Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Skandal seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skandal seks. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Disember 2012

Speaker Perak ada skandal seks.

Kelakar bhai. 

KELAKAR NAK MAMPOS.

Asal lawan bn ada skandal seks.

Asal ada skandal seks mesti lepas dia lawan bn.

Tah hapa2.

kah kah kah


Sumber gambar pc : sini

Sebelum itu, disini, deepak juga dikatakan ada video seks.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Kelakar nak mampos. Lepas neh mungkin aku pun ada skandal seks. Silap2 seme yang tak menyokong bn mungkin ada skandal seks. Bersiap sedia la korang. Aku tak jamin. Lepas neh sesama kita akan menyaksikan skandal seks kita seme.

kah kah kah 

Psttt : Aku peduli hapa sapa2 punya skandal seks pun. Lebih2 lagi kalau non muslim. Undi tetap goes to pr. Tak kira la ada skandal seks ka takde skandal seks ka. At least skandal seks tak menyeleweng duit rakyat, ia hanya masalah nafsu yang terpendamAyattt pehhh dasat

KAH KAH KAH

Khamis, 24 Mac 2011

Breaking News : Zaid dan chegu bard pun tonton video seks..



Baca bawah ;

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

“Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebasyang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” tulisnya.
Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.


Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

Selain dari zaid, chegu bard pun dah tonton video tersebut ;

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Daripada susuk tubuh, gerak geri yang kita rapat dengan Anwar, tentu kita boleh kenal," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Katanya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Kes neh dah heboh. Memandangkan dah heboh, maka layaklah rakyat didedahkan dengan rakaman video lucah tue. Kalau tak nak bagi rakaman penuh pun, bagilah klip-klip gambar untuk kita nilai sendiri. Susah juga baca analisis orang lain selagi kita tak tengok sendiri.

Ble kita tak dapat tengok sendiri, sudah tentu wujud pelbagai andaian kan? So untuk lebih adil aku harap three stooges boleh dedahkan kandungan video tersebut kepada umum. Habis citer.


akan dikemaskini lagi.

Ameno : Dari semalam aku asyik tulis citer lucah je.. dah berjangkit dah..

Selasa, 22 Mac 2011

Terkini : Zulkifli Nordin sahkan pelaku video skandal seks!


Baca atas. Benda neh aku petik dari utusan. Bukan dari blog zn [shortform zulkifli nordin harap maklum]. Kalau korang perhatikan blog dia, dia ada teori yang lain. Teori dia semalam ialah ;

1. PKR sendiri yang buat video palsu terbabit.

2. Tujuan nak tutup isu dna.

3. Raih simpati pengundi di sarawak.

tetapi tuduhan dia agak sedikit pincang sebab ketidaklogikkan dari segi timeline. Fikir ke dalam sket. Video tue bertarikh pada 21 february. So, macam mana dsai dan geng2 pkr tahu bahawa isu dna ini akan hangat pada bulan march? Katakanlah isu dna tidak akan wujud, so bagaimanakah video terbabit? 

Dan macam mana pakatan rakyat tahu bahawa dun sarawak akan dibubarkan sedangkan kelulusan untuk membubarkan dun terletak pada kerajaan. Mereka malahan tidak akan mengumumkan kepada pakatan rakyat agar pr boleh membuat persiapan sekalipun.

Kalau bulan tiga dun negeri sarawak tidak di bubarkan lalu bagaimana kedudukan video tersebut?

Perlu di ingatkan satu perkara hishamudin dalam kenyataan bersama media semalam memberitahu bahawa dia baru tahu kewujudan video pada pagi semalam sedangkan umum seperti kita semua hanya tahu menjelang tengahari dan dsai pula hanya tahu selepas zohor. Itupun setelah dimaklumlah oleh beberapa individu yang telah menonton video terbabit.

So macam mana hishamuddin boleh mendahului kita semua? Adakah datuk t telah berjumpa dengan hishammudin untuk melaporkan hal ini tetapi hishammudin menolak? Dan kenapa hishamuddin berulang-ulang kali menegaskan bahawa pdrm tidak terlibat dalam rakaman aksi seks pemimpin kanan pembangkang sedang ketika perkara itu sedang hangat diperkatakan, tiada sesiapapun pada ketika itu membuka mulut dan menyalahkan polis. Ya ada yang menuduh bn, tetapi menuduh bn bukan bererti menuduh pdrm.

