Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 April 2018

Malang Kanak-Kanak Sekolah Minta Bantuan Baju Diberinya Baju Sukan Berlogokan Parti..

SEORANG ahli PSM, Mat Saman Kati mendedahkan di Facebooknya tentang tindakan seorang ahli politik yang tergamak mencetak logo parti politik di baju sukan sekolah kanak-kanak rendah pada sabtu lalu.

"Hari malang bagi SK Convent Tanah Rata. 29hb lalu mereka mengadakan Sukan Tahunan dan meminta sponsor baju sukan dari Kayveas. Kayveas pun setuju untuk sponsor tapi dia pi letak logo parti dia kat baju tu.

Bila tiba hari sukan, tak kan la budak-budak sekolah nak pakai baju berlogo parti politik.

Cikgu buat keputusan, semua pelajar kena pakai baju terbalik.

Wakaka,"
tulisnya di Facebook.


Logo parti yang dimaksudkan adalah logo parti MyPPP - People's progresif party dan ahli politik yang dimaksudkan ialah pemimpin tertinggi parti MyPPP itu sendiri iaitu Datuk Seri M. Kayveas. 


Menurut Mat Saman Kati, pihak sekolah akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk menyuruh murid-murid memakai baju secara terbalik bagi menutup logo parti yang turut dicetak pada baju sukan itu.


Untuk rekod, MyPPP ialah salah satu parti komponen Barisan Nasional dan Datuk Seri M.Kayveas adalah Presiden kepada parti berkenaan. - 2 April 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...