Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Oktober 2019

Ini Senarai 100 Berita Baik Dalam #Belanjawan2020.

Muzzammil Ismail | 100 Berita Baik BELANJAWAN Buat Rakyat Malaysia

Saya ingin membidas kenyataan yang dibuat oleh seorang Pensyarah UKM berkenaan dakwaan prejudis terhadap belanjawan 2020. Di sini saya sertakan senarai berita baik tersebut.



Jabatan Agama Islam (Pejabat Perdana Menteri):
1. RM1.3 bilion bagi Hal Ehwal Islam dalam pengurusan dan pembangunan Islam - RM100 juta berbanding Belanjawan 2019

2. RM10 juta diperuntukkan bagi inisiatif program promosi dan penerangan dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’ dan ‘Maqasid Syariah’

3. RM100 kenaikan elaun guru KAFA

4. RM500 bantuan khas kepada Imam, Bilal, Noja dan Guru Takmir

5. Jawatankuasa Khas Kewangan Islam - merangka blueprint Ekonomi Islam dan inisiatif Outreach untuk meningkatkan kefahaman tentang Kewangan Islam

6. RM50 juta bagi institusi Tahfiz, RM25 juta bagi pondok dan RM25 juta bagi sekolah agama

7. RM10 juta kepada khidmat nasihat dan kesedaran Pembangunan Halal Industri Tempatan

Kementerian Belia & Sukan:

8. Peningkatan sebanyak 10.9% dari belanjawan 2019 iaitu dari RM1.04 bilion kepada RM1.20 bilion.

9. Belia: Pelanjutan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Jaminan pinjaman sebanyak 10% oleh Cagamas untuk membolehkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk 2 tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah.

10. Belia: #GraduanKerja - insentif gaji RM500 sebulan kepada graduan dan RM300kepada majikan. RM6.5 billion untuk 350,000 peluang pekerjaan.

11. TVET: RM50 juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

12. TVET: RM20 juta bagi penyediaan geran disamping kolaborasi dengan industri

13. TVET: Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari Kolej Vokasional daripada Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

14. TVET: Elaun TVET dinaikkan RM100

15. TVET: RM30 juta untuk melatih lebih 3000 anak muda dari keluarga berpendapatan rendah

16. Sukan: RM179 juta bagi persediaan atlet untuk kejohanan antarabangsa seperti Olimpik Tokyo 2020, Sukan Sea Hanoi 2021 termasuk pembangunan atlet paralimpik negara

17. Sukan: RM299 juta bagi baik pulih dan naik taraf fasiliti sukan termasuklah kompleks Belia dan Sukan serta kompleks Sukan Komuniti seluruh negara

18. Sukan: Peningkatan 200% bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dari RM15 juta pada 2019 kepada RM45 juta pada 2020. Ini adalah pengiktirafan Kerajaan dalam hasil positif program pembangunan ini.

19. Sukan: RM10 juta bagi pemerkasaan wanita dalam sukan.

20. Sukan: Peningkatan 100% bagi Sukan Elektronik (ESPORT) dari RM10 juta pada 2019 kepada RM20 juta pada 2020.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli:

21. Bagi mengurangkan kejadian banjir kilat, Kerajaan akan memperuntukkan RM443.9 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir.

22. RM150 juta untuk menyelenggara pengurusan kolam takungan banjir sedia ada.

23. Bagi memulihara keaslian hutan dan biodiversiti semulajadi Malaysia, Kerajaan akan memperuntukkan RM48 juta bagi tujuan tersebut di mana RM10 juta akan dikhususkan kepada sektor swasta melalui geran padanan. Usaha ini termasuklah menyokong inisiatif Central Forest Spine dan Heart of Borneo selain memulihara hutan terosot.

24. Sejumlah RM20 juta disediakan untuk melantik renjer dari kalangan askar yang telah bersara dan masyarakat Orang Asli setempat bagi melindungi flora dan fauna kita dengan lebih baik.

Kementerian Dalam Negeri:
25. Bagi memastikan keselamatan negara terpelihara, peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri akan diperkukuhkan daripada RM15.6 bilion untuk 2019 kepada RM16.9 bilion untuk 2020.

26. RM250 juta bagi aktiviti membaiki dan selenggara kuarters PDRM

27. RM85 juta untuk CIQ, Tambak Johor dan Linkedua, 50 kaunter tambahan akan dibuka untuk penunggang motosikal serta kaunter imigresen.

28. RM50 juta bagi pemasangan 11,500 CCTV di pusat tahanan polis dan pintu masuk imigresen.

29. RM26 juta, kenaikan elaun RM2 sejam RELA mulai 1 Januari 2020.

30. RM20 juta bagi mengembangkan latihan kemahiran dan program banduan untuk memenuhi keperluan TVET kebangsaan.

31. RM15 juta untuk program RINTIS AADK bersama NGO dan komuniti tempatan.

Kementerian Kesihatan:


32. Kenaikan sebanyak 6.7% iaitu RM1.92 billion daripada RM28.7 billion pada 2019 kepada RM30.6 billion pada 2020.

33. RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada. Ini termasuk di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

34. Sebanyak RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kemudahan kuarters. Untuk itu, klinik baharu akan dibina di Setiu, Sungai Petani dan Cameron Highlands serta Kudat dan Tawau di Sabah, dan Long San dan Sungai Simunjan di Sarawak.

35. Sejajar dengan prinsip budaya Memperbaiki, Mengganti dan Memulihkan (3R - Repair, Replace and Restore) sebanyak RM227 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan perubatan, manakala RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian.

36. Sebagai memenuhi salah satu janji manifesto Pakatan Harapan, peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.

37. Bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dan trauma lebih responsif, RM59 juta akan diperuntukkan untuk menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO.

38. Sejumlah RM31 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara perkhidmatan ICT, antara lain melaksanakan projek rintis bagi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital.

39. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat, sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya Orang Asli mendapatkan rawatan perubatan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia:

40. Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.6 bilion melalui kerjasama awam swasta, sepanjang tempoh 5 tahun yang akan menyediakan liputan berkelajuan tinggi yang komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar.

41. Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta bagi menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat Malaysia untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia, yang 100 kali lebih pantas berbanding 4G.

42. Peruntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan untuk menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri, teknologi blockchain serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

43. RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital khususnya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital.

44. Potongan cukai kepada sumbangan sektor swasta dalam aktiviti Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) dalam meningkatkan keupayaan tenaga kerja masa hadapan dengan kemahiran digital untuk rakyat yang memerlukan.

45. RM10 juta akan disediakan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:

46. Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar merupakan sebahagian daripada janji Pakatan Harapan. Setiap rakyat yang memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak, akan berhak menerima PSP untuk satu kenderaan sahaja.

47. Peruntukkan RM2.2 bilion bagi skim PSP yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemandu.

48. Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Subsidi ini akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

49. Bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal. Kad95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
50. Kerajaan akan memperuntukkan RM15 juta untuk inisiatif Bandar Selamat dan akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan lampu jalan, kawasan parkir motosikal dengan ciri keselamatan dan pagar antipanjat serta program keselamatan lain.

51. Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (Rent To Own - RTO). Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan Kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion.

52. Skim RTO ini adalah untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500 ribu. Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.

53. Kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan, serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli.

