Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 April 2011

Jakim : Imam besar masjidil haram bawa wahabi ke malaysia.

Baca bawah neh dulu ;

Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
April 26, 2011 
KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.” 
Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. 
Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.” 
Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara. 
“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. 
“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu. 
Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI. 
Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini. Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam. 
“Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia. 
“Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah,” katanya. 
Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah. 
“Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar. 
“Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarahi makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi. 
“Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam,” katanya. 
Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit. 
“Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. 
“Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metodologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar,” katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu. 
Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu. Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian. 
“Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam),” katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan. Khutbah beliau bertajuk “Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa” diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul.


WOW! Hebat. Aku terkedu baca. Tapi aku takmo komen apa2 pasal bab wahabi sbb aku tak faham apa itu wahabi. Aku banyak baca di internet pasal wahabi tapi aku cenderung untuk fahami dulu betul2 apa itu wahabi sebelum membuat apa2 kesimpulan. Bagi aku ilmu2 agama neh kena ada guru yang membimbing. Bukan dok bergurukan google. Memang macam2 perkara negatif pasal wahabi neh yang aku dengar. Tapi macam mana aku nak pastikan perkara negatif pasal wahabi itu adalah benar2 berlaku sepertimana yang diceritakan pula? Sebab tue eloklah aku beli buku dan baca dulu. Elok aku baca dari kedua2 belah pihak. Pro wahabi dan anti wahabi. Then tanya ustaz untuk jawapan pasti.


Namun aku nak ulas tindakan sembrono pegawai jakim neh. Kenapa ya dia tak pergi tegur syeikh abdul rahman ketika imam neh berada di malaysia? Or atleast mengadakan perbincangan dan perjumpaan dari ahti ke ahti daripada membuat kenyataan akhbar macam neh? Tahu2 je lah org kita. Melayu nya no 1. Islam nya no berapa aku pun taktahu. Belum apa2 dah sesattt.. itu sesattt ini sesattt.. fulamakkk.. Bab mangga berbogel ko tak pula persoalkan sapa yang bagi permit tue. Bab orang alim datang berceramah ko melalut meraban mengutuk dia no satu. Sapa tak bengang macam neh beb. Nak aje aku tampo mulut tue because biadap keterlaluan.


Bukanlah aku nak tuduh bahawa si zamihan neh menfitnah. Cuma cara dia neh tak kena tempat. Kalau ya sungguh imam besar melakukan perkara tersebut, maka ko kasi bukti. Dan jangan lupa buktikan sekali bahawa wahabi neh ada cakap Allah swt bermata dan sebagainya. Macam yang ko sebut dalam pc. Aku bukan taknak percaya tapi memang susah aku nak percaya kredibliti jakim neh. Suka sangat buat kontroversi. Bab akidah umat islam yang penting diabaikan. Bab imam yang datangnya cuma sekali sekala diperbesar2kan pula. Itupun based on persepsi.


Yang peliknya bila ditanya malaysia neh negara islam atau tidak, pandai pula ko cari yang kononnya wahabi itu untuk mengiktirafkan pemimpin ko yer. Hebat. Permainan manipulasi ko itu gagal masuk dalam kepala hotak aku. Ko pergi hapuskan dulu mangga dan segala macam majalah lucah dan karut mengarut seperti mastika tue then baru aku hormat jakim setingkat. Itupun setingkat je lah. Masih banyak lagi tingkat2 yang aku kena daki untuk hormat jakim betul2. 


Lagipun aku masih berdendam dengan jakim pasal membabikan tubuh badan aku selama ini. Whatdehellisthis!!! Makanan halal pun ko tak mampu jaga lagi sibuk hal yang belum tahu akibatnya. Yang dah sah2 makan ubat babi segala bagai yang babi kebabian neh ko boleh plak buat bengap kat sini. Hoiit jakim.. tolonglah kaji dulu then baru sebarkan benda neh. Kalau lah benda neh fitnah.. habislah ko jakim. Bubarkan je unit ko tue. Ada atau tiada sama je. Muslim malaysia ttp dah makan babi dan boleh bogel di mana2 kini.


Nota : Ada satu komen kat malaysiainsider cakap, kalau tak baca doa qunut itu wahabi.. kah kah kah kah kah kah kah kah.. adoii aku pernah terlupa baca doa qunut time solat subuh beb.. adakah aku wahabi? kah kah kah mahzab maliki pun wahabi gak ke? kah kah kah.. arhhh sudah melayan kebengapan rakyat muslim malaysia yang malas mengkaji kebenaran adalah sia2. Btw sorrylah kalau ada yang terasa dibengapkan. Maafkan saya yer. Hehehe.. 


Psttt imam besar mekah hafal Alquran usia 12 tahun, zamihan pula macam mana?  Hehehe..


Ameno : Jakim kalau ko tak berani nak tutup premis mangga, ko diam je lah.

Share this

7 Responses to " Jakim : Imam besar masjidil haram bawa wahabi ke malaysia. "

  1. lepas baca ni baru aku tahu selama ni aku tahu wahabi ni dari mulut ke mulut je, takde pulak penerangan apa itu wahabi sebenarnya..dah tue, masa dia jadi imam sah tak sembahyang?yang jadi makmum kena sembahyang semula ke?uihhh..jenuh nak tanya..

    Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia

    kenapa bantah email 1Malaysia


    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  2. Kadangkala bukan ahli JAKIM yang bersuara tapi surat khabar sekadar menggunakan nama.

    Teknik Media memburuk Islam.

    Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais Wahabi? Hebat penulis surat khabar tu.

    X Qunut Subuh pun ramai kate wahabi,ramai yang berfikir macamtu, tidak berlajar KHILAF antara SALAF dan KHALAF tetapi terus menghukum.

    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?


    Cara menyorokkan Shoutbox di Blogspot.

    .

    BalasPadam
  3. kalau cam tu tak perlu ke mekah untuk menunaikan haji le kalau dah anggap orang fahaman lain tak betul, jangan salahkan orang lain saja, cermin diri kita tu dahulu

    BalasPadam
  4. Pak Salam ( ingin ke rumah anak sodara di Banting yang bernama Solimun )27 April 2011 pada 11:10 PG

    heeeii zamihan,

    kalo enggak penuh ilmu di dada, enggak sampeiii ke puncak everest!!!

    BalasPadam
  5. kisah wahabi sangat panjang

    cume ikut pemahaman sekarang, mereka yg digelar wahabi ialah mereka yg tidak refer kepada 4 mazhab dalam buat apa2 keputusan (terus direct alquran dan hadis)..

    sebagai umat islam biasa, kita tak boleh terus refer hadis dan alquran, kene refer rujukan 4 imam mazhab tu. KENAPA? sebabnya pemahaman imam2 tersebut sangat tinggi. dan sudah pasti tiada siapa yg setaraf 4 imam tersebut di zaman ini... kalau baca sejarah 4 imam tu pun memang sangat kagum peribadi mereka... dan sebagai umat islam biasa, kita memang akan salah faham kalau refer terus (cthnya, dlam mengambil hukum dari alquran)

    sebab tu, ada sesetengah ust yg belajar di mekah digelar wahabi sebab cara mereka yg tidak begitu open dengan 4 mazhab tersebut.

    Sekarang kan banyak hukum yg berbeza2 mengikut ulamak kan? haa tu sebab refer 4 mazhab, so lain2 pendapat. perbezaan pendapat ini tidak lain tidak bukan utk memudahkan umat Islam... yela, lain tempat lain cara. ada mazhab longgar, ada mazhab ketat, tengok tempat umat islam tu berada.. tu yg kata Islam itu mudah..

    kalau nak tahu pendapat siapa yg betul di antara 4 tu?? nanti kat akhirat tanya Allah, ya kita berhak tanya kat Allah di akhirat kelak..

    Personally, sy tahu wahabi berpandangan berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah, tp jgn la kita mudah mengkafirkan mereka.

    Sebabnya, kita tak tahu Allah terima siapa kelak di akhirat? Mana tau orang kita dok caci maki sebagai wahabi kelak orang yg pertama masuk syurga? siapa tahu kan??

    Ya, boleh tegur. tetapi biarlah berhemah..

    Pasni jom beguru, mantapkan ilmu di dada... Islam di Malaysia di tahap kritikal, mari berubah ke jalan Allah~

    BalasPadam
  6. kisah wahabi sangat panjang

    cume ikut pemahaman sekarang, mereka yg digelar wahabi ialah mereka yg tidak refer kepada 4 mazhab dalam buat apa2 keputusan (terus direct alquran dan hadis)..

    sebagai umat islam biasa, kita tak boleh terus refer hadis dan alquran, kene refer rujukan 4 imam mazhab tu. KENAPA? sebabnya pemahaman imam2 tersebut sangat tinggi. dan sudah pasti tiada siapa yg setaraf 4 imam tersebut di zaman ini... kalau baca sejarah 4 imam tu pun memang sangat kagum peribadi mereka... dan sebagai umat islam biasa, kita memang akan salah faham kalau refer terus (cthnya, dlam mengambil hukum dari alquran)

    sebab tu, ada sesetengah ust yg belajar di mekah digelar wahabi sebab cara mereka yg tidak begitu open dengan 4 mazhab tersebut.

    Sekarang kan banyak hukum yg berbeza2 mengikut ulamak kan? haa tu sebab refer 4 mazhab, so lain2 pendapat. perbezaan pendapat ini tidak lain tidak bukan utk memudahkan umat Islam... yela, lain tempat lain cara. ada mazhab longgar, ada mazhab ketat, tengok tempat umat islam tu berada.. tu yg kata Islam itu mudah..

    kalau nak tahu pendapat siapa yg betul di antara 4 tu?? nanti kat akhirat tanya Allah, ya kita berhak tanya kat Allah di akhirat kelak..

    Personally, sy tahu wahabi berpandangan berbeza dengan ahli sunnah wal jamaah, tp jgn la kita mudah mengkafirkan mereka.

    Sebabnya, kita tak tahu Allah terima siapa kelak di akhirat? Mana tau orang kita dok caci maki sebagai wahabi kelak orang yg pertama masuk syurga? siapa tahu kan??

    Ya, boleh tegur. tetapi biarlah berhemah..

    Pasni jom beguru, mantapkan ilmu di dada... Islam di Malaysia di tahap kritikal, mari berubah ke jalan Allah~

    BalasPadam
  7. Kadangkala bukan ahli JAKIM yang bersuara tapi surat khabar sekadar menggunakan nama.

    Teknik Media memburuk Islam.

    Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais Wahabi? Hebat penulis surat khabar tu.

    X Qunut Subuh pun ramai kate wahabi,ramai yang berfikir macamtu, tidak berlajar KHILAF antara SALAF dan KHALAF tetapi terus menghukum.

    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?


    Cara menyorokkan Shoutbox di Blogspot.

    .

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...