Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 April 2011

PAS : Bersedia kah pas menerima kritikan?

Setelah menganalisis punca kekalahan besar pas di sarawak dan di beberapa siri prk jelaslah yang pas semakin jatuh dengan teruk.  Ini ialah pandangan ikhlas aku terhadap beberapa perubahan yang pas kena buat ;

1. Ubah persepsi masyarakat.

Perkara pertama yang pas perlu buat ialah ubah persepsi masyarakat. Apa persepsi masyarakat kpd pas? Mereka memandang pas sebagai parti pro-agama. Adakah islam itu agama semata2? Islam bukan agama. Islam ialah cara kehidupan yang di anjurkan oleh Allah swt kpd umatNya. Pas perlu keluar dari kelompok agama dan masuk ke dalam islam. Islam lebih luas dari agama. Oleh itu kegiatan dakwah pas tidak harus tertumpu kepada kpd cabang politik dan dakwah semata2.

2. Ganti alim kepada baik.

Pas seringkali tunjukkan kpd masyarakat bahawa mereka lebih alim dari orang lain [umno]. Sikap alim tidak salah. Tetapi org takut nak dekat dengan orang alim. Bagi mereka, orang alim hanya tahu ceramah sahaja. Orang alim tak suka hiburan. Orang alim hanya beribadat 24 jam. Orang alim tak pandai hal2 duniawi [pentadbiran / pembangunan] . Jika ini persepsi mereka kepada pas jadi macam mana mereka nak dekati [undi] pas? 

3. Berhenti gunakan surau / masjid tempat untuk kepentingan parti.

Pas patut berhenti gunakan surau dan masjid tempat untuk kepentingan parti. Contohnya berhenti berceramah mengenai keburukan kerajaan secara langsung. Sebaliknya kenalkan islam kepada jemaah. Dengan membantu para jemaah mendalami islam secara tidak langsung mereka sedar akan kelemahan [keburukkan] kerajaan. Jangan gunakan surau/masjid untuk mengherdik kerajaan dengan kasar dan meraih sokongan jemaah kpd pas [niat peribadi dan tersembunyi].

Sebaliknya tunjukkan mereka kehidupan islam yang sebenar dan yg harus di amalkan. Lama kelamaan mereka akan sedar dan berpihak kpd pas secara tidak langsung. Nabi saw berpolitik dalam masjid ttp tidak mengherdik dan bercerita keburukan orang yang tidak suka kpd Nabi saw dalam masjid. Tetapi pas berpolitik dalam masjid dan bercerita keburukan orang yang PAS tidak SUKA dalam masjid. Kan ada beza orang yang tak suka kita dan orang yang kita tak suka.

Sentimen benci kepada individu dan parti tidak boleh dibawa semasa berceramah. Bencilah prbuatan mereka. Bukan nya parti dan individu tersebut. Kalau pas nak ganti umno, pasti kena ganti sikap buruk pas terlebih dahulu. Dalam pas tgna antara contoh terbaik menggunakan pendekatan ini. Sama juga dengan ustaz azizan. Setiap kali ceramah agama mereka takde sebut pun kerajaan itu ini. Sebaliknya mereka sampaikan apa yang tertera dalam Alquran.

Pas perlu faham dan fahamkan pengikut pas bahawa ada beza pentas ceramah politik dan pentas ceramah agama. Bukan semua ceramah pas, ialah ceramah agama. Ttp ada yang salah faham. Asal pas berceramah, mesti bab agama. Bila pas sebut nama umno, mereka dah marah kata pas sesat sbb campur adukkan ceramah agama dan politik. Padahal bukan semua ceramah pas ialah ceramah agama. Ada ceramah politik dan ramai yang tak faham ini.

