Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Harakah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harakah. Papar semua catatan

Isnin, 15 Mei 2017

Dituduh Punca Perpecahan PR, PAS Senaraikan Pengkhianatan PKR - Berikut Senarai Penuh.

Oleh : Harakah Daily

LANCANG sekali Pakatan Harapan (PH) melemparkan fitnah dan menuding jari kepada PAS sebagai penyebab dalam pelbagai hiruk-pikuk politik dengan memangsakan serta meletakkan PAS di kandang pesalah. PKR yang merupakan rakan tahaluf PAS paling lama turut bersorak dan bertepuk tangan membuli PAS supaya akur dan mengikut telunjuk angkuh DAP dan PAN.
Gambar - Google
Malah, PKR tergamak bersekongkol dengan mereka itu yang cuba mencampuri urusan dasar, termasuk menyerang dan melemahkan PAS. Sedangkan, PAS atas kesabaran, kejujuran dan semangat setiakawan sanggup jatuh bangun bersama demi dakwah dan membimbing rakannya agar dapat membawa perubahan dalam politik dan pemerintahan negara.
Sedari awal tersingkirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, pimpinan PAS paling awal mengatur kebangkitan rakyat menerusi Gerak dan memberdayakan parti itu. Malah, dibela Anwar untuk diadili secara enar dari pelbagai pertuduhan berkait salah laku moral dan tuduhan agen asing termasuk penganiayaan atas dirinya.
Malangnya PKR begitu cepat lupa diri, angkuh dan pragmatik hingga memerlukan PAS menilai semula pertimbangan syariat berkaitan ‘Tahaluf Siyasi’ setelah berlaku pelanggaran syarat oleh PKR. Maka sebagai menjawab tuduhan dan gambaran buruk pernah diberikan, dinyatakan di sini hakikat sebenar tindak tanduk PKR terhadap PAS:
April 2013: Bersikap keras terhadap PAS dalam pembahagian beberapa kerusi hingga berlaku pertembungan dan sewenang-wenangnya meletakkan calon daripada parti lain yang bukan merupakan rakan dalam Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dan persetujuan bersama.
April 2013: Laksamana Pertama (B) TLDM, Mohamad Imran Abd Hamid yang menyertai PAS pada 7 Oktober 2011 diambil PKR sebagai calon PRU13 Parlimen Lumut. Tindakan ‘mencuri’ ahli PAS juga berlaku di negeri lain melibatkan pengambilan sebagai calon PRU.
Disember 2013: PKR kononnya telah menasihati, tetapi dilihat sekadar membiarkan bekas calonnya di Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin menyaman Presiden PAS. Malah, perkara itu digembar-gemburkan Shamsul ketika PAS mahu memberi tumpuan kepada PRK Kuala Besut yang dilihat cuba menjejas dan mensabotaj PAS.
Januari 2014: ‘Langkah Kajang’ adalah konspirasi menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan digerakkan tanpa pengetahuan PAS. PAS melihat tiada alasan syarak untuk TSKI digantikan dan ia berunsur manipulasi yang boleh menggoyah kestabilan kerajaan negeri. Mandat rakyat bagai dipermainkan dan tumpuan masa serta wang dihabiskan untuk ‘politiking’ pilihan raya yang disengajakan.
Mac 2014: Hasrat awal memicu Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi ‘loncatan’ ke Putrajaya bertukar ‘tragedi’ oleh kes mahkamah. Pencalonan diganti dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) dan beliau memenangi PRK itu. PAS walaupun tidak bersetuju dengan tindak tanduk PKR tapi tetap menurunkan jentera atas tuntutan tahaluf.
Julai 2014: Detik krisis politik Selangor memuncak dan pelbagai skandal dihadapkan terhadap TSKI oleh partinya sendiri dan Dun digambarkan menyokong WAWI. Namun, syarak mengikat PAS untuk tidak bersetuju WAWI dirintis ke jawatan MB.
Ogos 2014: Istana juga tidak memperkenan, menyebabkan berlaku ‘penderhakaan’ terhadap titah yang mengundang murka Sultan. Tetapi akhirnya TSKI menawarkan meletak jawatan. Tindakan PAS menamakan beberapa calon dikhianati ‘agen’ pro-PKR di dalam PAS.
