Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Oktober 2013

Sikhs Akan Gunakan Allah Dalam Kepercayaan Mereka.

Ya.

Inilah pengakuan yang baru saja dibuat oleh Malaysian Gurdwara Council president Jagir Singh. Aku tatau Gurdwara tue apa, tetapi aku harap rakan2 sikhs boleh terangkan serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan perkataan Gurdwara tue. Agaknya ia berkait rapat dengan kepercayaan dorang kot.


Lihat kenyataan kat bawah neh ;


Alasan mereka ialah ;

1. Sikhs dah lama gunakan Allah dalam kitab2 suci mereka.

2. Perkataan Allah bukan perkara baru dalam kepercayaan mereka.

3. Allah dalam konteks kepercayaan mereka juga mengambarkan tuhan.

4. Dah lebih dari enam dekad kalimah itu digunakan dan ia akan kekal digunakan tanpa mempedulikan apa saja konflik keagamaan yang berlaku di Malaysia.

Aha, jadi dalam kitab kepercayaan SIkhs juga ada perkataan Allah. Ia perkara baru pada aku. Selama neh ada terdengar2 juga penceramah sebut tapi tak jelas sangat. Rupanya2 memang ada. OKe, kita tunggu geng2 UMNO berdemo sakan lawan Sikhs pula.

Hidup pejuang agama !!!

KAH KAH KAH

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sikhs-will-use-allah-as-it-is-in-their-holy-scriptures-says-gurdwara-counci

Selasa, 15 Oktober 2013

Penjelasan Isu Parking Di KL RM40 Sejam.

Masih ingat isu neh? Isu yang kecoh dulu pasal idea menaikkan kadar parking di KL kepada rm40 sejam untuk mengatasi kesesakan lalulintas di KL?

Rujuk sini beb ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/naikkan-kadar-parking-di-kl-rm40-sejam.html

Oke, sekarang neh dia bagitau bahawa kenyataan asal dia telah disalah petik. Tak pernah pun dia nak bagi idea macam tue secara membuta tuli. Yang sebenarnya cadangan dia tue susulan selepas jaringan sistem pengangkutan di Malaysia terbukti cekap dan tiptop. Lepas tue kalau masih lagi berlaku kesesakan lalu lintas juga hah naikkan aje kadar parking. Biar masing2 rajin naik pengangkutan awam [yang terbukti cekap dan effisen].

Rujuk kenyataan dia kat bawah neh ;


Agak lambat beb penjelasan ini dibuat. Pun begitu tak pula aku nafikan sebarang usaha untuk membetulkan keadaan. Memang aku pelik sangat macam mana ah makcik neh tergamak bagi idea bangang. Rupanya statement dia disalahertikan. Sepatutnya pihak media yang siarkan kenyataan tersebut betulkan la balik. Kira ramai gak yang salah anggap dengan aku2 sekali. 

Fikirlah peranan anda sebagai wartawan. Tak dinafikan sebagai manusia kita sering terkhilaf. Aku pun sama. Tapi laporan tue jangan la sampai macam neh. Ini la yang selalu dialami oleh pemimpin2 pembangkang. Sekali tak kena kat kita, kita tak rasa. Bila dah kena kat kita, baru kita sama2 faham.

Fikir2kan la ek.

Anyway, makcik maaf le pasal aku pun sentap juga lepas baca berita tersebut. Bahasa agak kasar le juga. Maaf ye.

Terima Kasih.

Polis Melayu VS Pemandu Cina - Siapa Biadap, Kurang Ajar Dan Siapa Salah Sebenarnya?

Bukan stail aku stresskan isu bangsa kat sini. Tapi itulah yang terjadi sekarang. Satu video yang telah di upload oleh Js Chan telah menjadi viral di facebook dengan berpecah kepada dua fraksi. Yang cina bekap cina. Yang melayu bekap melayu. Isu2 macam neh memang akan jadi isu perkauman. Bukan sekali dua beb, banyak kali. Korang boleh imbas kembali ingatan pada kes2 yang lampau. Silakan.

Aku telah belajar dari kesilapan yang lampau. Apabila tersebarkan sesuatu isu yang mana kita sendiri tak tahu siapa betul, siapa salah, siapa yang berkata2 benar dan siapa pula yang menipu maka cara terbaik jangan berdiri di mana2 pihak sekalipun.

Isu video tue, kalau kita p dengar cerita dari geng2 cina. Mereka akan bagitau macam neh ;

1. Polis memandu secara berbahaya.

2. Tak bagi signal semasa nak membelok. Main keluar aje.

3. Dia pun hon penunggang motorsikal tersebut sebab bersikap cuai. Kat belakang dia dah la ada kereta, dia nak berhenti pun tak boleh. Polis tue pula tak ikut peraturan jalanraya, nasib baik tak kena langgar.  [Agaknya itulah sebabnya POLIS TRAFFIK cakap nasib baik tak jatuh longkang]

4. Start kena hon, penunggang motorsikal tue mengekori dia dan mendesak dia berhenti.

5. Rupanya polis. Dia pun berhenti. Pada awalnya dia tatau polis sebab polis tersebut pakai jaket, cover baju polis.

6. Polis traffic tanya kenapa dia memandu dengan melulu?

7. Dia cakap dia memandu betul aje.

8. Polis suruh keluar, dia taknak keluar. Lepas tue polis tue nak buka pintu kereta dia. Start tue dia suruh awek kat sebelah dia rakam.

9. Bila kena rakam, tetiba nada polis tue berubah jadi baik.

10. Maka start dari rakaman yang korang tengok kat sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=169786263223501

Itulah kisah yang terjadi.