54. RM100 juta untuk membaik pulih perumahan tersebut bagi memastikan perkhidmatan lif, pendawaian elektrik, paip pembetungan dan bumbung adalah selamat dan berada dalam keadaan baik.

55. Dana Rumah Mampu Milik bagi membantu pembeli rumah golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah pertama mereka, dengan nilai hartanah sehingga RM150 ribu pada kadar faedah konsesi sehingga 3.5 peratus.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar


56. RM1 bilion untuk membina jalan raya luar bandar

57. RM326 juta bagi memperluaskan liputan infrastruktur asas di Sabah

58. RM224 juta bagi memperluaskan liputan infrastruktur asas di Sarawak

59. RM587 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Sarawak

60. RM470 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Sarawak

61. Pendidikan: RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah MARA

62. Pendidikan: RM2 bilion biaya pinjaman 50,000 pelajar

63. RM500 juta untuk Projek Bekalan Eletrik Luar Bandar yang akan memanfaatkan 30,000 isi rumah.

Kementerian Pendidikan

64. Kenaikan belanjawan tahunan ke RM64.1 bilion dari RM60.2 bilion pada tahun 2019.

65. Peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada tahun 2020 seperti berikut:

a. Sekolah Kebangsaan: RM300 juta

b. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC): RM50 juta

c. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT): RM50 juta

d. Sekolah Berasrama Penuh: RM50 juta

e. Maktab Rendah Sains MARA: RM50 juta

f. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan: RM50 juta

g. Sekolah Mubaligh: RM50 juta

h. Sekolah Tahfiz: RM50 juta

i. Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama

j. Persendirian: RM25 juta

k. Sekolah Pondok yang berdaftar: RM25 juta

l. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan: RM20 juta

m. Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC): RM15 juta

66. RM783 juta bagi baik pulih sekolah daif terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pembinaan sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bahru

67.RM23 juta bagi kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Kebangsaan

68. RM11 juta bagi menggalakkan lebih ramai pelajar ke bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

69. RM12 juta bantuan utiliti buat Sekolah Bantuan Kerajaan

Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat

70. Sebanyak RM500 Juta bagi Usahawan Wanita dalam Skim Jaminan Perniagaan (SPJJ)

71. Insentif galakan pengupayaan wanita 30-50 tahun sebanyak RM 500 sebulan dalam #WanitaKerja

72. 5 Pusat Latihan Berdikara Baru dengan peruntukan sebanyak RM20 juta termasuk inisiatif pelaksanan Program Down Syndrome dan TASKA OKU.

73. Peruntukan RM20 juta melalui i-Suri sekiranya surirumah cedera atau kehilangan upaya

74. Caruman 2% daripada suami kedalam akaun isteri

75. Pengecualian cukai pendapat sehingga 2023

76. Peruntukan RM80 juta bagi Institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

77. RM 30 juta bagi meyediakan lebih banyak TASKA di hospital dan sekolah

78. Peningkatan tempoh cuti bersalin dari 60 ke 90 hari berkuatkuasa 2021

79. Peruntukan RM4.6 juta kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

80. RM4.5 juta bagi manfaat 7,000 orang gelandangan melalui inisitif Anjung Singgah

81. RM575 juta bantuan sosioekonomi bagi manfaat kepada 137 ribu Warga Emas
Kementerian Wilayah Persekutuan

82. RM100 juta untuk baik pulih perumahan berstrata kos rendah termasuk PPR di Kuala Lumpur

83. RM1.6 billion peruntukan membina hospital baru dan menaik taraf serta membersarkan hospital sedia ada, termasuk Hospital Labuan

84. RM15 juta bagi Inisiatif Bandar Selamat (termasuk di Kuala Lumpur, Putrjaya dan Labuan)

Kementerian Pembangunan Usahawan

85. RM 20 juta untuk Skim Pembangunan Masyarakat India, Tekun Nasional kepada 1,300 Usahawan India

86. RM 1 billion untuk pembiayaan PKS Bumiputra melalui SJPP dan SME Bank

87. RM 455 juta dari darisegi akses kepada pembiayaan, penyediaan dan permis perniagaan dan latihan keusahawanan kepada usahawan bumiputra

88. RM75 juta untuk membina kapasiti PKS Bumiputa oleh SMECorp, merangkumi program meningkatkan pemasaran pembungkusan dan celik kewangan

89. Lebih RM3.6 billion kepada syarikat bumiputra melalui tender tahun 2019

90. Sekuranya 30% tender kementerian khusus kepada kontraktor bumiputra

91. RM1.3 billion projek kerajaan untuk kotraktor bumiputra sedia ada dan baru yang layak

92. RM 100 juta kepada MaGIC bagi menyokong pertumbuhan perusahaan sosial untuk membantu kesejahteraan sosioekonomi dalam projek pembinaan komuniti

93. RM10 juta untuk tumpuan pembangunan Industri Halal

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

94. Pengecualian duti eksais 50% untuk kenderaan CKD

95. RM5 juta bagi inisiatif menyokong galeri seni visual dan penanjur seni

96. RM1.1 billion diperuntukan kepada MoTAC

97. RM 1 juta potongan cukai kepada syarikat yang menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan

98. RM 100 juta untuk membina sistem kereta kabel baru ke Bukit Bendera

99. Pengecualian cukai pendapatan pengajur aktiviti kesenian, kebudayaan dan, pertandingan antarabangsa

100. Levi pelepasan untuk projek infrastruktur pelancongan

Ini bukti Belanjawan 2020 Kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk semua dan tiada pengecualian.

Tuduh KUIS Kumpulan Pengganas, Pensyarah Kata Kit Siang Meracau.

KAMARUL YUSOFF | LIM KIT SIANG MERACAU: TUDUH ULAMA ISLAM DAN PAS PENGGANAS

Dalam kenyataan beliau hari ini, pemimpin DAP, Lim Kit Siang, membangkitkan mengenai laporan bahawa Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memasukkan, PADA 2017, Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) ke dalam kategori kumpulan pengganas.

Kata Lim Kit Siang, disebabkan seorang pemimpin parti pembangkang Malaysia adalah Naib Presiden KUIS, maka mana-mana kertas putih mengenai kumpulan pengganas yang akan dibentangkan di Parlimen mestilah bukan sekadar menyentuh LTTE tetapi juga KUIS.
Untuk makluman Lim Kit Siang yang seperti ketinggalan zaman, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan lagi Naib Presiden KUIS setelah tidak mempertahankan jawatan tersebut dalam Muktamar KUIS yang berlangsung di Turki pada 7 November 2018.
Yang turut hadir di dalam Muktamar KUIS ini adalah sekumpulan pemimpin tinggi AMANAH, termasuk Datuk Seri Ahmad Awang, Datuk Wira Abdul Ghani Shamsuddin, Dr Mohd Fauzi Zakaria, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Wan Subki Wan Salleh.

Datuk Seri Ahmad Awang dan Datuk Wira Abdul Ghani Shamsuddin malah turut bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa KUIS di dalam Muktamar KUIS bagi sesi 2018-2022 tetapi kalah bila mereka hanya mendapat tempat ke-43 dan tempat ke-65 sahaja dalam undian.