September 2014: Berada di kedudukan baharu sebagai MB Selangor, Mohamed Azmin Ali bertindak mengurangkan kouta PAS dari seramai empat Exco yang diperuntukkan sebelum itu kepada hanya tiga Exco. Malah, penggiliran jawatan Senator kepada PAS untuk penggal itu juga tidak diberikan.
September 2014: PKR banyak dilihat beriringan dengan DAP yang menunjukkan sikap keras parti cauvinis itu kepada PAS khususnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang termasuk dilihat membayangi beberapa pimpinan PAS yang jelas menunjukkan sikap pro-Anwar/PKR dan DAP. Banyak kenyataan dan tindakan yang sengaja mencampuri atau mempengaruhi urusan dalaman PAS.
12 Oktober 2014: Pesta arak Octoberfest tetap dilangsungkan di Selangor dengan turut dihadiri oleh pimpinan dari DAP dan PKR yang seolah-olah mencabar sensitiviti agama dan bantahan dikemukakan oleh PAS.
17 Mac 2015: PKR menggunakan alasan ‘Fiqh al-Awlawiyat’ untuk tidak menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan mengarahkan Adun PKR Guchil, Roslan Puteh supaya tidak menyertai perbahasan dan mengundi. PKR memberi alasan rasmi bahawa memperbetul ketidakadilan dan membela kebajikan lebih utama dari melaksana undang-undang hudud.
11 September 2015: Kejadian ‘curi’ ahli berulang apabila WAWI mengumumkan penyertaan bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam PKR. Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat dilantik sebagai Pengarah Politik & Dasar PKR.
22 September 2015: PKR turut bersama DAP dan PAN membentuk koalisi baru iaitu PH dan mengabaikan PAS. Bahkan, banyak menyertai gabungan itu dalam memberikan reputasi negatif terhadap PAS dalam pelbagai tindakan dan rentak politik. Juga memanipulasi dan mensensasikan pendekatan-pendekatan politik PAS hingga mengundang salah faham.
Januari 2016: PKR dan PAN mengatur siri ceramah bersama di Kelantan yang kandungannya berkisar gugatan, ancaman dan serangan ke atas kedudukan PAS di negeri itu serta Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS antaranya melibatkan:
• 15 Januari > Dato’ Kamaruddin Jaafar, Azan Ismail dan Siti Aishah Shaik Ismail (Tumpat);
• 16 Januari > Rafizi Ramli (Pasir Mas & Ketereh);
• 20 Januari > Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid dan Wan Ji Wan Husin (Tumpat).
Walhal pada 13 Januari, Setiausaha PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Md Nawi mengutus surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli supaya PKR tidak menerima jemputan ceramah bersama PAN di Kelantan kerana pendirian berterusan PAN untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.
April 2016: PRN Sarawak menyaksikan persekutuan PH melibatkan DAP, PKR dan PAN turut sinikal dan mensasarkan PAS seolah-olah musuh mereka sebagaimana BN. PKR sedikitpun tidak menunjukkan diri mereka sebagai rakan tahaluf PAS.
Mei 2016: Pemimpin PKR mempertikai Usul RUU Persendirian Pindaan Akta 355 dengan skeptikal bahawa ia bermotif politik apabila mengaitkannya dengan kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta Muktamar PAS. Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan pula meletuskan persepsi apabila mengaitkannya sebagai usaha PAS melepaskan BN dari belenggu isu 1MDB. Perlekehan dan sinikal itu sekali gus meremehkan usaha PAS untuk memartabatkan perundangan berkaitan.
Jun 2016: PKR bukan sahaja memberi sokongan dan bantuan penuh kepada PAN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang merupakan kerusi tradisi ditandingi PAS, malah memburuk-burukkan PAS dalam kempen. MB Selangor juga melontarkan nada amaran dan mengambil tindakan berbentuk ugutan kepada Exco PAS. Suara Keadilan pula memainkan sentimen secara batu api bernada ancaman terhadap hubungan dengan PAS. Memperlekehkan usaha memperjuangkan hudud dan merendah-rendahkan Presiden PAS.