Namun, jika di tanya pandangan peribadi aku, buat masa sekarang lebih baik kita jangan tuduh sesiapa pun. Kita jangan tuduh bn sebab belum ada bukti ianya ada kaitan dengan bn. Tak dapat dinafikan ramai di kalangan kita mengesyaki bn, tetapi sayangnya kita belum ada bukti dan hujah kuat yang boleh menunjukkan direct linking kes ini dengan bn dan wajarlah kita memilih untuk bersikap rasional.

Berbalik kepada isu zn, kalau semalam teori nya berbeza tetapi hari ini dia sendiri yakin bahawa individu dalam video terbabit adalah dsai. Ini pelik. Bukan sekadar yakin malahan memberikan jaminan lagi. Apa yang mengubah pemikiran dia? Teringin juga nak tahu. Dia tidak mengiyakan atau menafikan dia telah menonton video terbabit. Ini juga pelik. 

Apa salahnya cakap terus terang? Kalau dah tengok, cakap je lhar dah tengok. Kalau belum tengok cakap je lhar belum tengok. Harus di ingat dalam kenyataan di atas tiada "nama" pemimpin pembangkang yang di rekodkan. Cuma apa yang dapat kita kenalpasti ialah pemimpin tersebut terbukti orang islam. 

Dan kenapa utusan sehingga hari ini masih tidak menulis nama dsai sebagai individu yang di syaki adalah watak dalam video skandal seks? Ini menimbulkan tanda tanya. Apa yang mereka cuba buat kali ini? 


Ameno : Tanda tanya makin besar..

Ulasan berita tv3 dan bukti twitter anwar ibrahim!



Anwar dalam satu kenyataan bersama media, menafikan dia adalah individu yang dimaksudkan dalam rakaman skandal seks yang berlaku 21 february bersama seorang pelacur cina. Baca sini.

Dalam pada itu BN juga menafikan keterlibatan mereka dalam skandal seks tersebut. Hishamuddin juga memberikan amaran bahawa jangan mengaitkan polis dalam skandal video seks pemimpin kanan pembangkang. 

Oii.. hishamuddin aku dah baca banyak berita pasal neh belum ada satu orang pun yang menyalahkan polis dalam isu neh, yang ko merepek bagi amaran tak tentu hala neh persal? Ceh.

Dan ini adalah bukti twitter dan facebook anwar ibrahim pada 21 february. Klik sini dan sila sebarkan. Dsai updated sendiri twitter dia. Dia tak upah sapa-sapa pun untuk kemaskini twitter + facebook dia. Lainlah najib, dia hebat. Heh.

Aku tahu ramai bloggers umno akan cakap apa kes setakat update twitter tak bererti dsai tak bermain seks pada hari itu. Apatah lagi cuma 17 minit je. Tapi aku heran gak weh. Takan beria cari pelacur dan main di hotel yang ada cctv dalam pelbagai sudut? Pelik juga ada bilik hotel macam tue ke aku yang ketinggalan zaman? Almaklumlah bab hotel menghotel neh aku memang tak pakar langsung. Heh

Dan memandangkan dsai sedang update twitter dia pada ketika itu, aksi rakaman seks tersebut mestilah ada memaparkan perbuatan dsai sedang memegang hp utk bertwitter. Dalam pada itu dsai ada juga menyuarakan kebimbangan kalau-kalau facebook dan twitternya akan digodam.

Ini apa yang aku dapat dari tv3 sebentar tadi. Ulasan tv3 mengenai isu ini ;

1. Video tersebut berdurasi 21 minit.

2. Video tersebut terbahagi kepada empat bahagian. 

3. Video tersebut dalam format hitam putih.

4. Video tersebut memaparkan aksi seks pelbagai bentuk.

Buletin utama tak sebut pun nama anwar ibrahim. Mereka cuma mengatakan pemimpin kanan pembangkang.

Lepas tue buletin utama memaparkan vitie respon balas anwar ibrahim terhadap pendedahan video skandal seks.

Anwar dalam kenyataan menyebut [paparan tv3] ;

1. Video tersebut adalah fitnah yang paling jijik

2. Bila dia mengatakan video itu adalah fitnah, dia menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dia dalam video terbabit.

3. Dia akan mengemukakan bukti twitter dia pada hari itu. Dan dia juga mengalakkan sesiapa untuk lihat 'sejarah twitter' dia pada hari tersebut.

Agak lama juga tv3 memberikan ruang untuk anwar ibrahim memjawab. Aku sendiri macam tak percaya. Berita kat tv3 tadi, start dari 0804 - 0811 sejurus mengumumkan pembubaran dun sarawak. Lebih kurang di awal berita la. Berita yang di awal itu boleh dikatakan hampir kesemua orang malaysia tengok. So dah berapa ramai rakyat yang dok bersembang pasal isu neh? Boleh kata sekarang 1malaysia dah tahu dsai ada video skandal seks meskipun buletin utama tak sebut nama dsai secara terang-terangan tetapi memaparkan kenyataan anwar ibrahim selepas vitie pendedahan skandal seks oleh datuk t dah menjelaskan kaitan anwar ibrahim dan video skandal seks tersebut.

