Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Februari 2018

Selepas Kecam Azmin, Ronnie Liu Edit Kenyataan Di Facebook.

PEMIMPIN DAP Selangor, Ronnie Liu dilihat telah menukar nada kritikannya terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali selepas kenyataannya menjadi kontroversi di laman sosial sejak isnin.

"Amanah yang tidak amanah? Amanah menipu? Sudahlah tu Menteri Besar Azmin. Berhenti beranggapan yang kami semua (termasuklah Tun Mahathir) adalah bodoh dan hanya kamu satu-satunya sahaja yang pandai dan mahir berpolitik. 


Sekarang neh semua orang di dalam Pakatan Harapan telah mengetahui wajah sebenar kamu. Pada saya, kamu telah gagal dengan teruknya. Kamu langsung tak layak untuk mengetahui pentadbiran negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan oleh Ronnie Liu itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa dan menjadi sensasi di laman sosial. Beberapa netizens yang menyokong DAP dan AMANAH dilihat bersetuju dengan kenyataan oleh Ronnie Liu itu manakala netizens yang menyokong Azmin berasa kenyataan oleh Ronnie Liu itu melampau dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin itu.

Bagaimanapun sehari selepas dilaporkan oleh media, Ronnie Liu didapati telah mengedit kenyataannya di Facebook sebanyak dua kali.

"Amanah yang tidak amanah? Amanah telah berbohong? Sudahlah tu MB Azmin," adalah kenyataan terkininya.

Tidak dapat diketahui kenapa pemimpin DAP Selangor itu secara tiba-tiba menukar nada kritikan kerasnya terhadap Azmin Ali tetapi dipercayai DAP mahu Pakatan Harapan Selangor menyelesaikan kemelut pembahagian kerusi secara dalaman dengan tidak melibatkan media dan orang luar bagi mengurangkan kerosakan yang tidak perlu. - 6 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...