4. Buka keahlian pas kepada bukan islam.

Pas ialah parti yang memperjuangkan islam. Bukan memperjuangkan orang islam. Allah swt tak cipta orang islam sahaja. Ada orang bukan islam wujud di dunia ini. Macam mana nak berdakwah kpd bukan islam kalau parti pun hanya menerima org islam sahaja? Orang bukan islam patut dibuka peluang duduk dalam pas dan bertanding di dalam kawasan2 yg memiliki majoriti undi org bukan islam. Meskipun mereka tak boleh menjadi pemimpin tertinggi pas [adalah tak logik org bkn islam pimpin org islam utk berdakwah islam] ttp mereka blh membantu mendekatkan org2 bkn islam kpd org islam. Sekaligus memahami bahawa islam untuk semua.

5. Tukar slogan pas.

slogan pas for all bukan tak bagus. Bagus. tp tak sebagus slogan islam for all. Islam for all lagi bagus. Idea neh datang dari org umno dan saya lihat ia idea yang bernas. Islam mmg untuk semua. Anda selamat di bawah islam samada org islam ataupun org bukan islam.

6. Tubuhkan skuad siasat pas.

Skuad siasat pas ialah skuad yang digunakan untuk menyiasat masalah2 org kampung/penduduk di sekitarnya. Dia siasat dan dia laporkan pada adun di tempatnya. Adun pula bawa kes neh kepada ahli parlimen untuk dibentang. Idea neh boleh membantu menaikkan imej pas. Nak harapkan ahli parlimen turun padang hari2 adalah mustahil. Begitu juga dengan adun. Lebih baik buat kerja gotong royong. Dari bawah sampai ke atas berkerjasama. Dan kalau boleh jadikan markas pas tempat terbuka utk org adu masalah juga. Kalau ada sesiapa nak buat aduan, mereka singgah ke markas pas. Tetapkan hari sekian2. So adun2/wakil rakyat ada kat situ pd hari2 tertentu. 

Tapi bukan semua org susah dan yg memerlukan bantuan blh datang ke markas. Sbb itu skuad siasat pas kena ada. Mereka ini siasat masalah penduduk di sekitar. Buat masa sekarang mmg sukar nak cari dana untuk biayai skuad siasat neh, tp takpelah buatlah secara sukarela dulu. Kata org part-time. Ada 1 org wakil di satu daerah, 1ketua di peringkat bandar dan 1 ketua di satu negeri jadilah. Buat permulaan.


7. Terima pendapat anak muda.

Pas perlu banyak mendengar dan menerima pandangan org muda. Kalau boleh ganti juga calon2 pas kpd anak2 muda. Agak2 kalau calon tue dah 2x kalah di pentas pilihanraya, tukar calon yg lebih muda pula. Berilah peluang dan harapan pada anak2 muda dalam pas.

8. Tubuhkan skuad blogger pas.

kalau diperhatikan blogger2 pas tak konsisten mcm bloggers dap dan pkr. Mereka tersusun dan terima maklumat terus dari org atas. Tapi pas? Setakat neh yg terbaik adalah dari perak. Itupun tak konsisten. Saya harap ada lah mana2 wakil  adun perak pas yg nak berkerjasama dengan saya. Saya boleh dihubungi di sini orderonline2010@gmail.com . Tapi ada syaratnya. Saya taknak membodek utk duit. Tenkiu.

Lagi satu janganlah main ambil sebarangan blogger jadi blogger mewakili pas. Pas patut buat ujian kelayakan. Maksudnya di sini adakah seseorang blogger itu menyokong pas kerana mereka benar2 faham perjuangan pas ataupun terikut2 sentimen kebencian kpd kerajaan? Kalau terikut2 sentimen kebencian kepada kerajaan, sampai bila2 pun mereka tak berani suarakn keburukan pas secara terbuka.

