Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 April 2011

Edisi siasat : [Isu email 1malaysia] Analisis penuh.

Marilah kita fahami topic ini berdasarkan kepada fakta yang kita ada. Kita bukan pembangkang yang hanya tahu membangkang membuta tuli. Kita ialah pembangkang yang tahu apa yang perlu kita kritik dan apa idea yang perlu kita salur bagi mengantikan idea pemimpin yang kita kritik. Di sini mari kita kupas dari awal kes neh sampailah saat ini adakah benar kerajaan kita menipu kita berkaitan email 1malaysia?

Kita start dari kelmarin. Kronologi kejadian dia begini ;

1. Najib umumkan insiatif email 1malaysia.

2. Najib mengumumkan ia dalam pc pelan tambahan ETP.

3. Bila najib sebut inisiatif sudah tentulah kita fikir ia adalah galakan dari kerajaan untuk rakyat. Ia normal untuk kita fikir macam tue.

4. Dan dalam waktu yang sama projek neh ada KPI [indeks pengukur prestasi] tertentu. Sila lihat bawah ;





5. Namun projek ini mendapat bantahan rakyat kebanyakan. Kerana apa? 50juta dihabiskan untuk buat email free? Email dah lama free pun. Untuk apa kerajaan buat email free yang memang dah sedia wujud? Lagipun email ini tidak sampai kepada tempat2 yang terpencil akibat tiada perkhidmatan internet dan kemudahan komputer. Malahan ada  tempat yang tiada elektrik sekalipun. Jadi inisiatif ini tidak menyeluruh. 

6. Kemudian nya pada hari sama yang sama sebelum najib masuk tidur dia cakap dalam twitter dia bahawa email 1malaysia insiatif pihak swasta.

7. PEMANDU juga mengatakan hal yang sama.

8. Keesokkan harinya semua media arus perdana menayangkan perkara yang sama. Iaitu ;

EMAIL 1MALAYSIA TIDAK MENGGUNAKAN DANA AWAM, KATA NAJIB.

Berita ada berapa kali? Berita ada di berapa tv? Semua berita sama saja. Tv1 sampai awani. Bahasa melayu sampai english semua lebih kurang sama. Termasuk gak sebaran di fb ;


9. Baiklah katakanlah kata2 najib itu benar. Kami terima yang tricubes berbaik ahti sediakan satu inisiatif  untuk rakyat melalui jalinan kerjasama dengan rakyat. Oleh itu kenapa najib ubah perkara di bawah?





Korang faham tak apa yang aku faham? Tengok gambar di atas neh. 

- Mula2 tricubes cakap email 1my adalah projek insiatif kerajaan.

- kemudian bila benda neh kecoh ia jadi insiatif swasta pula.

Takpe2. Kita rakyat malaysia yang sabar. Kita bersangka baik kepada kerajaan kita. Kita katakan mereka tersalah tulis. Dan mmg betul. Sepertimana sangkaan kita. Kerajaan dan2 cakap mereka tersalah tulis. Cukup rapat kita dengan kerajaan sehinggakan apa yang mereka fikirkan pun kita tahu tanpa perlu tunggu mereka biat penjelasan. Lihat bawah ;


Betul tak? Takpe2. Kita sangka baik je pada mereka. Biasalah kesilapan boleh berlaku di mana2. Heh.

10. Dan kemudiannya dalam waktu yang sama tricubes mula bersuara bahawa dana rm50 ialah dana dari syarikat mereka. Baguslh. Tapi kita ada merasa sedikit hairan. Bagaimanakah sesebuah syarikat sanggup melabur rm50juta kepada rakyat tanpa mengharapkan apa2 balasan? Adakah syarikat itu sudah sangat kaya sehingga sanggup membekalkan perkhidmatan percuma macam google? Google lain lah. Dia bagi khidmat free tapi iklan dia berlambak2. Dari situ dia jana pendapatan. Jadi tricubes neh jana pendapatan dari mana untuk tampung kos operasi pengendalian email 1malaysia neh?