Menuduh KUIS yang dianggotai oleh ribuan ulama Islam ternama dunia sebagai kumpulan pengganas hanya kerana mahu memalitkan imej lawan DAP, iaitu PAS, dengan imej penyokong kumpulan pengganas, adalah satu tindakan yang amat bahaya sekali.

Apatah lagi bila KUIS tidak pernah dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh badan berkuasa antarabangsa seperti INTERPOL, dan kerana Presiden KUIS sekarang, Syeikh Ahmad al-Raysuni, adalah kenalan rapat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih penting lagi ialah bila KUIS turut didukungi oleh rakan DAP, AMANAH, sendiri, yang menyebabkan gelaran kumpulan pengganas kepada KUIS ini pasti sahaja akan memalitkan imej AMANAH dengan imej penyokong kumpulan pengganas juga.

Pemimpin AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, menulis beliau cukup terkesan pada kupasan cukup mendalam Setiausaha KUIS, Syeikh Ali Mahyuddin QarrahDaghi, dalam ucap utama Muktamar KUIS berkaitan konsep Islam “Rahmatan lil ‘Alamin”.

Jika KUIS yang berpegang dengan konsep Islam “Rahmatan lil ‘Alamin” mahu dikategorikan sebagai kumpulan pengganas, apakah Lim Kit Siang maksudkan konsep Islam “Rahmatan lil ‘Alamin” yang diperjuangkan oleh AMANAH sekarang adalah konsep pengganas? - 14 Oktober 2019.

Jawab Berbelit Isu Foto Bersama Senthamizhan Seeman, Netizens Tunjukkan Kulasegaran Sumber Gambar.

SOSMED | Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran menjadi sasaran kritikan di laman sosial kerana memberikan jawapan yang berbelit mengenai gambarnya bersama Senthamizhan Seeman, seorang pemimpin dari Tamil Nadu yang dikaitkan dengan fahaman LTTE.

Gambarnya bersama Senthamizhan Seeman disebarkan di laman sosial selepas beberapa pimpinan DAP termasuklah Kula, mempertikaikan penahanan dua ADUN DAP yang dikaitkan dengan penyebaran fahaman LTTE.

Kula misalnya beranggapan penahanan beberapa ahli DAP itu mungkin ada kaitan dengan PRK Tanjung Piai. Kenyataan Kula itu kemudiannya ditempelak netizens kerana beliau seolahnya lupa Pakatan Harapan adalah kerajaan negeri di Johor dan kerajaan pusat. 

Ketika ditanya mengenai penyebaran dan kesahihan gambarnya bersama Senthamizhan, Kula memberikan respon sebegini :

Berita Harian : "Jangan mudah percaya apa yang tersebar di dalam aplikasi WhatsApp dan internet".

Kula berkata beliau tidak boleh mengulas mengenai gambar yang tidak jelas sumber dan kesahihannya.

New Straits Times : "Saya dah mengambil (bergambar) banyak gambar. Apa yang boleh saya katakan? Jangan percaya apa yang tersebar di WhatsApp dan internet. Orang boleh membuat tuduhan. Mereka boleh cakap A, B, C, anda tak boleh menghentikan mereka.

Anda lihatkan, ada banyak tuduhan-tuduhan yang tular di internet. Adakah anda menyemak kesemuanya dan bertanya ianya betul atau tidak?

Tidak adil anda bertanya saya terlibat atau tidak hanya kerana seseorang yang anonymous membuat tuduhan (ke atas saya). Saya tak boleh saman orang tu. Saya tak kenal siapa dia.

Jika orang itu tampilkan dirinya dan mengaku saya Mr. A dan saya membuat tuduhan ini terhadap anda, dan itu baguslah. Ianya adil kerana saya boleh mempertikaikan (tuduhan itu).

Biarkanlah pihak polis menjalankan siasatan mereka," kata Kula dalam kenyataan itu. 

-------

Dalam kedua-dua kenyataan itu Kula dilihat seperti mengelak untuk menjawab mengenai kesahihan gambar tersebut. 

Berdasarkan semakan, gambar tular itu sebenarnya diambil dari Facebook Kulasegaran sendiri.

Gambar itu diambil pada 2 Mac 2018. Kula telah memuatkan sebanyak 10 gambar bersama Seeman di akaun Facebooknya sendiri dengan kenyataan;

"Saya di Chennai hari ini, untuk bertemu dengan beberapa kawan. Sekarang saya berada di pejabat utama Naam Tamilar Katchi di Chennai untuk berjumpa dengan Seeman. Dia terkenal sebagai penceramah yang bagus di Tamil Nadu.

Seeman pernah datang (Malaysia) pada 2013 dan bercakap di parlimen Ipoh Barat. Lebih kurang 3,000 hadirin (yang agak besar) mendengar ucapannya.

Terkini, dia dilarang meninggalkan India dan dinafikan hak passport antarabangsa.

Dia pernah bertanding di kerusi DUN pada pilihanraya terbaru di Tamil Nadu tetapi dia tak menang. Dia dan partinya semakin hari semakin dikenali dan saya menjangkakan dia akan menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu satu hari nanti..," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah pautan di mana kenyataan itu dipetik : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2044367248906706&id=363269177016530

Dan dibawah ini, antara respon netizens yang pernah mengulas post tersebut pada tahun lepas.


Seeman dipercayai telah menyebarkan kempen sokong DAP dalam pilihanraya ke 14 yang lalu.

Ini berdasarkan gambar Kula bersama Seeman dengan poster DAP dibelakang mereka.

Lihat sini :


Dalam perkembangan berkaitan, netizens dilihat semakin ramai mengecam Kula di atas post tersebut.

Terdapat tanggapan umum, simpatisan LTTE telah menunggang beberapa pimpinan India DAP selepas parti itu memenangi pilihanraya bagi menyebarkan fahamannya di Malaysia. 

Charles Santiago misalnya mempersoalkan apa keperluan menahan dua ADUN DAP atas isu LTTE yang telah pun terkubur sejak sedekad yang lalu.

Kenyataan Charles itu kemudiannya dikecam kerana pimpinan DAP pula dipersoalkan kenapa membawa masuk fahaman yang telah terkubur ke dalam program-program yang mengagungkan fahaman LTTE dan keganasan ke dalam negara ini, bagaikan mahu menghidupkan kembali apa yang telah mati. Apatah lagi menganjurkannya secara terbuka, dan kini membela pula fahaman tersebut atas nama bersimpati. 

Menurut pihak polis, terdapat aliran transaksi kewangan yang melibatkan jumlah besar, yang dipercayai bagi tujuan menyebarkan ajaran LTTE ke dalam negara ini, dan fahaman ini dilihat khususnya mensasarkan sokongan dari kaum tertentu.

Terdapat juga dakwaan rancangan keganasan di kedutaan Sri Lanka, Malaysia. Pihak polis juga mengesahkan pengintipan telah dilakukan secara terancang sejak November 2018 lagi.

Sesetengah netizens juga beranggapan, hasutan dari pimpinan Tamil Nadu yang menyokong LTTE mungkin dipercayai menyebarkan elemen rasisma dikalangan kaum tertentu yang mana sesetengahnya telah terhasut lalu membuat tuduhan yang melulu, misalnya seperti perlu masuk Islam untuk bekerja di sektor kerajaan atau saya hanya makan di kedai bangsa saya sahaja.  