9. Dekati selebriti dan pujuk mereka masuk pas.

Nampak macam biasa2 tp tahu kah pengaruh selebriti2 neh kepada golongan anak muda ataupun org2 yg tak minat politik? Besar. Ianya fenomena. Kalau agak2 nampak ada selebriti2 yg dekat kpd perjuangan pas, dekati mereka dan pujuk mereka masuk pas. Kalau ada komposer2 yg pro-pas, suruh mereka cipta lagu untuk pas. Lagu2 neh penting utk naikkan semangat juang kita. Especially lagu2 yg sedap2 didengar. Sekaligus akan menaikkan nama pas. Tak payah sebut pas secara langsung dalam lirik2 lagu. Cukuplah ia mengambarkan situasi pas sebagai parti islam dan perjuangan pas dalam mendaulatkan islam di malaysia.

10. Ubah persepsi dap terhadap pas.

Umum tahu selain dari umno, dap juga penyumbang terbesar kenapa org bukan islam benci pas. Lim kit siang dan karpal singh adalah dua individu yg menyebabkan pas dicaci dan dikeji oleh org2 bukan islam. Aku sendiri pernah benci pas bila terbaca statement melulu dari lim kit siang dulu2. Fuck you. Menyebabkan aku salah sangka pada pas.  Tapi takpe. Siapalah lim kit siang yg aku sibuk nak salah2kan sangat. Dia bkn islam mmg lah dia begitu racist. Nasib baik akhlak racist lim kit siang tidak ditiru oleh lim guan eng. Aku blh memahami perjuangan dap, hanya kerana lim guan eng ada kat sana. Kalau takde lim guan eng, mati2 aku nak terima dap. 

Dap ialah parti racist sama sebijik macamlah umno. Sebab itulah pas kena fahamkan dap apa itu perjuangan pas yang sebenarnya. Agak2 kalau dap taknak faham dan terima juga, angkat kaki je lah. Kita tak rugi besar pun. Yang rugi dap. Orang melayu dan islam tentu2 takan undi dap lagi. Orang2 bukan islam pula berpecah belah. Ada dap, ada gerakan, ada pkr ada mca dan mic. Sukar bagi dap nak kekalkan momentun dia kalau org islam tak percaya kat dap dah.

11. Berhenti menyibuk hal rumahtangga dap dan pkr.

Pas 3 tahun neh kerja dia hanyalah menaikkan imej dap dan pkr. Pkr dah naikkan imej dia. Dap pun macam tue. Tapi pas tak naikkan imej dia. Tahu dia buat apa? dia sibuk naikkan parti org lain. Sbb tue parti org lain menang tp parti dia kalah. Padan muka. Aku dan pas. Sbb aku penyokong pas.

Sama gak baru2 neh bila utusan dan umno attack dap. Yang kena attack dap, yang melenting pas. Bila utusan attack pas, takde dengar pula telinga yg dap bela pas. Cinta sebelah tangan ka neh? Oleh itu janganlah menyibuk sangat hal kain dalam dap.  Racist sama racist bergaduh apa nak diherankan sangat. Dap mmg racist. parti pro anti- islam. Tak racist ka tue? Ada ka org kafir yg tak anti islam? Ada ka org kafir yg blh terima islam? Ada. Tapi bukan dap. Cuma lim guan eng. Ada beza kat situ. Ye. Ada beza. 

Selagi dalam dap ada lim kit siang, ada karpal  singh, ada gobind deo, ada tony pua, elok jangan beria2 sangat bela dap. Lagipun dap tak heran pun dengan kita. Ingat dia pandang ka pas? G mampuslah ko lah pas. Ko nak islam, ko syok sendiri ja. Heh

Kalau individu2 racist dalam dap kurang ataupun minor, insya-Allah dap akan terima pas. Tapi jangan hadap sangat selagi lim kit siang hidup. Dia anti org islam no 1. 

