Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Februari 2018

Dan Ini Sebabnya Kenapa Video Raya Cina DAP, Teresa Kalah Dengan Khairy Jamaluddin..

TIADA langsung kaitannya dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Itulah pandangan kebanyakan netizens apabila mengulas tentang video ucapan Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.


Video Teresa disedari kewujudannya apabila dikongsikan oleh portal berita Malaysiakini berbanding video sambutan Tahun Baru Cina oleh KJ yang diviralkan oleh netizens di Facebook masing-masing.

Setakat ini 4.3 ribu pengguna Facebook telah berkongsikan video berkenaan dan rata-rata netizens pelbagai bangsa memuji video itu kerana ia mengetengahkan tradisi dan budaya cina mengenai masakan ketika menyambut Tahun Baru Cina.

Video Teresa pula sarat dengan mesej berbaur politik dan langsung tidak bercakap tentang Tahun Baru Cina.

Daniel Liew : "Tolong la berbuat sesuatu yang lebih berguna berbanding video kebudak-budakan ini, Teresa". 

周显致 : "Dia la sebabnya saya menyokong #undirosak".

Vayiram Mutu : "Betul-betul lawak buruk! Sudahlah nampak tua sangat dalam uniform. Mesej langsung bukan pasal CNY. Buat la video ini hari lain 😂😂".

Sim Foo Tong : "Macam syok sendiri la..".

Bagaimanapun video Teresa itu tetap menerima pujian dari kebanyakan penyokong DAP dan menyifatkan ia sebagai lawak dan mempunyai mesej yang cukup sarat (propaganda politik) dengan sindiran.

Tetapi wajarkah ke apabila SAMBUTAN PERAYAAN DIRAIKAN SECARA POLITIK?

Adakah kita perlu berpolitik dalam semua perkara termasuklah untuk sambutan PERAYAAN?

Bagi pandangan penulis ia adalah sesuatu yang tidak wajar kerana politik seringkali berperanan menyakiti pihak lawan. Jadi perkara seperti perayaan seharusnya kita gunakan peluang ini untuk mendekati apa yang jauh dan mendorong kepada perpaduan serta memupuk perasaan harmoni.

Terlalu banyak berita politik dihidangkan setiap hari dan ianya tidak pernah mati. Apa kata untuk sambutan perayaan kali ini kita gunakan untuk menerangkan kepada semua apa itu budaya dan kecenderungan kaum cina mengenai perayaan mereka.

Penulis percaya ramai di luar sana mahu mengenali dan memahami perayaan SAMBUTAN TAHUN BARU CINA. Antara yang boleh dilakukan oleh DAP dan Teresa ialah bagaimana boleh mendorong masyarakat Islam untuk sama-sama hadir ke majlis sambutan tahun baru cina, dan bagaimana rakan-rakan cina akan berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan semua menu adalah halal ketika dihidangkan.

DAP dan Teresa juga boleh mengulas dari segi budaya cina tentang warna merah, makna disebalik TAHUN ANJING, kenapa Tahun Baru Cina disambut, apa maksud 'MAKAN BESAR' dan mengapa ianya sangat penting bagi masyarakat cina.

Kekurangan video TERESA dan DAP

Video sambutan Tahun Baru Cina DAP bercakap cina dan meletakkan sarikata cina. Adalah lebih baik jika mereka meletakkan sarikata English/Bahasa Melayu agar ianya boleh difahami oleh pelbagai lapisan bangsa. 

Sekalipun ia disasarkan untuk mereka yang sambut tahun baru cina tetapi oleh kerana DAP adalah parti politik di Malaysia dan mempunyai ahli dan penyokong yang pelbagai bangsa, sudah tentu yang tidak memahami percakapan dan bahasa cina akan merasa kosong apabila menonton video yang tidak difahami mereka.

Teresa tidak bercakap tentang budaya dan kaum cina ketika menyambut perayaan; seolah-olah orang cina apabila berjumpa hanya bercakap tentang politik sahaja.