Sebagai rekod, LTTE disahkan sebagai pengganas di 30 buah negara termasuklah Malaysia. LTTE disahkan antara kumpulan terroris yang ganas, antara lain turut dikecam mempergunakan sentimen simpati terhadap wanita dan kanak-kanak ketika menyebarkan fahamannya. 

Dalam perkembangan berkaitan, BBC News melaporkan pada 7 Oktober 4 warga Sri Lanka dilarang memasuki lapangan terbang Puton kerana terlibat dalam kumpulan teroris yang diharamkan, dipercayai merujuk kepada LTTE. - 14 Oktober 2019.

Ahad, 13 Oktober 2019

Najib Dakwa BN Dah Luluskan Elaun Bomba Sebelum Dibatalkan PH & Kini Uturn..

POLITIK | Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa kerajaan terdahulu sebenarnya telah meluluskan Elaun Khas Bomba sebelum ianya dibatalkan oleh Pakatan Harapan sejurus mengambilalih pentadbiran negara pada Mei 2018.


"PH fikir Malaysia mudah lupa.

Elaun kritikal Bomba telah diumumkan lulus oleh BN pada 21 Mac 2018 sempena Hari Bomba tahun itu.

"Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan elaun khas bagi menghargai jasa anggota bomba yang banyak berkorban dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin : 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402095/anggota-bomba-dapat-elaun-khas-rm200-sebulan

Lepas PRU14, PH batalkan elaun khas ini,"
katanya dalam satu kenyataan.

Najib juga mendakwa tindakan membatalkan elaun kepada anggota bomba itu juga membuatkan Agong terpaksa campurtangan pada Julai 2019 bagi mempertahankan pengorbanan anggota bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang awam.

"Sehingga DYMM YDP perlu campur tangan pada bulan Julai 2019 untuk mengembalikan elaun khas Bomba.

Kertas cadangan elaun anggota bomba diserah kepada Agong :

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/26/kertas-cadangan-elaun-anggota-bomba-diserah-kepada-agong-kata-zuraida/

BN yang lulus,

PH yang batal,

YDP Agong yang tolong kembalikan,

PH pun kembalikan,

Lepas itu, PH tanya kenapa dulu BN tak lulus,"
katanya.
Najib juga berkata sekiranya BN masih mentadbir negara selepas PRU14, pihaknya berniat untuk menaikkan Elaun Khas Bomba.

"Jika BN masih mentadbir dan elaun Bomba lulus pada tahun 2018, besar kemungkinan elaun ini juga akan dinaikkan lagi untuk tahun 2020 untuk menghargai anggota Bomba akibat tragedi 6 ahli Bomba mati lemas pada bulan Okt 2018 serta tragedi kematian saudara Muhammad Adib," katanya lagi.

Sebagai rekod, pada pembentangan #Belanjawan2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian Elaun Khas kepada anggota bomba bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota.

Hal tersebut kemudiannya dilaporkan secara berleluasa dimana media tempatan turut melaporkan pujian kepada Agong, dan ini memberikan gambaran seolahnya Agong berperanan besar dalam meluluskan elaun yang diminta sejak 2015 itu.

Dengan kenyataan terbaru dari Najib, selain mengkritik Pakatan Harapan yang kononnya uturn, Agong juga dipuji netizens kerana membela nasib bomba. - 13 Oktober 2019.

Sabtu, 12 Oktober 2019

#Belanjawan2020 : Pengarah Bomba Ucap Terima Kasih Luluskan Elaun RM200 Sebulan Untuk Anggota.

BELANJAWAN2020 | Ketua Pengarah Jambatan Bomba Malaysia, Dato Mohammad Hamdan Bin Haji Wahid mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana meluluskan Elaun Perkhidmatan Bomba dalam pembentangan #Belanjawan2020 semalam oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Menurut Dato Hamdan, elaun itu telah dipohon pihaknya sejak 2015.

"Saya bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat seluruh negara mengucapkan terima kasih khususnya kepada DYMM Agung dan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan, yang telah memberikan pertimbangan sewajarnya dengan meluluskan Elaun Perkhidmatan Bomba yang telah sejak tahun 2015," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, kerajaan mengumumkan seramai 14,400 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba RM200 sebulan, dengan membabitkan peruntukan berjumlah RM35 juta.

Elaun itu diharapkan akan dapat meringankan beban kos sara hidup anggota bomba.
Turut difahamkan, permohonan elaun itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - 12 Oktober 2019.

Norhizam Terima DATUK, ADUN DAP Melaka Dipertikaikan Langgar Keputusan Parti.

POLITIK | ADUN Pengkalan Batu yang juga EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka, merangkap Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee, diumumkan menerima gelaran Datuk pada 11 Oktober lalu.


Pada awalnya ramai yang menyindir ADUN tersebut menerima gelaran DATUK kerana memperjuangkan masalah dan isu berkaitan babi  terutamanya yang tular baru-baru ini.

Bagaimanapun terdapat juga netizens yang membela Norhizam sebagai ADUN yang turun padang dan buat kerja meskipun sikapnya kurang profesional.
Namun, cakap-cakap sindiran dan ejekan kepada ADUN Pengkalan Batu itu kini bertukar menjadi serius apabila terdapat pihak yang mempersoalkan gelaran DATUK itu sebenarnya melanggar keputusan parti.

"TIMBALAN PENGERUSI DAP MELAKA BAKAL DIKENA TINDAKAN?

Pada 16 Oktober 2018, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bahawa wakil rakyat DAP tidak boleh lagi menerima gelaran Datuk semasa berkhidmat.

Pada 28 Oktober 2018, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melaungkan amaran terbuka bahawa mana-mana wakil rakyat DAP yang menentang keputusan parti dengan menerima gelaran Datuk semasa berkhidmat akan dikenakan tindakan disiplin.

Pada 11 Oktober 2019, ADUN Pengkalan Batu merangkap EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee, diumumkan menerima gelaran Datuk.
Kita tunggu dan lihat sahaja apakah Lim Guan Eng dan Anthony Loke Siew Fook ada 'batu' untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas ‘beliau’ atas penentangan ini," tulis Kamarul Yusoff, yang juga seorang pensyarah Sains Politik di UKM di Facebooknya sebentar tadi.

Berdasarkan semakan, DAP pernah menjelaskan terdapat peraturan dalam parti itu yang melarang wakil rakyat dan ahli majlis mereka dari menerima sebarang gelaran, anugerah dan darjah kebesaran semasa berkhidmat

Jika didapati mana-mana wakil rakyat dan ahli majlis yang melanggar peraturan itu, parti boleh mengenakan tindakan tatatertib terhadap individu tersebut, memetik laporan Free Malaysia Today.

Peraturan yang ditetapkan CEC itu juga sebenarnya telah diluluskan sejak lebih sedekad yang lalu kata Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook semasa menegur beberapa pimpinan DAP yang menerima gelaran pada tahun lepas.


“Oleh itu, CEC ingin menegur pemimpin DAP yang menafikan dan mendakwa tidak tahu tentang pendirian parti sejak sedekad lalu.

“Pemimpin yang cuba memberikan alasan untuk menerima anugerah tanpa memaklumkan atau menunggu arahan daripada kepimpinan parti akan dilihat sebagai tidak menghormati parti.