Dan org2 umno dan atas pagar mula hilang respect pada pas.  Pas suka menyibuk pada perkara2 yg tak perlu dan tak tentu hala yang melibatkan dap. Kalau dap pun tak masuk campur urusan parti kita, usahlah kita masuk campur dalam urusan parti dap. Isu judi di kelantan berjaya menaikkan imej pas dan reputasi pas ttp yelah cuma di kelantan dan kedah je lah. Di perak pas masih lagi sibuk mengikut kehendak dap yang entah hapa2 tue. Tak faham aku. Aku dok perak dan aku rasa pas perak neh makin lama makin meroyan ikut perangai dap buat apa?

12. Buat website tersusun.

Cubalah buat website pas yg tersusun dan teratur lengkap dengan segala informasi. Dari maklumat, alamat, no,email wakil2 pas di parlimen, adun, aktiviti2 terbaru, berita2 terbaru, sekolah2 agama agama bawah pas, pasti dan sentiasa kemaskini kan ia.  Apa peruntukan? Tengok bawah pula.

13. Buat jenama pas.

Yang neh aku bagi special kat pas. Tahu tak tangan yg memberi lebih baik dari yang menerima. So sampai bila pas nak pungut derma dan minta sedekah? Sampai bila? Elok terokai satu bisnes. Buatlah topi ka, baju ka, sticker ka, peh tue jual online. Buat banyak2 pun takpe. Jadi pemborong. So kami ahli2 pas blh amek borong dan jual pula kat sini. Bukan seme ada internet ye tak? 

Peh tue buatlah bisnes makanan. Bisnes apa2 pun jadilah janji halal. Buka cybercafe islamiah pun bagus. Buat cybercafe besar2 dan buat banyak2 cawangan. Bila bisnes maju takde lah pas ke sana ke mari nak minta bantuan. At least duit keuntungan blh digunakan utk tampung operasi parti. Apa dia kroni? Alamak, asing2kan lah bisnes2 mcm neh daripada masuk ke dalam agensi kerajaan ya kalau2 pas dah berjaya pegang kuasa pusat kelak.

14. Buat aktiviti sukan.
Yang neh lagi best. Anjurkan pertandingan sukan antara pas negeri2. Bola sepak ke bola jaring ke lantaklah. Janji ada aktiviti utk sesama jemaah pas saling kenal mengenal. Bila ada aktiviti2 mcm neh org2 muda suka dekat. Biasalah sukan kan, sapa tak suka. Dari situ leh tarik anak2 muda join pas.  Nak buat tiap2 bulan mmg pengsan. Buatlah acara ttp 3 tahun sekali ke. Amacam?

Pas perlu berubah dan sedia menerima perubahan. Anak2 muda bukan mcm dulu. Jika pas dilihat agak old-fashion sampai bila2 pun org takmo dekat. Asyik pakai kopiah dan baju putih je. Sekali sekala cubalah bersukan dan dekatkn diri dengan jemaah dan ahli2 biasa pas. Bukan rugi apa pun. Seronok lagi ada. Silap2 boleh tambah bini baru. Hehehehe..

15. Ganti hadi dan nasha.

Yang neh saja aku boh last. Aku takde sentimen ikut-ikutan kebencian tulangbesi kpd mereka berdua neh. Aku kaji dan nilai sendiri prestasi pemimpin aku berdasarkan maklumat yang aku ada. Mereka berdua ialah pemimpin yg berada di tahap yang paling lemah dan tidak mampu mengangkat pas ke satu arah yg lebih baik. Bila dap kecam isu valentine, suara hadi aku tak dengar. Nasha? Lagi lah haru. Inikan pula isu judi. Haramm.. Bukanlah aku nak kan pemimpin2 yg kuat maki hamun cam deris tue, tp biarlah suara mereka ada di saat2 yg diperlukan. Tidur ka apa? Jangan marah yerk, aku tanya je. Bagi ustaz azizan lah pimpin pas. Aku suka dia. Heheheh..

Arhh sudah aku lupa satu benda lagi. Aku sambung bawah balik.

