Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 April 2011

Hot : Kenapa mahathir menipu?

Aku kadangkala respect juga dengan cara mahathir neh berfikir. Bagi aku mahathir neh memang bagus dan pandai mentadbir malaysia. Cuma beberapa kekurangan dia yang buat aku ada sedikit rasa kecik ahti ialah ;

1. Menyeleweng wang rakyat dan melaburkan ia untuk kepentingan syarikat sendiri dan kroni.

2. Memisahkan islam dari pentadbiran negara

3. Pandai menonjolkan imej baik untuk mengaburi mata rakyat.

Bagi aku yang paling pedih tue no 2. Memang pedih. Tak pernah pun aku nampak mahathir baca doa kat mana2 majlis agama. Even aku sendiri ragu2 mahathir ada ke pernah pergi majlis agama? Aku nak tengok mahathir solat bersama rakyat dengan dia jadi imam pun aku rasa tak mungkin. Mungkin dalam mimpi je kot. Hehehe..

Dulu boleh lah bagi alasan sibuk masa memimpin. Tapi sekarang dah bersara. Takan uzur je memanjang? Hehehe.. Malas lah pula cakap banyak2 semoga sebelum aku mati ataupun mahathir mati bolehlah aku saksikan sekali je pun jadilah yang mahathir jadi imam solat. Tak kisahlah solat apa pun. Heheheh. Harapan aku gak tue. Siyes.

Tadi aku sempat membelek utusan online. Almaklumlah aku tak berapa update blog hari neh. Nak kata busy, takdelah busy sangat. Cuma hari neh hari ahad so agak2lah kalau hari ahad pun nak melepak depan laptop dan mengadap blog 24 jam. Heh. Aku neh kan banyak skandal. So apa lagi. It's a skandal time lah. Hehehe..

Baca bawah ;

KUALA LUMPUR 24 April - Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.Dr. Mahathir berkata, media arus perdana juga mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.

"Jadi kerajaan kadang-kadang mendapat pandangan yang berat sebelah tentang apa yang dimahukan oleh rakyat. Mereka (media) berpendapat harus lakukan tapisan sendiri. "Dan ini sudah pasti memberi tanggapan bahawa kerajaan yang menyekat mereka,” katanya pada Persidangan Penulis-Penulis Blog Rantau Malaysia-ASEAN Pertama yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama

Kecik ahti aku baca kata2 mahathir kat atas. Mahathir cakap media arus perdana harus "SESEKALI menjadi pengkritik kerajaan". Bagi aku kata2 macam neh tak patut diluahkan oleh mahathir. Sepatutnya mahathir cakap, media arus perdana harus telus dan adil dalam menyediakan berita. Bagi aku tak kiralah sapa salah sapa benar, masing2 patut diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan wajar media siarkan tanpa putar belit dan suntingan tertentu.

Ini bukan soal sekali sekala. Ini soal keadilan. Biarlah media arus perdana adil. Kita bukan nak baca media pengampu. Aku pun sakit bhai kalau dok baca harakah dan keadilandaily hari2. Sebab tue aku suka baca berita dari pelbagai sumber. Pas tegar tetap pas tegar. Tetapi aku uphold konsep keadilan dulu. Yang penting adil. Aku memang tak suka media mengampu dari dulu lagi. Baik kerajaan ataupun pembangkang. Memang aku lemah baca media2 macam neh. Bagi aku media2 macam neh hanya akan melemahkan akal kita. 

Tapi aku tak salahkan pembangkang bilamana mereka terbitkan akhbar yang menyebelahi mereka 24jam. Ini kerana mereka tiada pilihan. Suara2 mereka tak sampai ke rakyat. Mereka difitnah hebat dan tiada peluang untuk bela diri. Hanya dengan penerbitan akhbar yang pro-mereka je yang mampu mereka buat untuk betulkan apa2 yang salah. Tapi itupun tak bagus juga. Mula2 memanglah untuk membetulkan apa2 yang salah. Lama2 jadilah macam utusan. Dok mengampu je 24 jam. Mana tahan beb. 

Disebabkan pengamal media malaysia neh lah aku terpaksa baca satu berita ulang2. Satu hari baca berita dari malaysiakini, malaysiainsider, utusan, harakah, bernama, bhonline, metro arhh senang citer semua media lah. Tak kiralah pro pembangkang, bebas ataupun kerajaan. Sudahnya jadilah aku tukang expert bab2 isu semasa. Heh.

Bagi aku sudah sampai masanya untuk kerajaan bersikap terbuka dan membiarkan pengamal media bebas melaporkan apa2 berita yang melibatkan pembangkang. Aku tahu untuk mengharapkan tv3 telus dan bebas adalah seperti sebuah mimpi buat masa kini tetapi janganlah tekan dan halang awani untuk bebas dan telus.