Kisah dari POLIS TRAFFIC tue pula ;

 

Aku tatau benda neh di screenshot dari mana. Bukan aku yang screenshot. Member admin, Alang KBSB yang screenshot. Nak bagi link pun tak boleh. Sorry.

Cuma kat sini nak bagitau, kat atas neh penjelasan dari polis itu sendiri. Cerita berbeza dari dua pihak yang berbeza beb. Nak percaya kat sapa? Itu hak masing2. Aku takmo taking side. Dengar sudah. Dan hasil pemerhatian aku dari sudut rakaman video semata2.

Pendapat aku dalam kes neh simple jek. Aku tengok video tersebut. Aku dapati polis tersebut memang bersikap cuai dalam 2 perkara. Pertama tak tunjuk kad kuasa. Lantakla dia nak percaya ko polis ke bukan ke atau apa ke, ko kena tunjukkan kad kuasa. Saya polis, minta lesen encik. Kedua, kegagalan menamakan kesalahan pemandu. Kita faham tugas polis. Antara salah satu tugas polis menahan dan menyaman mereka2 yang melakukan kesalahan di jalanraya. Bagus. Tapi kena la juga tahu menamakan jenis kesalahan. Yang neh kena study sikit la. Bidang tugas kita kan, supaya nanti bila ada orang persoalkan tugas kita, kita mampu menjawab berlandaskan undang2.

Aku juga berpendapat pemandu cina tersebut bersikap berlebih2an. Benda dah settle. Yang dia pergi upload dan kecohkan di facebook buat apa? Ada orang kata dia simpan ini sebagai bukti jika ada apa2 tindakan undang2 di kenakan ke atas dia, maka dia ada bukti. Itu yang orang kata la. Entah betul entah tidak aku pun tatau beb. Cuma kalau betul benda dah settle, yang lue lebih2 dah kenapa? Sehingga terbukti sebaliknya boleh la kecoh bagai. Aduhai.

Pada aku isu neh nak cari titik penamat senang je. Masing2 p report polis dan biar polis siasat. Jika benar polis tersebut bersikap cuai, maka ada la hukuman untuk dia. Jika benar pemandu cina tersebut fitnah polis, maka adalah hukuman untuk pemandu tersebut.

Pada yang nak taking side, korang boleh terus bergaduh macam biasa. Orang tak taking side macam aku akan jadi pemerhati aje. Lama kelamaan isu neh akan mampos dengan sendirinya sepertimana isu2 lain. Oke juga ada isu. Tak la sunyi hari2 yang di lalui beb. 

Bagi yang tidak tahu, ada juga dakwaan yang beranggapan bahawa polis tersebut nak makan curi [minta duit kopi]. Persepsi dan andaian demi andaian hadir dari pelbagai pihak dan ia tak terkawal. Cara terbaik pergi report polis dan titikkan permasalahan neh. SETTLE.

Oke bai. 

Isnin, 14 Oktober 2013

Banyak Orang Indonesia Jadi Menteri Di Malaysia - Menteri.

Kenyataan ini disiarkan oleh laman portal Indonesia yang memetik kenyataan menteri dari Malaysia iaitu Zahid Hamidi ;



Rujuk ;
Menteri Dalam Negeri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi mengungkapkan, lebih dari separuh dari total menteri di Malaysia adalah keturunan Indonesia. Dia pun menyebut betapa dekatnya hubungan antara kedua negara bertetangga ini.
"Hubungan dua negara luar biasa dekatnya dan Duta Besar Herman Prayitno juga luar biasa. Kami di Malaysia senang dengan beliau," kata Zahid pada Resepsi Diplomatik menyambut HUT ke-68 Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Senin (2/9) malam.
Salah satu menteri Malaysia keturunan Indonesia adalah Ahmad Zahid Hamidi, yang keturunan Jawa. Sejumlah menteri Malaysia lainnya ada yang berketurunan bugis, minang dan sejumlah suku di Indonesia.

Sumber :  http://www.republika.co.id/berita/nasional/umum/13/09/03/msibrj-banyak-orang-indonesia-jadi-menteri-di-malaysia

Dah ada orang buat poster lanyak Zahid Hamidi.

Rujuk bawah neh ;
 

Mungkin dia nak sebut suku kaum melayu di Malaysia neh tak jauh berbeza dengan suku kaum yang wujud di Indonesia. Mereka berkongsi suku kaum yang sama. Tapi kan, tak semestinya asal mempunyai suku kaum yang sama, mereka semestinya berasal dari Indonesia beb. Apa yang aku nak cakap, kerajaan Kedah lama dan Johor lama juga ada orang2 melayu yang terdiri daripada melayu pelbagai suku kaum. 

Tapi entahla, benda neh normal je pada aku. Tak kisah la berasal dari mana pun, tak penting. Cuma aku risau Indonesia akan berlebihan2 menggunakan ungkapan ini. Semacam tak seronok baca statement2 yang diterbitkan oleh portal berita Indonesia. Rasanya Zahid Hamidi macam beri LESEN kepada Indonesia untuk claim semua jenis bangsa melayu, budaya dan blablabla asalnya adalah dari INDONESIA. Mula la mereka akan perasan nanti owhh ada juga bangsa Indonesia jadi menteri dan blablabla.. Owhh Zahid Hamidi akan bekap rakyat Indonesia sebab dia pun Indonesian.. aarhhh Zahid Hamidi tak berfikir panjang sebelum buat statement. Siyes. Jadila modal oleh orang Indonesia lepas neh. Aduhai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...