Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Januari 2018

Tak Perlu Fatwa Haram Undi DAP Kata Mufti Penang.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menolak cadangan Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali agar para mufti mengeluarkan fakta berkaitan perbuatan menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwanya membawa agenda sekularisme dan anti-Islam.
Wan Salim berkata seorang mufti tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa berkaitan perbuatan menyokong dan mengundi sesebuah parti politik kerana hal tersebut merupakan hak individu lapor Free Malaysia Today hari ini.


Tambahnya, setiap umat Islam berhak menentukan sokongan terhadap mana-mana parti yang difikirkan lebih membawa manfaat kepada umat Islam berdasarkan kepada pertimbangan masing-masing.
“Terserah pada pertimbangan masing-masing untuk menentukan parti mana dia rasa lebih bermanfaat pada umat Islam,” katanya seperti dipetik oleh portal tersebut.
Tambahnya, umat Islam perlu melakukan kajian dan penilaian kepada semua parti politik dari segi amalan dan bukan kepada lambang dan slogan semata-mata kerana ada parti politik yang menggunakan label Islam tetapi tidak mengamalkan dasar agama itu dengan menyeluruh.
“Ini bukan pasal politik sahaja, lain-lain juga. Kita guna nama Islam tetapi tak buat amalan Islam dan itu boleh menimbulkan tanggapan tak baik kepada agama kita sendiri.
“Kita buat tak semestinya sebut Islam tetapi jika berlaku adil dan buat kebajikan kepada rakyat sudah baik.
“Pada pandangan saya tidak perlu mufti keluarkam fatwa,” katanya

Terdahulu, Felo Kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, dilaporkan berkata dalam portal Watan Online telah menyeru mufti-mufti di negara ini untuk mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi umat Islam mengundi, menyokong dan membantu DAP yang membawa agenda perjuangan sekularisme serta anti Islam.

“Saya menyeru agar ‘Ashaabus Samaahah’ para mufti dibekalkan fakta-fakta dan data yang mencukupi agar mereka boleh mengeluarkan suatu fatwa yang menepati undang-undang Islam lebih-lebih lagi ianya tidak semestinya melibatkan parti DAP sahaja, tetapi bakal melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti-parti politik lain yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi tujuan-tujuan yang bercanggah dengan tuntutan agama Islam

“Fatwa daripada para mufti sangat penting kerana bukan semua orang, hatta para ilmuan dan pakar agama berada pada posisi boleh mengeluarkan pendapat yang boleh diangkat sebagai fatwa. 

“Oleh kerana perbuatan mengundi, menyokong dan membantu DAP juga menimbulkan isu pelanggaran undang-undang, termasuk isu membantu atau mendiamkan kesalahan-kesalahan jenayah, maka saya menyeru agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara dapat membuat siasatan dan penilaian terpeinci lebih-lebih lagi berkaitan desas-desus yang mengaitkan antara parti tersebut atau aktivis DAP dengan RECS (Radical Evangelist Christian State)

“Di dalam Kertas Laporan Tragedi berdarah 13hb Mei 1969 yang dikeluarkan oleh MAGERAN, tindakan2 berbentuk hasutan yang dilakukan oleh parti DAP telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama tragedi rusuhan kaum yang kita harap tidak perlu berulang lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini,” katanya dalam satu tulisan sebagai respon terhadap kenyataan Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari yang mengharamkan umat Islam mengundi DAP.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...