Dan media arus perdana memang menapis berita mereka sebab mereka telah diberikan direct order dari editor2 mereka agar jangan over expose keburukan2 dan kelemahan2 kerajaan. Even kalau wartawan bagi yang fact pun jangan harap editor lepas kan ia keluar. Kalau tak kenapa wartawan ntv7 dipecat tahun lepas? Ini sebabnya. Mereka dedahkan isu penyelewengan projek bakun dan mereka ditekan untuk meletak jawatan. So ini yang kerajaan kata tidak menapis berita2 media arus perdana? Bila kerajaan bagi surat amaran kepada pemilik station tv atau newspaper dan pemilik station tv bagi amaran pada ketua editor dan ketua editor sound pula para2 editor dan editor2 plak marahkan wartawan2 mereka, itu maknanya kerajaanlah punca dan penyebab kenapa berita2 di media arus perdana ditapis. Takan ini pun susah nak faham?

Cukup2lah menipu. Semakin menipu semakin aku rasa hilang respect kat mahathir. Respect yang ada neh pun ialah respect yang dipaksa2 untuk wujud. Kalau dikenang2 sikap dia yang menarik semua peruntukan SAR dan menghancurkan banyak sekolah agama rakyat walaupun dia orang islam memang sakit ahti. Tapi setiap perbuatan jahat dia ada balasan di sisi Allah swt jadi biarlah Allah swt yang balas. Apa yang pasti di akhirat kelak mahathir akan berdepan dengan banyak pelajar2 SAR yang terciciri akibat perbuatan dia yang pentingkan diri pada ketika itu. 

Ameno : Sekolah agama dihancurkan. Sekolah sekular di agungkan.

Share this

8 Responses to " Hot : Kenapa mahathir menipu? "

  1. kerana dia x pernah jadi imam, dia seorang yang teruk ke??? tenat sngt da ko ni.... ko x pernah nampak orang solat, ko tau ke dia x pernah solat??? perlu tunjuk ke kita solat?? mcm ni ke nik najis ajar?? memang layak aku panggil orang tua tu najis, klo dah macam ni dia ajar kat anak2 buah dia... Tok guru? x layak panggil tok guru.....

    BalasPadam
  2. haha,,suka komen farisz.. betul2.. dia bukan tipu..dia lupa je...sama la cam dalam buku dr in house,berjumpa dengan orang mati.. ishh..salah faham nie..hhe

    Seandainya semua lelaki sudah tidak berminat pada seks

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam
  3. cuba tgklah diri tu dulu penuh dgn najis dosa ke tak sebelum gelar orang najis..berjawab la nanti di akhirat kelak..

    BalasPadam
  4. agak2lah cakap tuk guru tu najis...kau fkir ilmu agama kau tggi sgt ke nak kata org lain tu najis??tgk bahasa kau pun dah taw la..aku pun bkan penyokong tuk guru secara fanatik tp xde la smpai nak ngutuk tuk guru..memg la kita hidup akhir zaman..alim ulama dikeji..semata2 kerana politik..memg kalau dia xjd imam bkan tnda dia jahat atau apa..tp ingat..setiap pemimpin adalah contoh..pernah dgr kan kepimpinan melalui teladan??kalau lah dia selalu solat berjemaah n dia yg menjadi imamnya..kan ke bagus..so terimalah kritikan dgn hati yg terbuka..bukan dgn caci maki...

    BalasPadam
  5. agak2lah cakap tuk guru tu najis...kau fkir ilmu agama kau tggi sgt ke nak kata org lain tu najis??tgk bahasa kau pun dah taw la..aku pun bkan penyokong tuk guru secara fanatik tp xde la smpai nak ngutuk tuk guru..memg la kita hidup akhir zaman..alim ulama dikeji..semata2 kerana politik..memg kalau dia xjd imam bkan tnda dia jahat atau apa..tp ingat..setiap pemimpin adalah contoh..pernah dgr kan kepimpinan melalui teladan??kalau lah dia selalu solat berjemaah n dia yg menjadi imamnya..kan ke bagus..so terimalah kritikan dgn hati yg terbuka..bukan dgn caci maki...

    BalasPadam
  6. Orang kata. Kalau dh retired tu buatlah cara retired. Ni x.. Bl Mahathir involve dlm isu politik semasa Malaysia, makin byk isu-isu yg kita xtau slama ni muncul dari mulut beliau. Seperti membuka pekung di dada sendiri. Makin hilang respect lak aku ngn Tun Mahathir.

    BalasPadam
  7. Saya tidak fikir media adalah berkuasa kerana ia sebelum ini. Media kini sedang berusaha untuk keuntungan dan bukan untuk masyarakat.Ia hanya kepercayaan peribadi saya.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...