Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 4 Mac 2011

HOT! PAS suruh ahli serang UMNO!

KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata."Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.
Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Berita kat atas di petik dari laman berita utusan. Berita di atas ialah berita yang sangat kelakar. Marilah saya huraikan kenapa saya mengatakan ia kelakar sangat. 

1. Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO

Ameno : Siapakah ini rashid  wahad? kasi tunjuk muka pun lagi bagus. tak pernah tahu pula pas pernah suruh kami serang umno. enh kekawan yang ahli pas pernah ke pemimpin pas suruh berbuat demikian? meh share2 sini. yang saya tahu cuma fru dan polis yang selalu angkat senjata seperti cota dan water cannon membelasah rakyat adalah..

2. "Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata."Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Ameno : bersyukurlah rashid.. nasib baik ko kena tahan je tue pun sebab senjata je yg ko bawa.. bukan kesalahan besar.. lainlah arwah aminulrashid.. dia bawa kereta sebab tue kena tembak. kan lagi dasat tue? tp sapa la yang bingai2 paksa ko bawa senjata dan bingai2 pergi lalu depan polis sampai kena tahan. bingai betul org tue kan?

3. Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Ameno  : Alhamdullilah aku lebih cerdik dari rashid. setelah membaca amanat hadi awang aku tak pernah kafirkan ahli umno. Itu lah beza org cerdik dengan org bodoh.  heh


4. Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu. Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

Ameno : Aku taktahu pun pas pernah perintah malaysia.. korang tahu ke? ha ha ha..

5. "Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Ameno : Neh lagi lawak.. ha ha ha aku nak gelak dulu.. ha ha ha.. dia lupa ke mahathir cakap no hudud2 di malaysia? mahathir siap gubal undang2 negeri yang mana undang2 negeri kena tertakluk kepada peraturan undang2 kerajaan pusat. ha ha ha.. adoiiyaii.. lawak siot!

6. "Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru."Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Ameno : Alhamdullilah nasib baik pas 'guna' islam dalam kehidupan. kalau tinggal atau 'tak pakai' alamatnya jadilah macam umno. ha ha ha.. walaupun aku belum cukup 22 tahun bersama pas ttp aku faham sangat dah pas ialah parti politik berlandaskan perlembagaan islam manakala islam ialah cara hidup yang di anjurkan oleh Allah swt. Dah mmg berbeza sangat. Kesian rashid selepas 22 tahun baru dia tahu. Sebab tue aku cakap org bodoh dan org cerdik mmg ada beza yang ketara. Heh

Ameno : Macam ini suruh PAS-UMNO bergabung? Heh.. mamposlah jawabnya..

Share this

16 Responses to " HOT! PAS suruh ahli serang UMNO! "

  1. Beza antara Pas dan UMNO :

    PAS = ada niat tp tiada kuasa

    UMNO = ada kuasa tp tiada niat

    sedarlah wahai saudaraku..

    BalasPadam
  2. wakakaka...
    rashid wahab.. anda nie bodoh tahap cipan.. cipan pown pak cik rase lagi pandai...
    adooyyy...
    x ponah pulak pak cik baco ado namo rashid wahab kena tahan ISA kat mne2 paper...??? 3 kali pulak 2...!!!!
    hahahahahaa...
    lawak of the day la!!!!

    rashid wahab..????
    boneka UMNO...??? kes saifil pown belum settle... nak jual name rashid wahab pulak...????

    BalasPadam
  3. alaa beselaa tu bila nak dkt pilihanraya mcm2 laa..nape xckp sblm pilihan raya ag...adoyaii koya btol...klu sape yg p'caya ckp2 mulut org yg mmfitnah 2 baik bertaubatlah..yg mmfitnah 2 pn baik hang pi bertaubat smntara masih ada peluang..takut xsempat..ALLAH itu maha adil...
    Anda bijak??jauhi FITNAH!!!
    pilihlah parti yg menegakkakn agama i9slam drpd bangsa...sekurang2nya menegakkan islam 2 dpt ganjarannya di akhirat kelak...tp setakat nak mnyatu padukan bangsa didunia jola...renung2kan dan selamat beramal...yg baik itu dtgnya drpd ALLAH dan yg buruk tu dtgnya dr aku....sekian..assalamualaikum

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... saudara rashid berjaya membongkarkan segala niat jahat pas.... semoga allah memberi hidayah kepada yang lain..... memang x dapat dinafikan, walau bagaimana ikhlasnya kita nak sedarkan sahabat2 kita, pasti kita akan di keji dan dihina kerana ketaksuban mereka.... susah nak diperbetulkan minda kalau da ditanamkan rasa benci didalam hati... syukurla, aku juga telah menerima pertunjuk seperti kamu.... biarla apa orang nak kata, kita berusaha la menyedarkan saki baki penyokong yang taksub ni... semoga allah ampunkan beri petunjuk kepada mereka.... insyallah.....

    BalasPadam
  5. Ksimpulannye smue bodo..
    Smue nk kuase je,
    Umno ke pas ke..
    Xde beza,
    Yg penting kuase, kalau pas bagos sgt ngn islam nye, bape nk kena gabong ngn pakatan?
    Sbb kuasa utk mmerintahkn?
    Yg pertahankn parti masing2 lg la bodo,
    Cite kat sini smue cm bagos,
    Pong pang pong pang,
    Tp xde sorang jd menteri pon..
    Ckp je mampu, usaha xde nk wat pe?
    Kalau da rase masing2 bagos sgt g btanding sorang2..
    Ass talk kat sini je x gune gak ^^

    BalasPadam
  6. Mentaliti tahap rendah tol org atas aku nie..asal xpuati je nk suh tiap2 org jd pak menteri..pedehal? bkn sume berminat nk jd ahli politik. ape yg penulis bwat, nk bukak mata, celikkan hati tgk kebenaran. mcm mne nk ubah pemerintah klau masyarakat xsedar2 lg hal sbena..ckp je mmpu, usaha xde pown? usaha la nie bukak mata korg2.owh ye, klau ko berumur 30 an, ptut malu ngan aku..aku bru 20 tahun da bole pike dgn rasional.

