Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 28 Januari 2011

Malaysia bercinta dengan Israel.

Rasanya ini bukan lagi perkara baru buat rakyat malaysia. Dan ianya juga telah diakui oleh dunia antarabangsa. Heh

Hubungan cinta Malaysia dengan Israel bukan hanya boleh diterjemaahkan menerusi rm77j kontrak APCO, pembinaan kilang coco-cola di malaysia, memutuskan kerjasama dengan iran, berpura-pura prihatin dengan palestine, kemasukkan kapal2 israel di pelabuhan malaysia, kewujudan karya2 / majalah israel di MITI ataupun kontrak sistem internet PDRM, sebaliknya ia lebih dari itu.

Bagi memahamkan korang, kenapa dan mengapa kita mesti tolak israel, kekasih terbaru dan terutama malaysia selepas US, sila baca petikan di bawah ini ;

Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar $23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.
Stein_Shimon_fl.gif
Shimon Stein
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein(bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dandibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu.ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yangberkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO,Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecothanak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-duaAPCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.
Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?
Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.
Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakanmembiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.
APCO di upah oleh umno untuk membuat kerja2 kotor mereka. No wonder lah rusuhan kaum semakin teruk di malaysia. Sentimen keagamaan dan perkauman menjadi topik terhangat BN. Dan isu menghina islam semakin menjadi2. Selama ini, rakan2 bukan islam cukup menghormati islam sebagaimana saya menghormati mereka, tetapi BN kerap kali menimbulkan isu2 yang boleh menyebabkan rusuhan agama.

APCO ini dibayar guna duit rakyat. Adakah rakyat bayar APCO untuk melaga2kan rakyat?


Ameno : Sahabat2 ku yang dikasihi, jangan takut. Jangan takut untuk mencari kebenaran. Jangan takut untuk menerima kebenaran. Zaman ini memang zaman orang islam menindas orang islam. Ianya realiti, umno menipu kita. Ianya realiti umno berpaksi kepada yahudi. Sehebat mana pun umno cuba cover-up isu neh, umno tak boleh tutup dari Allah swt. Kenapa umno dan bukan bn? Sebab perdana menteri kita berasal dari umno. Dan orang umno inilah yang menikam kita dari belakang. Bila kita sanggup bermusuh dengan israel demi palestine, dia pula bersalaman dengan israel menggunakan wang rakyat, merobekkan kepercayaan dan harapan kita. Orang islam apakah kita, kalau kita masih menyokong umno?

Sumber saya : sini

Share this

4 Responses to " Malaysia bercinta dengan Israel. "

  1. Nampaknye BN especially najeeb dah terjebak ke dalam perangkap APCO hingga tak mampu nak menolak APCO kemudian hari sekiranya perlu. Kebergantungan Najib kepada APCO amatlah mendalam. 'You leave me, i leak your secret, you stay with me, you will be wealthy more than you can imagine'....mungkin gitu kata APCO pada najeeb..maybe jugak APCO yng bantu/kasi solution pasal Altantuya pada najeeb? Maybe Rosemah yang jeles dgn Altantuya then C4kan pempuan tu, najib gelabah then maybe sbb ni gak Rosemah jadik besar kepala kat dalam kerajaan skarang ni, Najeeb xleh halang...'If i fall down, you will fall down too'..mungkin ini kata Rosemah pada Najeeb :p

    BalasPadam
  2. "Kaum Israel dan Nasrani tidak akan berhenti sehingga orang lain mengikuti mereka."

    Kaum Israel memang degil. Pada pendapat saya, Ameno memang sedia tahu perlakuan mereka. Lihat Nabi Musa a.s, sampai mereka sanggup mengingkari perintah baginda. Sudah ramai rasul yang diturunkan kepada mereka dari kaum yang sama, tetapi tidak diturunkan melainkan mereka mendustakan satu persatu para rasul tersebut.

    Apa-apa yang berlaku, kaum ini TIDAK LAYAK dipercayai sebab mereka suka menipu walaupun dalam kalangan mereka sendiri.

    ...Tapi ada orang yang masih mengambil kaum yang sudah terlalu lama dilaknat oleh Allah s.w.t sebagai rakan. Ini memang bahaya. Kenapa perdana menteri kita sebodoh itu?

    (Mohon maaf kerana mungkin ada kandungan komen yang tidak berkaitan dengan artikel.)

    BalasPadam
  3. ni video psl pemimpin umno giler penipu:
    http://www.youtube.com/watch?v=ndHO6LvNo6E&feature=player_embedded#at=403

    bile tgk smpai abeh piker guna otak dulu baru berkata-kata.

    BalasPadam
  4. Nampaknye BN especially najeeb dah terjebak ke dalam perangkap APCO hingga tak mampu nak menolak APCO kemudian hari sekiranya perlu. Kebergantungan Najib kepada APCO amatlah mendalam. 'You leave me, i leak your secret, you stay with me, you will be wealthy more than you can imagine'....mungkin gitu kata APCO pada najeeb..maybe jugak APCO yng bantu/kasi solution pasal Altantuya pada najeeb? Maybe Rosemah yang jeles dgn Altantuya then C4kan pempuan tu, najib gelabah then maybe sbb ni gak Rosemah jadik besar kepala kat dalam kerajaan skarang ni, Najeeb xleh halang...'If i fall down, you will fall down too'..mungkin ini kata Rosemah pada Najeeb :p

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...