11. Dan kemudian kita dapat tahu bahawa tricubes menghadapi masalah kewangan. Syarikat mereka akan dikeluarkan dari pasaran saham malaysia. Mereka berada di kedudukan yang teruk. Lihat bawah ;


 Apakah yang dimaksudkan dengan GN3? 

GN3 ialah syarikat yang bermasalah dalam penstukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.

Apa maksudnya dalam bahasa pasar?

Senang cakap syarikat neh kelam kabut operasi dia. Pula tue ada masalah kewangan. Mungkin akaun dia tak tele, mungkin duit yang dinyatakan atas dokumen berlainan bila check di bank, mungkin ada kesalahan audit yang besar dalam laporan kewangan mereka dan macam2 lagi. Yang pasti ia masalah berat. Mungkin juga akibat perbelanjaan yang tidak cermat. Bila modal pusingan keluar banyak dan keuntungan yang dapat tak selari dengan perbelanjaan memanglah bermasalah besar. So ini mungkin antara masalah2 syarikat neh. Kenapa mereka bermasalah kita takmo lah tuduh2 sbb takde bukti kukuh tapi apa yang penting kita tahu yang syarikat ini mmg bermasalah.









Di atas ini ialah ceo / pegawai2 / BOD of tricubes.

Sumber dari semut. Thanks semut.



Baiklah. Kita sangka baik sekali. Katakan tricubes memang ada niat untuk bantu rakyat malaysia sampaikan syarikat sendiri nak bankrupt pun tak kesah. Heh.

12. Tapi yang heran nya kenapa tricubes ada kaitan secara tidak langsung dengan adik perdana menteri kita pula? Ini lagi pelik. Kenapa kebetulan nya begini ;



- MAMPU bagi projek pada tricubes yang takde duit tapi boleh funding rm50 juta utk buat email free yang ada kaitan pula dengan adik najib?

Adakah MAMPU cuai dalam pemilihan syarikat sehingga gagal menyemak bahawa tricubes menghadapi masalah kewangan yang teruk? Dan tak sedar connection tricubes dengan najib? Siapa yang duduk dalam MAMPU? Mereka tak reti buat siasatan ke? Upah je lah rakyat marhaen. Nampak rakyat lebih cekap buat kerja dari MAMPU. Heh.

Kan tak pasal2 imej najib tercalar dalam isu neh. Sepatutnya bila MAMPU dah sedar yang tricubes neh bermasalah dalam kewangan mereka patut agihkan aje projek neh pada syarikat lain. Kalau tidak nanti projek stop sbb tricubes tiada dana lagi untuk habiskan kerja dia. Macam mana? Heh.

13. Dan apa yang lebih pelik bila mana tricubes cakap flipflop. Mula2 email neh ini percuma. Tetapi sekarang ia berbayar pula. Baca bawah ;


Arhh sudah. Mula2 tadi percuma. La neh berbayar pula. Mana satu betul? Adakah begini ;

1. Jika ianya inisiatif kerajaan maka tricubes bagi percuma je, sbb kerajaan dah tanggung modal apa yang perlu ialah bayar kos operasi tiap2 tahun 

ATAU

2. Jika ianya inisiatif swasta maka rakyat perlu bayar untuk semakan notis dan lain2 perkara yang berkaitan sbb kerajaan nak jimatkan kos kertas? 

Atau

1. Ia memang percuma ttp atas media dilaporkan bahawa seolah2 dana itu dana tricubes ttp atas dokumen kerajaan, kerajaan mmg bayar kepada tricubes bagi menutup semua spekulasi dan kecaman terhadap kerajaan?

Jadi yang mana satu tepat bagi merujuk kepada situasi sekarang?

14. Dan sudah tentulah projek ini menyusahkan rakyat dipandang dari sudut mana sekalipun. Samada percuma ataupun berbayar dana awam tetap kena keluar juga.

Apakah cadangan yang terbaik bagi mengantikan perkara di atas?Sebenarnya mudah. Apa yang perlu kerajaan buat ialah ;

- tolak dana tricubes. Stop je projek neh.

