Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label kopi railway kluang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kopi railway kluang. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mac 2011

Hot! Kopi pun ada gelatin babi!!

Perghh macam tak percayalah yang kopi pun bercampur dengan gelatin babi bagi menghasilkan lemak agar kopi itu kelihatan lebih sedap, berkrim dan disukai ramai. Ciss..

Baca petikan bawah neh ;

Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm

Adoii.. beberapa perkara yang aku boleh simpulkan ialah ;

1. Kedai kopi dan kopi itu sendiri tiada logo halal. Dan takde logo halal pergi masuk buat orang islam oii?

2. Pihak penguatkuasa agama johor tak boleh ambik tindakan undang-undang sebab premis terbabit tidak paparkan logo halal. So, pemilik kopi tersebut lepaslah walaupun dah membabikan umat islam di johor dan selangor.

3. 80% pelanggan dia ialah orang islam. Suwei betul.. dah meniaga kat orang islam tapi meniaga benda haram lepas tue buat bodoh je sebab fikir keuntungan.

Benda camne tak boleh dibiarkan lagi. Kerajaan kena gubal undang-undang lah. Bagi kuasa lebih lagi kat jabatan agama negeri2 neh. Idea aku ;

1. Yang menjual makanan haram kepada umat islam kena dakwa. Pedulilah dia taktahu hukum ke apa, janji dia tahu babi dan arak tue haram untuk umat islam. Neh dia campur dalam kopi dan jual dengan muka senyum kan kat situ dia dah sengaja membabikan umat islam di malaysia? Kenapa nak lindungi peniaga sohai macam neh?

2. Buat logo tak halal. Bukan logo halal je. Maknanya setiap premis makanan dan minuman kena ada logo. Jika mereka mohon logo halal letak. Jika mereka tak mohon logo halal, automatik letakkan mereka premis yg ada logo tak halal. Charge lah duit. Kan dapat collect duit tue. Kerajaan suka kan? At least mereka tahu yang kedai makanan ada logo halal dan logo tak halal. Bila berlaku macam tue umat islam tahu dah kedai makan mana yang halal dan kedai makan mana yang tak halal.

3. Ambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang membiarkan premis tak halal dia dimasuki oleh orang islam. Jangan dibagi can. Mereka fikir duit je. Kerajaan pun boleh fikir duit gak. Kenakan denda tertentu. Mesti mereka lainkali akan berkira-kira mencari pasal dengan umat islam lagi.

Kopi yang dimaksudkan tidak halal itu ialah kopi railway kluang. Dipetik dari sini.


Ameno : Babi adalah lagenda di malaysia. Di mana-mana sahaja ada babi. Heh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...