Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Januari 2012

Kapp mengaku Rosmah ada membeli di butiknya.



Kapp buat press statement dan edarkan kepada beberapa media through email semalam. Tapi yang bloggers umno pakat sebar ialah kapp nafikan rosmah membeli belah. Dorang neh reti baca english ka tak reti? Kalau tak reti pergi lah belajar macam aku yang bakal menduduki MUET tak lama lagi. Toksah lah berangan macam pandai kalau tak pandai.

Kapp dalam kenyataan bertulis mengatakan bahawa ;

1. Ya, rosmah dan rombongan nya ada hadir di paddington yang mana terletak kedai kapp disitu.

2. Ya, rombongan itu agak besar dan ramai.

3. Ya, rosmah dan beberapa orang membuat pembelian secara berasingan.

4. Ya, rosmah hadir dengan sekumpulan individu yang terlibat dengan IFF.

5. Ya, dia percaya rosmah ialah penaung kepada IFF dan mungkin pembelian neh ada kaitan dengan IFF.

6. Tidak, dia tidak akan ke malaysia atas urusan rosmah mansur semata2. Dia selalunya memang ke luar negara atas urusan kerja dan walau di negara apa pun dia bakal pergi itu semua adalah atas urusan kerja semata2 dan bukanlah untuk rosmah mansur semata2.

7. Tidak, dia tidak akan/pernah mendedahkan berapa jumlah pembelian yang dibuat oleh rosmah mansur dan rombongan IFF tersebut kepada mana2 pihak . Tetapi blogger dan wartawan membuat anggaran sendiri dan penulisan2 tersebut tiada kaitan dengan dia.

8. Tidak, dia juga tidak akan mendedahkan apa2 butiran pelanggan mengenai pembelian2 mereka di butiknya. Ini adalah demi menjaga kerahsiaan para pelanggan dan menjaga keyakinan para pelanggan terhadap perniagaan nya.

Ini lapan point penting yang mana bloggers umno tak nyatakan ia secara jujur dan benar. Sebaliknya tulis ikut suka hotak hang. Lepas tue mereka2 neh jugalah punca sesama orang islam dan melayu bertelagah. Orang bila menulis, kena tulis yang benar. Kalau seme dah straight tulis benda yang benar, maka kuranglah perselisihan faham.

Walaupun si kapp neh mengeluarkan statement dengan sangat ahti2 dalam menjaga kredibliti dia dan rosmah mansur tapi satu perkara yang pasti ialah rosmah memang ada ke luar negara pada 31 disember tahun lepas. Dan yang pasti juga rosmah ada membuat pembelian. Walaupun kita tidak tahu berapa jumlah sebenar pembelian yang dibuat oleh rosmah mansur tetapi perkara neh sahih tetap sahih. Beli tetap beli. 

Harapnya dia benar2 guna wang dia sendiri. Samada dia berbelanja boros ka apa ka selagi dia guna wang dia sendiri memang momantai. Ada aku kesah? Tapi kalau terbukti dia guna wang rakyat, even rm5 pun jadi pertikaian. Tolong faham situasi sket disini. Jangan main bodek jek beb. Bai.


Sumber : sini

Ameno : Saya selalu jadi mangsa? Perkara itu karut? Tidak wujud? Kapp cakap mem ada buat pembelian.. hehehe..

Muslimah PAS ialah dalang disebalik kelab isteri taat yang berkempen Rasulullah SAW Tokoh Seks !

Wowww..

Dalang nya muslimah pas?

Ditubuhkan dan diasaskan oleh muslimah pas?

Ditubuhkan dalam muktamar parti tahun lepas?

Lihat bukti2 di bawah neh terlebih dahulu ;


Eh fitnah?

Eh bangang?

Eh bahlol?

Eh bebal?

Ehh berita rupanya. Boleh consider berita ka bila laporkan benda fitnah neh? Setelah mengodek2 blog dia, bukan satu dua fitnah dia baling ke pas. Banyak siot. Fitnah sentiasa ada dalam blog dia. 

Dia fitnah ustaz azhar idrus, tgna, pas dan sebagainya. Tapi memang nampak sangat dia lebih fitnah kepada pas berbanding ke parti2 lain. Benci sangat ke pas sampai sanggup fitnah bagai.

