Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 25 Februari 2018

Isu PM Makan Quinoa, Kenyataan Najib Disalaherti & Diputarbelit Pembangkang Kata Blogger UMNO.

Oleh : Syahir
Kalau tak spin, bukan pembangkanglah namanya.
Kononnya Najib Razak ni out of touch, tak faham rakyat sebab dia tak makan nasik, makan quinoa dari luar negara.
Semalam, saya sendiri berada di dalam sesi tersebut di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras iaitu Bajet 2018: Kesejahteraan Hidup Rakyat.
Perdana Menteri memberikan ucapan santai berkenaan pencapaian ekonomi negara, kesejahteraan hidup rakyat berkisar subsidi langsung dan tidak langsung, B40 dan M40, kos sara hidup dan gaya hidup, pencapaian beliau sendiri dalam menangani isu MH17, krisis Selatan Filipina dan lain-lain.
Kemudiannya ada sesi menjawab soalan yang ditujukan kepada PM melalui media sosial dan pengakhirannya ditutup dengan pelancaran Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Ada dua part yang pembangkang jadikan isu daripada sesi iaitu isu restoran Jepun RM1,000 seorang dan tak makan nasi, tapi makan quinoa.
Dr. Mahathir bin MohamadSyed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Lip Eng semua mainkan isu di atas. Sudah tentu mereka takkan bagitau konteks sebenar restoran Jepun dan quinoa yang diujarkan oleh PM semalam.
Pertama, isu restoran Jepun RM1,000 seorang.
PM menjawab soalan dari sosial media yang bertanya soalan "Bagaimana kerajaan boleh memainkan peranan untuk mendidik anak muda tentang kos sara hidup vs kos gaya hidup?"
PM menerangkan perbezaan gaya hidup (lifestyle) dengan kos sara hidup (cost of living). Beliau beri contoh di restoran Jepun dekat hotel terkemuka, bil makanan anda boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 bergantung kepada apa yang dipesan. Kemudian beliau tanya, kos makan minum di mamak, Fizo Omar jawab RM8. PM sambung, favourite beliau adalah Nasi Vanggey yang terkenal di Ipoh yang hanya berkos RM4.80 sepinggan. Kesimpulannya, ia adalah berkenaan pilihan. Pilihan di tangan anda. Anda boleh makan di restoran Jepun atau di restoran mamak terpulang kepada anda.
Apa yang PM cakap itu takde salah pun. Kos gaya hidup tidak boleh disamakan dengan kos sara hidup. Anda ada pilihan untuk tidak membeli smartphone baru, anda ada pilihan untuk tidak beli kereta dan naik pengangkutan awam, anda ada pilihan untuk pergi ke hospital kerajaan bayar RM1 untuk dapat rawatan penuh berbanding swasta yang lebih mahal.
Dan PM cakap, walaupun rakyat ada pilihan, tak bermakna kerajaan taknak tengok kualiti hidup rakyat semakin meningkat. Yang paling penting, berbelanjalah mengikut kemampuan.
Kedua isu, tak makan nasi, makan quiona.
Ini pun PM jawab kepada soalan "Saya tengok dato nampak fit dan sihat selalu walaupun jadual sibuk. Apa rahsia dato?"
PM jawab panjang lebar tentang kepentingan bersenam, work-life balance dan sebagainya. Sampai satu part PM cakap beliau suka makan. Macam semua rakyat Malaysia beliau suka makan, tapi beliau tegaskan beliau kena kawal pemakanan. Cara beliau kawal pemakanan beliau tak makan nasik (atau kurangkan makan nasik sebab sebelum tu beliau cakap beliau suka Nasik Vanggey) dan makan quinoa yang anak beliau kenalkan. Quinoa kaya dengan protein dan ditanam secara meluas di Peru.
PM juga cakap tengah cari cara bagaimana untuk tanam dan hasilkan quinoa atau yang lebih kurang macam quinoa di Malaysia untuk memberi pilihan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia.
Saya sarankan semua untuk tonton ucapan penuh Perdana Menteri semalam: https://youtu.be/c0mO3XT4LWk
Kalau malas sangat dan nak dengar apa PM cakap pasal restoran Jepun, tak makan nasik dan sebagainya, boleh start tonton daripada minit ke 41:00 ke atas.
Semalam Dr Abdul Rahman Abdul Kadir ada, Dr Adwin Zainal ada, dan buat kali pertama juga dapat jumpa abang famous Faiz Pire. Tanyalah mereka konteks ucapan PM semalam. Mereka dengar dari awal sampai habis.
Janganlah jadi macam pembangkang termasuk Tun Mahathir yang kerjanya mengelirukan orang ramai. Mereka sudah tentu tak dengar pun ucapan penuh PM semalam. Meminjam kata-kata kawan saya "Don't be stupid, be informed."

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...