16. Berhenti tuding jari.

Sedar tak sedar kerja pas asyik tuding jari kat umno je. Mmg betul umno salah. Aku setuju sangat2. Tapi daripada kita tunding jari dan membuatkan org2 umno benci kat kita, apa kata kita ubah pendekatan sket. Kita kenalkan alternatif kepada permasalahan yang umno cipta. Tak kira lah apa masalahnya pun, kita bagi penyelesaian. Lama kelamaan rakyat akan sedar sendiri. Apa kerja umno neh dok bagi masalah tp pas pula dok bagi idea utk settle masalah. Kan dari situ pas akan meraih sokongan dan kepercayaan masyarakat. Pas bukan parti rasuah dan rakyat sedar itu. Ttp mereka fikir pas tak reti buat kerja dan tadbir negara. Kalau pas selalu hadir dengan idea2 bernas dan kreatif insya-Allah persepsi lama akan mati.

Nota : Ketika aku benci pas ialah ketika aku di bangku sekolah menengah. Keluar sekolah, kenal dunia baru aku kenal mana 1 jahat. 

Ameno : Idea aku mmg banyak je nak bagi khusus pada pas, sbb aku sayang pas. Tapi entah pas sayang aku ke tidak neh. Heh

Share this

22 Responses to " PAS : Bersedia kah pas menerima kritikan? "

  1. tak tak..terlalu berat sebenarnya permintaan ni..macam Khalis lebih suka kalau PAS bagitau apa kerja mereka semenjak jadi kerajaan.. sudah2la menjawab soalan dengan jawapan..bagi bukti kat kami orang muda PAS blh buat pembangunan,, Ini bila ceramah kutuk itu kroni..kutuk ini porno..NOOO..kami nak kemajuan yang blh nampak..yg kalau orang UMNO tanya..kami blh bagitau..itu pas punya projek..pembentongan banjir contohnya..dan memang dah tak banjir2 dah,,itu yg nak..

    Email 1 Malaysia!!! penting untuk rakyat malaysia
    Jom anti PAS!!!??
    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    BalasPadam
  2. LIKE lapan belas juta kali.

    Kalau semua pemimpin PAS ada mentaliti camni.. memang bye bye la UMNO. Aku pon akan sokong PAS.

    Rakyat memang nak buang UMNO, tapi masalahnya tak ada lagi yg cukup credible utk ganti UMNO. Sebab tu ramai lagi yg tolak PR. Bukan sebab tak sedar, tapi memang itu je pilihan yg ada...

    BalasPadam
  3. betol tu..perbaiki ceramah je..jgn kuat sgt hentam..byk ceritakan dasar parti n dkt ngan Islam..perbaiki tu je..takot kurang keberkatan kalo wat camtu..kalo amalkan ni slalu InsyaAllah Allah akan bantu..

    BalasPadam
  4. 88888 juta kali like....ade betol nye tu...

    BalasPadam
  5. pd pndpt sy pula berbeza cnth di kwsn sy pas adalah parti y plg dekat dgn masyarakt di sne krna apa di parti pas y mngnjurkn mjlis korban y mndpt smbtn amat mengglkkn, anjurkan sukaneka, tmbhn itu ahli2 y menerajuinya adalah bkn calang2 org dr glgn profesionnal berbagai pakar lgi...tmbhn itu untuk glgn ibu tggl pula mereka la memberi smbgn..plus jika diaadakn knduri atau mjlis pd pndpt sy lebih harmoni bila bersme mereka krn memasak smbil berzikir bknla sprti sesetgh y ske mngmpt dan mngmbil th hal org lain....tmbhn itu jg kdg2 ustaz y dtg tidk mnybt secr direct ttp mereka menybt berdasar hadis dan al-quran untuk mnegur msyrkt di tmpt sy..namun jiwa mereka sudh sebati dgn y sedia ada...hnya y sedar dan bke mate shje akn berfikir..

    BalasPadam
  6. Sebenarnya ia ada berbentuk khusus dan umum. Untuk berbagai aktiviti atau program serta gerai untuk dana boleh dilakukan tetapi anak muda juga perlu aktif menghadirkan diri sebab tenaga kerja amat diperlukan.

