Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 April 2011

Hot : Pakar : E-mel 1MY mudah urusan rakyat, kerajaan

Baca bawah ;

KUALA LUMPUR: Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT). 

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.


Sepatutnya tidak harus timbul isu yang mengatakan usaha ini akan memudahkan kerajaan memantau e-mel rakyat atau memudahkan kerajaan menghantar e-mel terus ke akaun e-mel 1MY," katanya.Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengenai projek itu yang adalah inisiatif sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. 

Inisiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan. 

Azli berkata, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo!, Gmail, Hotmail dan lain-lain, rakyat kini boleh memilih e-mel 1MY untuk berurusan dengan sektor kerajaan. 

"Apabila menggunakan e-mel 1MY, seperti dalam urusan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak terbabit akan lebih senang untuk memberi maklum balas yang dikehendaki," katanya dengan mencadangkan e-mel itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi. 
Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warga negara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif. 

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata projek e-mel 1MY amat berguna dalam usaha memastikan rakyat tidak tercicir daripada mendapatkan maklumat yang mutakhir di sekeliling mereka. 

“E-mel 1MY memang sangat bagus, dalam masa yang sama mereka boleh memberi maklum balas terus kepada kerajaan mengenai sesuatu isu atau dasar. Ini namanya ‘engagement’ dan keterbukaan," katanya. 

Mohamed Maliki menyifatkan tindakan pembangkang yang membantah projek itu kerana mereka merasa terancam dan takut kerajaan dikuasai oleh golongan muda berikutan golongan itu yang selalu menggunakan khidmat e-mel dalam kehidupan seharian mereka. 

Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, berkata e-mel itu menjadi ‘pelengkap’ kepada usaha lain kerajaan dalam meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat di kalangan golongan muda termasuk pengagihan 'Notebook 1Malaysia'. 

Akhramsyah Muamar Ubaidah, yang juga Naib Presiden Bloghouse Malaysia, berkata pembangkang khususnya tidak berhak mempertikaikan inisiatif pihak tempatan yang mengeluarkan e-mel sendiri yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemasaran dan promosi dalam memperkenalkan sesebuah syarikat. 

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib, berpandangan ia salah satu inisiatif swasta dalam memainkan peranannya membantu kerajaan demi kebaikan rakyat. – BERNAMA 

Aku nak bidas hujah2 pakar [konon-nya] mengenai email 1malaysia neh ;

1. Email neh bukan percuma. Ianya berbayar rm0.50. Baca dulu baru bagi komen kat akhbar. Lihat sini.

2. Komunikasi guna twitter, facebook dan blog tak cukup lagi ke? Itupun tak terbalas dan tak terlayan kerajaan dengan karenah rakyat, ye tak?

3.Benda berbayar beb. Aku tak rasa yang rakyat akan pilih perkhidmatan neh melainkan dipaksa untuk guna.

4. Cara yang ada neh pun aku dah cukup senang. Mana2 yang aktif email, bagi je lah through online. Mana2 yang tak aktif buat je lah cara biasa. Lagipun masih ramai rakyat malaysia tak pakai internet. Macam2 sebab. Perkhidmatan internet pun lembab selalunya.

5. Fikir senang ko nak kaut duit je ye tak? Kalau sungguh fikir nak senang, biar sama2 rasa adil dan senang. Baru betul.

6. Ko sorang je lah yang rasa bagus. Memang tak sia2 bh cakap ko pakar. Pakar membodek. Aku mesti respect.

7.Ada ke pengagihan notebook tue? Nak gak aku. Layak tak? Hehehe..

8. Bukan mempertikaikan. Kalau sungguh ini inisiatif kami suka juga. Tapi masalahnya sudahlah berbayar. Lepas tue flip flop. Kejap cakap dana kerajaan. Lepas tue dana kroni pula. Lepas tue lantik syarikat kroni sapa tak bengang macam tue. Lagipun lebih baik bagi inisiatif lain. Email free dah ada. Kami tak perlukan email free lagi walaupun ianya sebenarnya kena bayar 0.50sen. Hehheh. Baca sini untuk lanjut.

Artikel dipetik dari sini.

Ameno : Pakar neh betul ke pakar? Kata2 dia tak macam pakar pun


Share this

5 Responses to " Hot : Pakar : E-mel 1MY mudah urusan rakyat, kerajaan "

  1. kat tempat kuala rompin ni dulu memang ada penyerahan notebook..tapi line internetpun slow gile.. last2 aku dengar dah ada yg jual.. pastu sape dapat tender membekalkan netbook percuma?sedangkan twitter n bpun ramai yb buta nak pakai..inipulak camni

    Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia

    kenapa bantah email 1Malaysia


    Ada apa dengan dara

    BalasPadam
  2. Ake ke cakap tindakan pembangkang yang membantah.. Hoi Umngok!, bukan pembangkang yang bantah, ini rakyat jelata lah yang bantah!

    BalasPadam
  3. Memudahkan urusan rakyat atau untuk mudah "SPY" rakyat?

    Baiki taraf hidup rakyat dulu.bukan semua ada komputer dan internet.

     Tutorial blog


    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


    Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.

    .

    BalasPadam
  4. pakar korea pon boleh beli, inikan pula pakar IT

    BalasPadam
  5. Ake ke cakap tindakan pembangkang yang membantah.. Hoi Umngok!, bukan pembangkang yang bantah, ini rakyat jelata lah yang bantah!

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...