“Apa jua tawaran anugerah dan gelaran harus dirujuk kepada kepimpinan pusat DAP,” katanya dalam laporan itu. - 12 Oktober 2019.

Pensyarah UKM Kata #Belanjawan2020 Ialah Berita Buruk.

BELANJAWAN2020 | Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi menyenaraikan 30 perkara yang dianggap berita buruk dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Lim Guan Eng semalam.

Penulisan pensyarah UKM itu telah dikongsikan lebih dari 1,300 kali di Facebook setakat ini dan rata-rata pengomen khususnya orang melayu agak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Bagaimanapun terdapat beberapa facebookers yang dilihat tidak bersetuju dengan hujah oleh pensyarah itu. 

Mereka beranggapan perbezaan peruntukan itu adalah kerana masalah ketirisan, pembaziran dan penyelewengan telah diatasi di peringkat pengurusan.

Peruntukan dapat dijimatkan dan perbelanjaan cekap dilakukan dapat direncanakan kerana tiada lagi pihak berani menyalahgunakan peruntukan yang bakal diterima dengan mencadangkan hal yang bukan-bukan dalam kertas cadangan pembangunan.

Namun kebanyakan netizens yang membaca komen sebegitu bertindak mengecam dan beranggapan kekurangan wang adalah faktor utama kenapa peruntukan dikecilkan.

Berikut dibawah adalah ulasan lengkap dari pensyarah UKM itu;

BAJET 2020 BERITA BURUK UNTUK PETANI, NELAYAN, BELIA DESA & HARTANAH

1. Peruntukan Industri Padi dan Beras dipotong daripada RM69.2 juta kepada RM66.1 juta.

2. Peruntukan Pertanian dipotong daripada RM194.1 juta kepada RM180 juta.

3. Peruntukan Perikanan dipotong daripada RM178.5 juta kepada RM177 juta.

4. Peruntukan Pembangunan Usahawan Desa dipotong daripada RM2 juta kepada RM1.6 juta.

5. Peruntukan Bekalan Makanan Negara dipotong daripada RM1.393 bilion kepada RM1.314 bilion.

6. Peruntukan Lembaga Getah Malaysia dipotong daripada RM10 juta kepada RM0.

7. Peruntukan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dipotong daripada RM156 juta kepada RM143 juta.


8. Peruntukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dipotong daripada RM215 juta kepada RM212 juta.

9. Peruntukan Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani dipotong daripada RM262 juta kepada RM244 juta.

10. Peruntukan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian dan Pertanian Persekutuan (FAMA) dipotong daripada RM182 juta kepada RM171 juta.

11. Peruntukan kepada Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) dipotong daripada RM31.8 juta kepada RM31.4 juta.

12. Peruntukan Lembaga Koko Malaysia dipotong daripada RM32 juta kepada RM30 juta.

13. Peruntukan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dipotong daripada RM190 juta kepada RM164 juta.

14. Peruntukan kepada Latihan Kemahiran Pertanian dipotong daripada RM47.9 juta kepada RM41 juta.

15. Peruntukan Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dipotong daripada RM5 juta kepada RM0.

16. Peruntukan Pembangunan Komoditi dipotong daripada RM80 juta kepada RM79 juta.

17. Peruntukan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dipotong daripada RM143 juta kepada RM138 juta.

18. Peruntukan Kemajuan Tanah dan Wilayah dipotong daripada RM9.8 juta kepada RM9.5 juta.

19. Peruntukan Institut Kemajuan Desa dipotong daripada RM13.9 juta kepada RM13.5 juta.

20. Peruntukan Pembangunan Belia dan Sukan dipotong daripada RM488 juta kepada RM362 juta.

21. Peruntukan Majlis Sukan Negara dipotong daripada RM88.6 juta kepada RM14 juta.

22. Peruntukan Institut Sukan Negara dipotong daripada RM15.8 juta kepada RM14 juta.

23. Peruntukan Pembangunan Kemahiran Belia dipotong daripada RM207 juta kepada RM198 juta.

24. Peruntukan Pengairan dan Saliran Pertanian dipotong daripada RM11.5 juta kepada RM11.4 juta.

25. Peruntukan Perkhidmatan Veterinar dipotong daripada RM150.6 juta kepada RM142 juta.

26. Peruntukan PRIMA (Perbadanan PRIMA Malaysia) dipotong daripada RM25 juta kepada RM20 juta.

27. Peruntukan Kesejahteraan Bandar dipotong daripada RM14.9 juta kepada RM11 juta.

28. Peruntukan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dipotong daripada RM119 juta kepada RM111 juta.

29. Peruntukan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dipotong daripada RM78 juta kepada RM75 juta.

30. Paling melampau ialah warga asing kini boleh beli hartanah di bawah harga RM600 ribu berbanding RM1 juta sebelum ini.

Rujuk:

Bajet Kementerian Pertanian: https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.21_P.21.pdf

Bajet Kementerian Pembangunan Luar Bandar https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.22_P.22.pdf

Bajet Kementerian Industri Utama https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.20_P.20.pdf

Bajet Kementerian Belia dan Sukan https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.45_P.45.pdf

Bajet Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan https://www.treasury.gov.my/pdf/perbelanjaan/2020/B.43_P.43.pdf - 12 Oktober 2019.

Jumaat, 11 Oktober 2019

MP PAS Senaraikan 20 Kenyataan Panas P.Ramasamy, Mahu Polis Tangkap.

Kenyataan Media DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI, Ahli Parlimen Kuala Nerus | TANGKAP DR. P RAMASAMY SEKALI!

Saya menyambut baik tindakan pihak polis menahan ADUN Seremban Jaya, YB P Gunasekaran dan ADUN Gadek yang juga Ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, G Saminathan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Begitupun, saya berpandangan bahawa yang lebih utama untuk ditahan ialah ADUN Perai iaitu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Dr. P Ramasamy kerana selain terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas LTTE, dia juga turut :

1. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil adalah kaum yang dipergunakan di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman web bernama Sangam pada tarikh yang tidak dinyatakan melalui ayat yang berbunyi “As an exploited group in Malaysia, the Tamils more than any other group, fully understand the plight of their brethren in Sri Lanka”. [ Rujuk : https://www.sangam.org/ANALYSIS/MalaysianTamils.htm ]

2. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia dinafikan peluang pekerjaan di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman web bernama Sangam pada tarikh yang tidak dinyatakan melalui ayat yang berbunyi “Not only have Tamils lost out economically to other ethnic groups, employment opportunities have been denied both in the public and private sector”. [ Rujuk https://www.sangam.org/ANALYSIS/MalaysianTamils.htm ]

3. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia sukar mendirikan tempat-tempat ibadat dan disekat dari mengadakan aktiviti-aktiviti kebudayaan.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman web bernama Sangam pada tarikh yang tidak dinyatakan melalui ayat yang berbunyi “Tamils are finding it difficult to erect places of worship and have curbs placed on their cultural activities”. [ Rujuk : https://www.sangam.org/ANALYSIS/MalaysianTamils.htm ]

4. Mengapi-apikan kaum Tamil dengan menyebut kaum Tamil di Malaysia dinafikan sekolah menengah Tamil secara tidak adil.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 23 Mac 2016 melalui ayat yang berbunyi “If you can have primary Tamil schools, it does not make sense why you can’t have secondary Tamil schools”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/334872 ]

5. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut agama Hindu dibenci di Malaysia sedangkan agama Hindu adalah agama tertua di Malaysia dan nenek moyang kaum Melayu hari ini beragama Hindu sebelum kedatangan agama Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 19 Januari 2015 melalui ayat yang berbunyi “Before the advent of Islam, the ancestors of the present-day Malays were Hindus! So why this hate and venom against Hinduism, a very ancient religion of this region!”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=821992754505652&id=145582732146661 ]

6. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut beratus-ratus dan beribu-ribu kuil Hindu telah dirobohkan di seluruh di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, 1990-an dan 2000-an sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 19 Januari 2015 melalui ayat yang berbunyi “Hundreds and thousands of Hindu temples were destroyed throughout the country in the 1980s, 1990s and 2000s. All these destructions took place during the time of the prime ministership of Tun Dr Mahathir Mohamad.”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=821992754505652&id=145582732146661 ]

7. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut perobohan kuil yang mempunyai sejarah (Kuil Seafield) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh penganut agama Hindu di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 20 November 2018 melalui ayat yang berbunyi “Destruction of a temple with history is not something that can be tolerated by Hindus, a community keen to safeguard its places of worship and places of heritage.”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=2006595272712055&id=145582732146661 ]

8. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut polis tiada hak untuk menjaga kuil Hindu.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 19 Mei 2017 melalui ayat yang berbunyi “Can't the Hindus have a mass gathering at a Hindu temple for the purpose of prayers and religious solidarity. Why are the police jumping the gun? When did the Malaysian police assume the responsibility of the guardians of the temple?”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/382756 ]

9. Mengapi-apikan penganut agama Hindu dengan menyebut beberapa tahun dahulu tanah perkuburan milik Lembaga Wakaf Hindu hilang secara misteri kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 3 April 2015 melalui ayat yang berbunyi “Many years ago, burial land belonging to HEB was mysteriously lost Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=857793590925568&id=145582732146661 ]

10. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dengan menyebut universiti-universiti dijaga dan dikekalkan sebagai milik tunggal kaum Melayu.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 30 April 2015 melalui ayat yang berbunyi “Maintaining and perpetuating universities as the sole preserve of Malays is one of the main reasons why Malaysian universities are in a terrible shape”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=870944012943859&id=145582732146661 ]

11. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dengan menyebut kaum bukan Melayu akan terus didiskriminasi dalam perkhidmatan awam yang dimaksudkan untuk didominasi sepenuhnya oleh kaum Melayu.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 9 Mei 2015 melalui ayat yang berbunyi “The real reason for the lack of no-Bumi intake is the existence of racial preference for the civil service to be fully dominated by Malay-Muslims. Non-Malays will be continued to be discriminated”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=874734425898151&id=145582732146661 ]

12. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dengan menyebut pengajaran khat di sekolah adalah cubaan ke arah memperkenalkan elemen-elemen agama dan budaya yang lebih ekstrim dalam kurikulum sekolah.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 5 Ogos 2019 melalui ayat yang berbunyi “There is feeling amongst non-Malays that such an imposition might be just to test waters before other more extreme cultural or religious elements are introduced in the school curriculum”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=2399439873427591&id=145582732146661 ]

13. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut agama-agama bukan Islam hanya mendapat status kelas ketiga di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 3 Mac 2015 melalui ayat yang berbunyi “The non-Muslim faiths enjoy only a second of third class status in the county”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/290781 ]

14. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut ruang-ruang untuk penganut agama bukan Islam sedang semakin disekat.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 12 Disember 2014 melalui ayat yang berbunyi “Although freedom of religion is enshrined in Malaysian Constitution, spaces for non-Muslims are becoming increasingly restrictive over the years”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=799477740090487&id=145582732146661 ]

15. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut pentadbiran dan keputusan-keputusan mahkamah mendiskriminasi penganut agama bukan Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 11 Januari 2016 melalui ayat yang berbunyi “Administrative and court judgments discriminate against those professing to faiths other than Islam”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=989801244391468&id=145582732146661 ]

16. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut penukaran agama secara senyap-senyap sedang berlaku di Malaysia hasil usaha jahat individu-individu, organisasi-organisasi dan kumpulan-kumpulan yang mahu menukar agama penganut agama bukan Islam kepada agama Islam.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 24 Februari 2016 melalui ayat yang berbunyi “Subtle "conversions" are taking place in Malaysia, due to the nefarious efforts of the individuals, organisations and groups that are bent on converting non-Muslims to Muslims, by hook or crook”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/331506 ]

17. Mengapi-apikan penganut agama bukan Islam dengan menyebut penyebaran agama Islam secara senyap-senyap sedang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam portal berita bernama Malaysia Kini pada tarikh 9 Julai 2019 melalui laporan yang berbunyi “Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy today questioned if the Education Ministry is aware of the "subtle preaching" going on in schools”. [ Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/483076 ]

18. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dan penganut agama bukan Islam dengan menyebut sekolah-sekolah serta hampir semua institusi awam dan institusi separuh awam di Malaysia adalah tempat menyemai ketaksuban kaum dan agama.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 4 Mac 2016 melalui ayat yang berbunyi “Not just the schools, in fact almost all public and semi-public institutions have become breeding grounds of racism and religious bigotry”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=1018208418217417&id=145582732146661 ]

19. Mengapi-apikan kaum bukan Melayu dan penganut agama bukan Islam supaya menentang Perdana Menteri dalam isu pengajaran khat di sekolah dan isu Dr Zakir Naik dengan menyebut Perdana Menteri mempunyai motif-motif terselindung dalam isu-isu ini.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 13 Ogos 2019 melalui ayat yang berbunyi “The intensity of opposition is not merely related to the Jawi or khat matter, the PH government’s u-turn on the Lynas project, the continuous unabated attacks on non-Muslims by the fugitive Islamic preacher Zakir Naik gives an impression that the Prime Minister might have some ulterior motives”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=2413775201994058&id=145582732146661 ]

20. Mengapi-apikan pemimpin bukan Melayu dan pemimpin bukan Islam supaya menentang Perdana Menteri dalam isu pengajaran khat di sekolah dan isu Dr Zakir Naik dengan mencabar mereka menyanggah beliau dalam Kabinet.

Kenyataan ini dibuat oleh Dr. P Ramasamy dalam laman Facebook bernama Prof. Dr.Ramasamy pada tarikh 14 Ogos 2019 melalui ayat yang berbunyi “Has anyone said no to Mahathir in the Cabinet on the khat calligraphy, Lynas or even the divisive role of Zakir Naik in the country?”. [ Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?storyfbid=2415346651836913&id=145582732146661 ]

Tulisan-tulisan Dr. P Ramasamy ini tersebar luas, boleh dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia dan boleh mempengaruhi pembacanya dengan kedudukan beliau selaku Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP serta dengan kedudukan beliau selaku bekas seorang profesor.

Selain siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Dr. P Ramasamy juga boleh disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan yang berbunyi, “Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak Mengapi-apikan atau yang mungkin Mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya.”

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

Kerana Difitnah Ulama PAS, ADUN DAP Hantar Saman.