Untuk rekod, kelab isteri taat neh takde kena mengena dengan muslimah pas ka pas ka apa ka. Langsung takde kaitan. Jangan buat lawak bahlol. Ini kelab serpihan alarqam punya group. PAS takde kaitan langsung dengan kelab2 neh. Kalau ada isteri ahli2 pas ka, umno ka yang join kelab neh bukan lah bererti kelab neh bawah bn or bawah pr. Sebab kelab neh diasaskan oleh isteri2 abuya. Ia takde kaitan dengan pas. Tak payah nak fitnah semata2 nak balon pas. Hidup jangan jadi sochai larh. 

Patutlah ada orang umno bagitau aku dulu yang mb kelantan meraikan wesak. Rupanya benda fitnah tue datang dari blog bodoh neh. Hanya berbekalkan gambar nik aziz bersama para2 sami terus dilabelnya nik aziz dan ustaz azhar macam2. Walhal kalau ko rujuk video ustaz pasal meraikan perayaan yang berasaskan agama neh, ustaz kata, selaku ketua negara andai dijemput, mereka boleh pergi tetapi jangan melakukan apa2 upacara yang membabitkan perayaan tersebut.

Ini aku percaya disebabkan rakyat boleh pilih pemimpin tetapi pemimpin tak boleh pilih rakyatnya. Dia ada pelbagai rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Jika dengan menghadiri perayaan boleh menyebabkan rakyatnya rasa happy2, so apa masalahnya? Asalkan jangan syirik sudah larh. Okeylah, aku nampak point ustaz disitu. Yang si bangang neh lagi nak spin2 bagai. Eloklah tue, berita fitnah dapat ke kaki fitnah, menghasilkan bahan fitnah dan menyebarkan pula kepada kalangan yang suka menfitnah.

Aku cadangkan muslimah pas sound blog neh. Bukan apa, blog bodoh neh cuba mengaitkan muslimah pas dengan isu neh sebab dia sokong bn. Punyalah terdesak sampai sanggup fitnah bagai. Dah takde isu, fitnah pun okey. Memang jari tengah larh jawabnya beb.  

Jawapan muslimah pas mengenai kempen terbaru kelab isteri taat disini.

Ameno : ehberita ko tukar jadi ehfitnah rasanya lebih sepadan disitu. tq

Rabu, 25 Januari 2012

Wartawan Aussie yang tulis pasal rosmah mansur gay rupanya..

Owhh..

Memang panas... panas.. panas..

Lihat bawah neh beb ;


Dengan menggunakan gambar neh, merata bloggers umno pergi sebarkan kekonon nya wartawan neh gay. Dan dia expect orang percaya bahawa wartawan neh gay hanya berdasarkan kepada gambar di atas? Ini larh dia dasar kemalasan berfikir dan mengkaji yang oleh bloggers umno. Bagaimana mahu menguatkan hujah pun perlukan aku. Haizhh..

Lihat bawah neh ;



Cami? Apa tue? Sejenis kain yang digunakan untuk tutup bahagian atas wanita especially bila mereka pergi ke kerja or ke tempat2 yang tertentu yang memungkinkan lebih baik mereka berpakaian yang sopan. Mungkin nak mengelakkan ganguan seksual dan rasa ketidakselesaan di tempat2 tertentu. 

Benda neh memang best kalau ada di malaysia. Banyak baju yang cantik2 design dia boleh dipakai kalau ada cami neh. Kekadang baju yang cantik2 neh seksi sangat dan tak berapa sesuai di pakai so kalau ada cami neh okeylah. Err jap. Apahal gua promote pasal cami neh? Lari topik plak.

kah kah kah

Sebagaimana yang korang dah lihat kat atas neh, si wartawan yang menulis di dalam salah satu kolum akhbar aussie neh memang mempunyai kecenderungan seks yang begitu. Yang neh lah seme bloggers umno dok pakat2 sebar.

Tapi, semalam aku dah jelaskan lagi awal2 bahawa si wartawan neh cedok kesah dari blog orang. Ini bukan citer asal dia tapi citer orang lain. Orang lain menulis dalam blog. Orang tue ialah blogger yang memang menulis pasal fashion bagai. Dia takde kaitan dengan rosmah malahan dia pun baru sedar bahawa rosmah mansur ialah orang yang sangat popular di negara nya. 

Lihat bawah neh ;






So wartawan aussie neh amek dari blog dan sebarkan dalam paper. Lihat sini untuk fahami kes asal neh. Lalu, apahal si bloggers umno pergi serang wartawan neh? Serang peribadi orang bukan islam semata2 dia seorang yang gay? Jadi nak kaitkan ia dengan anwar ibrahim kekonon nya wartawan gay sokong anwar ibrahim jadi ini adalah bukti bahawa pr terlibat untuk menghalalkan gay? 