Ahad, 30 April 2017

PM Canada Masuk Islam - Harakah Mohon Maaf Tersalah Lapor.

Semalam beberapa netizens tampil mengkritik Harakah versi cetak disebabkan menyiarkan satu laporan berita yang membayangkan Perdana Menteri Kanada, Justin Pierre James Trudeau telah memeluk agama Islam. Laporan itu boleh dilihat di bawah ini;


Antara yang tampil mengkritik laporan itu di laman sosial;



Susulan dari kritikan tersebut, Harakah bertindak memperbaiki kesilapan mereka dan melakukan permohonan maaf secara terbuka di laman berita mereka.

"HARAKAH memohon maaf dan menarik kembali artikel di muka Fikrah pada keluaran 2243 bertajuk PM Kanada Peluk Islam", kata Sidang Pengarang Harakah.
"Sidang pengarang mengakui terdapat kesilapan translasi dan sumber kepada petikan artikel tersebut dan mengakui kecuaian berlaku.
Dengan itu kami memohon maaf atas kesilapan tersebut dan akan membuat ralat dalam keluaran 2245 akan datang", katanya lagi.

Justeru itu diharapkan semua pihak dapat mengambil maklum bahawanya laporan sebelum ini tentang PM Kanada memeluk Islam adalah merupakan satu kesilapan dari media utama parti Islam itu dan bolehlah bertindak mengabaikan berita itu.

Khamis, 20 April 2017

Dari Mana Pula PKR, AMANAH, DAP Dapat Dana Politik Soal PAS.

SURAH al-Hujuraat ayat 12 menyuruh orang orang beriman supaya jauhi prasangka yang terlarang (dalam keadaan tidak wajar kepada orang yg beriman) kerana prasangka sedemikian sebahagiannya dosa.
Gambar - Google
Jika kita mahu hidup dengan sentiasa menyibukkan diri mencari cari dan mereka-reka sehingga obses yang bertukar menjadi seolah-olah keimanan terhadap sesuatu yang rekaan fantasi diri sendiri, maka ketika itu kita akan ditipu diri sendiri.
Masyarakat luar yang merdeka dari apa yang kusut dalam kepala kita boleh menilai jelas sama ada kita ini berpijak pada realiti dan objektiviti atau tidak.
Kerana itu, pohonlah petunjuk Allah SWT.
Dalam soal fitnah pemimpin pemimpin PKR, PAN dan DAP terhadap PAS, jika PAS mahu, banyaklah yang boleh dibuat andaian andaian, teori teori penyaluran dana kepada PKR dan DAP khususnya kepada pemimpin mereka sendiri yang sedang satu persatu berdepan tindakan SPRM.
Rasuah dan penyelewengan di kalangan Pemimpin Umno dan BN sudah diketahui umum. Rakyat dah tahu besar kecilnya yang kini menggoncang negara. BN dan Umno wajib diturunkan.
Tapi menampilkan jalan keluar kepada rakyat mestilah pilihan yang bersih dan tidak rosak oleh budaya yang sama.
PAS sebagai Parti Islam sangat keras tindakan akar umbinya yang tidak akan berkompromi dengan apa-apa yang melanggar hukum hukum Allah. Pemimpin yang ada isu integriti tidak akan duduk lama dalam PAS. Mereka ditolak awal awal.
Kerana itu setiap pemimpin PAS diperhati dan jadi bahan kritik hatta perkara perkara yang kecil jika berlaku dalam parti lain, tapi sebesar gajah dianggap salah walaupun perkaranya kecil sahaja jika dikaitkan dengan pemimpin PAS.
Saya pun boleh berteori banyak punca penyaluran dana kepada PAN, DAP dan PKR.
Tun Daim, Mokhzani Mahathir, Taikun taikun Judi dan Hartanah dan pelbagai lagi kroni era Mahathir semuanya kita tahu bukan kepalang dana modal pemilikan mereka.
Rangkaian belakang DAP, yang berkeliling sekitar pemimpin PKR untuk projek projek di Selangor dan Pulau Pinang.
Banyak prasangka yang boleh diandai-andaikan.
Keterangan Raja Petra, malah dibuka lebih banyak maklumat lagi oleh Cikgu Bard tidak mengejutkan.
Itu baru bunga-bunga
.
Sebagai Parti Islam, PAS tidak merasa perlu menggelisahkan rakyat dari fokus menjayakan misi menggantikan regim pemerintahan BN yang sedang merosakkan negara ini dengan menimbulkan keraguan melampau kepada parti parti pembangkang yang lain pula yang juga punya misi yang serupa.
Kerana rakyat cuma ada dua pilihan. Kekalkan BN atau tukar dengan pilihan yang baru.
Rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih matang, berhemah, tidak caca marba dan sejahtera dalam pilihan mereka.
Kerana itu PAS amat berpada pada.
Isu SPRM Lim Guan Eng, PAS tidak panaskan. Isu terowong dan sistem pengangkutan baru yang berbillion di Pulau Pinang, pengambilan tanah, PAS belum mahu peningkan rakyat dengan teori dan andaian liar. Kita terima dan kaji dulu segala maklumat.
Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Selangor. Ketua AMK ditahan SPRM cuma bunga-bunga sahaja. Ketuanya ada. Rangkaiannya tentu diperhati pihak berkuasa.
PAS tetap dengan prinsipnya bahawa selagi kita meletakkan Islam dalam keadaan memimpin kita, maka sejahteralah akal kita, roh kita, hidup kita, badan kita, keluarga, negeri dan negara.
Berbilang kaum dan agama, hidup harmoni dan sejahtera dalam kemajuan dan kemakmuran dari negara yang baik pemimpinnya dan baik kualiti rakyatnya