Selepas itu buletin utama pergi interview lima orang ahli parlimen. Esok paper utusan mesti paparkan perkara neh punya. Nak tahu sapa? Mereka ialah ;

1. Zulkifli nordin 

ZN punya bercakap macam dia dah tengok video tue. Belum apa-apa lagi ZN suruh dsai mengaku dan mengatakan dsai bersalah. ZN juga mengulas bahawa dsai akan menafikan kes ini sepertimana kes liwat II dan dsai harus bermuhasabah serta bertaubat. 

Ameno : Dia dah tengok ke video neh? Datuk t kata rahsia. Aikk? updated : untuk rekod tv3 cuma menyiarkan sedikit rakaman ulasan zn, ttp dalam blog zn, dia mempunyai teori yang lain. apa yang dia cakap menerusi blog dia ialah dsai sendiri yg menyebarkan video palsu tersebut utk meraih sokongan rakyat dan menutup isu dna.

2. Ibrahim ali.

Ibrahim ali cakap sama macam apa yang ZN cakap cuma dalam nada yang lebih sopan dan lembut. Cara ibrahim ali bercakap seolah-olah dia tak tengok lagi video tersebut. 

Namun perkataan memalukan orang melayu, bertaubat, syukur alhamdullilah akhirnya melayu dah sedar, anwar kena berundur, anwar harus dihukum, penyokong pembangkang kena buka mata dah memang trademark dia. Tapi kalau banding cara dia bercakap ttg isu neh dengan ZN, rasanya boleh diterima lah sebab dia tak menuduh pun anwar secara direct sebaliknya meminta siasatan di lakukan. Nampaknya katak ibrahim lebih cerdik dari ZN yang terus menuduh membuta tuli sambil pakai kopiah plak tue.

Ameno : Dah takde watak lain nak interview agaknya. Seme golongan katak je tv3 kasi highlight.  

3. Idris harun - Ahli parlimen BN
Idris minta anwar ibrahim tarik diri dan melepaskan semua jawatan. Video terbabit memalukan. Dan dsai harus bertaubat.

Ameno : Dorang seme neh dah tengok ke video neh? Belum apa2 dah suruh dia bertaubat. Patut buktikan dulu watak dalam video terbabit ialah dsai. Ini tidak tuduhan lebih ke depan daripada bukti. Apa kes?

4. Wee choo keong

Buat laporan polis untuk menafikan dsai terlibat dalam skandal video seks andai benar dsai tak bersalah. Andai ini fitnah, maka cari keadilan untuk membersihkan nama sendiri. 

Ameno : Walaupun dia neh cina, tapi cakap dia lebih rasional dari cakap 3 orang melayu kat atas yang belum apa-apa suruh dsai bertaubat. At least tengok dulu video terbabit then barulah bagi feedback.

5. Zahrain.
Dsai memalukan seluruh umat melayu sebab dsai ialah pemimpin melayu [masa bila entah]. Dsai akan memecah belahkan orang melayu berikutan pendedahan video skandal seks. Memalukan. Bertaubatlah. Kerana skandal ini memalukan seluruh umat melayu yang juga islam serta rakyat malaysia.

Ameno : katak zahrain bercakap sambil duduk macam dia sedang bersantai, pakai baju biasa pula bukan baju berkot macam dalam rumah. Kalau benar dalam rumah sanggup tv3 pergi interview zahrain untuk isu neh semata-mata. Dah plak tue si zahrain neh merepek je banyak. Aku sebetulnya tak faham satu haramjadah apa yang si katak neh mengarut kat tv3 tadi.. cakap benda yang sama ulang-ulang. Memalukan umat melayu..blablabla.. then memalukan umat melayu.. blablabla.. lagi.. dia asyik fikir melayu, melayu, melayu.. padahal melayu = seks = normal pe kat malaysia neh. Dia duduk mana? Dalam batu kot.

Datuk t tue kan dia sewa hotel carcosa [ betul ke ejaan aku neh] untuk menyebarkan video terbabit kepada khalayak. Korang fikir cikai2 orang leh wat macam tue ke? Tak boleh beb, mesti ada banyak duit punya. 

