Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Februari 2018

Rakyat Cadang Najib Razak Duduk Berdoa Agar Jalan Lubang Diturap Segera, Ikut Contoh MP Tangga Batu.

NAMPAKNYA tidak sia-sia apabila Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Abu Bakar Muhammad Diah duduk berdoa di Jalan Bukit Berlian yang berlubang baru-baru ini.

Gambarnya yang sedang berdoa dimuatnaik di laman Facebooknya pada ahad dan menjadi tular sejak itu.

 
Ahli Parlimen Barisan Nasional itu berdoa agar kerosakan jalan berlubang itu segera dibaiki kerana ia membahayakan nyawa pengguna jalanraya khususnya warga Tangga Batu.

"10.40 pagi. Saya berdoa pagi ini. Ada lah Dato Bandar ke? Pegawai Daerah ke? Ahli Majlis ke? Datang melihat lubang di Jalan Bukit Berlian yang makin membesar dan menggunakan kuasa mutlak yang ada untuk menampal jalan ini, sebelum ada warga Tangga Batu yang patah kaki atau tercedera. 

"Ya Allah Makbulkan Permohonan Hamba Mu Ini Ameen," setiap hari saya mesti rajin. Kita kena buat kerja yang berfaedah. Warga Tangga Batu sentiasa di hati," katanya dalam satu kenyataan. 

Selepas gambarnya yang sedang duduk berdoa itu tular, jalan Berlian dilaporkan telah diturap dalam masa 12 jam sedangkan aduan mengenai kerosakan jalan itu telah dibuat sebulan yang lepas.

Semua lubang di laluan berkenaan dilaporkan telah ditampal dan diturap serta-merta.

Apakah Najib Razak juga perlu duduk dan berdoa seperti ini di semua jalanraya-jalanraya di Malaysia untuk JKR turun padang dan melakukan kerja-kerja baikpulih jalan berlubang? Jika perlu, harap Najib Razak pertimbangkanlah cadangan tersebut. 😆😆😆 - 20 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...