    VIDEO : Cikgu terkinja-kinja di dalam sekolah!!!
    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?
    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

    BalasPadam
  7. bercakap,idea mmg bnyk..nampak mudah tp utk melaksanakan.....Ya Allah berilah kami petunjuk...

    my comment:untuk menjayakan ini,perlukan bilangan ajk aktif yang ramai..terbatas utk lakukan ini kerana ramai yang tidak berani tampil kerana kerajaan sedia ada sering mengecam mahupun menyusahkan ahli pas yang aktif.

    ataupun mungkin ramai yang mahu aktif,tetapi rasa rendah diri kerana tahap ilmu agama tidak tinggi..kerana pas sinonim dgn kepimpinan taraf ulama.di sini mgkin ada kefahaman yg perlu diperbaiki oleh pihak PAS..Ameno mahupun siapa2 hendaklah bantu menyeru agar ramai lebih berani utk aktif, bkn setakat dalam alam maya shj..

    pujian harus diberikan kepada ajk pas yang aktif,kerana mereka ini bukanlah seperti umno/bn yang menggunakan umpan duit spya ramai aktif dlm perjuangan mereka..mereka ini menghabiskan wang dan daya upaya utk jihad ke jalan Allah.

    p/s:bn menggunakan duit rakyat utk berkempen,sogok dan pas menggunakan wang sumbangan.sepatutnya wang kerajaan tidak boleh digunakan oleh parti politik sewaktu pilihanraya utk elakkan kes2 rasuah semasa pilihanraya.

    BalasPadam
  8. setuju dgn isu 11.....berhenti menyibuk hal DAP n PKR...walaupun sebumbung, dorg dh naikkan imej masing2....PAS terkebelakang.....Jaga tepi kain org 10%....tepi kain sendiri mesti 90%.....

    BalasPadam
  9. Bagi aku ini sume soal imej... Ramai profesional dlm pas perlu aktif dan mnjawat jawatan tertinggi dlm shaf kepimpinan... Jgn dok pikir sgt berkenaan soal x cukup lebai... Cara pas tarbiah org patut kna ubah sket... Ibarat org dah berenti isap rokok, x guna kita ajak diorg berenti rokok lg... Cuba cari idea mcmna nk ajak org yg tgh kemaruk hisap rokok tu berenti.. Tu contoh r tu... Lo ni kita dok wat ceramah, tp yg hadir 90%(klu x pun 95%) yg mmg dah nk pngkah PR... Kna ikhtiar kaedah baru utk g ke pngundi atas pgr... PAS kna ada pakar strategi utk lwn perang propaganda be end... Ramai yg bnci umno tp x de choice, terpksa gak amek diorg... Satu lgi, soal pndukung.. Aku rasa kita mmg byk kekurangan pendukung utk mngerakkan jentera parti.... So, yg mna mampu tu jgn tgk ajer... Tp puak atasan kna tgk gak agar mereka ni berul ttg konsep prjuangan kita... Wallahua'lam...

    BalasPadam
  10. Kutuk kt no4..then sendiri jwb blk kt no5..apa ni..tak fahamla..then byk lg kekeliruan yg lain.kesimpulannya abg milo ni mcm tak cukup knl PAS je ni..sedihla..:(

    BalasPadam
  11. setuju sgt dgn pandangan encik hamba di atas..
    sebenarnya apa yg penulis ini cadangkan telah byk dilakukan oleh pas sama ada di peringkat kawasan atau negeri. cuma mungkin belum cukup menyeluruh utk pengetahuan semua masyarakat.
    jadi org muda yg punya pelbagai latar belakang dan kepakaran, mari la kita aktif dgn pas di tempat masing2 :)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum wrt...

