Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Februari 2018

Mahathir Punca Harga Barang Meningkat Kata PAS Selangor.

Perubahan dasar yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah punca harga barang meningkat sehingga membebankan rakyat sekarang ini kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan.

Menurut Hasbullah Ridzwan, harga barang asasi naik kerana dasar kerajaan ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri keempat itu yang menggantikan pertanian kepada perindustrian.



Ia sekaligus ujar beliau memberikan impak sehingga negara terpaksa mengimport barang asasi.

“Hari ini rakyat merana kerana harga barang meningkat, harga barang asasi kita meningkat sebab apa?.

“Sebab perubahan dasar negara di zaman Dr Mahathir daripada kita sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian, kita berubah kepada dasar perindustrian.

“Akhirnya, 30 peratus barang makanan asasi negara kita kena import, ini yang menyebabkan harga barang kita naik hari ini… bawang nak kena import, beras yang menjadi makanan asasi kita kena import, sebab apa sebab kita berubah dasar,”
katanya seperti dipetik TV14.

Tambah beliau, perubahan dasar yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Mahathir itu juga merugikan rakyat dan menyebabkan ia terpaksa diwarisi oleh rakyat sekarang ini.

“Ini lah orang yang membuat dasar dan akhirnya merugikan rakyat, akhirnya kita mewarisi,” katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...