Rabu, 29 Mac 2017

"Semakin Dekat Pilihanraya Semakin Lantang Harakah Melabel Sesiapa Yang Tidak Sokong PAS" - Luahan Bekas Pembaca Harakah.

Oleh : Lin Wewe

Saya merupakan pengikut PAS yang setia suatu masa dahulu ketika zaman akhir belasan sehingga pertengahan 20an. 

Kira-kira 15-20 tahun yang lalu. Harakah merupakan diet bacaan saya ketika itu. Jika saudara kerap membaca Harakah, tuan akan dapati ayat-ayat yang mengandungi perkataan "kafir", "murtad", "tak masuk syurga", "haram bersengkokol dengan bukan Islam-merujuk BN"(Masih belum ada lagi Pakatan Rakyat), "haram wanita menjadi ketua,pemimpin", "haram wanita bekerja". 

Lin Wewe
"Syurga" untuk pengundi PAS dan macam-macam lagi. Sama ada tulisan pengarang akhbar Harakah atau/dan kata-kata yang dipetik daripada pemimpin2 PAS. Sila rujuk akhbar-akhbar Harakah edisi lama. Saudara akan membenarkan kata-kata saya. Saya tidak tahu wajah Harakah sekarang. 

Semakin dekat dengan pilihan raya, semakin lantang akhbar ini meletakkan label kepada sesiapa sahaja yang bukan penyokong PAS. Hudud sudah menjadi "mainan" mereka untuk memancing undi sejak 20 tahun yang lalu lagi. 

Bayangkan diri saya ketika itu, remaja yang masih berdarah muda dan sangat inginkan Islam berkobar-kobar dengan "semangat Islam" yang disuntik oleh PAS dalam jiwa dan minda muda saya ketika dahulu. 

Saya cukup marah jika ada antara ahli PAS atau parti PAS yang dikritik. Saya sentiasa menjustifikasi setiap kata2 ahli PAS dan perbuatan PAS menjadi benar walaupun kadang2 bercanggah dengan logik, Quran dan Sunnah. 