    Buat Saudara Ameno World (eheh, bajet skema je)..aku just nak tanya, kau duduk kat kawasan mana??pernah gi pejabat pas kat kawasan tu tak??if tak pernah, aku sarankan kau tunjuk muka kat situ then tanya la org kat situ, macam mana nak joint usrah kawasan ni..asas tarbiyyah adalah usrah..nak kenal Pas dengan sedalam-dalamnya, then joint usrah and gerak kerja Pas sekali..bila dah joint usrah, insyaAllah jalan untuk kita berjuang dan bekerja atas tiket seorang pejuang Islam yang sebenar akan terbuka luas..pemahaman asas berkenaan apa yang sebenarnya Pas nak bawa, apa yang Pas perjuangkan, apa stand pemimpin berkenaan kerjasama politik dengan PKR n DAP tu??semua tu kita tak kan tahu selagi kita tak bertanya terus kepada orang yang sepatutnya..apa yg kau cadangkan tu insyaAllah memang ada dalam senarai gerak kerja...cuma mungkin bukan kita yang pegang media, maka aktiviti2 dan program yang dilaksanakan tidak sampai kepada pengetahuan umum..Pas jgk ada laman web sendiri...ke kau rasa xcukup informasi drpd situ..well, xkan semua nak letak kat situ..kena ada rahsia dan waspadanya...aku sebenarnya bangga ada orang macam kau Ameno dan sayang kalau kau tidak berapa faham dengan jatuh bangun Pas neh..maka, cadangan aku, itulah, sila la join usrah kawasan..tak pun usrah anak negeri..banyak je bhai kalau nak dekat dengan Pas..banyak je aku nak citer pasal Pas, tapi bila kau cari sendiri, lagi bermakna bagi aku..sebab Pas bukan sekadar parti politik semata-mata, tapi satu gerakan dakwah dan tarbiyyah untuk menyambung rantai perjuangan Rasulullah menegakkan Daulah Islamiyyah..seterusnya menegakkan Khilafah..Saidina Umar pernah berkata pada tentera2 Islam, Allah menangkan Umat Islam pada masa dahulu atas maksiat yang golongan kuffar tu lakukan..maka, kalau di zaman ni maksiat oleh orang Islam yang menggelar dirinya sebagai pejuang Islam berleluasa gak, maka (maka lagi) mana nak datangnya kemenangan tu??maka sebab itu dakwah dan tarbiyyah seiring dengan politik...jadilah pendukung bukan sekadar penyokong~~

    sekian, Allahu A'alam

    BalasPadam
  13. Rudi, komen ko defensif, bukan menyanggah. kalau aku salah, ko sanggah dengan fakta. website pas mmg tak sempurna. nak wat camne itu hakikat. aku selalu buka aku tahu lah. sebenarnya apa yg aku cakap kat di atas sikit pun aku sentuh isu usrah pas. sbb pas mmg hebat bab2 usrah tp di tempat2 tertentu yg aktif jemaahnya. ada nampak aku tulis pasal usrah? takde kan. baca balik dan fahamkan betul2.

    BalasPadam
  14. Tok Guru Haji Hadi pun tak kutuk2 orang dalam ceramahnya..

    BalasPadam
  15. idea yg bagus...kami anak2 arwah penyokong tegar PAS dari kecik sgt2 rindukan kegemilangan PAS spt di kelantan...

    tp cik/en ameno..adakah cadangan ni sampai ke pemimpin PAS?? agak2 diorang baca ke??mudah2an..Insya Allah

    BalasPadam
  16. lek r bhai..memang la kau takde sebut pasal usrah..ak just nak bagi jalan untuk kau kenal ngan Pas dengan lebih dekat..dari sudut pandangan yang berlainan..bukan aku tak pernah terfikir pasal cadangan2 yg kau tulis kat atas nuh..aku nak tolong kau salurkan pendapat ni pada tempat yang betul..bukan semata-mata kat alam maya ni je..dan sebagai orang muda cam kau, mungkin lg muda kot, aku memang faham sangat ngan apa yg kau tulis kat atas tu..tapi, kalau kau memang dah terlibat secara langsung dengan gerak kerja Pas sebelum ni, abaikan je la cadangan aku ni..sekian~~

