyallah akan ke sekitar Kota Bharu atau mungkin kawasan lain yang terjejas teruk.

Terima kasih kepada semua sukarelawan, NGO, agensi kerajaan dan semestinya our unsung heroes yang lain. Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Salam Muafakat
Dr Afiq Rahim, DAR

SHARE, RETWEET, Maklumat Palsu Di Media Sosial Perlu Didakwa Cadang Menteri.


Susulan dari penyebaran berita fitnah dalam insiden banjir besar khususnya membabitkan negeri Kelantan baru-baru ini. Nak salahkan cadangan dari menteri komunikasi dan multimedia pun susah juga. Kerana dalam insiden banjir yang baru berlalu neh memang terdapat banyak penyebaran maklumat palsu terutamanya membabitkan laman media sosial seperti ;

- Aplikasi wassap

- Facebook

- Twitter

Setakat neh PDRM telah merekodkan 10 berita palsu yang tersebar secara meluas di kalangan rakyat Malaysia. 10 berita palsu tersebut boleh rujuk kat sini. SKMM juga telah mendedahkan beberapa individu yang menyebarkan maklumat palsu. Mula2 SKMM mendedahkan 4 nama. Kemudian, 4 nama yang lain. Kemudian yang terkini 14 nama dicari oleh SKMM bagi membantu siasatan. Pada awalnya SKMM mendedahkan 4 + 4 nama dengan mendedahkan nama dan no ic bagi individu yang dicari namun kini SKMM mendedahkan nama penuh + alamat tempat tinggal mereka pula.

Lihat ;


Sungguh pun ramai yang mempertikaikan tindakan SKMM dan PDRM dalam beria2 menanggani penyebaran maklumat palsu tetapi aku melihat usaha mereka adalah betul dan tepat.

Penyebaran maklumat2 berkaitan banjir pada wartawan dan geng2 pelapor macam blogger nampak macam millage berita. Kita rasa kita POWER dan CEPAT dalam menerima maklumat dan menyebarkan ianya pula. Tapi dalam satu perkara yang lain jika maklumat yang kita terima itu adalah palsu dan fitnah, kita kena sedar sensitiviti mereka2 yang terkesan dengan penyebaran tersebut. Terutamanya dalam penyebaran maklumat berkaitan ;

- Sekolah Manek Urai runtuh

- Mayat bergelimpangan akibat lambat diselamatkan

- Empangan dibuka dan keadaan banjir di Kelantan akan lebih teruk

- Mayat kanak2 dikeluarkan dari lumpur selepas lemas akibat banjir

Berita2 ini sebenarnya 'berita' pada kita tapi 'disaster' pada mangsa banjir dan mereka2 yang terlibat. Tak ke huru hara dibuatnya bila kau kata sekolah Manek Urai runtuh? Ada 500 orang dan lebih mangsa banjir dalam tue. 500 orang neh ada ahli keluarga dan sanak saudara. Apa perasaan sanak saudara mereka bila baca sekolah tempat ahli keluarga mereka berlindung, runtuh?

Apa pula perasaan mangsa2 banjir yang tersekat di Kelantan bila dihebahkan berita air empangan Yala akan mengalir ke Kelantan dan keadaan banjir akan bertambah teruk? Tak takut dan cuak ke mereka dengan keadaan bantuan sukar sampai disebabkan faktor cuaca dan arus air yang deras?

Jadi bila menteri cadang bahawa yang RETWEET dan SHARE juga perlu didakwa sebab bersubahat dalam menyebarkan maklumat palsu, aku taknak cakap apa-apa. Sebab faktor2 di atas la. Kita sendiri salah. Kita yang buat kerja2 bangang lepas tue nak tutup kebangangan kita, kita p maki menteri. Salah gak cara macam tue. Sudah tiba masanya untuk kita ajar diri kita menjadi lebih bertanggungjawab dan beretika dalam menyebarkan apa-apa maklumat. 

Yang penting bukan jadi pencetus berita atau penyebar berita dengan cepat ke apa ke yang penting apa yang kita sampaikan adalah maklumat yang telah diverifiedkan kesahihannya. Kalau kita tatau, kita tanya la. Kita tag PDRM ke atau agensi2 berkaitan. At least kita usaha mencari kebenaran. Jangan sebarkan ia seolah2 ia macam benar2 berlaku sedangkan kita takde fakta langsung ke atas apa yang disebarkan.

Pun begitu, aku harap cadangan menteri ini TIDAK DILAKSANAKAN. Kadang2 orang yang SHARE dan RETWEET bukan dorang setuju tapi sekadar nak maklumkan apa yang sedang hangat diperkatakan di satu2 page atau twitterer. Takan itupun nak dakwa. Kemon la menteri. Lapang dada sikit.

Hehe.

Enjin Pesawat Air Asia Mati Secara Tiba-Tiba - Satu Lagi Siri Pesawat Air Asia Dilaporkan Bermasalah, Apa Sudah Jadi?


Termasuk yang terkini, ini ialah kejadian yang keempat bagi Air Asia yang mengalami masalah secara berturut-turut.

Selain dari terhempas di lautan, terbabas di landasan, pesawat berpatah balik dan yang terkini enjin tiba-tiba mati, ini membuatkan kita wajar curiga dengan apa yang berlaku. Bayangkan ek. Sejak diberitakan Air Asia terhempas di Lautan Jawa, tiba-tiba satu persatu pesawat Air Asia dilaporkan bermasalah.

Apahal tu?

Tak pelik ka woi? Aku perhati je neh. Siyes. Seperti ada sesuatu tapi tatau apa dia.

Baca ;

PEPATAH Inggeris ada menyatakan ‘when it rains it pours’ yang membawa maksud, musibah kadangkala boleh datang sekali harung pada waktu berturut-turut.

Itulah nasib AirAsia apabila diuji dengan satu demi satu masalah secara bertimpa-timpa.

Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya.

Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan.

“Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri.

“Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun,” cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi.

Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat.

Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter mengalami masalah hang disebabkan tersilap urutan. Justeru ia telah diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan.

Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara.

Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan.

Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia.


Rujukan : sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...