Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Februari 2018

Isu Kebakaran Bangunan KWSP, Penyokong PH Tampil Dengan Pelbagai Teori & Konspirasi.

SEMALAM, bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar. Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira 11.52 pagi semalam dan tiba di lokasi pada kira-kira 11.58 pagi. 

Dalam kejadian kebakaran tengahari semalam, dilaporkan 40 peratus daripada bangunan enam tingkat cawangan itu dijilat api.

Menurut laporan BERNAMA, kebakaran di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid dilaporkan berkata bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu ‘polyfoam’ yang mudah terbakar.

"Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-mana pihak.

"Kebakaran bermula dari tingkat satu yang sedang dijalankan kerja penyelenggaraan. Ditambah pula keadaan angin serta cuaca panas yang turut menjadi pendorong kepada kejadian tersebut,"
katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam, seperti dipetik BERNAMA.

Pihak bomba juga mengesahkan bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar sebenarnya telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Katanya, mana-mana bangunan yang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

"Secara tidak langsung, bangunan (KWSP) telah melanggar undang-undang ini,"
katanya dalam laporan Bernama itu.

Untuk rekod, bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing itu dianggarkan telah berusia 58 tahun. Bangunan itu dikatakan pernah beroperasi sebagai Ibu Pejabat KWSP selama 35 tahun sejak 1960 sehingga 1995.

Bangunan itu terletak berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan dan menjadi panduan penduduk Lembah Klang untuk menentukan sempadan di antara Selangor dan Kuala Lumpur.



Ketika pelbagai agensi berita melaporkan kejadian kebakaran itu, lain pula halnya dengan respon netizens terutamanya pro Pakatan Harapan.



Ada di antara mereka yang merasa bimbang dengan keselamatan wang simpanan mereka dan ada yang melakukan pemeriksaan segera dengan menyemak baki KWSP secara online.


Nak hapuskan fail apa tu?
 



Dulu pun pernah ada kes bangunan terbakar juga


PRU nak dekat saja nak hapuskan bukti la tu..

 
Perlu dibakar untuk perlahankan bayaran dividen ayoyoyoyo.


Bijak, bakar sebelum PRU..



Walaupun ada diantaranya komen tersebut terlihat lucu tetapi bilangan yang mempercayainya tak kurang ramainya. Perbincangan mengenai kejadian itu juga mendapat sambutan di aplikasi WhatsApp. 

Dengan pelbagai teori, karangan konspirasi, spekulasi per spekulasi, rakyat Malaysia khususnya penyokong Pakatan Harapan sememangnya mempunyai daya imiginasi yang sangat hebat dan kreatif. Boleh tulis skrip drama neh. Pastinya filem dan drama itu akan meletup dan menjadi box office. Cubalah! - 14 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...