- bina satu kumpulan untuk mencari pakar2 it malaysia

- sasaran mereka ialah ;

1. bina search enjin seperti google/social networking/email/games/ tp ciptaan tempatan agar blh bersifat antarabangsa.

2. pemilihan pakar2 it neh hendaklah dilantik dengan telus dan amanah tanpa korupsi. Lantik anak2 muda yg baru habis ijazah. Mereka neh sebenarnya bersemangat nak buat sesuatu utk negara. Bagi mereka peluang.

3. Bagi dana. Bagi berapa banyak dana yg perlukan utk buat research dan bina program.

- umumkan pencapaian projek neh dari semasa ke semasa. Agar kita blh tahu prestasi mereka. Letakkan program2 mereka di internet agar kita sebagai pengguna boleh review apa2 masalah dalam program utk in order to bagi feedback agar mereka blh repair kelemahan2 mereka.

- dah siap, launch lah. Bagi masa untuk masyarakat terokai dan guna. Biar dia popular. Buat jv dengan syarikat2 gergasi mcm apple ke atau sapa2 je lah.

- iklan product anak tempatan secara meluas. Buat kempen dan contest. Bila program anak tempatan neh dah berkembang mcm google masa tue barulah kerajaan blh fikir pasal nak kaut untung. Satu hari berapa pengiklan masyuk..  dan tentu2 projek neh akan cipta banyak peluang pekerjaan dan menaikkan  nama malaysia pada tahap antarabangsa. Ketika itu kita tak perlu rely pada google ataupun aplikasi luar negara.

Kalau tak berani modal, tak berani buat perubahan, tak berani bagi peluang, tak berani percaya pada anak2 tempatan sampai bila kita nak maju? Inisiatif2 inilah yang kerajaan kena bagi. Bukan buat email percuma 1malaysia yang entah hapa2 tue. Itu projek jangka masa pendek. Buang duit pun ya. Fikir sket secara meluas. Buka sket otak tue. Aku yakin kita memiliki programmer yang hebat2. Ini masanya untuk kerajaan buka dan beri peluang kepada bakat rakyat malaysia. 50juta itu digunakan utk ini adalah lebih baik daripada hantar sheikh muzaffar ke angkasawan.

NOTA : Kami tidak dengki kerajaan berikan projek neh kepada syarikat bumiputera. Aku juga percaya orang cina bersikap demikian. Apa yang kami tekan ialah kami mahu satu2 projek yang dilaksanakan itu mendatangkan kesan baik kepada rakyat secara langsung.

Ameno : Arhh sudah rajin aku membebel neh.


Share this

5 Responses to " Edisi siasat : [Isu email 1malaysia] Analisis penuh. "

  1. takde alasan untuk membenarkan projek ini.. tapi ianya pemikiran luar kotak yang hebat kerana menjenamakan 1malaysia,,sedangkan masa facebook dulu..mereka bercita2 antara universiti dan kolej sahaja.. mungkin 1malaysia email ni merintis pada 1 dunia..

    BalasPadam
  2. Projek email 1Malaysia ia sekadar projek jangka pendek. Setiap PM ada misi dan visi tersendiri. Adakah PM ke 6 akan sambung projek 1 Malaysia?
    Lagipun projek email 1 Malaysia cuma bermanfaat untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia.
    FARISZ@AZ.Com

    BalasPadam
  3. Arghh.. aku nak jadi programmer ok je.. siap buat free service byk da..

    BalasPadam
  4. tahniah la ameno. kupasan yang bagus untuk isu ni. barulah aku faham ape yang disebut2 emel free tu.

    betul. memang kerajaan patut fikir jangka masa panjang projek ni. kebaikan dan manfaatnya pula haruslah disalurkan kepada rakyat. biar rakyat yang mengusahakannya.

    tak perlu ulas panjang lagi, ameno dah ulas cukup panjang dah.

    BalasPadam
  5. Arghh.. aku nak jadi programmer ok je.. siap buat free service byk da..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...