Ataupun serang dia sebab dia tercatat dua kali sebagai wartawan yang menulis tidak bersandarkan kepada profesionalism kewartawanan? Lihat sini.

Website tue pun memperincikan artikel bila, tarikh dan apa yang menyebabkan wartawan andrew neh dilabel sedemikian rupa. Ini bermakna dalam banyak2 artikel, dua daripada penulisan dia diragui faktanya. Website tue tak condemn keseluruhan penulisan andrew, jadi siapa pula bloggers umno yang nak condemn wartawan tue secara keseluruhan nya pula?

Itu sebab bila orang suruh boikot utusan dan buletin utama aku tak boikot. Sebab aku reti nak bezakan apa dan bagaimana. Sebab ada yang betul dalam pemberitaan mereka namun tidak dapat dinafikan banyak yang auta lebih2 lagi bila ia melibatkan politik. Ini yang website tue buat. Dia perincikan tarikh supaya orang yang bersandarkan kepada penulisan andrew pada tarikh2 tersebut boleh aware.

Bayangkan jika website tue ada di malaysia? Siapa yang paling banyak masuk di sana? Utusan? Berita harian? TV3? Bloggers umno? Masing2 tahu sama tahu larh ye. Bukan sekali, dua kali malahan berkali2 cara korang menulis, seringkali menyembunyikan fakta. Faktanya sedikit, fitnahnya berlambak2.

Isunya mudah. Sekarang tak payah bolak balik serang peribadi orang lain bagai. Ko siapa, aku siapa yang nak pongpang samada dia gay ka apa? Dia punya masalah itu dia punya hal. Selagi mana bukan orang islam yang gay dan mempromosikan ia secara terbuka, maka janganlah kita menyemak sangat kecohkan peribadi orang bukan islam. Masing2 jaga akidah penganut masing2 sudah.

Benda neh tak perlu nak pongpang salahkan andrew ka, patty ka apa ka. Ia keluar dari mulut pereka fashion. So kepada pereka fashion itulah yang korang kena siasat dan kaji. Kenapa tengok kes neh dari sudut yang salah? Jika mereka salah, awal2 lagi pereka fashion tue deny, tak perlu tunggu rosmah jawab bagai.

Pereka fashion, penulis blog dan wartawan mungkin tak sangka bahawa benda neh boleh menjadi besar dan membawa implikasi tertentu kepada rosmah mansur. Sekarang mereka dah tahu. Wartawan2 negara lain pun dah tahu. Jadi ke mana sahaja rosmah pergi, dia akan diperhatikan 24 jam sehari oleh wartawan seluruh dunia. Tak kira bangsa, tak kira negara. Bukan kah selama neh popular yang dia cari? Nah, popular larh yang dia dapat. Heh.

Ameno : Jangan nak spin larh weh..

Razali, samseng jalan kebun ditahan polis ka?

Sapa baca SH? Kat SH tadi melaporkan seorang ditahan mengenai kes serangan terhadap hindraf dan abu di jalan kebun. Rujuk sini. Aku tak pasti samada ia razali ka bukan tapi yang paling glamer sekarang memang si razali @ bob tue larh.

Walaupun agak lambat dan lewat untuk polis bertindak dan memang aku yakin polis bertindak selepas didesak apatah lagi selepas kita sebar video bagi membenarkan hujah2 kita, still ia satu keputusan yang betul. Lambat lebih baik daripada takde apa.  

Ini satu usaha yang bagus untuk polis menjaga kredibliti dan imej mereka. Cuma nya kita harap neh bukan satu lagi wayang dan propa bagi mencipta persepsi konon nya pdrm telus dan bertindak bukan atas kapasiti politik. Setelah bertahun2 kita dihidangkan dengan bukti demi bukti bahawa pdrm sebegini, pdrm sebegitu, satu dua kes tidak boleh mengubah pandangan kita terhadap pdrm. Tidak sama sekali. 

Cuma yang heran nya apahal si bh neh menipu pembaca2 dia dalam isu yang berkaitan? Lihat bawah neh ;


BH telah menyebarkan cerita yang salah tentang hal sebenar. Terdapat juga beberapa orang sedang menyebarkan cerita yang salah menerusi blog dan forum. Ingatlah, fitnah tidak boleh dihalalkan atas apa jua nama sekalipun tidak kira apa sebabnya.

BH kena tarik balik sebab sah2 benda neh fitnah lagi menyeleweng dari kejadian yang sebenar.
Ameno : Agak2lah nak menipu woit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...