Masa berlalu, ilmu bertambah, pemikiran meningkat- rupa-rupanya, semua itu RETORIK ahli politik yang sedang bermain wayang! Jangan takut saya tetap undi PR kerana BN is far worse! Cuma BN atau PR tidak maksum dan boleh dikritik bila-bila masa. 

Lapang dada dan minda saya kerana terlerai daripada ikatan ketaksuban terhadap mana-mana parti. Ketaksuban melemahkan daya berfikir seorang manusia. 

Apabila minda lapang, akal berfikir secara sihat. Ini pendekatan dan pendirian yang saya pegang sekarang.

Rabu, 30 November 2016

Pembohong Punya Harakah, Hampir Kesemua Orang Asli Yang Ditahan Dari Kelantan, Bukannya Dari Pahang & Perak!

Kalau yang hari-hari istiqomah tentang Islam, tentang agama, tentang amanah, tentang Allah pun boleh melakukan penipuan apa lah yang kita boleh harapkan dalam dunia neh.

Sesungguhnya kerosakan dalam dunia neh terlalu dalam dan parah merentasi agama, bangsa dan juga negara.

Semalam kerajaan negeri Kelantan menerusi Jabatan Perhutanan Negeri telah meminta bantuan dari Polis bagi merobohkan halangan yang dibina oleh sekumpulan orang asli yang bertujuan mendesak kerajaan negeri menghentikan operasi pembalakan di kawasan mereka.

Dan kerajaan negeri telah mengeluarkan beberapa kenyataan untuk menepis kecaman dan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap mereka.

Salah satunya adalah ini ;


Namun rekod yang diterima oleh aku adalah ini ;




Sekurang2nya 25 dari 30 yang ditahan mempunyai no ic 03 yang merujuk kepada kod negeri kelahiran Kelantan.

Apekah maksudnya ini?

Satu lagi jika korang perasan laporan berita yang discreenshotkan di atas, ia merujuk kepada kawasan hutan simpan kan?

Hutan simpan > pembalakan = bagaimana?

Jika mahu. Jika berkeupayaan. Kerajaan negeri boleh terokai bidang lagi bagi menambahkan pendapatan. Bagaimana dengan negeri/negara yang tiada hutan? Adakah mereka akan mati kelaparan kerana tidak mempunyai pokok untuk ditebang? Ahh.. nanti dulu. Kerajaan ulama tidak boleh dikritik bukan? Setiap kritikan bermaksud fitnah, betul? Ye la tu..

Kah Kah Kah!

----------
Berikut maklumat yang pihak kami terima dari laporan Syam Ghaz.

41 - lahir di Kelantan.
5 - lahir di Perak.
1 - lahir di Selangor.

Temubual saya sendiri dengan seorang wanita Asli Gua Musang, suaminya orang Perak (kod 08) dan menetap di Gua Musang, Kelantan.

Jika ikut kenyataan Harakahdaily, menyebut "HAMPIR SEMUA YANG DITAHAN BUKAN PENDUDUK TEMPATAN DAN BERASAL DARI PERAK DAN PAHANG".

Sebenarnya dari senarai orang yang ditahan, tiada langsung dari Pahang dan hampir semua dari negeri Kelantan.

Nampak tak permainan LIDAH RASMI PARTI ISLAM SEMALAYSIA?

Kah Kah Kah!     

Dikemaskini ; 30/11 jam 6.45 petang.
  Sumber gambar : WhatsApp ROYALTI.

Sabtu, 17 November 2012

TG Hadi Awang, meh sini kejap.


Aku terbaca dari MP ;

3.0. Presiden PAS sendiri menempelak Dewan Pemuda PAS yang telah meluluskan usul menyerang sidang editor suara rasmi parti, HARAKAH serta HARAKAHDAILY. Setelah beberapa perdebatan usul berlangsung menyerang sidang editorial, Presiden tampil menyatakan kegembiraan Presiden berkaitan prestasi Harakah.

Yang aku faham.