Kenyataan Media YB Edry Faizal, ADUN Dusun Tua | Pada 28 Ogos 2019, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Mokthar Senik telah memuatnaik suatu status Facebook di profil Facebook-nya, “Mokhtar Dup” yang memfitnah saya. 


Status Facebook tersebut antara lain mengandungi poster yang menggunakan foto saya tanpa kebenaran saya, dengan kata-kata kononnya saya mengatakan bahawa rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah kisah dongeng.

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Mokhtar Senik, menuntut, antara lain, supaya beliau menarik balik status tersebut dan memohon maaf kepada saya.

Mokhtar Senik telah membalas surat tuntutan peguam saya dengan mengatakan bahawa itu hanya ‘bahasa kesat/caci maki’ sahaja, tanpa membuat apa-apa permohonan maaf.

Oleh itu saya telah arahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Mokhar Senik.

Peguam-peguam saya telah pada 09 Oktober 2019 memfailkan tuntutan saya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Mokhtar Senik atas kausa tindakan fitnah (defamation) dan kepalsuan niat jahat (malicious falsehood) berkenaan dengan status Facebook tersebut.

Di dalam pernyataan tuntutan saya, saya memohon relief antara lain, gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan, permintaan maaf dan injunksi untuk menghalang Mokhtar Senik daripada menerbitkan kata-kata yang memfitnah saya lagi.

Tujuan saya memfailkan tuntutan tersebut adalah untuk menegakkan hak saya dan membersihkan nama baik saya yang telah dijejaskan oleh Mokhtar Senik.

Saya ingin menambah bahawa saya rasa amat kecewa kerana sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang mengakui paling Islam, Mokhtar Senik gagal melakukan tabayyun atau soal selidik yang diajarkan al-Quran. Atau hadis Nabi bahawa jika tiada perkara baik yang boleh diucapkan, lebih baik diam. Saya dulu sewaktu terima sebaran kononnya Mokhtar Senik menghantar gambar bogelnya kepada seorang gadis bernama Fikah, saya tidak menyebarkannya dan menolak penyebarannya kerana saya mahukan politik matang. Malangnya Mokhtar Senik tidak pula mengamalkan politik yang begitu.

Semoga tindakan ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataaan yang tidak pasti. - 10 Oktober 2019.

Peguam PPBM Kecam Lim Guan Eng Keluar Kenyataan Bela Dua ADUN DAP Terkait LTTE.

HANIFF KHATRI | TANGGUNGJAWAB LIM GUAN ENG SEBAGAI PEMIMPIN PARTI KOMPONEN KERAJAAN & MENTERI KEWANGAN UNTUK TIDAK MEMBERI PERSEPSI PERLANGGARAN PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG !!


Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Tunjang utama yang menjadi dasar kepimpinan Kerajaan Malaysia di bawah PAKATAN HARAPAN adalah pematuhan kepada prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (adherance to the RULE OF LAW).

2. Kepimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia, TUN DR MAHATHIR sebagai Perdana Menteri, tidak pernah jemu-jemu mengingatkan kepada kesemua pihak samada pemimpin Kerajaan mahupun rakyat biasa bahawa kejayaan mana-mana negara bertamaddun seperti MALAYSIA, mestilah bersandarkan kepada penegakan prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (adherance to the RULE OF LAW), untuk menentukan negara tercinta ini tidak terjerumus semula ke tahap kerosakan pra PRU-14 terdahulu.

3. Hatta, ianya adalah menjadi tanggungjawab kesemua pemimpin parti komponen di dalam PAKATAN HARAPAN untuk sentiasa berwaspada agar mana-mana tindak-tanduk mahupun kata-kata setiap mereka tidak mendedahkan kepada tercetusnya PERSEPSI di kalangan Rakyat, seolah-olah KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) cuma dijadikan MANTRA KOSONG yang TIDAK IKHLAS, bak kata pepatah "HANGAT-HANGAT TAHI AYAM". PERSEPSI NEGATIF ini WAJIB menjadi tanggungjawab semua untuk DIJAUHI dan DIHINDARI !!

4. Saya telah awal malam tadi, memberikan komen saya tentang ketidakwajaran pengeluaran Kenyataan pra-matang oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P RAMASAMY sepertimana dilaporkan oleh MALAYSIAKINI bertarikh 10.10.2019 bertajuk "Ramasamy tak gentar, bidas tindakan keras ke atas LTTE", melalui tulisan saya di Siri : 1821 yang baru lalu.

5. Namun malangnya Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi Laporan MALAYSIAKINI 10.10.2019 bertajuk "Polis jamin tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan - Guan Eng" di mana Menteri Kewangan LIM GUAN ENG telah dipetik antara lain sebagai berkata :

"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihak polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan Hariamu Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).",
"Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.",

"Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah.",

"Lim berkata polis mendakwa mereka mempunyai "bukti kukuh" dan telah "merujuk kepada pihak atasan" sebelum mengambil tindakan.", dan

"Polis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal."

6. Tidak dinafikan bahawa penahanan mana-mana ahli parti politik, apatah lagi pemimpinnya oleh pihak berkuasa akan serrta-merta memerlukan kenyataan sokongan dan kepercayaan parti terhadap ketidaklibatan individu-individu terbabit dalam kelakuan jenayah itu adalah dizahirkan, malah dengan menghulurkan bantuan guaman serta-merta yang perlu kepada individu berkenaan, selari dengan konsep tanggungjawab parti untuk memelihara kebajikan ahli mereka. Namun, ianya juga adalah amat penting agar kata-kata mahupun tindak-tanduk pemimpin parti politik itu tidak mencetuskan PERSEPSI NEGATIF seolah-olah adanya penyalahgunaan kuasa salah di tahap para pemimpin yang memegang jawatan dalam Kerajaan, apatah lagi sebagai MENTERI KEWANGAN seperti LIM GUAN ENG.

7. Berhubung dengan isu ini saya perlu merekodkan kerisauan saya tentang PERSEPSI NEGATIF yang mungkin tercetus di kalangan Rakyat tentang kononnya wujud campurtangan salah LIM GUAN ENG dalam urusan kerja siasatan jenayah POLIS, serta PERSEPSI NEGATIF lanjut tentang kononnya akan wujud layanan istimewa diberi kepada pemimpin parti politik DAP terbabit, disebabkan campurtangan salah itu !!
8. Bahagian petikan kenyataan LIM GUAN ENG, seperti yang dipetik dan dilaporkan oleh Laporan MALAYSIAKINI yang boleh menimbulkan PERSEPSI NEGATIF berkenaan adalah :

(a) "Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan,"

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah pihak POLIS akan memberi maklumat bahawa " ... tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan .. ", sedangkan SIASATAN alegasi jenayah"TERRORISME LTTE" ini masih BELUM TAMAT ??!!

(b) "Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah."

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah pihak parti DAP boleh memperolehi bukti untuk meyakinkan pihak POLIS bahawa " ... kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah ... ", berhubung alegasi jenayah"TERRORISME LTTE", sedangkan kuasa SIASATAN dan perolehan BUKTI lengkap adalah di bawah kuasa POLIS ??!!
(c) "Polis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal."

Persoalannya adalah :

Bagaimanakah LIM GUAN ENG boleh menyatakan walaupun betul bahawa POLIS boleh " ... berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara ... ", namun semestinya HASIL SIASATAN itu akan " ... membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal.", sedangkan BEBAS dari segi undang-undang bermaksud "TIDAK BERSALAH" ??!!

