Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 April 2011

Pelawak otai diburu polis akibat mencabul pelajar.






Pelawak otai neh sapa? Cuba korang teka? Baca bawah ;


KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.
Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.
Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.
“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.
“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.
Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.
“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.
Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.
Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.
Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.
Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Point penting untuk kenal pelawak otai terbabit ialah ;
1. Berusia 63 ataupun dah 60 tahun ke atas lah.

2. Popular tahun 70 an.

3. Pelawak tersebut otai = dah lama dalam industri hiburan / dah ada banyak pengalaman

4. Memberikan tumpuan kepada pengarahan.

Siapakah pelawak ini? Aku rasa bukan Salih Yaakob. Takan A.R Badul kot? Sapa korang rasa?

Proton exora ada hadiah menarik untuk anda. 
Menangi tiket F1 sambil bertemu Rain. Klik sini 

Ameno : Pelawak ke pencabul?

Share this

19 Responses to " Pelawak otai diburu polis akibat mencabul pelajar. "

  1. haha..malaysia dah jadi negara porno

    BalasPadam
  2. bukan porno..worst than that. negara pedo. beware of pedo bear.hahahaha

    BalasPadam
  3. "Siapakah pelawak ini? Aku rasa bukan Salih Yaakob. Takan A.R Badul kot? Sapa korang rasa?"

    kenapa perlu tulis begini? cuba nk tmbulkan fitnah? nk sruh orng buat andaian sndiri. kita selalu marah UMNO kaki fitnah, tapi xkan kita pn nak ikut perangai dia. kalau tak tau snyap sudah, takde kepentingan langsung unutk negara kalu ko wat persoalan dengan sebut nama mereka berdua..

    BalasPadam
  4. ish!!!tolonglahh..dah tua, xsdar2 diri lagi..kubur dah pggil oiii..

    BalasPadam
  5. selagi blom kuar lagy statement yg btol, jgn suka suki nk tuduh sape2... nnt jd fitnah.

    BalasPadam
  6. jwpnnya:A.R Badul

    BalasPadam
  7. Panazz!!! Pelawak A R Badul Diburu Polis Selepas Pelajar Berusia 13 Tahun Lapor Dicabul 3 Kali Olehnya....

    *

    http://2.bp.blogspot.com/_mPzwP9d6ZzM/SG-Qx-qVKJI/AAAAAAAAAY0/8x4ImfTZ4T8/s320/ar%2Bbadul.jpg

    Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

    Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

    Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

    Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

    Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.

    Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

    “Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

    “Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.

    Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

    “Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.

    “Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.

    “Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.

    Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

    “Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.

    Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

    Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

    BalasPadam
  8. AR badul? ntahlah. Takder bukti pun lagi stakat ni. Dia tu dh byk kali kahwin.

    BalasPadam
  9. video x de ke..hahaha

    BalasPadam
  10. Macam2 sekarang ni.Dari penjenayah tegar , menteri n sampai pelakon pelawak pun nak buat masalah.xpelah,kan "Malaysia negara Islam contoh".
    April Fool : Bulan memperbodohkan atau anda yang dibodohkan?

    BalasPadam
  11. pa dia la mangkuk otai ni buat..kalau dah gatai sangat..p la kawin lg 1 ka dua lagi la tak pon 3..tu la dok rajin sangat gelak sampai mana 1 lawak mana 1 sengal pon tak reti beza..patut orang2 tua la jadi pandai bukan bangang laguni..hak tuih kat orang tua lagu ni
    lagi 1 ni mungkin pasai bini dia tak bg..ni pon boleh jadi sbbkan bini tak bg laki yg gersang berkawin..pastuh jadi camni..igtlah wahai kaum hawa..bg la laki hangpa kawin..kalo dak hangpa nya laki simpan pompuan atau khalwat ntah apa..hangpa ni kaum hawa jugak yang dapat penangan..pastuh p katok pompuan simpanan tuh..padahal hangpa tuh tak bagi sgt

    BalasPadam
  12. semoga yg salah dapat balasannya. jangan menuduh sembarangan

    BalasPadam
  13. org2 tua skg mmg tak sedaq diri..menyampah aku..

    BalasPadam
  14. org2 tua skg mmg tak sedaq diri..menyampah aku..

    BalasPadam
  15. "Siapakah pelawak ini? Aku rasa bukan Salih Yaakob. Takan A.R Badul kot? Sapa korang rasa?"

    kenapa perlu tulis begini? cuba nk tmbulkan fitnah? nk sruh orng buat andaian sndiri. kita selalu marah UMNO kaki fitnah, tapi xkan kita pn nak ikut perangai dia. kalau tak tau snyap sudah, takde kepentingan langsung unutk negara kalu ko wat persoalan dengan sebut nama mereka berdua..

    BalasPadam
  16. bukan porno..worst than that. negara pedo. beware of pedo bear.hahahaha

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...