1. TGHA tak suka DPPP luluskan usul kritik harakah cetak dan harakah online.

2. TGHA gembira dengan prestasi harakah.

Harakah sedang merudum dan TGHA happy? Adakah ia sesuatu perkara yang mengembirakan apabila melihat harakah jatuh, keterbelakang dan merosot dengan teruk? Ia sesuatu perkara pelik yang dibuat oleh presiden PAS. Aku mesti cakap. Ia bukan perkara yang betul.

Mohon TGHA jangan gembira dengan prestasi harakah yang siyes semakin disaster. Sepatutnya reaksi TGHA ialah sedih plus pilu dan kecewa. Kerana harakah sudah sangat jauh ketinggalan. Bahkan ramai orang telah mengutuk dan mengecam harakah secara berdepan dan ia berterusan.

Sebab itu lah DPPP kecam harakah. Namun DPPP masih gunakan ayat sopan santun. Kalau aku yang hentam? Puiiiiiii. Depan2 situ gak aku membuktikan betapa bodoh dan bebal nya kebanyakkan posting2 dari harakah. 

Yang sebenarnya orang2 dalam harakah neh bergaji rendah. Orang2 yang bukan dalam pentadbiran tertinggi. KPP sendiri dapat rm2,500 sebulan. Presiden dapat berapa ek sebulan? Berani dedah aset ka ? Start dari pimpinan PR termasuklah Anwar Ibrahim. Jangan sembang kencang jek beb. Hehe.

Yang aku dapat info, orang2 harakah neh standard rm800 ada kot. Wartawan dan kakitangan biasa2. Tak sampai pun standard gaji minima. Kerajaan tetapkan rm900 sebulan. Mohon kerajaan pantau sikit harakah neh kalau mereka tak bagi gaji minima selaras dengan apa yang telah ditetapkan, hukum dan tangkap je majikan tanpa segan silu. 

Ini kita panggil penganiayaan dan hipokrasi. Dalam manisfesto PR berkobar2 pasal gaji minima rm1,100. Tapi harakah sendiri bayar rm800 sebulan je kat wartawan mereka? Ingat cukup ke? Beras turun dari langit? Minyak kereta gali dari tanah? Ahli2 biasa jek perlu berkorban? Kenapa tak bayar KPP tue rm800 jek sebulan. Presiden pun elok dapat rm400 jek sebulan. Macam gaji guru2 PASTI.

Sepatutnya presiden highlightkan bab gaji guru2 PASTI. Bab gaji orang2 harakah. Adakah pasal memberikan kritikan secara membina dan berhemah kepada HARAKAH pula dihentam? Itu sesuatu yang kelakar. 

PAS bukan la memperjuangkan idelogi kebajikan kalau kebajikan ahli2 sendiri pun terabai. Pas tak layak cakap pasal perjuangan dan blablabla kalau mereka gagal memperjuangkan kebajikan ahli2 sendiri.

Dah la. Tak payah poyo2 nak bagi alasan... ko tatau apa yang pemimpin2 pas dah buat.. dah berkorban.. dah blblablabla.. bagi aku isu neh simple jek. Benda baik dia buat, kita iktirafkan jek. Benda tak baik dan tak betul dia buat, kita kena cakap je. Hanya kerana dia buat benda baik itu bukan bermaksud benda yang tak baik yang dia buat kita kena tutup.

Dia kat sini maksudnya PAS.

Apa pun aku puji sangat salah seorang perwakilan PAS yang up isu gaji guru PASTI. Bagi aku untuk memahamkan pemimpin tertinggi pasal pengorbanan guru2 PASTI ialah dengan mereka seme pergi jadi guru2 PASTI terlebih dahulu baru sembang kencang bab pengorbanan. 

Mulakan dengan KPP. Sanggup dia letak jawatan dan jadi guru PASTI? Lepas tue presiden PAS. Dan mereka2 yang duduk dalam kerusi selesa di HARAKAH. Apa? Tak sanggup? Lue baru jek sembang kencang bab pengorbanan bhai.

kah kah kah   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...