Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Mac 2018

Jamal Dakwa Mahathir Bayar Peserta Perhimpunan RM50 Seorang.

SEMALAM (28 Mac 2018), Bersih 2.0 bersama beberapa pemimpin kanan pembangkang telah mengadakan satu protes aman di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah USUL PERSEMPADANAN SEMULA.

Kumpulan itu turut menghantar memorandum bagi menyatakan bantahan secara bertulis.

Beberapa pemimpin kanan pembangkang seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr. Mahathir turut hadir ke protes aman tersebut.

Jamal yang sepatutnya hadir ke perhimpunan semalam dengan 10,000 ahli kumpulan Gerakan Merah bagaimanapun membatalkan hasratnya di saat-saat akhir.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata beliau membatalkan kehadirannya kerana dinasihati untuk tidak hadir. Ini kerana jika Gerakan Merah turut hadir perhimpunan itu dipercayai akan menjadi lebih hura hara dan kucar kacir dan mungkin berlakunya insiden yang tidak diingini.

"Jadi kami ini adalah kumpulan ataupun NGO dalam negara ini yang mematuhi undang-undang. Sebab itulah kami membatalkan rancangan kami," jelasnya. 

Jamal turut berkata orang-orang yang hadir berdemo semalam telah dibayar oleh Tun Mahathir sebanyak rm50.00 seorang.

"Penat-penat berjemur, kena panas dapat rm50 datang pagi tadi. Tun Mahathir bagi RM50.00 seorang. Habis balik. Apa yang dapat? Apa kesannya selain daripada memalukan negara kita? Jadi saya anggap orang-orang yang turun pagi tadi ialah orang yang bodoh sampah masyarakat," katanya.

Ketika ditanya wartawan mengenai pertelingkahan Lim Kit Siang dan Speaker Pandikar Amin Mulia dalam Dewan Rakyat, Jamal turut beranggapan Lim Kit Siang ialah seorang komunis, perangai buruk dan tidak sopan.

Jamal turut berkata jika beliau berada disitu, beliau mahu meneranjang Lim Kit Siang kerana itulah sepatutnya Ahli Parlimen Gelang Patah dilayan.

"Anak dia ini bersama dia mencuri duit rakyat Pulau Pinang. Buat terowong bertahun-tahun, beratus juta keluar duit terowongnya pun tak nampak.

Jadi sebelum menuduh mencuri dan sebagainya, dia la yang menjadi pencuri.

Memang wajarlah kerana sikap biadap Lim Kit Siang ini tidak menghormati Parlimen, tidak menghormati apa nama, Speaker memang patut dihalau.

Sepatutnya bukan kena halau, kena teranjang keluar daripada Parlimen. Kalau saya berada di Parlimen tadi saya sempat teranjang dia. Nasib baik saya nak masuk tadi tak boleh masuk," katanya.

Dalam sidang media itu Jamal turut mengelar peserta perhimpunan sebagai biadap, kurang ajar dan anjing. - 29 Mac 2018.

Sidang Media Oleh Jamal Yunos


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...