Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Januari 2018

Vell Paari Dedah 'Butiran' Pertemuan Dr M, Anwar Pada 1998.

Oleh : Malaysiakini

Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S Vell Paari, mendedahkan apa yang berlaku ketika pertemuan antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pemecatannya pada September 1998.

Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia, Vell Paari berkata beliau mengiringi bapanya, Tun S Samy Vellu, yang ketika itu adalah presiden MIC dan menteri kerjaraya dalam pertemuan di kediaman rasmi Mahathir di Sri Perdana, Kuala Lumpur.



Beliau mendakwa turut hadir pada pertemuan itu adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan seorang ahli korporat yang merupakan rakan akrab Anwar yang kemudian sudahpun meninggal dunia kerana kanser.

Beberapa hari sebelum pertemuan itu, Vell Paari mendakwa bahawa Anwar menyuarakan kegelisahannya kepada Samy Vellu semasa sebuah majlis di Pulau Pinang.

“Kata Anwar kepada bapa saya, definitely dia (Dr Mahathir) akan tahan saya (kerana dakwaan kes rasuah dan liwat).



“Tapi bapa saya cakap don’t worry, kita cari solution. Selepas itu bapa cakap dengan Tun Daim yang kemudian mengatur janji temu dengan Dr Mahathir.

“Dalam pertemuan di Sri Perdana itu, saya dan ahli korporat berkenaan duduk berdua beberapa meter dari perbincangan mereka berempat (Dr Mahathir, Anwar, Daim dan Samy Vellu) tetapi masih boleh didengari apa yang diperbualkan,”
kata Vell Paari.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan itu tetapi ia diadakan tidak berapa lama selepas pendedahan wujudnya unsur nepotisme dalam pengagihan kontrak-kontrak kerajaan semasa Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998.

“Dalam pertemuan itu, Anwar minta maaf kepada Dr Mahathir dan berjanji tidak akan serang lagi anak-anak Dr Mahathir (yang dikatakan mendapat banyak projek kerajaan waktu itu).

“Dr Mahathir kemudian cakap... kalau dihentikan serangan itu, (sebagai balasannya) Anwar akan dipilih menggantikannya jadi perdana menteri.

“Dan Anwar percayakan kata-kata semangat Dr Mahathir itu dan selepas pertemuan itu jugalah Dr Mahathir mengukuhkan tuduhan-tuduhan (liwat) terhadap Anwar,”
katanya.

Vell Paari berkata beliau terpanggil mendedahkan butiran perbualan dalam pertemuan itu kerana berasa kasihan dan bersimpati dengan anggota keluarga Anwar khususnya isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah yang begitu percaya seandainya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri sementara pakatan, akan mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membebaskan Anwar.

“Ini semua muslihat dan helah Dr Mahathir kerana saya masih ingat butiran perbualan pada 1998 itu di Sri Perdana.

“Jika janji itu pun tidak ditunaikan (Anwar akan menggantikan Dr Mahathir), masih percayakah lagi Datin Seri Wan Azizah, Nurul Izzah dengan this guy (Dr Mahathir),”
kata beliau.

Kata Vell Paari, setiap ungkapan Dr Mahathir pada hari ini perlu diperhalusi secara mendalam oleh mereka yang berada dalam Pakatan Harapan.


“Anwar masuk penjara, kata Dr Mahathir bukan salahnya. Skandal kerugian Perwaja berbilion-bilion ringgit pun ‘bukan salah saya’... bila bercakap pasal calon perdana menteri, beliau kata nak rileks, buat apa...elok jaga cucu.

“Siapa sumbat Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)? Pun bukan perbuatan diakah?

“Beliau tidak pernah sepi dengan politik,”
kata Vell Paari.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...