Nak sewa hall lagi. Ada pekerja pula yang incharge wartawan2 supaya wajah dan identiti datuk t tidak terdedah. Maknanya dia neh jenis berduit pula. Kalau tak macam mana dia sendiri nak pasang video, dia sendiri nak edar paper blablabla kan?

Dia takmo keluar munculkan diri. Aku tak faham napa. Kalau benar ada bukti, cukup upload kat utube je, hah mampos lah karier politik dsai dalam masa 1 hari. Tak percaya cuba buat. Itu kena buktikan dulu bahawa video terbabit adalah sahih. Dan bukan hanya video malahan watak pelaku seks itu juga harus dibuktikan dulu adalah dsai. Sebab apa mereka yang dah melihat video terbabit mengatakan perut lelaki tue buncit + boroi. Heh.

Dan siang tadi, ada seseorang [entah sapa tah] pergi pasang video lucah dsai kat ruang legar parlimen guna laptop. Sambil hisap rokok, dia g tayang video tue kat beberapa orang kuat umno. Aikkkk...? Lue kata rahsia datuk t. Lue kata lue sorang je ada rakaman terbabit.. sekarang sudah ada orang lain yang ada rakaman tue..apa citer? Lue tipu enh datuk t? 

Sebab tue aku pelik, sampai ke parlimen depa bawa video lucah terbabit. Terbaru dsai akan buat laporan polis berkenaan isu neh esok [selasa].



Ameno : datuk t = the insider? the truth? or t = the tipu. 

Isnin, 21 Mac 2011

Panas! Video seks Anwar ibrahim terdedah..

Gila beb berita neh.. siyes. Baca bawah ;

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T....

Dah tengok kan? Berita cuma tulis pemimpin utama pembangkang. So sapa yang ada dalam kepala hotak korang? Dalam kepala hotak aku ialah anwar ibrahim. Takan tuan guru haji hadi awang pula? Kot-kot lim guan eng? Ke lim kit siang? Ataupun karpal singh? Enhh.. lawak siottt.. kah kah kah.. 

Apa pun kalau benar video tersebut sahih, maka memang kenalah si "dia" berambos dari arena politik malaysia dan harus dijatuhkan hukuman. Tetapi video tersebut harus dibuktikan sahih terlebih dahulu la.

Namun aku ada sedikit kepelikkan di sini. Kenapa ya ;

1. Desak pemimpin utama pembangkang letak jawatan jika tidak mahu video seks tersebut di dedahkan.

Apa kata dedahkan aje video tersebut dan biar kita as rakyat nilaikan sendiri.

2. Dedahkan kepada media antarabangsa.

Kenapa ya nak tunjukkan video tersebut kepada media antarabangsa? Bukan kah selama ini kerajaan melarang rakyat malaysia memburukkan nama malaysia di media antarabangsa? Walaupun pemimpin yang terlibat dengan skandal seks [seperti yang dikatakan oleh datuk tersebut] itu ialah dari side pembangkang, dia tetap rakyat malaysia dan nama malaysia akan terpalit sama semasa media antarabangsa menulis mengenai isu ini.

3. Siapakah datuk t?

Sapa datuk neh? korang rasa sapa enh?

4. Rakaman pada 21 february

Tapi amek masa untuk dedahkan perbuatan tersebut kenapa? Kali neh aku tgk plan mmg teratur. Tiada kaitan bn, najib, rosmah dan sebagainya. Bagus. Kalau ini pun bertujuan nak membunuh karier politik pemimpin tersebut, ianya mungkin berjaya sebab plan neh nampak sempurna.

Dan baca sambungan nya di bawah neh.. ada lagi beb ;

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.

Ble datuk t cakap macam ini.. maka aku terpaksa merasai kepelikkan drama ini.. time2 pilihanraya sarawak pula tue.. 

Anwar ibrahim? Kalau betul ko tak bersalah.. maka buktikan ia.

Updated :

- perempuan yang dikaitkan dengan dsai ialah perempuan berbangsa cina.

- video seks berdurasi 17 minit

- ada macam-macam aksi seks.

- wajah pemimpin pembangkang jelas terlihat dalam video terbabit.

Namun aku pelik. Datuk t kata dia nak cari jam tangan tapi dia terjumpa cctv. Apa size cctv tersebut? Kenapa blh ada bawah katil? Kenapa dia tak bagi cctv tue kat dsai? Kenapa dia syak dalam cctv tue ada "sesuatu"?

Tonton video seks terbabit di sini.

Ameno : Dengar citer ahli parti yang sama parti dengan pemimpin tersebut menafikan kesahihan video terbabit.. aik.. apsal ahli sibuk bercakap? biar pemimpin yang terlibat tue ulas sendiri lhor..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...