9. Saya sesungguhnya SARANkan dengan tegas, bahawa kesemua pemimpin politik dalam PAKATAN HARAPAN, walaupun difahami akan terkesan dengan alegasi penglibatan ahli-ahlinya dalam JENAYAH TERRORISME" yang serius ini, namun hendaklah sentiasa berusaha untuk menegakkan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW), dan menjauhi daripada mengambil tindak-tanduk atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menjurus kepada tercetusnya PERSEPSI NEGATIF campurtangan salah pemimpin Kerajaan dalam meruntuhkan tunjang KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW).

10. Sekiranya tidak, ianya adalah dikhuatiri bahawa segala usaha murni kesemua pihak yang brerjuang di bawah teraju TUN DR MAHATHIR dengan tungkus lumus dalam menjatuhkan Kerajaan Kleptokrasi terdahulu melalui kejayaan PRU-14, akan menjadi sia-sia, cuma disebabkan "KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGGA" !!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Khamis, 10 Oktober 2019

Isu Jual Aset Khazanah, Najib Sekolahkan Azmin.

NAJIB RAZAK | Menteri Kalis Kamera CCTV jawab "Najib jual 84 aset dalam tempoh 10 tahun. Oleh itu, apa salahnya Khazanah jual aset?".

Seolah-olah dia nak kata, "Najib pun pernah kahwin dua kali. Oleh itu apa salahnya jika saya ada kekasih di Sandakan?".


Itulah. Konteksnya sangat berbeza.

Masa saya pengerusi Khazanah, kita jual aset untuk menambah pelaburan baru supaya nilai aset Khazanah terus berkembang.

Oleh itu, nilai aset bersih (selepas tolak hutang) naik hampir 3 1/2 kali ganda dari RM33 bilion menjadi RM116 bilion dan Khazanah tidak pernah mengalami satu tahun di mana mereka umum kerugian.

Ini bersamaan dengan kadar pulangan 15% setiap tahun.

Tetapi masa PH pula, nilai aset bersih Khazanah jatuh RM25 bilion dari RM116 bilion menjadi RM91 bilion.

Dia tahu beza tak?

Dia kata saya jual 84 aset dalam tempoh 9 tahun 4 bulan dari 2009 hingga awal tahun 2018 tetapi dia tak berani beri nilai berapakahnya jumlah nilai aset-aset ini.

Oleh itu, saya petik dari jawapan A Kadir Jasin yang kata saya jual 80 aset dalam tempoh 9 tahun aset dengan nilai RM45.3 bilion - atau purata nilai jualan RM5 bilion setiap tahun.

Yang PH jual 12 aset dalam masa setahun dengan nilai RM25.6 bilion itu apa cerita?

Itupun belum masuk aset-aset yang dijual oleh anak syarikat Khazanah seperti UEM, Axiata dan sebagainya serta penjualan oleh GLC-GLC lain seperti Tabung Haji, FGV, PNB dan lain-lain.

Nak banding RM5 bilion setahun dengan RM25.6 bilion pada masa

Aset baru apa yang ditambah selain menjual?

Selepas itu, dia dengan amat bangga kata Khazanah rugi RM6.3 bilion itu adalah salah BN tetapi dia yakin Khazanah akan untung RM5 bilion.

Eh Menteri... Nilai aset Khazanah merosot RM25 bilion tahun lepas akibat pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia.

Ini tak menyumbang kepada kerugian Khazanah ke?

Lagipun, Khazanah sendiri pernah kata beberapa bahawa menjual aset baru-baru ini amat menguntungkan.

So, dia sangat berbangga kerana dia untung apabila jual aset yang dibina masa Najib ke?

Banyak cantik, dia kata. Rugi itu salah BN tapi untung itu kredit PH.

Lepas itu dia bagi lagi alasan baru bahawa jual aset adalah untuk membayar hutang Khazanah.

Kadar pulangan aset Khazanah adalah 15% setiap tahun.

Sebab apa kamu nak jual aset yang memberi pulangan 15% setiap tahun untuk bayar hutang pada kadar 4% setahun?

Dia faham ke?
Tetapi jawapan yang paling saya tak tahan ialah apabila dia mempertahankan keputusan kerajaan jual saham IHH Berhad kepada Jepun.

Dia kata masa itu harga pasaran saham IHH masa itu adalah RM5. Jepun tawar RM6.

Oleh itu, dia jual lah. Untung 20%!

Hello min.

Harga saham IHH Berhad pernah lebih dari RM6.70 sebelum PRU14.

Oleh kerana bursa saham menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia, harga IHH Berhad turut turun juga.

Ianya memang amalan biasa apabila sesebuah syarikat nak beli block kepentingan saham yang besar dalam sesebuah syarikat, mereka akan membuat tawaran dengan harga lebih tinggi - ataupun takeover "premium".

Kerana pembeli Jepun itu tahu orang PH tak berapa bijak, mereka pun mengambil kesempatan pada masa pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia untuk tawar premium cuma 20% sahaja pada harga saham RM6.

Dan PH pun setuju dan syarikat Jepun itu menjadi pemilik saham terbesar dalam IHH Berhad yang kita bina dari tidak wujud pada tahun 2010 menjadi rangkaian hospital swasta kedua terbesar dalam dunia.

Harga pasaran saham selepas Khazanah jual pun memulih sedikit dan pernah naik sehingga RM5.95 dan hari ini masih ada pada harga RM5.67 - iaitu lebih tinggi dari harga RM5 yang Menteri itu sebut hari ini.

Kenapa pulak PH borong aset-aset negara begitu banyak pada masa pasaran saham adalah paling corot dalam dunia serta dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot?

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/615996/84-aset-khazanah-dilupuskan-antara-2009-hingga-april-2018

Soalan Jawab Mengenai Laporan Kewangan LTAT 2018 Dan Kenapa Dividen 2% Sahaja..

POLITIK | Keputusan memberikan dividen hanya 2% sahaja dan terendah dalam sejarah membuatkan Pakatan Harapan ditempelak teruk oleh netizens. 

Tidak hanya itu, Rafizi juga disindir kerana suatu ketika dahulu pernah mempertikaikan pembayaran dividen 12% sedangkan 2% adalah lebih rendah dari apa yang pernah dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Disebabkan itu, LTAT akhirnya mengeluarkan beberapa siri soal jawab bagi menjawab kritikan umum mengenai prestasi kewangan LTAT.

Berikut dibawah adalah infografik untuk pemahaman dan semakan anda semua.

1. Maksud bayar dividen diluar kemampuan.


2. Maksud IMPAK keuntungan terkumpul.


 3. Mengapa DIVIDEN hanya 2% sahaja?


4. Kenapa perlu buat penyataan semula tahun kewangan 2016 dan 2017?


5. Bagaimana LTAT akan mengatasi perkara ini?


6. Apakah yang ditemui selepas audit?


7. Impak LTAT mengikuti peraturan MFRS.


8. Kenapa anak syarikat tak terima bayaran dividen? 

 
Setelah membaca dan memahami fakta ini, bolehlah anda membuat kesimpulan masing-masing samada mahu terus membantah ataupun menyokong keputusan LTAT, terserah. - 10 Oktober 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...