Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Januari 2011

WOW: Kata rugi tp TNB labur 300juta..

Aku bukan pandai ekonomi. Tapi aku tahu benda simple. Kalau kita rugi, kita takde modal nak buat pelaburan itu ini. Kalau perniagaan kita rugi, memang perkara wajar kalau kita naikkan harga perkhidmatan kita untuk cover kerugian kita.

Cuba tengok kenyataan TNB di atas. Kita semua tahu tnb akan naikkan tarif elektrik sebab kos tnb naik. Tnb pernah cakap, tnb rugi berbillion2 ringgit setahun. kita faham. Tapi dah rugi ada pula duit lebih dah melabur situ sana sini?

Nak buat pembangunan besar2 kita tak marah. Kita lagi suka. Tapi kenapa sabah dan sarawak masih belum mampu menikmati elektrik yang sepenuhnya sedangkan dah lama mereka tunggu?

Adakah kerana projek iskandariah melibatkan ahli2 politik besar dan org2 kaya dari singapore? Jangan anak tirikan rakyat2 malaysia yg miskin2 dan bertaraf serdahana boleh tak syarikat2 besar aka glc kerajaan?

Haizhhh aku makin pelik dengan kerajaan kita. Mula2 dia soh kita berjimat cermat tp dalam masa yang sama dia naikkan harga barang. Bila kita merungut, kereta kita mahal dengan kualiti yang cikai, dia soh kita support product tempatan tp dia sendiri guna kereta luar negara yang bebas cukai import atas nama pemimpin. Bila kita bising tarif eletrik naik, dia cakap tnb rugi berbillion2 ringgit utk bagi subsidi kat kita, tp dalam masa yang sama tnb tanggung sistem ipp [kroni] dan melabur dengan hebat [bermodal besar] takde nampak pulak tnb macam kerugian.

Bagi aku, asalkan ada untung tue kira untunglah. Apa salahnya untung berkurang 10-20 juta setahun untuk membantu rakyat? Susah ke? Mereka dah pakai kereta mewah, dah duduk rumah mewah, apa salahnya kalau mereka kurang sedikit keuntungan dan meringankan beban rakyat marhaen?

Haizhh.. entahlah.. kutuk2 lebih2 kang dihalau keluar dari malaysia. Cakap2 lebih2 kang dikatakan tak mengenang budi baziran nasional.

Ameno : Hebat.. bulat2 kena tipu. petak2 kena naya.

Share this

4 Responses to " WOW: Kata rugi tp TNB labur 300juta.. "

  1. Puiiiiiiiiihhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    makin ponen den dgn malaysia skang ni.. tipu tipu tipu dan tipu lagi...

    Adoiiii laa.......

    BalasPadam
  2. bg aku lah, melabur banyak2 x semestinye die x rugi. syarikat macam tnb tu still ade modal nak melabur. still ade simpanan nye. duit tu pun dilabur banyak2 sebab nak cover kerugian tu. rugi x bermaksud bankrup.

    dan ya, memang benar kerajaan kita ni sememangnya banyak yang nak ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tapi tnb bukan nye sepenuhnye under kerajaan.

    BalasPadam
  3. Ameno: ...paham la.. modal rm300k tu pelaburan yang masuk ke dalam perut kroni2 juga nnt... kan TNB byk anak syarikat yang nak diberikan makan...hahahahahaha...

    ..bayangkan la..untung dia hanya apabila duit itu disalurkan semula pada dia... dan rugi nya apabila disalurkan kepada rakyat jelata... dah paham dah...
    ..duk jaga site 1tahun pun...
    dah boleh nampak dah... kenapa, mengapa, dan bagaimana??
    huhuhu...
    kita lihat la... sampai masa..nnt ..mereka akan jatuh ..ke dalam kubur sendiri juga..

    BalasPadam
  4. mmg TNB rugi sebab dok tanggung utang dgn IPP, perjanjian berat sebelah zaman Dr M dulu2 lagi...ntah2 Dr M smpai skng dok mkn faedah jer bulan2 dr perjanjian tu..skng dgr cite..staff2 bawahan TNB pun mcm2 kene cut benefits...by 2014 mungkin ada yang kene 'sacked'..ni la sume punca nya..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...