    BalasPadam
  17. Sebagai ahli pas, aku mmg sayangkan pas. sbb itu aku sanggup bagi apa2 idea utk memperbaiki pas. rudi ko tlong bagi idea aku kat org atasan pas. aku terlupa plak nak email nasruddin, ari tue dia soh emailkan. hehehe.. aku kat sini nak cakap aktif membantu pas tue takdelah sangat tp apa2 kerja yg melibatkan pas, insya-Allah keluarga aku antara yg aktif. kami sekeluarga di sini mmg pas tegar dah.

    BalasPadam
  18. cess...sempat aje kau nak menganjing aku ye Ameno...hoho...insyaAllah, ada ruang dan peluang, aku sampaikan kat diorang...sementara tu, kau boleh la emelkan kat nasruddin dulu...alhamdulillah, kau ada family yang memang best...bukan apa aku kesian kat orang2 muda sekarang yang takde kesedaran politik sebab family bukan jenis yang tunjuk diorang tu belah mana...maybe kau boleh tulis artikel tentang kesedaran politik dalam kalangan budak2 muda sekarang ni yang aku rasa pada tahap D- nak masuk gred F je...cadangan je...itu pun sebab nak menyokong idea2 kau kat atas tu...mungkin boleh sedarkan dulu budak2 muda tentang kepentingan politik ni...sekian~

    p/s: memang gambar kau ke kat profile pic tu? (dah lama nak tanya sebenarnya)

    BalasPadam
  19. cess...sempat aje kau nak menganjing aku ye Ameno...hoho...insyaAllah, ada ruang dan peluang, aku sampaikan kat diorang...sementara tu, kau boleh la emelkan kat nasruddin dulu...alhamdulillah, kau ada family yang memang best...bukan apa aku kesian kat orang2 muda sekarang yang takde kesedaran politik sebab family bukan jenis yang tunjuk diorang tu belah mana...maybe kau boleh tulis artikel tentang kesedaran politik dalam kalangan budak2 muda sekarang ni yang aku rasa pada tahap D- nak masuk gred F je...cadangan je...itu pun sebab nak menyokong idea2 kau kat atas tu...mungkin boleh sedarkan dulu budak2 muda tentang kepentingan politik ni...sekian~

    p/s: memang gambar kau ke kat profile pic tu? (dah lama nak tanya sebenarnya)

    BalasPadam
  20. Kutuk kt no4..then sendiri jwb blk kt no5..apa ni..tak fahamla..then byk lg kekeliruan yg lain.kesimpulannya abg milo ni mcm tak cukup knl PAS je ni..sedihla..:(

    BalasPadam
  21. Sebenarnya ia ada berbentuk khusus dan umum. Untuk berbagai aktiviti atau program serta gerai untuk dana boleh dilakukan tetapi anak muda juga perlu aktif menghadirkan diri sebab tenaga kerja amat diperlukan.

    VIDEO : Cikgu terkinja-kinja di dalam sekolah!!!
    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?
    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
    Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa

    BalasPadam
  22. tak tak..terlalu berat sebenarnya permintaan ni..macam Khalis lebih suka kalau PAS bagitau apa kerja mereka semenjak jadi kerajaan.. sudah2la menjawab soalan dengan jawapan..bagi bukti kat kami orang muda PAS blh buat pembangunan,, Ini bila ceramah kutuk itu kroni..kutuk ini porno..NOOO..kami nak kemajuan yang blh nampak..yg kalau orang UMNO tanya..kami blh bagitau..itu pas punya projek..pembentongan banjir contohnya..dan memang dah tak banjir2 dah,,itu yg nak..

    Email 1 Malaysia!!! penting untuk rakyat malaysia
    Jom anti PAS!!!??
    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...