    BalasPadam
  7. Lg celik dari pmuda celik..
    Aku org atas 2..
    Aku tgk cara ko bidas aku pon aku da tau ko 20 an..
    Aku x mara pon pnulis try nk bg satu2 info..
    N smue org berhak nk bsuare, tp nape kat sini?
    Skop org bc kat sini skit,
    Skit yg bc n kbanyaknnye bpandangn kiri(anti krajaan)..
    Even pnulis pon..
    Stakat hebat dglanggang sendiri..
    Kuar la dari kpompong nie n suarakn kat smue..
    Kuar ke dunia sbenar,
    Jd pmimpin n tgk pe ko bley ubah..
    Cite kat sini je lebey dpt pe?
    Aku free thinker, aku tau smue org nk kuase hakikat nye..
    Krajaan or pembangkang smue same,
    Kuase gak yg dcarinye..
    Btw aku pon 20 an cm ko je.. ^^

    BalasPadam
  8. rashid wahab????
    adik ipar belah biras cucu tiri awang selamat???kui kui kui..

    ano-MARCH 4, 2011 10:56 PM
    ano-MARCH 4, 2011 6:01 PM
    ko pong samabodoh..ko je lah yg tolong calonkan penulis jd org brkuasa...kalau semua org nak jd pmmpin negara,sapo yg nak toreh getah?tanam padi?kait klapa swit..ko nak tugu semua org jd pemimpin baru nak smpaikan msej/brdakwah?...akai adaaa??

    BalasPadam
  9. Lg celik dari pmuda celik..
    Nk ckp org bodo, ko cermin dulu kbengapan ko 2..
    Ade aku suro smue jd pmimpin?
    Aku ckp sape yg cite cm bagos, cm tau smue cm pnulis n ko nie jd pmimpin..
    Yg ko libatkn org toreh getah, tanam padi, gali kubo n lain2 2 wat pe?
    Dorang xde pon cite mribut cm ko kat sini..
    Dasar ckp pakai lobang jubor nye org ^^

    BalasPadam
  10. Hahahaha...kelakar la korang.....

    BalasPadam
  11. Hahahaha...kelakar la korang.....

    BalasPadam
  12. Lg celik dari pmuda celik..
    Aku org atas 2..
    Aku tgk cara ko bidas aku pon aku da tau ko 20 an..
    Aku x mara pon pnulis try nk bg satu2 info..
    N smue org berhak nk bsuare, tp nape kat sini?
    Skop org bc kat sini skit,
    Skit yg bc n kbanyaknnye bpandangn kiri(anti krajaan)..
    Even pnulis pon..
    Stakat hebat dglanggang sendiri..
    Kuar la dari kpompong nie n suarakn kat smue..
    Kuar ke dunia sbenar,
    Jd pmimpin n tgk pe ko bley ubah..
    Cite kat sini je lebey dpt pe?
    Aku free thinker, aku tau smue org nk kuase hakikat nye..
    Krajaan or pembangkang smue same,
    Kuase gak yg dcarinye..
    Btw aku pon 20 an cm ko je.. ^^

    BalasPadam
  13. Lg celik dari pmuda celik..
    Nk ckp org bodo, ko cermin dulu kbengapan ko 2..
    Ade aku suro smue jd pmimpin?
    Aku ckp sape yg cite cm bagos, cm tau smue cm pnulis n ko nie jd pmimpin..
    Yg ko libatkn org toreh getah, tanam padi, gali kubo n lain2 2 wat pe?
    Dorang xde pon cite mribut cm ko kat sini..
    Dasar ckp pakai lobang jubor nye org ^^

    BalasPadam
  14. rashid wahab????
    adik ipar belah biras cucu tiri awang selamat???kui kui kui..

    ano-MARCH 4, 2011 10:56 PM
    ano-MARCH 4, 2011 6:01 PM
    ko pong samabodoh..ko je lah yg tolong calonkan penulis jd org brkuasa...kalau semua org nak jd pmmpin negara,sapo yg nak toreh getah?tanam padi?kait klapa swit..ko nak tugu semua org jd pemimpin baru nak smpaikan msej/brdakwah?...akai adaaa??

    BalasPadam
  15. alhamdulillah... saudara rashid berjaya membongkarkan segala niat jahat pas.... semoga allah memberi hidayah kepada yang lain..... memang x dapat dinafikan, walau bagaimana ikhlasnya kita nak sedarkan sahabat2 kita, pasti kita akan di keji dan dihina kerana ketaksuban mereka.... susah nak diperbetulkan minda kalau da ditanamkan rasa benci didalam hati... syukurla, aku juga telah menerima pertunjuk seperti kamu.... biarla apa orang nak kata, kita berusaha la menyedarkan saki baki penyokong yang taksub ni... semoga allah ampunkan beri petunjuk kepada mereka.... insyallah.....

    BalasPadam
  16. wakakaka...
    rashid wahab.. anda nie bodoh tahap cipan.. cipan pown pak cik rase lagi pandai...
    adooyyy...
    x ponah pulak pak cik baco ado namo rashid wahab kena tahan ISA kat mne2 paper...??? 3 kali pulak 2...!!!!
    hahahahahaa...
    lawak of the day la!!!!

    rashid wahab..????
    boneka UMNO...??? kes saifil pown belum settle... nak jual name rashid wahab pulak...????

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...