Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Januari 2018

SPRM Sabah Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai Tinggi Kerajaan Atas Dakwaan Rasuah.

Empat lelaki termasuk seorang yang berjawatan timbalan pengarah di sebuah jabatan kerajaan direman tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek infrastruktur pengangkutan di negeri ini.

Perintah reman terhadap kesemua individu terbabit berusia antara 37 hingga 58 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Cindy Mc Balitus selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Faliq Basirudin, hari ini.



Selain daripada timbalan pengarah, dua lagi yang direman adalah penolong jurutera di jabatan kerajaan itu manakala seorang lagi pengarah sebuah syarikat yang melaksanakan projek infrastruktur berkenaan.

Kesemua individu terbabit ditahan oleh SPRM Sabah di antara jam 12.05 tengah hari Isnin hingga 11.20 malam tadi.

Susulan daripada penahan keempat-empat invididu terbabit, SPRM juga melakukan sitaan terhadap beberapa buah kenderaan serta sejumlah wang tunai di kediaman kesemua suspek dan membekukan akaun-akaun mereka.

Reman yang dikenakan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Awani.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...