Walaupun nama kelas adalah kelas 1 M ('alaysia), tetapi yang bukan berbangsa cina hanya ada dua orang sahaja dan itupun seperti pak pacak lagaknya. Langsung tidak bercakap, dan lebih teruk 100% bercakap cina dan disebabkan ini ia dibayangkan seolah-olahnya suara BUKAN CINA dalam DAP tidak didengari - satu point yang Teresa sendiri beri kepada musuhnya di luar sana. 

Disaat akhir, selepas keputusan dibuat barulah BUKAN CINA diberikan peluang untuk bercakap.


Oleh kerana Teresa menggunakan video ini untuk memberikan mesej secara politik dan tersirat, apabila melayu tidak bercakap dalam video ini, kaum india pula entah ada entahkan tiada, tiada komunikasi dengan bangsa-bangsa lain dalam video ini, ia membayangkan DAP parti cina, untuk cina dan hanya mahu orang cina sahaja. 

Hapus bahasa melayu

Tulisan cina diutamakan, tulisan ABC untuk English dan shortform sahaja - memberikan bayangan DAP anti BAHASA KEBANGSAAN barangkali.


Semua orang boleh terjemahkan wayang politik Teresa sebegini kerana dia yang mengambarkan sebegitu melalui videonya sendiri.

Orang-orang melayu dalam video hanya senyum sahaja. Itu sahaja had ataupun peluang yang diberikan, tidakkah ini kelakar?

Video KJ, bukan melayu dan melayu berkomunikasi, makan dan saling bercakap tentang budaya cina..


Video KJ lebih harmoni. Walaupun tema video ini berbahasa melayu tetapi penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Cina diselitkan dan memberikan bayangan bagaimana kita meraikan dan saling menghormati kepelbagaian dan ia akan dibenarkan untuk digunakan di tempat yang bersesuaian.

Masakan dan cara makan orang cina diterapkan dan bagaimana muslim dan bukan muslim boleh makan semeja tanpa perasaan prejudis.

Membawa anak pula boleh dibayangkan bagaimana ibu bapa patut mendidik anak-anak agar menghormati dan memahami budaya bangsa lain untuk terus hidup dengan harmoni.

Sekali lagi tangkap ayam, idea lapuk, video kuno


Video raya DAP pula masih mengekalkan tema lama, tentang ayam dan agak membosankan. Tambahan pula tiada sarikata bahasa melayu / bahasa inggeris jadi tidak mampu menarik minat BUKAN CINA untuk menonton video yang tidak difahami.

Jika Teresa kreatif, boleh sahaja ubah dengan mencalon RARA sebagai Ketua Kelas yang baru, minoriti, seorang perempuan melayu satu-satunya dalam kelas dicalon dan dikedepankan kerana DAP mahu membayangkan dalam DAP kita mengutamakan bakat, kepandaian, kemahiran dan jantina, kaum serta agama tak pernah menjadi isu.

Video Teresa seharusnya berperanan membebaskan DAP daripada persepsi dan doktrinisasi DAP sebagai parti rasis tetapi Teresa hanya menguatkan lagi dakwaan dan tuduhan DAP ialah parti rasis.

Perbuatan dan pemikiran kita adalah diri kita. Video Teresa adalah diri Teresa. Video Teresa adalah diri DAP. Kali ini jangan salahkan UMNO, jangan salahkan BN. Anda yang bayangkan anda parti rasis dengan video raya anda sendiri. Rasis juga adalah perbuatan yang jahat. Dan disebabkan inilah, anda kalah dengan Khairy Jamaluddin. 

Dan berikut dibawah ialah video raya dari KJ, DAP, Teresa Kok dan PAS untuk anda menilai sendiri. Tiada review untuk video raya cina dari PAS kerana hanya mengetahui kewujudannya di saat-saat akhir. Harap maklum.

Video raya cina - Khairy Jamaluddin


Video raya cina - DAP

   
Video raya cina - Teresa Kok



Video raya cina - PAS 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...