Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Mac 2018

Hanipa Timbang Saman Agamawan Yang Menghukumnya Secara Berat Sebelah.

Oleh : Hanipa Maidin / Ahli Parlimen Sepang

Nota Sepang - Untuk golongan agama yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil , saya tidak teragak agak untuk menyaman anda!!!

1. Bagi saya , bila golongan agama yang begitu cepat keluarkan hukum ke atas seseorang seperti saya dalam keadaan mereka tak pernah berhubung dengan saya dan paling kurang membaca keseluruhan ucapan saya, saya anggap mereka lagi berbahaya dari golongan yang jahil. Kenapa? Sebab mereka , bagi saya, ada ilmu tapi malangnya tak guna ilmu dengan betul. Maaflah jika saya kasar sikit.

2. Saya lampirkan di sini antara lain kandungan ucapan saya di dalam Hansard rasmi Parlimen.


3. Dalam Hansard itu jelas episod ini bermula dari Yb Baling ( Umno ) yang keluar kenyataan " kamu ni Tuhankah?"... Tapi nampaknya golongan yang jatuhi hukum ke atas saya seolah olah "ignore" kenyataan Yb Baling itu?

4. Bila ada soalan begitu dari Baling , it is natural untut pendebat seperti saya untuk jawab di mana antaranya saya menjawab " kalau saya Tuhan....." Akan tetapi, kenyataan saya bukan berhenti setakat itu sahaja.

5. Laporan Hansard itu jelas melaporkan saya juga menyambung selepas ayat  "kalau itu" dengan ayat berikut " Akan tetapi sebab saya tidak Tuhan, Tuhan jadikan jugalah orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan".  It is right there in the Hansard!!!

6. Malangnya, penjatuh hukum agama nampaknya hanya berminat ambil sekerat dan tinggalkan yang baki lagi kenyataan saya. Adil ke begitu? Tidakkah tindakan anda semua mencemarkan imej proses menjatuhkan hukum dalam Islam? Bagi saya, baik dalam fatwa atau dalam penghakiman mahkamah ( sivil atau shariah ), menghukum cara begitu bukan sahaja tak betul malahan saya berani kata ianya amat zalim. Saya juga alhamdulillah berpeluang belajar syariah dan belajar " adabul qada' fi al-Islam" ( "The ethics of judgement in Islam" ) dan "turuq al-ithbat" dan saya juga pengamal undang-undang ( a practising lawyer ) selama 23 tahun. Jadi saya agak "familiar "  dengan proses menjatuhkan hukum.

7. Untuk rekod, saya pernah mewakili Yb Pokok Sena menyaman akhbar Berita Harian yang dituduh di muka hadapan akhbar Berita Harian tersebut kononnya beliau mengajak ahli Parlimen BN ( tak silap saya Yb Tampin ) bertumbuk. Saya wakili Yb Pokok Sena saman akhbar itu bagi kes fitnah ( defamation ). Alhamdulillah kami menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan Yb dapat gantirugi yang agak besar! Saya masih ingat Akhbar Berita Harian gunakan firma yang besar dan terkenal di negara ini - Shearn Delamore.!!! 

8. Yang bestnya dalam kes itu ia juga berkaitan isu perbahasan Ahli Parlimen ketika berbahas di Dewan Rakyat- masa itu usul perbahasan berkaitan isu keganasan polis dalam perhimpuunan aman di Lebuhraya Kesas berhampiran Jalan Kebun! 

Yb Pokok Sena juga jadi mangsa laporan akhbar proksi BN yang tidak tepat. Memang jika dilihat Hansard, saya akui Yb Pokok Sena ada berkata " saya bersedia bertumbuk..", tapi kenyataan itu sebagai response kepada tindakan seorang ahli Parlimen BN yang lebih awal menunjuk isyarat tangan ajak Yb Pokok Sena keluar dewan untuk "bertumbuk" sehingga ada Ahli Dewan yang lain kata pada Yb BN itu perkataan " rileks Man!!!".

9. Dalam kes itu saya hujahkan kenyataan Yb Pokok Sena harus dilihat ikut konteks sebenar dan wajib dibaca secara keseluruhan. Pause sebentar. Sebab itu jika kita baca tafsir Al Quran para mufassirin selalu guna perkataan "siyaqul ayat"(  konteks ayat ) atau contextual reading semasa menafsir ayat suci al-Quran.

Hakim bersetuju dengan hujah saya dan alhamdulillah kami menang. Namun pemberitaan fitnah itu telah mengakibatkan Yb Pokok Sena dipandang serong oleh orang ramai seolah olah beliau dianggap gangster dan kaki pukul.

10. Ada pihak tertentu pohon saya tarik balik kenyataan saya dan nasihat saya agar mohon maaf. Saya respect niat suci mereka. Namun saya pohon jutaan maaf  kerana saya tak boleh nak buat begitu. Ini kerana , bagi saya ,  mereka yang jatuhkan hukuman agama ke atas saya telah berlaku amat tidak adil ke atas saya.

11. Saya tak akan tarik balik kenyataan saya dan "I am insyaAllah ready to fight back even alone". Cukup Allah is my helper and my solace. Sebagai peguam yang alhamdulillah banyak pengalaman kendalikan kes saman fitnah, saya ingin tegaskan meskipun saya tidak gemar saman orang untuk "my personal case", namun untuk isu ini, saya tidak teragak-agak untuk saman mereka yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil. 

Saya tak kisah insyaAllah setinggi mana pun ilmu dan title anda. Saya insyaAllah bersedia untuk berhadapan dengan anda di mahkamah dunia atau  di mahkamah akhirat. Untuk orang biasa atau cyber trooper , mereka bukan lawan saya. Dan saya tidak ada masalah nak maafkan mereka jika mereka bersalah kepada saya.

Allah lebih tahu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...